Halaman

Rabu, Ogos 26, 2009

detail scan



semalam EL sebab seharian dok kat spital. pagi appointment follow-up farhana kat paeds hospital serdang. petang plak aku gi buat appointment untuk detail scan di HUKM. masa register tu nurse kata dah lewat sangat nak wat detail scan sebab dah besar. biasa nyer detail scan buat dalam minggu 21 - 26 or 28 mcm tu... ntah aku pun tak ingat. nak safe amik laa minggu 24... heheh.. so dia letak appointment next week 3hb sept waktu pagi. katanya lagi, mungkin doktor akan pay attention sket laa kot pasal ada history. aku pun heran gak laa naper doktor kat tanglin tu tak buat refer letter utk detail scan pada usia2 20-an aritu. nih mmg dah lewat kiranyer scan biasa2 jerk laa kan. hope doktor HUKM yang akan scan tu okeh laa... tak mcm doktor kat tanglin. dah ler tak nak scan sebab aku yang request... surat refer scan kat tempat lain pun dia takmo buat. ker tak tau sebenarnya bila ada history mmg kena detail scan? aa... tak tau aa tu.

masa dok jumpa doktor paeds kat serdang tu aku ada cakap jugak nak gi HUKM untuk detail scan. dia pun kata lewat dah nih masuk 36 wks sebab nyer biasa buat dalam 20-an gitu. pastu dia kata lagi tujuan buat awal2 tu adalah supaya ada pilihan samada nak teruskan kandungan atau pilih untuk gugurkan... aku pun ternganga jerk... bleh ek suka2 nak bunuh janin gitu? mungkin itu satu pilihan yang munasabah daripada kuar2 tengok cacat pastu ko takmo bela plak ek... oohhh... kejam lagi keji weh...

so far aku just nak be prepared jerk. kot laa sekali lagi cross terdapat baby achond jugak ker kan... haa... at least tau mana nak tuju. scan di tanglin aritu pun at 36wks ukuran baby masih 33wks... so due date sumer dah anjak ke depan lagi... ermm... aku harap lahir cukup sifat dan sihat... itu pun dah buat aku bersyukur. kalau Allah bagi baby achond lagi aku percaya ada rezeki bb tu nanti. sudah nyer aku laki bini yang dok menumpang rezeki anak2... tak gitu? huhuhu...

Ya Allah, semoga Engkau beri kesihatan yang baik pada baby yang dalam kandungan nih dan semoga aku bersalin dengan selamatnya... aminnn...

p/s : terfikir gak nih nak bersalin kat ner. kat spital banyak virus H1N1. nak bersalin kat umah bleh gitu? ngeh ngeh ngeh...

Jumaat, Ogos 21, 2009

makan2 bersama sis ana

hari nih pukul 11 aku dah terpacak kat mid valley. yang pertama skali aku pi parenthood expo. penat betul berjalan2 tapi okeh laa dapat goody bag berisi benda2 free. yang kedua ialah makan tengahari bersama sis anamiraa sempena pemergiannya ke birmingham tengah bulan depan. hohoho... yang datang tadi ada mynie, ummuauni, mrsnoba, mast, raihan, cik_yan, jua, lola, erna, mamaadib... errr... rasa nyer nih jerk bloggers yang hadir. ramai yang nak datang tapi sebab masalah kejauhan... hehehe... nanti aku tempek gambar. amik pakai henpon jerk... uhuhu..

Selasa, Ogos 18, 2009

nak sekolah baru

aritu rahimi pernah bgtau dia dah takmo sekolah kat taska tu lagi. aku pun fikir2 mungkin dia nak berubah angin kot... so try surf2 kot laa ada sekolah berdekatan. sebenarnya yang depan simpang nak masuk taman sepakat indah 2 tu lagi ler dekat tapi aku dok berkenan kat sekolah little caliphs nih pasal islamic medium. aku tak ler call lagi... nanti senang2 nak ajak hb gi ronda2 kat sekolah tu. kalau apartment sri Ixora tu dah bukak nanti aku rasa ada jalan nak tembus ke seksyen 7 bangi tu. kompem bleh antar/ambil rahimi jalan kaki jerk pasal dekat sangat. kalau ikut simpang depan tu kira jauh ler kena nek kete. erkk... kompem tak kompem nak tukar sekolah tu tak tau lagi laa tengok keadaan dulu cemana. kalau tak cukup bajet still lagi antar kat taska bawah apartment laa jugak. hope ada rezeki mendatang seiring dengan pertambahan ahli keluarga tahun nih... amin... hehehe..

okeh citer weekend aritu, aku balik kg pasal sepupu aku meninggal kerana kanser kelenjar. di kesempatan itu juga dapat laa bawak budak2 nih balik kg. bulan lepas dah balik jugak pasal pak ngah meninggal tapi sekejap laa tak tido pun kat kg. rahimi plak asik tanya bila nak balik umah atok... so kali nih dapat laa tido dua malam kat muar. suka betul dia dok kat kg. siap bangun pagi2 masa hari sabtu tu. aku tanya apsal bangun awal, hari nih kan tak sekolah... dia bleh jawab plak tu.. kan dah siang tu, nampak tak? padahal kat luar tingkap tu masih gelap kul 6.30 pagi... sukati ko laa... pepagi dah bangun main dengan adik dia. mulut dia becok betul asik bercakap jerk sampai letih atok dia nak menjawab. adik plak mcm biasa takmo kat atok nenek. mcm jinak2 merpati gitu. susah betul nak mesra yang sorang nih... nak balik kajang tu baru laa nak berbaik2 dengan semua orang... cehh... nyampah...
ahad tu balik kajang kul 3.30 ptg. hujang plak dalam perjalanan. so jalan ler slow2 pasal cermin kete tak baper clear dalam hujan lebat tu. hb plak nak kuar ikut bukit mahkota... lalu UKM sesak laa pulak pasal ada pesta konvo... aisehh... pastu singgah hentian kajang jumpa adik hubby. dia dah lama nak jumpa anak2 aku nih. windu laa kot sejak2 pindah nih jarang dah jumpa. pastu budak2 nih kemain melekat lagi ngan dia. nak makan pun aunty dee yang suapkan. kul 7.30 gitu uncle faris datang tiba2 jerk adik jadi stone... apsal plak minah nih kontrol ayu plak... abang plak dah melekat ngan uncle faris siap bergurau senda gelak ketawa lagi... adik diam jerk duduk atas pangku aku. malu2 plak... mcm laa orang nak ngorat awak cik adik weh... kan bopren aunty dee tu... har har har...
nak balik lepas makan tu rahimi takmo ikut kitorang plak. kata nyer nak ikut gi umah aunty dee... aisehh... kitorang tinggal jerk dia ngan aunty dee.. nanti dia hantar katanyer. kul 10 baru antar balik umah... tido dah pun. nasib baik uncle faris kuat nak dukung rahimi. kalau aunty dee yang dukung bleh tumbang dia. aunty dee kata dia bawak jalan2 pastu tertido dalam kete. kepenatan laa tu. esok pagi masa nak gi antar ke taska aku tanya dia aunty dee ajak jalan mana? dia kata... jalan2 cari pasal.... wargghhh kah kah kah... tergelak aku pagi tu... pandai menjawab skang yer... huhuhu...

Khamis, Ogos 13, 2009

papa pergi mana?


papa ada tak kat rumah?
-
papa tak de.
-
papa pergi mana?
-
papa pergi melaka.
-
melaka tu kat mana?
-
ermm... (blank x tau nak jawab cemana... hehehe...)
-
papa nih tak nak bawak imi laahh... (nada frust)
-
papa ada kerja sayang, bukan gi jalan2... lenkali kalau ada duit papa bawak kita gi jalan sama2 yer

*****
hubby outstation 3 hari kat melaka. tiap2 kali ambil budak berdua tu kat taska, soalan yang sama jugak laa si abang akan tanya. kalau dah anak bapak tu tak leh nak berenggang sket. kalau aku yang outstation agak nyer pernah ker tidak dia tanya ek?

Khamis, Ogos 06, 2009

lagu pantun budi

Pantun Budi oleh Tan Sri Dato' SM Salim

Kalau menebang Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang Hamba menumpang gembira saja
***
pagi tadi dalam bas berkumandang lagu nih masa dah dekat nak sampai ke kl. aku mmg suka lagu nih... tetiba rasa mcm tergedik2 nak ajar anak2 aku joget zapin. maklum laa anak aku kan sepasang so kira dah der partner laa... hahaha...
lately anak2 suka nyanyi lagu kekanak. agaknyer mmg cikgu ada ajar masa kat taska. adik plak pandai pilih lagu. ada lagu tertentu jerk yang dia suka. abang plak suka bangau oh bangau... tapi aku letih nak nyanyi dari bangau sampai ke ulau tu... panjang sangat semput rasa nyer.
ohh... abang skang dah pandai demand. dia dah takmo skolah kat taska tu lagi. dia kata nak skolah yang ada taman mainan (kat deret2 rumah teres area kajang mewah tu). kat situ sekolahnya semua kat corner lot... tu yang ada taman mainan tu. aku plak mmg nak masukkan dia kelas tahun depan. kalau tak ada kelas untuk budak umur 4 tahun kat taska yang skang nih mmg kena pergi tempat lain laa kot. apa yang penting skang abang bleh grad potty training. selain jimat cost beli pampers, aku nak dia pandai berdikari mengurus diri. err... tapi bab2 bercebok tu kena pantau sket laa... lagi satu time dia nak berak akan mintak pampers jugak... takut jatuh dalam lubang tandas katanya... huhuhu...

Selasa, Ogos 04, 2009

toilet training


semalam masa ambil budak2 kat taska tengok imi pakai baju tidur tapi seluar pendek... aikk... kata cikgu ida, derang toilet train bebudak nih. setengah jam sekali tanya nak buang air atau tak. sebelum kitorang datang collect bebudak tu dia terkencing plak... tak sempat bgtau kot. tu yang pakai baju lain seluar lain... huhuhu... bagus jugak cikgu2 buat inisiatif mcm nih. kalau hujung minggu tu pun aku tak sempat2 nak toilet train abang. lepas nih bleh laa jimat sket duit pampers. so pakai pampers time malam jerk laa...
sampai umah kul 7 malam terus aku tanya nak buang air ker tidak. kebetulan adik bocor plak kes pakai pampers tak betul, so abang pun amik kesempatan mandi skali ngan adik. pastu kul 7.30 aku tanya lagi nak buang air ker tidak... dia kata takmo... yer laa tadi dah buang masa mandi ngan adik... pastu kul 8 aku tanya lagi dia kata nak... bawak laa pi kencing... mmg kencing pun. pastu minum susu... kul 8.30 dia sendiri mintak gi buang air... kul 9 aku tanya lagi dia kata nak tapi dah cangkung tu tak kuar plak... tu laa last bawak dia gi kencing kat bilik air sebab lepas tu aku pujuk dia pakai pampers. anytime jerk dia akan tido lepas kul 9 tu kang payah plak nak pakai2kan pampers. rasa nyer tak susah jugak laa nak toilet train cuma aku jerk laa larat tak larat.... ingat tak ingat nak tanya dia... huhuhu... very the alert pasal aku takmo menambah kerja mengemop rumah di malam hari. letih wehh...
hope berjaya menjimatkan pampers... abang good boy.