Halaman

Jumaat, Oktober 31, 2008

Akihabara lagi & Tokyo Tower

malam semalam lepas kelas gi lagi akihabara. this time kira 3 kali dah nih. sekali masa baru sampai Tokyo. lepas tu pergi lagi bawak participant lain pulak. kali ke 3 nih mmg pergi nak beli fridge magnet yang budak opis pesan. aku pun angkat jugak laa untuk fridge aku. ada beli banyak jugak tapi yang budak ofis pesan cuma 2 ketul jerk. lain2 tu aku tak cadang nak bagi orang tapi kalau ada orang nak beli aku jual ler... hehehe...

hari nih jalan2 cari pasal ke Tokyo Tower. tengok dalam peta mcm dekat jerk dari Japan Patent Ofis tu mcm bleh jalan kaki. so jalan ler... tengok2 jauh laa pulak.. letih jalan tapi puas ati jugak laa dapat jejak kat Tokyo Tower nih tapi tak naik atas ler pasal kena bayar 1000++yen. pergi malam pemandangan nyer cantik laa pasal tower nih dilimpahi cahaya lampu. kalau gi siang mmg tengok tiang bodoh jerk laa... tak cun langsung... hehehe..

esok hari sabtu plan nyer ke Tokyo Disneyland. tiket dah beli dari minggu lepas lagi kat Lumine, stesen Kita-senju. lusa dah plan nak gi Odaiba. tulat, hari isnin cuti jugak lagi... ada cultural day... amenda ntah. tak plan lagi nak gi mana. pastu selasa.. pastu rabu... pastu khamis... yesss... nak balik dah nih. flight hari khamis kul 10.30 pg so kena kuar dari asrama dalam kul 5.30pagi laa kot... nak heret beg lagi gi stesen ketapi mesti slow ek.. sojuk lagi tu... pastu perjalanan amik masa dekat sejam setengah laa kot. mcm masa kitorang sampai aritu... turun flight kul 7.15 pagi. agak lama sangat kat tempat nak kuar tu kot... pastu turun naik ketapi, sampai TKC kul 10.30 pagi mcm tu. nasib baik tak amik flight siang kul 11. mau sampai memalam dah gelap mana nak cari jalan... huhuhu...

okeh laa nanti sambung lagi citer disneyland dan odaiba plak. sekian terima kasih... chiow...

Khamis, Oktober 30, 2008

Happy Birthday Farhana

semalam birthday my little girl yang pertama. ecehhh... mama tak ada plak ek masa birthday ana. kalau tepon mesia, mesti ada papa report anak mama dah panjang akal... pandai buat perangai... mcm2 laa benda baru yang dia dah belajar masa mama tak ada. pandai turun dari katil dan pandai turun ke dapur (nak tolong nenek masak agak nyer).

so semalam lepas kelas gi jalan2 ginza. saja jerk pasal nak tengok kedai2 branded dan teater kabukiza. tak dapat nak capture gambar pasal malam gelap pastu aku plak tak reti nak godeh2 jadi night mode... hehehe... so lepas balik dari ginza baru tepon mesia tanya khabar birthday girl. seronok nyer dengar sore anak bujang dah pandai cakap2. rasa nyer dia bgtau yang papa potong rambut dia... wekekeke... cemana laa rupa baru si bujang tu agak nyer... :)

Selasa, Oktober 28, 2008

party

ada party koktel. apa yang ada ek?

TBC

Isnin, Oktober 27, 2008

Imperial palace & Harajuku

jalan2 cari pasal lagi. kali ini ke Imperial Palace dan Harajuku. pagi tu hujan renyai2 bila sampai kat stesen nijubashimae. sekejap jerk... pastu hujan pun reda. ramai pelancong dari china datang ke imperial palace gak masa tu.
posing kat pintu kuar stesen nijubashimae

padang kawasan istana. banyak pokok ala2 bonzai

nih ler jambatan imperial palace.

padang penuh pokok bonzai. building tu sumer office, hotel, mall..

dari padang imperial palace tu bleh nampak tokyo tower

Sabtu, Oktober 25, 2008

asakusa & ueno

pepagi lagi dah bangun... sama mcm jadual bgn nak gi kelas. hari nih mmg plan nak gi asakusa utk beli souvenir dan ke ueno utk beli minyak wangi. orang kata minyak wangi kat ameyoko street tu ori dan murah... ntah ler. jom try tengok.


dalam ketapi dengan phelo, lidya dan hendra on the way to asakusa.


gambar mcm nih mmg selalu masuk poskad... hehehe... dah sampai sensoji tample, asakusa.
syahdi, lidya, phelo n me.


nih ler pintu gerbang nak masuk sensoji tample tu.


nih menara apa aku pun tak ingat tapi berdekatan dengan tample.


amik gambar dengan orang kedai. dia sibuk nak bukak kedai kitorang sibuk nak bergambar dengan dia.

pokcik nih pun baru jugak bukak kedai. posing sengih lagi tu.

yukata. nak belikan untuk anak bujang aku mcm tak berbaloi jerk sebab bukan pakai selalu pun. pastu aku takut pakai sekejap jerk pastu dah tak muat.. muehehehe.. harga sepasang 2000yen++. jangan membazir... heh heh...

gerai jual lukisan perempuan jepun


gerai jual hand bag. kat asakusa nih banyak kedai2 sobenir. aku beli kipas jerk dan sehelai noren (mcm langsir jepun gitu cth kat atas kepala pokcik yang baju hijau tu laa..).

ueno


pintu gerbang ameyoko street


pakcik nih jual kipas, cap ngan t-shirt. ueno nih mcm petaling street tapi ada jugak jual barang basah hasil laut serta buah2an. hard rock cafe pun ada tapi aku tak terjumpa... uhukkss..

alahai... lapo jerk rasa bila tengok buah2an mcm nih. mahal wehh... buah pisang kaki banyak dijual. tau ker pisang kaki? persimon tau? bentuknyer mcm tomato. aku pun tak tau kenapa orang panggil pisang kaki. kalau tengok betul2 kaki nyer tak ada pun kat situ. rupa mcm pisang pun tidak... huhh... poning...

hasil tangkapan minyak wangi di ueno. stok setengah tahun laa nih kot... huhuhu

Rabu, Oktober 22, 2008

ohaiyo!

flight kul 11.30 mlm pada 20th okt and arrived at narita airport safely on 21st oct at 7.15 am. mcm tak caya jerk dah jejak kaki kat Japan. yer laa... aku mmg tingin sangat nak gi... tup2 dapat gi... free plak tu... kwang kwang kwang... gambar kat sebelah tu masa kat stesen ketapi terminal 2 narita nak ke asrama AOTS. agak nyer mmg pesen derang nih kalau kita datang dia tak sambut. sila datang sendiri ke tempat penginapan. tu yang sampai sesat2 tu kalau tak paham arahan... huhuhu... nih pun baper juta kali tanya orang.. sumer pakat cakap jepun... huhhh... agak2 jerk lah. kalau sesat tukar train lain.
nih bilik aku no 209. bilik phelo kat sebelah jerk bunyi telefon pun bleh dengar. kecik molek jerk bilik nyer tapi masih selesa. bilik air pun cenonet jerk tapi ada bath tub. tu yang syok tu... ahakss... sampai bilik tu kepala senoneng semacam pasal aku tak tido selama 7 jam dalam flight tu. tak leh nak tido ler... tak biasa maklumlah 1st timer. pastu dah dapat bilik tak leh tido gak laa... rasa mcm nak kemas beg... so berikut adalah gambar stok makanan yang aku bawak. beg troli aku aritu lebih 2okg gak laa... tapi lepas tak kena bayar apa2. derang kata MAS tak strict sangat. semput gak mengangkut beg turun naik train. ketar2 tangan aku... hehehe... tak tau aa abis ker tidak nih. cemana2 pun kena abiskan jugak sebab space yang ada nanti bleh letak sobenir. lepas dah kemas2 tu sempat tido dua jam. around kul 3 mcm tu kuar plak gi akihabara pasal nak beli periuk. mmg dah plan nak beli periuk sebab nyer aku bawak ketupat nona tu so bleh laa start memasak.

keluar dari TKC tu tak tau nak ke mana. yang aku tau kena cari stesen kita senju. map laluan train tu ada laa si ikhwan sedekah kat aku sebelum gi aritu. pastu tengah terbelek2 peta kat depan TKC tu ada sorang staff TKC kuar dah abis shift dia kot. pastu dia tanya2... bleh cakap melayu plak tu... hah... senang citer. dia kata dulu dia dok kat indon 5 tahun so that dia bleh laa cakap melayu. so dia laa yang bawak gi stesen kita-senju tu. cuaca nyaman giler. sejuk sangat pun tak. kira nyaman laa... sampai stesen orang ramai giler. nih belum abis waktu opis nih. so kitorang naik hibiya line gi akihabara. maka bermula laa penjelajahan aku di bumi tokyo. okeh aku tempek gambar jerk lah ek.


dah nak start jalan. peace...!


kat stesen ketapi kita-senju


dah sampai. LAOX duty free... akihabara









Khamis, Oktober 16, 2008

bantuan kewangan

Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.

Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.

Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.

Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.

Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.

Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.

Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Anda boleh sms kepada En. Zulkifli, ayah Azrul@Che Nat di nombor 017-365 1024 untuk sebarang pertanyaan.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah menyiarkan kisah Che Nat di web/blog mereka.
  1. Blog Rickywan di sini
  2. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di sini
  3. Laman Marhaendaily.net di sini
  4. RelaxJap Yahoo Group di sini
  5. Pasalbuku.blogspot di sini
  6. Kedah Lanie di sini
  7. Epelijau di sini
  8. Blalang Yahoo Group di sini
***
semoga ada di kalangan pembaca yang prihatin. sikit2 pun kalau dikumpul jadi banyak jugak. mudah2an meringankan beban keluarga tersebut di atas.

Rabu, Oktober 15, 2008

terima kasih Datuk Adzhar

update sket....

Syarikat nafi anjur skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Salah sebuah syarikat yang diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mendakwa pihaknya tidak terlibat dalam perniagaan skim cepat kaya yang dikatakan memperdaya pelabur, pendeposit dan ahli-ahlinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noradz, Datuk Adzhar Sulaiman mengakui sekumpulan pegawai daripada BNM hadir ke pejabatnya untuk membuat siasatan berhubung bentuk perniagaan yang dijalankan.

Katanya, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya berhubung semua maklumat yang diperlukan oleh BNM.

Namun beliau menafikan bentuk perniagaan Kumpulan Noradz terlibat dengan skim cepat kaya seperti dilaporkan, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh beberapa ejen syarikat tersebut bagi memperdayakan ahli-ahli baru dengan melarikan duit deposit yang dibayar.

Jelasnya, sikap segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab itu dilihat merosakkan nama syarikat tersebut yang telah beroperasi selama 26 tahun.

“Kita tidak nafikan beberapa ejen kita yang tidak bertanggungjawab sehingga memperdayakan pengguna mahupun ahli.

“Selaku syarikat yang bertanggungjawab, kita membantu mangsa dari segi pembayaran balik jumlah kerugian dan melaporkan kepada pihak polis,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., adalah antara empat buah syarikat mencari pelanggan melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit yang diserbu oleh pegawai BNM.

Menurut Adzhar, pihaknya menerima banyak panggilan daripada rakan kongsi dan ahli-ahli berhubung berita yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini, sejak awal pagi lagi.

***

alhamdulillah... aku dah agak dah... benda nih bukan sangkut kat kampeni tu... tapi sangkut kat ajen yang menguruskan pembayaran tu. ada ajen yang larikan duit either orang buat payment nak jadi ahli... or payment dari NORADZ untuk ahli. so kalau nak jadi ahli kena laa pilih runner yang betul2 buat kije, bukan jenis yang songlap duit. in this case nak salahkan NORADZ pun tak boleh... nak salahkan ahli pun tak boleh sebab ahli mahu pun NORADZ percaya / bergantung kepada ajen. tak pakai ajen pun boleh rasa nyer tapi on the other side, bila NORADZ lantik ajen maka nyer ada peluang pekerjaan di situ maka kena laa amanah dalam menjalankan tugas.

so kira dah lega laa nih. masa kuar dalam paper semalam pun aku rasa benda nih boleh settle sebab NORADZ dah lama bertapak dan bukan calang2 biz yang dia buat. skang nih pun tengah berkembang pesat dan yang terbaru ialah resort kat Tangkak kalau tak silap aku ler. semoga NORADZ maju jaya dan payment tak sangkut... hehehe... Terima Kasih Datuk Adzhar. Semoga Allah limpahkan rahmah dan rezeki yang halal buat Datuk sekeluarga. aminnn..

Selasa, Oktober 14, 2008

NORADZ K.O.

BNM serbu 4 syarikat

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.


***

Punah beb... aku dok melabur dalam Noradz tu juta2 gak laa... yang 1st nyer invest dah balik modal. yang 2nd nyer invest tu yang baru separuh jalan... banyak plak tu... nidah kena beku dengan BNM plak. aku pun heran gak pasal apa nak kena tahan dengan BNM. Noradz nyer biz nampak... cth : kete sewa, hotel coronade, perfileman... just like kita bagi share dalam syarikat tu... pastu dia bagi kita return... so apa yang tak kena? mungkin ada orang dengki kot... biasa laa tak bleh tengok orang senang. so apa plan yer? kalau duit noradz tadek mmg banyak benda yang sangkut. dah ler nak gi jepun lagi nih... harus aku tak pergi jenjalan. so for those yang bajet2 buah tangan dari jepun tu mintak mahap laa yer... mungkin aku gi jenjalan jerk... buah tangan tadek aa... sori... duit nak pakai... huhuhu... :)

Isnin, Oktober 13, 2008

lebaran 2008

selamat hari raya maaf zahir dan batin. tahun nih tadek gambar raya. walaupun dah berempat sepatut nyer raya meriah ler.. tapi tahun nih raya biasa2 ajer... dan tak sempat nak bergambar pun... teruk betul ek... pastu blog pun tak updated. giler sibuk... mana nak kejar buat fail... mana nak prepare gi jepun... nak riki2 jalan2 cari pasal kat jepun pun tak sempat. aku tak ada idea lagi nak shopping apa. budak2 nih pakat kirim... kalau kirim ngan duit dan kat mana bleh gak aku usahakan... kalau takat kirim air liur... tengok pada keadaan laa kan... kalau jumpa aku rembat laa... tak jumpa kalu... sori aa... :)

aritu aku dah tukar duit yen dalam 100K yen. tup2 skang nih harga tengah tinggi... dalam dilemma... nak tunggu turun ker atau nak beli skang. kalau tunggu sampai hari2 terakhir kang dia tak turun... lagi mahal dari yang skang. kalau beli skang tiba2 dia turun masa nak pergi tu... ishss... dilemma sungguh... abis tu nak beli skang ker cemana nih ek? cemana nak predict turun ker naik nih? iskss... pening nyerr... beg tak kemas lagi nih... budak2 plak demam... uhukss.. harap2 masa mama nak pergi japan nanti adik ngan abang serta ayang sihat walafiat. tak nak laa pergi dalam kerisauan... huhu... sungguh tidak enjoy...