Halaman

Selasa, Julai 28, 2009

mommy's list

huhh... dah masuk anak ke 3 pun nak kena wat list... wakaka... takut tertinggal nanti susah. aku cut n paste dari blog rin.

Diri Sendiri
• 1 helai tuala mandi
• kertas doa semasa bersalin (x pernah spare pun. doa apa agaknya rin bawak)
• 3 keping tuala wanita bersalin
• 2 helai baju blaus butang depan
• 2 helai kain batik (x pernah spare)
• 2 pasang stokin
• skirt labuh (untuk waktu balik)
• 3 helai maternity bra
• 3 pelapik coli (x pernah spare)
• 5 helai seluar dalam pakai buang (pakai spenda biasa jerk)
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• sabun mandi, bedak, deodoran
• tudung
• bengkung (aku bawak baju getah/korset)
• flask air
• minyak panas

Baby's
• sepasang baju lengan pendek (keluar hospital)
• 2 helai diapers
• 2 pasang booties & mittens
• selimut baby (untuk bedung)
• sehelai tuala mandi
• sepasang baju lengan panjang (spare takut sejuk)
• 3 helai kain lampin
• 2 helai barut (x pernah spare)
• sapu tangan (takut muak)

Abang
• kamera + charger bateri
• sijil nikah (original & fotostat)
• ic (original & fotostat suami isteri)
• sepasang baju salin
• kain pelikat + kopiah
• duit bayar bil hospital (hosp. gomen bayar sket jerk)
• berus gigi, deodoran
• handphone + charger
• extra top up
• surat GL (kalau government worker- spare)

Khamis, Julai 23, 2009

outstation lagi


suamiku outstation lagi... kali nih ke USM, UiTM Arau... dan beberapa buah kolej komuniti lagi untuk menghantar buku. dua hari dia tak ada... dua hari jugak laa aku gi kerja nek teksi sampai metro kajang pastu sambung nek bas sampai kl. sebelum nih pergi kuala terengganu tapi bertolak pagi hari ahad dan sampai rumah pagi isnin. kebetulan hari isnin tu ada seminar di putrajaya so aku gi dengan kawan.

kali nih pergi di tengah2 minggu pulak... kalau balik lewat sangat sampainya malam nih rasa tak sampai ati plak nak mintak hantar ke Damansara Intan pagi esok. ermm... semalam dan hari nih aku balik nek bas sampai metro kajang pastu sambung amik bas mini plak sampai umah. amik budak2 tu lewat setengah jam semalam so kena laa bayar OT.

lepas nih outstation mana laa pulak lagi... huhu..

Jumaat, Julai 17, 2009

tidy up


masa untuk mengemas rumah... PIL nak datang tido semalaman atau dua. windu cucu2... so kena laa mengemas rumah yang dah bersawang tu. aku tadek maid, rerajin ler kemas sendiri... hua hua hua...

Khamis, Julai 09, 2009

hobi baru

nak kata hobi pun tak jugak... tapi mcm dah terbiasa laa pulak. sonok pun ada. tido lepas makan malam.... hahaha... mesti hb busan tadek saper layan. nak wat cemana letih weh... hujung minggu laa kot kalau nak mesra2an. sebenarnya budak2 nih lepas makan malam mata pun dah layu. tidokan derang dengan aku skali laa jalan. tido tak solat isyak lagi tu... dibuatnyer mati dalam tido sia2 dapat dosa... nauzubillah... tapi apa yang aku suka cara nih ialah aku akan tersedar jam 4 pagi. bangun solat isyak leh mengaji lepas tu. baca laa apa yang patut pun. pastu agak2 ada baju nak kena lipat... lipat ler... ada baju2 nak basuh bleh sumbat dalam mesin basuh. ada pinggan mangkuk nak basuh.. basuh ler... pastu gosok baju, mandi n solat subuh n siap2 gi kije. dalam bas plak mentara bas lom gerak aku baca buku sket... sejak2 dah naik public transport nih kerap gak laa bukak buku kalau dapat seat. kalau berdiri dalam train susah sket nak membaca pasal orang berhimpit2. kalau dapat seat aku baca buku. mungkin gak pengalaman 3 minggu nek train kat Tokyo aritu buatkan aku terikut2 hobi derang yang tak membuang masa dalam perjalanan yang ambil masa lama nak sampai ke destinasi. kl - kajang nek tren ambil masa 40 minit. gerak gak laa... hampir 10 muka surat. tapi kalau pepagi aku baca buku dalam 15 minit sementara nak menunggu bas gerak jerk. biasanyer bila dah nak gerak, driver matikan lampu so tak leh nak membaca laa... apa lagi... time to sleep sampai ke kl. ada laa dalam setengah jam mcm tu. at least rest gak laa mata aku yang dah berjaga dari pukul 4 pagi tu kan... huhuhu...

bila ada peluang mcm nih laa aku rasa ada ruang untuk aku bertahajud n spend time lebih sket untuk berdating dengan Maha Pencipta. tingin gak nak buat solat2 sunat nih tapi nak kena blajar dulu bacaan nyer. istiqamah bangun awal pagi, blajar bacaan solat sunat taubat, tahajud dsb... insya-Allah aku akan buat. mesti blajar buat solat2 sunat tu sumer sebagai bekalan sebab umur skang nih dah setengah umur Nabi Muhammad s.a.w. entah sempat ker tidak nak siapkan bekalan... huhu...
yoga/senaman pagi

Rabu, Julai 08, 2009

ayat syifa

aku amik posting nih kat blog one of the kelicapfc members. dulu2 pernah gak laa chat dengan incik koyan sementara menunggu si jantung hati login mIRC.... miahahaha...
penah dengar tak ayat syifa' enam. diriwayatkan daripada al-syihab daripada al-qusyairi..sesungguhnya anak beliau sakit berpanjangan, pelbagai rawatan daripada tabib telah dilakukan tetapi masih belum sembuh. suatu malam beliau telah bermipi bertemu rasulullah s.a.w lalu belua mengadu kepada rasulullah s.a.w tentang masalah yang dihadapi...lalu rasulullah s.a.w telah mengajar beliau ayat syifa' enam. menurut kitab mafatihul al-farj..sama ada dibaca dan dihembus kepada air..atau ditulis atas bekas air dibaca..lalu disuruh minum....ayat2 tersebut ialah:

surah taubat: ayat 14

surah yunus: ayat 57

surah al-nahl: ayat 69

surah al-isra' : ayat 82

surah al-syu'ara': ayat 80

surah fussilat: ayat 44

one more from cik mio, tips from Dr. Fatma El-Zahra :
“baca Ya-Latif, Ya-Latif, Ya-Latif vaaanyak-vanyak. Insya-Allah, hati anak jadi lemvut”
“lagi satu ayat ialah surah Taaha, ayat 1 samfai ayat 6
selamat mencuba.

kursus lagi


kali ini kursus part 2 untuk Patent Classification di tempat yang sama seperti part 1. huhhh... topic yang menarik tapi kalau penyampaian kurang menarik mmg lebih rasa tertarik untuk tidur. apa yang best nyer time makan... masa nih laa nak makan mewah2 sementelah tekak mak buyung nih asik nak makan sedap jerk seleranya. kursus IPC akan start next week selama 3 hari di hotel dan sambung lagi sehari di opis. buat laa seminggu direct baru puas makan mewah... huhu... padahal makan kat hotel bukan sedap sangat pun. err... tapi sebab variety, tu yang mcm sedap jerk... masa tu laa nak dapat makan grill lamb... huhuhu... oppsss... puasa ganti tinggal lagi 3 hari. bila nak ganti nih? minggu depan kompem tak ganti pasal nak makan2 kat hotel... wakakaka... ganti jangan tak ganti... kena fidyah nanti...

Khamis, Julai 02, 2009

mengidam vs mengada

erkk.. tak tau nak kata mengidam ker atau mengada2. tekak aku tersangat laa ingin menelan atau bleh juga kata mencekik seperti yang tergambar di bawah... huhuhu...
DAN


wait till weekend... uishss... dah terasa2 kat tekak... adehhh...

4th anniversary

Relaku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidupku akan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...
Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia
Chorus:
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lamanya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
~imran ajmain~


semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. amin...

Rabu, Julai 01, 2009

dah ada nama


huh... setelah pening2 fikir nama untuk baby baru... last2 dapat gak sepasang nama. biasa laa tu be prepared untuk 2 gender. so far tak tau lagi L @ P sebab klinik gomen scan sekali jerk so kalau nak tau lebih2 kena laa scan kat private. malas laa plak... sayang duit weh... tapi aku ingat nak request gak scan since NEF dah der history. masa scan NEF n sedar dia ada prob tu @ 30wks. at least alasan mintak scan tu kukuh laa kan... hope doktor setuju untuk bg scan free kat aku... wakakaka...

so nama2 yang telah dipilih ialah:

Muhammad Arif Hakimi & Nur Ain Syuhada

mcm biasa mesti papanya yang pilih... kalau ikutkan, aku nak nama Nur Lisa Khalilah... eheh... tapi nama Lisa tu tadek makna weh... lupakan saja. err... haruskah buat permohonan revise nama baby girl tu yer? ermm.... kena cari nama dulu baru propose... hehehe...