Halaman

Rabu, Disember 31, 2008

goodbye & welcome

goodbye 1429H & welcome 1430H / goodbye 2008 & welcome 2009

nih hari last memblogging untuk tahun 2008. azam tahun baru? ermm... nak kumpul duit bebanyak nak bayar hutang... hehehee... pastu aku nak siapkan kije2 fail yang melambak nih sebab nak kena pindah ofis nanti aku tak nak angkut fail bebanyak. pastu rasa nyer mcm nak ada baby lagi satu... bleh? heh heh...

Khamis, Disember 18, 2008

Penang vs Bagan Lalang

aku kena gi penang ada brainstorming at the same time reunion kelicap FC kat bagan lalang.

Selasa, Disember 16, 2008

rancangan cuti2 malaysia

aku dah booked flight ticket ke langkawi april tahun depan. wakakaka... sebenar nyer teruja nak bawak anak2 naik kapal terbang lepas aku balik dari jepun aritu. mulut si abang tak sudah2 citer pasal aeroplane. so by april tu abg dah cukup besar untuk menikmati pengalaman naik aeroplane.

semalam aku bukak blog cik yan ada citer pasal cuti2 malaysia kat hj. dorani homestay (or this link). mcm menarik gak tu. so aku try search terjumpa plak pasal dorani bayu resort kat sini. ngam sehhh...

so... ada saper2 nak menyumbang komen or suggestion on cuti2 malaysia?

Virtual Malaysia
Asia Valley

Jumaat, Disember 12, 2008

EVERYTHING IS POSSIBLE WITH RIGHT ATTITUDE

EVERYTHING IS POSSIBLE WITH RIGHT ATTITUDE -By MKR

who is MKR? mcm nama singkatan anak aku laa pulak... tapi MKR kali ini bukan Muhammad Kamal Rahimi. MKR in this posting is MUHAMMAD KHALIDI BIN RAMLI. aku pun tak kenal siapa tapi aku suka dengan apa yang ditulis kat bawah nih. aku cut n paste dari email dengan izin MKR sendiri.

PART 1: INTRODUCTION

  • Don't compare yourself with any one in this world. If you compare, you are insulting yourself.
  • No one will manufacture a lock without a key. Similarly, The Almighty God won't give problems without solutions.
  • Life laughs at you when you unhappy...Life smiles at you when you are happy..Life salutes you when you make others happy....
  • Every successful person has a painful story. Every painful story has a succesful ending. Accept the pain and get ready for success.
  • Easy is it to judge the mistakes of others. Difficult is to recognize our own mistakes. It is easier to protect your feet with slippers than to cover the earth with carpet.
  • No one can go back and change a bad beginning; but anyone can start now and create a successful ending.
  • If a problem can be solved, no need to worry about it. If a problem cannot be solved what is the use of worrying?
  • If you miss an opportunity don't fill the eyes with tears. It will hide another better opportunity in front of you.
  • "Changing the face" can change nothing. But "facing the Change" can change everything.
  • Don't complain about others; Change yourself if you want to be as an Outstanding Performer Staff.
  • Mistakes are painful when they happen. But year's later collection of mistakes is called experience, which leads to success.
  • Be bold when you loose and be calm when you win. Heated gold becomes ornament. Beaten copper becomes wires. Depleted stone become statue. So the more pain you get in life you become more valueable.

PART 2: KEY POINTS TO SUCCESS

  • It is amazing how one's world turns around with just the right attitude. Having the right attitude changes one's perspective dramatically.
  • It encourages rather than discourages. It motivates rather than interferes.
  • It helps achieve rather than procrastinate and it makes everyone into better people.
  • When you feel that you can no longer achieve or finish a certain task, just having the right attitude pushes you on to your maximum potential, and you will eventually achieve in the end.
  • Right attitude encourages you to achieve a goal that you have set fot yourself and ultimately what others have set for you.
  • There is no reason to be discouraged with the right attitude.
  • Having the right attitude is like shining a bright light to whatever path you choose to take.
  • You won't get lost with this type of guidance and you won't stray from the path as well. It will help you become more dedicated to reach the end of your journey, whether for a successful career or for self-discovery and improvement.
  • The right attitude will help you achieve great things in life. At work, procrastination won't be an option with the right attitude.
  • You would be constantly working for better things to ensure you a better life in the future.
  • Come to think of it, with the right attitude, a promotion won't be far off and a stable life condition! Financial, family, etc.

PART 3: HOW TO ACHIEVE GOOD RATING AS AN OUTSTANDING PERFORMER

  • Punctuality. Communicate with your superior at all times. Report to your boss whatever you do, wherever you go. Staff Daily Report & Job Priority List is apart of tools.
  • Record down your movement on Staff Movement Chart Notice Board.
  • Do not take MC, unless you are really pain, can not stand from your bed!
  • Come early to office, go back after working hours without claim any overtime allowances! You need extra marks in your appraisal right? Please work with extra hours. No short cut to success.
  • Do extra jobs. Avail yourself to learn new things everyday. Help all your company staff, eventhough from others Departments. Work as a Team. Think positively.
  • Day to day deliverables with productivity & results. All your boss instruction writes down on your "Things to Do Today" notebook.
  • Implementation of PDCA – Plan, Do, Check, Action cycles.
  • Problem solving methods using – 5M & 1E: Man, Machine, Method, Materials, Measurement & Environment.
  • FMEA – Failure Mode Effect Analysis, doing something before the problem happen!
  • Gap Analysis Study – Always doing a Gap Analysis for day to day improvement. Strat from the process until procedures.
  • Put Super 5S and Kaizen in your basic Management Knowledge.
  • Please put this rules on your work station:

Ø Rules No: 1 – Boss is our Client/Customer

Ø Rules No 2 – Client/Customer is always right.

Ø Rules No. 3 – If you think, your boss is wrong, please refer to Rules No. 1

  • Everyday is learning curve. Learn from mistakes.
  • Avoid any adversary and arguement with your boss.
  • When you do mistakes, please do not give your reasons. Just admit your mistakes and give your answer with your proposed remedy or action; temporary or permanently.
  • Sharpen your job knowledge skills is very important. Give your ideas for improvement etc.
  • Honour and think that the company is belong to you or your Elder Great Lurid Brother. Save your company money as you want to save your own money. Avoid missed expend company money. Cost Down or kaizen activities are very much appreciated by the Management.
  • Don't work just for money; Work as an EPL Football Players. Play Serious. You will Success.
  • Respect to your Boss at all times.
  • Respects to all races, religous & nations. We are brothers & family members.
Please stop to blaiming other people. Check our own selves. Develop your career with attitude.

Thank you.




ULTRA CONSTRUCTION & ENGINEERING (M) SDN. BHD. (763255-K),
TERIANG TRANSFER TUNNEL PROJECT,
INLET PORTAL OPERATIONAL OFFICE,
KM4, KG. JAMBATAN SERONG, JALAN SEREMBAN,
71600 - KUALA KELAWANG,
SEREMBAN, NSDK.
T: 06 - 6137 *** F: 06 - 6137 ***

Website: www.ultracons.com

Muhammad Khalidi Bin Ramli,
Assistant General Manager,
Administration Division.
M: 019 - 610 **** @ 016 - 6517 ***


semoga ada dikalangan kita mencontohi Mr. MKR. cerita lanjut di sini.

Rabu, Disember 03, 2008

update sket

very the bz one. aku terkial2 nak sudahkan kije2 file yang melambak2 nih. lepas balik dari Jepun bersambung2 sibuk nyer mana nak siapkan file, kesihatan diri dan anak2 yang kurang memuaskan serta sibuk dengan kedai maya maipilih.com. gambar2 yang ada tu mana2 yang aku sempat jerk laa.. tak baper banyak jugak barang nyer dan sebenarnya tak ada banyak masa nak amik gambar sebab kalau budak2 tu masih hidup (tak tido lagi) so tak dapat nak buatlah. mesti derang nak bergentel dengan aku jerk. kalau nak tidokan derang, dengan aku skali plak tertido... tu yang jadi tak sempat tu... hehehe...

update lain ialah series of interview yang hubby pergi, at last dia dapat jugak job kat mid valley. sebenarnya try jugak cari better job. seems like dia tak baper nak gemar job yang dia dapat skang nih sebab nyer more to sales exec jerk. may be more client more income kot. sebenarnyer aku pun tak tau dia suka buat kije mcm mana. kalau tak try jump into the organisation belum tentu kita tau kita suka buat ker tidak. for the time being kije jerk laa dulu.. blajar apa yang patut. agak2 tak leh nak catch up try cari kije lain. job nih pun aku yang gatal2 applykan. yer laa dah kata nak cari kije... takat cari kat paper jerk, tak semua kije betul sebab banyak penipuan kat situ. nak xs internet, line jaring tu dah lama tak berbayar. nanti laa kalau ada duit bleh sambung bayar semula. aku pun dah tak ingat baper RM nak kena bayar.... huhu...

so far opening sales yang aku impikan tu tak tau lagi bila. i think in the month of january is a good choice. yes...! the whole month of january is the opening sale... hahaha... kena usaha keras sket nak tambah item kat kedai maya aku tu. silap2 permintaan banyak, aku yang tak terlayan... huhu... gambatte...

Rabu, November 19, 2008

akan dirasmikan tidak lama lagi

huhh... dalam sibuk2 sempat lagi tu godeh2 kedai maya aku. tima kasih kepada incik kaloi kerana usaha keras dalam menghasilkan kedai maya ini. insya-Allah akan dirasmikan tahun depan memandangkan masih banyak produk (dan T&C) yang belum termuat dalam kedai tersebut. launching date akan diwar2kan apabila tarikh yang sesuai telah dipilih. mungkin akan berlangsung selama sebulan. perancangannya pembelian pada tempoh launching tersebut akan mendapat keistimewaan free delivery (kecuali item dalam kategori cenderahati). dengan berbesar hatinya dijemput tuan/puan melawati kedai maya saya. (boleh tengok2 dulu. nak beli tunggu launching nanti... bleh dapat free delivery)


Isnin, November 10, 2008

i'm back

alhamdulillah... telah selamat sampai di KLIA jam 5 ptg pada 6 nov 2008. huhhh... penantian satu penyiksaan... tak sabar2 nak mendarat. keluar dari ruangan balai ketibaan dah nampak hubby n anak2 sedang menanti... huhuhu... windu seh... oppss...! montel betul budak berdua nih... pandai suami jaga. harus bagi markah penuh nih... rasa nyer kalau aku yang jaga kompem kurus anak2 aku... hehehe..

***

malam sebelum berangkat sibuk2 kemas bag dan buat pembayaran bilik penginapan. sempat timbang bagasi... uikss... 20kg beg troli dan beg kuning 8kg. pengsan jugak nak bawak naik atas pesawat memandangkan bag sandang pun dah 5kg. kerja gila... itu laa belanja tak ingat dunia. ada lagi beberapa helai baju yang belum disumbat... uuhh... kompem over limit nih.

di bilik... paksa jugak lelap mata. jasad di jepun tapi hati dah sampai malaysia... huhuh.. akhirnyer tertidur jugak... rasa2 nyer dalam kul 12 mcm tu. takut tak terjaga pada pagi esok jerk. tup2 terjaga jam 3.58 pagi sebelum bunyi alarm... aahh... kalau sambung lagi nih mau sampai matahari meninggi. siap2kan diri, babai katil, babai bilik air... huhu... adeehhh... berat beg nih. sampai di lobby timbang bagasi lagi... huiyyooo... 22kg tu. masuk beg kuning 29kg... erkk.. kena bayar ker ek? limit 20kg jerk... max 23kg.. aduuss... tak per.. duit ada lagi 10Kyen. tapi orang kata kena bayar epot tax plak... abis ler kalau tak cukup duit... sempat berdoa mudah2an tak kena epot tax dan luggage.

perjalanan ke sekiya station sebenar nyer dekat jerk tapi amik masa sket pasal banyak berenti kepenatan akibat menarik bagasi. tak per... first timer biasa laa kan. lepas nih dah cerdik sket... hik hik... kitorang amik first train. gerak dari TKC jam 5.20 pagi dan sampai di sekiya jam 5.35 pagi. tunggu dekat 15 minit baru keretapi sampai. perjalanan ke narita terminal 2 amik masa 1 jam 20 minit mcm tu. walaupun bleh tido tapi rasa2 nyer biarlah mata tu menatap japan buat kali terakhir... hehehe...

sampai di terminal 2 jam 7.20pagi, bergegas naik balai berlepas sebab participant filipina nyer flight kul 9.30 pagi mmg ngam2 jerk kitorang sampai. aku ngan budak2 indon satu flight naik MAS pukul 10.30 pagi. participant thailand tercari2 kat mana nak check in tapi rupa2 nyer kat terminal 1. aku pun tak tau beno nyer terminal 1 dengan terminal 2 tu sama tempat ker tidak. aku ingat dia tau yang kitorang nih pergi terminal 2 dan aku pun tak tanya samada flight dia terminal 2 ker atau terminal lain. so tak tau laa apa citer sebab derang gi info kaunter, kitorang terus check in jerk.

masa letak bag kat tempat timbang tu punya laa cuak. 22kg beg aku pastu beg phelo plak... jadi 42kg. pastu dia suh letak beg kuning skali memandangkan beg sandang aku besar gabak so dia suh beg kuning tu masuk kargo jer. tup2 sumer 49kg... huhh... kompem aku kena bayar yang lebih 9kg tu lagi... tengok2 dapat boarding pas. pastu dia kata... okeh... uikss... tak kena bayar ker? ahakss... cuak sehh... tak kena pun. kalau tau baik aku genapkan ajer 50kg... har har har...

lepas tu lepak2 tunggu kat gate nak masuk departure tu. sempat laa makan biskut cicah tuna. bleh laa buat alas perut sekejap. pastu dah kena panggil masuk. masa tu jam 8.30 pagi so sempat laa ronda2 kat kedai duty free tu. beli coklat ngan biskut beras... konon2 saje nak ngabis duit laa kot sebab epot tax pun tak kena. kul 10pagi dah gerak masuk dalam flight. duduk terpisah dengan budak2 indon tu pasal depa dok depan so senang kuar nak tukar flight. aku duduk dekat2 jugak dengan tempat duduk yang aritu masa datang tapi kali nih tepi tingkap. so dapat laa tengok pemandangan luar sebab perjalanan siang. masa datang aritu malam so tak dapat tepi tingkap pun tak apa ek.

nanti lah aku tempek gambar kat posting nih. tengah semangat nak wat kije konon... huhuhu...
adios.

Selasa, November 04, 2008

Tsukiji fish market

pagi semalam, hari isnin adalah cuti umum sempena perayaan cultural day. aku dah tanya lecturer JPO kalau2 ada apa2 sambutan sempena cultural day tu tapi tadek saper yang tau. yang penting hari cuti... okeh laa tu... so aku plan nak lepak2 kat bilik landing lelama atas katil. nak2 cuaca makin sejuk skang nih mmg best berlingkar bawah selimut jerk... hehehe..

tiba2 dapat call dari phelo.. "jom gi tsukiji fish market. boring plak dok dalam bilik tadek buat apa"... aku on jerk. terus bgn mandi and siap2 nak gi fish market. nih kira dah abis sumer tempat dah pergi so tak tau nak gi mana. yang penting kuar dari bilik. so masa sampai market dah kul 11. orang pun dah tak buat lelong ikan2. yang ada cuma kedai2 di kaki2 lima jual ikan, ketam, lobster dll. dan yang paling rancak beroperasi ialah kedai sushi. kat malaysia aku suka makan sushi tapi bila datang japan rasa mcm tak leh nak makan plak. tak tertelan dek ikan2 yang mentah tu... hehehe... pusing nyer pusing beli jugak laa sotong goreng tepung. 500yen sekotak. mahal gak tu. kejap jerk abis nyer... hehehe...

TBC laa weh. nanti aku tempek gambar ketam yang sangat besar dan mahal... hehehe... okeh... chiow.

Ahad, November 02, 2008

Ueno, Harajuku & Odaiba

Ueno dan Harajuku dah kali ke2. dah puas shopping kat oriental bazaar terus gi odaiba. cantik gak laa... cuma tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam. ada orang tak sabar nak balik :)

TBC

Sabtu, November 01, 2008

Tokyo Disneyland

huhh... akhir nyer sampai jugak aku di bumi disneyland tokyo. ramai nyer umat... masya-Allah... sampai tak bleh nak main permainan kat sumer section. yang tak ramai cuma naik rakit dan naik bot... tu jerk laa yang sempat naik... ohh.... lagi satu coaster ala2 genting gitu... hihihi... tapi genting seram lagi. sebenar nyer terberatur sebab nyer tak nampak amenda permainan nyer. tengok mcm tak ramai orang so masuk Q. tengok2 main coaster tu... boleh laa tu... so beratur dalam setengah jam jugak laa baru nak dapat main.

ptg dalam kul 3 ada parade. sebenarnyer masa tu nak balik dah tapi pelik jerk tengok orang dok reramai siap bentang2 alas lagi. so aku pun tanya laa budak yang jaga kat situ. dia pun bagi pamplet bahasa inggeris... rupa nyer ada parade sempena sambutan 25 tahun tokyo disneyland. tu yang tunggu jugak walau pun dalam angin sejuk tu. abis jerk parade tu balik jerk lah. barang2 souvenir kat disneyland mahal bangat tapi aku belikan jugak untuk anak dara aku yang baru umur setahun tu. kira nyer tu hadiah birthday laa kan... huhuhu...

esok nak gi odaiba. cadang nyer ke ueno (lagi...) sambung ke harajuku... ke shibuya... shimbashi dan meneruskan perjalanan menjejakkan kaki ke odaiba.

sekian.

Jumaat, Oktober 31, 2008

Akihabara lagi & Tokyo Tower

malam semalam lepas kelas gi lagi akihabara. this time kira 3 kali dah nih. sekali masa baru sampai Tokyo. lepas tu pergi lagi bawak participant lain pulak. kali ke 3 nih mmg pergi nak beli fridge magnet yang budak opis pesan. aku pun angkat jugak laa untuk fridge aku. ada beli banyak jugak tapi yang budak ofis pesan cuma 2 ketul jerk. lain2 tu aku tak cadang nak bagi orang tapi kalau ada orang nak beli aku jual ler... hehehe...

hari nih jalan2 cari pasal ke Tokyo Tower. tengok dalam peta mcm dekat jerk dari Japan Patent Ofis tu mcm bleh jalan kaki. so jalan ler... tengok2 jauh laa pulak.. letih jalan tapi puas ati jugak laa dapat jejak kat Tokyo Tower nih tapi tak naik atas ler pasal kena bayar 1000++yen. pergi malam pemandangan nyer cantik laa pasal tower nih dilimpahi cahaya lampu. kalau gi siang mmg tengok tiang bodoh jerk laa... tak cun langsung... hehehe..

esok hari sabtu plan nyer ke Tokyo Disneyland. tiket dah beli dari minggu lepas lagi kat Lumine, stesen Kita-senju. lusa dah plan nak gi Odaiba. tulat, hari isnin cuti jugak lagi... ada cultural day... amenda ntah. tak plan lagi nak gi mana. pastu selasa.. pastu rabu... pastu khamis... yesss... nak balik dah nih. flight hari khamis kul 10.30 pg so kena kuar dari asrama dalam kul 5.30pagi laa kot... nak heret beg lagi gi stesen ketapi mesti slow ek.. sojuk lagi tu... pastu perjalanan amik masa dekat sejam setengah laa kot. mcm masa kitorang sampai aritu... turun flight kul 7.15 pagi. agak lama sangat kat tempat nak kuar tu kot... pastu turun naik ketapi, sampai TKC kul 10.30 pagi mcm tu. nasib baik tak amik flight siang kul 11. mau sampai memalam dah gelap mana nak cari jalan... huhuhu...

okeh laa nanti sambung lagi citer disneyland dan odaiba plak. sekian terima kasih... chiow...

Khamis, Oktober 30, 2008

Happy Birthday Farhana

semalam birthday my little girl yang pertama. ecehhh... mama tak ada plak ek masa birthday ana. kalau tepon mesia, mesti ada papa report anak mama dah panjang akal... pandai buat perangai... mcm2 laa benda baru yang dia dah belajar masa mama tak ada. pandai turun dari katil dan pandai turun ke dapur (nak tolong nenek masak agak nyer).

so semalam lepas kelas gi jalan2 ginza. saja jerk pasal nak tengok kedai2 branded dan teater kabukiza. tak dapat nak capture gambar pasal malam gelap pastu aku plak tak reti nak godeh2 jadi night mode... hehehe... so lepas balik dari ginza baru tepon mesia tanya khabar birthday girl. seronok nyer dengar sore anak bujang dah pandai cakap2. rasa nyer dia bgtau yang papa potong rambut dia... wekekeke... cemana laa rupa baru si bujang tu agak nyer... :)

Selasa, Oktober 28, 2008

party

ada party koktel. apa yang ada ek?

TBC

Isnin, Oktober 27, 2008

Imperial palace & Harajuku

jalan2 cari pasal lagi. kali ini ke Imperial Palace dan Harajuku. pagi tu hujan renyai2 bila sampai kat stesen nijubashimae. sekejap jerk... pastu hujan pun reda. ramai pelancong dari china datang ke imperial palace gak masa tu.
posing kat pintu kuar stesen nijubashimae

padang kawasan istana. banyak pokok ala2 bonzai

nih ler jambatan imperial palace.

padang penuh pokok bonzai. building tu sumer office, hotel, mall..

dari padang imperial palace tu bleh nampak tokyo tower

Sabtu, Oktober 25, 2008

asakusa & ueno

pepagi lagi dah bangun... sama mcm jadual bgn nak gi kelas. hari nih mmg plan nak gi asakusa utk beli souvenir dan ke ueno utk beli minyak wangi. orang kata minyak wangi kat ameyoko street tu ori dan murah... ntah ler. jom try tengok.


dalam ketapi dengan phelo, lidya dan hendra on the way to asakusa.


gambar mcm nih mmg selalu masuk poskad... hehehe... dah sampai sensoji tample, asakusa.
syahdi, lidya, phelo n me.


nih ler pintu gerbang nak masuk sensoji tample tu.


nih menara apa aku pun tak ingat tapi berdekatan dengan tample.


amik gambar dengan orang kedai. dia sibuk nak bukak kedai kitorang sibuk nak bergambar dengan dia.

pokcik nih pun baru jugak bukak kedai. posing sengih lagi tu.

yukata. nak belikan untuk anak bujang aku mcm tak berbaloi jerk sebab bukan pakai selalu pun. pastu aku takut pakai sekejap jerk pastu dah tak muat.. muehehehe.. harga sepasang 2000yen++. jangan membazir... heh heh...

gerai jual lukisan perempuan jepun


gerai jual hand bag. kat asakusa nih banyak kedai2 sobenir. aku beli kipas jerk dan sehelai noren (mcm langsir jepun gitu cth kat atas kepala pokcik yang baju hijau tu laa..).

ueno


pintu gerbang ameyoko street


pakcik nih jual kipas, cap ngan t-shirt. ueno nih mcm petaling street tapi ada jugak jual barang basah hasil laut serta buah2an. hard rock cafe pun ada tapi aku tak terjumpa... uhukkss..

alahai... lapo jerk rasa bila tengok buah2an mcm nih. mahal wehh... buah pisang kaki banyak dijual. tau ker pisang kaki? persimon tau? bentuknyer mcm tomato. aku pun tak tau kenapa orang panggil pisang kaki. kalau tengok betul2 kaki nyer tak ada pun kat situ. rupa mcm pisang pun tidak... huhh... poning...

hasil tangkapan minyak wangi di ueno. stok setengah tahun laa nih kot... huhuhu

Rabu, Oktober 22, 2008

ohaiyo!

flight kul 11.30 mlm pada 20th okt and arrived at narita airport safely on 21st oct at 7.15 am. mcm tak caya jerk dah jejak kaki kat Japan. yer laa... aku mmg tingin sangat nak gi... tup2 dapat gi... free plak tu... kwang kwang kwang... gambar kat sebelah tu masa kat stesen ketapi terminal 2 narita nak ke asrama AOTS. agak nyer mmg pesen derang nih kalau kita datang dia tak sambut. sila datang sendiri ke tempat penginapan. tu yang sampai sesat2 tu kalau tak paham arahan... huhuhu... nih pun baper juta kali tanya orang.. sumer pakat cakap jepun... huhhh... agak2 jerk lah. kalau sesat tukar train lain.
nih bilik aku no 209. bilik phelo kat sebelah jerk bunyi telefon pun bleh dengar. kecik molek jerk bilik nyer tapi masih selesa. bilik air pun cenonet jerk tapi ada bath tub. tu yang syok tu... ahakss... sampai bilik tu kepala senoneng semacam pasal aku tak tido selama 7 jam dalam flight tu. tak leh nak tido ler... tak biasa maklumlah 1st timer. pastu dah dapat bilik tak leh tido gak laa... rasa mcm nak kemas beg... so berikut adalah gambar stok makanan yang aku bawak. beg troli aku aritu lebih 2okg gak laa... tapi lepas tak kena bayar apa2. derang kata MAS tak strict sangat. semput gak mengangkut beg turun naik train. ketar2 tangan aku... hehehe... tak tau aa abis ker tidak nih. cemana2 pun kena abiskan jugak sebab space yang ada nanti bleh letak sobenir. lepas dah kemas2 tu sempat tido dua jam. around kul 3 mcm tu kuar plak gi akihabara pasal nak beli periuk. mmg dah plan nak beli periuk sebab nyer aku bawak ketupat nona tu so bleh laa start memasak.

keluar dari TKC tu tak tau nak ke mana. yang aku tau kena cari stesen kita senju. map laluan train tu ada laa si ikhwan sedekah kat aku sebelum gi aritu. pastu tengah terbelek2 peta kat depan TKC tu ada sorang staff TKC kuar dah abis shift dia kot. pastu dia tanya2... bleh cakap melayu plak tu... hah... senang citer. dia kata dulu dia dok kat indon 5 tahun so that dia bleh laa cakap melayu. so dia laa yang bawak gi stesen kita-senju tu. cuaca nyaman giler. sejuk sangat pun tak. kira nyaman laa... sampai stesen orang ramai giler. nih belum abis waktu opis nih. so kitorang naik hibiya line gi akihabara. maka bermula laa penjelajahan aku di bumi tokyo. okeh aku tempek gambar jerk lah ek.


dah nak start jalan. peace...!


kat stesen ketapi kita-senju


dah sampai. LAOX duty free... akihabara









Khamis, Oktober 16, 2008

bantuan kewangan

Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.

Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.

Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.

Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.

Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.

Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.

Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Anda boleh sms kepada En. Zulkifli, ayah Azrul@Che Nat di nombor 017-365 1024 untuk sebarang pertanyaan.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah menyiarkan kisah Che Nat di web/blog mereka.
  1. Blog Rickywan di sini
  2. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di sini
  3. Laman Marhaendaily.net di sini
  4. RelaxJap Yahoo Group di sini
  5. Pasalbuku.blogspot di sini
  6. Kedah Lanie di sini
  7. Epelijau di sini
  8. Blalang Yahoo Group di sini
***
semoga ada di kalangan pembaca yang prihatin. sikit2 pun kalau dikumpul jadi banyak jugak. mudah2an meringankan beban keluarga tersebut di atas.

Rabu, Oktober 15, 2008

terima kasih Datuk Adzhar

update sket....

Syarikat nafi anjur skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Salah sebuah syarikat yang diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mendakwa pihaknya tidak terlibat dalam perniagaan skim cepat kaya yang dikatakan memperdaya pelabur, pendeposit dan ahli-ahlinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noradz, Datuk Adzhar Sulaiman mengakui sekumpulan pegawai daripada BNM hadir ke pejabatnya untuk membuat siasatan berhubung bentuk perniagaan yang dijalankan.

Katanya, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya berhubung semua maklumat yang diperlukan oleh BNM.

Namun beliau menafikan bentuk perniagaan Kumpulan Noradz terlibat dengan skim cepat kaya seperti dilaporkan, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh beberapa ejen syarikat tersebut bagi memperdayakan ahli-ahli baru dengan melarikan duit deposit yang dibayar.

Jelasnya, sikap segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab itu dilihat merosakkan nama syarikat tersebut yang telah beroperasi selama 26 tahun.

“Kita tidak nafikan beberapa ejen kita yang tidak bertanggungjawab sehingga memperdayakan pengguna mahupun ahli.

“Selaku syarikat yang bertanggungjawab, kita membantu mangsa dari segi pembayaran balik jumlah kerugian dan melaporkan kepada pihak polis,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., adalah antara empat buah syarikat mencari pelanggan melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit yang diserbu oleh pegawai BNM.

Menurut Adzhar, pihaknya menerima banyak panggilan daripada rakan kongsi dan ahli-ahli berhubung berita yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini, sejak awal pagi lagi.

***

alhamdulillah... aku dah agak dah... benda nih bukan sangkut kat kampeni tu... tapi sangkut kat ajen yang menguruskan pembayaran tu. ada ajen yang larikan duit either orang buat payment nak jadi ahli... or payment dari NORADZ untuk ahli. so kalau nak jadi ahli kena laa pilih runner yang betul2 buat kije, bukan jenis yang songlap duit. in this case nak salahkan NORADZ pun tak boleh... nak salahkan ahli pun tak boleh sebab ahli mahu pun NORADZ percaya / bergantung kepada ajen. tak pakai ajen pun boleh rasa nyer tapi on the other side, bila NORADZ lantik ajen maka nyer ada peluang pekerjaan di situ maka kena laa amanah dalam menjalankan tugas.

so kira dah lega laa nih. masa kuar dalam paper semalam pun aku rasa benda nih boleh settle sebab NORADZ dah lama bertapak dan bukan calang2 biz yang dia buat. skang nih pun tengah berkembang pesat dan yang terbaru ialah resort kat Tangkak kalau tak silap aku ler. semoga NORADZ maju jaya dan payment tak sangkut... hehehe... Terima Kasih Datuk Adzhar. Semoga Allah limpahkan rahmah dan rezeki yang halal buat Datuk sekeluarga. aminnn..

Selasa, Oktober 14, 2008

NORADZ K.O.

BNM serbu 4 syarikat

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.


***

Punah beb... aku dok melabur dalam Noradz tu juta2 gak laa... yang 1st nyer invest dah balik modal. yang 2nd nyer invest tu yang baru separuh jalan... banyak plak tu... nidah kena beku dengan BNM plak. aku pun heran gak pasal apa nak kena tahan dengan BNM. Noradz nyer biz nampak... cth : kete sewa, hotel coronade, perfileman... just like kita bagi share dalam syarikat tu... pastu dia bagi kita return... so apa yang tak kena? mungkin ada orang dengki kot... biasa laa tak bleh tengok orang senang. so apa plan yer? kalau duit noradz tadek mmg banyak benda yang sangkut. dah ler nak gi jepun lagi nih... harus aku tak pergi jenjalan. so for those yang bajet2 buah tangan dari jepun tu mintak mahap laa yer... mungkin aku gi jenjalan jerk... buah tangan tadek aa... sori... duit nak pakai... huhuhu... :)

Isnin, Oktober 13, 2008

lebaran 2008

selamat hari raya maaf zahir dan batin. tahun nih tadek gambar raya. walaupun dah berempat sepatut nyer raya meriah ler.. tapi tahun nih raya biasa2 ajer... dan tak sempat nak bergambar pun... teruk betul ek... pastu blog pun tak updated. giler sibuk... mana nak kejar buat fail... mana nak prepare gi jepun... nak riki2 jalan2 cari pasal kat jepun pun tak sempat. aku tak ada idea lagi nak shopping apa. budak2 nih pakat kirim... kalau kirim ngan duit dan kat mana bleh gak aku usahakan... kalau takat kirim air liur... tengok pada keadaan laa kan... kalau jumpa aku rembat laa... tak jumpa kalu... sori aa... :)

aritu aku dah tukar duit yen dalam 100K yen. tup2 skang nih harga tengah tinggi... dalam dilemma... nak tunggu turun ker atau nak beli skang. kalau tunggu sampai hari2 terakhir kang dia tak turun... lagi mahal dari yang skang. kalau beli skang tiba2 dia turun masa nak pergi tu... ishss... dilemma sungguh... abis tu nak beli skang ker cemana nih ek? cemana nak predict turun ker naik nih? iskss... pening nyerr... beg tak kemas lagi nih... budak2 plak demam... uhukss.. harap2 masa mama nak pergi japan nanti adik ngan abang serta ayang sihat walafiat. tak nak laa pergi dalam kerisauan... huhu... sungguh tidak enjoy...

Rabu, September 24, 2008

bayar dulu


aku sibuk2 buat preparation ke Jepun. baju panas (ker baju sejuk ek?) dah beli kat alamanda aritu. pastu baju long john pun dah beli masa beli baju panas tu. sarung tangan dah beli cuma stokin jerk blom beli... heh heh.. malam senin aritu lepas berbuka pergi kedai sukan al-***** kat bangi konon2 nak cari kasut sukan. derang dah pesan kena pakai kasut sukan sebab nak berjalan banyak turun naik train sumer tu... so this is 1st time nak gi beli kasut sukan. just imagine... tak tau nak pilih yang jenis apa mcm mana... jenis ular sawa kenyang nih... tak pernah bersukan langsung.

sampai kedai tu yang paling excited tentu nyer rahimi. masuk kedai tu tengok bola banyak giler... yang di jual laa.. yang display laa.. pastu dia mintak2 nak bola... biasa laa bebudak. so aku pun bagi laa sebijibola yang kecil sekadar nak buat dia senyap sket... and aku mmg niat nak belikan bola tu. so dia pun main tendang2... bukan laa kuat sangat pun tendangan dengan kaki kanan dia yang cacat dulu tu (skang nih dah okeh). aku ngan hubby pun sibuk2 laa pilih2... tengok2 tadek saiz... pusing2 dalam kedai tu... belek2 lagi... n rahimi terus leka men bola...

tiba2... "haa.. main2 bola nih dah bayar ker belum nih..?" budak yang kat kaunter tu sound kuat sket.. mcm nak kata aku jerk nih... hb pun panggey.. "rahimi, letak balik bola tu.."... huh.. bebudak dah jumpa bola... tadek mana nyer nak letak balik... aku pun jadi laa tadek mood nak membeli belah... ada dua option masa tu...
1. letak balik bola dalam kandang bola tu... dan blah.
2. biarkan dia main dan nak blah tu bayar harga bola.. tak payah beli kasut.

sebenarnyer aku nak pilih option #1 tapi kang dia kata aku tadek duit plak ek... har har har... so aku pun pilih option #2 memandangkan mmg aku berniat nak belikan dia bola tu. hubby dah panas dah masa tu. bukan panas sebab dia marah anak aku tu... tapi sebab melayu yang tak ada bahasa. kurang2 pun cakap laa suh bayar dulu ker... suh letak balik ker.. bleh jerk sound elok2. pastu baru aku terperasan yang kat kandang tu tulis "don't play with the ball".

cemana aku bleh tak perasan? sebab kepala otak aku fikir banyak sangat benda... heh heh... so fokus aku masa sampai situ ialah nak cari kasut... next, rahimi mintak bola, aku terus jerk amik sebiji bagi dia tanpa pandang kiri kanan dan tak perasan langsung notis tu. lepas budak tu sound baru hb bgtau pasal notis tu... so dah terlambat. kalau aku amik bola tu masukkan dalam kandang kompem anak aku melalak berguling2 maka baik aku biar jerk dia main. lagipun aku mmg nak belikan dia bola tu. dia sepak pun bukan kuat2. abis jauh pun masuk kat celah2 rak yang gantung2 jersey tu jerk.

memandangkan saiz kasut pun tak ada... + kurang senang dengan sikap itu budak melayu maka kitorang pun blah jerk... tapi bola tu hb gi bayar laa... moral of the story... kena laa patuh peraturan kedai... tapi kalau mcm budak2 kecik nih mmg susah sket nak kawal kehendak dia... so lepas nih kalau nak shopping tak hengat ker... shopping benda penting ker... tak perlu nak bawak anak2 aku tu. tinggal jap kat umah mama jue pun okeh jugak. maka nyer kena laa aku shopping time weekdays sementara budak2 tu kat umah mama jue... hue hue hue...

so malam tadi gi alamanda kat cawangan kedai sukan tu jugak... dapat laa angkat satu kasut sport. maka tamatlah cerita pencarian kasut sport. sekian.

p/s: kata hb, melayu mesti penuh budi bahasa... mcm kata P. Ramlee dalam seniman bujang lapok... bahasa melambangkan bangsa.... :)

Jumaat, September 19, 2008

pasport dan visa


alhamdulillah... pasport dan visa dah siap. pasport siap setengah jam jerk pasal adik ipar yang dok skali ngan aku tu kije kat imigresen kajang... so dia buatkan cepat2 so that aku bleh balik opis lepas tu... hehehe... nasib baik ada orang dalam ek. pastu medical check-up buat kat hospital tawakal. buat visa amik masa 3 hari baru siap... so semalam dah gi amik kat Japan Embassy. mcm tak caya jerk ek aku bakal menjejakkan kaki ke Jepun. teringat plak kisah silam......

dulu masa lepas SPM aku ada apply nak masuk Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) kat UM. nih kes terkesan dengan citer2 Rinhanikoma masa aku sekolah rendah dulu (1987-1989 area tahun2 nih ler). punya laa tak bleh tinggal citer nih sampai bergaduh berebut TV dengan arwah abah. biasa laa orang tua tu nak tengok berita Dunia Jam 10. time tu gak laa Rinhanikoma nih start. last2 arwah abah mengalah... betapa laa selfish giler aku waktu tu. skang nih aku plak dah jadi macam arwah abah... berita kul 8 mesti nak tengok.. pastu si rahimi dok merengek nak tengok citer kartun... har har har har... sori laa mama bolayan.

pastu aku dah hantar borang UPU tu mintak masuk RPKJ 1st choice tu... masa tu ada 5 pilihan kalau tak silap laa... aku tak tau laa mana silap nyer... apply tak diskas dengan orang tua ker cemana ker... ntah ek.. nak jadikan cerita tiba2 masuk berita Kobe bergegar... gempa bumi aa nih. pastu arwah abah pun tarik muka.. tak setuju dengan pilihan aku nak ke jepun tu. padahal bukan pergi terus pun... dok kat Ambang Asuhan Jepun tu 2 tahun. pastu peksa... kalau lulus baru dapat gi jepun... kalau tak, dok dalam mesia jerk laa... sambung apa2 fakulti pun kat UM tu. dalam pada masa tu, aku jadi orang asing. cakap ngan mak pun dia buat derk jer.. cakap ngan arwah abah pun mcm tadek telinga. sedih gak aku masa tu. last2 dengan berat hati nyer aku pun tulis laa satu surat rasmi mintak tukar course dari RPKJ tu ke Asasi Sains jerk. berat gak nak mengepos surat tu sebenar nyer.. tak per laa... daripada aku jadi mcm tak wujud jerk ek. lepas dari tu baru laa derang buat mcm biasa jerk.

tak lama lepas aku dah pos tu... tiba2 sampai surat suh datang interview nak masuk RPKJ nih. teruja nyer aku rasa... tapi aku sedih sebab aku dah hantar surat tukar course. pastu aku cakap jugak laa kat arwah abah... dia kata nak tlg antar gi interview tu... aik... bagi pulak ker? aku sedih laa.. pergi laa jugak interview tu kat STF... aku ingat lagi en. kadir fellow asrama ke-2 interview aku. dia kata kalau ikut borang nih aku mmg kompem dapat masuk laa pasal RPKJ tu my 1st choice. aku senyum jerk laa... pastu aku jawab balik... tapi saya dah antar surat tukar course... aku harap sangat surat tu tak sampai.. atau dengan kehadiran aku kat interview tu aku harap pihak UM timbang2 semula dan terima aku masuk RPKJ plak... wekeke... mmg kerja giler. sudah nyer kompem laa aku tak dapat... derang slash nama aku... sedih sioott...

masuk asasi sains tu jumpa pulak laa kawan2 masa kat MRSMJ dulu masuk RPKJ. aisehh... mcm syok jerk rasa. aku tersangat laa ingin belajar bahasa Jepun tu sampai buat koleksi buku bahasa Jepun. padahal bukan ada kepentingan pun... setakat blajar melalui baca tak sama dengan betul2 blajar bahasa tu sebab mmg nak guna... dalam hati aku kata... apa pun satu hari nanti aku mesti pergi Jepun... mesti sampai Jepun... tapi tu laa tak tau bila... tapi aku rasa sumer nih ada hikmah nyer. kalau aku gi Jepun maka kurang ler masa aku bersama2 dengan orang yang tak panjang umur mcm arwah angah aku... arwah adik aku tu.. arwah abah... kalau nak fikir2kan rasa tak cukup masa pun nak manja2 dengan derang. selalu take advantage masa derang hidup. bila dah tak ada baru laa terasa tak cukup lagi berbakti dan berbaik2 dengan derang... iskss... sedih betul.

akhirnya aku percaya Allah makbulkan permintaan aku. bila dah kompem dapat pergi Jepun rasa mcm nak jerk bagitau dengan orang2 yang dah tak ada esp. arwah abah sebab dia yang tak bagi aku gi masa zaman blajar dulu... tapi nak bgtau cemana ek? semoga roh arwah abah, arwah angah dan arwah mamat berada dalam rahmat Allah selalu.. aminn..

Rabu, September 10, 2008

akan tiba masanya


aku akan ke sini lepas raya nanti. nanti aku citer selanjutnya... tungguuu...

Jumaat, September 05, 2008

balik kampung dan ramadhan

lama nyer tak update blog. bizi banget pasal seminggu aritu gi kursus kat marriot putrajaya. heran gak aku pasal dapat buat kat hotel di saat harus berjimat cermat. tapi aku pedulik aper... janji makan sedap... huhuhu... hari kedua tu tak tau mana silap nyer... perut meragam lepas lunch. berak2 plak hari berikut nyer... tapi mcm nak baik jerk... hari khamis tu jadi lagi... harap2 jangan ler getting worse pasal jumaat nak balik kg lepas abis kursus tu... alhamdulillah selamat sampai muar dalam kul 12 tgh mlm. malang nyer pepagi sabtu tu aku sekali lagi di landa cirit birit... adehhh... penat seh nak cangkung kat tandas kampung nih... nak tak nak gi jugak klinik. doktor kata mmg ada food poisoning sebab bunyi perut ada lain sket... aisehh... dasat laa kan jadi doktor... cemana laa agak nyer bunyi perut normal dengan tak normal tu... hehehe..

sabtu lepas isyak, rumah buyut (depan umah PIL jer) buat kenduri sambut ramadhan. jemputan nyer cuma sedara mara terdekat jerk. so dengan muka tak malu aku jinjit 2 beg plastik berisi tudung... giler meniaga aku nih. last week masa kat marriot sempat berjual dengan urusetia hall sebelah... dapat laa jual 5 helai. okeh laa tu... bukan aku kenal depa pun. kali nih meniaga dengan sedara mara... ada sikit sukar laa pasal derang akan mintak turun harga... kompem aku terkial2 nak bagi. kang kata dengan sedara pun tak leh lebih kurang... heh heh heh.. hasil nyer... beberapa helai tudung dan beberapa pasang kerongsang pun terjual... kutipan pada malam itu berjumlah rm360. alhamdulillah...

hari ahad kul sebelum tghari gerak balik jb. amik mak kat umah kak zai (sepupu aku sebelah arwah abah) di BBU. mak tido semalaman di rumah kak zai sebab tolong masak untuk kenduri doa selamat pada malam semalam. so lepas lunch kat umah kak zai, singgah plak kat umah mak ngah (adik mak) di BBU jugak. sembang lebih kurang gerak balik umah mak di skudai. lepak gak laa.. ana pun asik nak buat perangai jerk pasal tido tak cukup. imi seronok jerk dia tu... kemain manja lagi dengan tok minah.

pepagi kul 5 dah bangun. nih 1st ramadhan tapi aku tak pose cuma bangun makan sesama jerk... har har har... sekejap jerk dah jumpa ramadhan sekali lagi. tahun lepas nyer ramadhan aku tengah sarat preggy ana. tahun nih aku dah beraya dengan dua anak maka banyak ler benda nak dibelanjakan utk persediaan raya. banyak ker? tak dek laa banyak mana pun tapi yang penting baju baru untuk dua orang kenit tu mesti ada. ibu yang jahitkan. nak mintak mak jahit rasa mcm kesian plak tengok mata tua mak tu tak berapa terang. aku dengan hubby pakai baju raya tahun lepas. masih muat lagi. rasa2 nyer aku mcm nak pakai baju yang masa bertunang aritu. kompem muat pasal masa tu berat aku 63kg tapi skang suda 57kg... ihikkkss... nih kes cirit-birit keracunan makanan aritu agak nyer kot... huhu..

lepas zohor gi jalan umah pidah. dah lama tak jenguk mak pidah. selalu kalau aku balik jb pidah rajin datang umah ziarah aku. kali nih aku ziarah dia plak. dan aku tak lupa bawak tudung ngan kerongsang. pidah angkat 2 helai tudung. sembang punya sembang tingin gak ziarah yan terlanjur dah dekat nih. yan kije kat perodua rawang. dah berzaman jugak aku tak jumpa yan. susah sket dia nak gerak jenjalan ker pasal ayah dia tak sihat so apa2 hal kena ada orang jaga kat umah. kat umah yan, dia dan kakak ipar angkat kerongsang sampai rm80. kira okeh laa tu.. 1 hari punya biz bleh dapat rm150... hik hik... perjalanan balik ke umah mak tu amik masa sket pasal hujan. johor asik ujan jerk... sojuk den.

okeh... to be continued...

Jumaat, Ogos 29, 2008

kerongsang untuk dijual

huh... punya laa berzaman nak amik gambar kerongsang untuk di tempek kat sini. errkk.. sebenar nyer aku nak tempek kat blog tajuk belisini... hehehe... spoil sket pasal background hitam (hubby laa sajes nih)... next aku nak amik gambar background putih... baru kaler dia naik. okeh selamat membelek.










Jumaat, Ogos 22, 2008

Colin the whale

uhukss... nak menangis rasa nyer bila baca citer nih. tingat anak aku kat umah. walau pun ini Colin cuma haiwan... tapi dia jugak ada perasaan. selain dari anak aku, tingat jugak kat baby2 yang mmg orang sengaja buang... mmg giler laa... anak2 kecil mesti cari mak dia lebih2 lagi time lapar... adehhh... sedih wooo... bergenang dah air mata aku nih.

dalam blog sis anamiraa pun dia ada jumpa ini Colin tengah bertempek kat bot yang dia ingat mak dia.. act like nak menyusu gitu... aisehhh... sedih ler... iskss... nih aku tempek gambar Colin... yang sis ana capture... sangat cantik tapi mengundang kesedihan aku... iskss..


THE baby humpback whale stranded in a Sydney waterway will be euthanased some time tonight, wildlife authorities say.

The decision was made at a meeting of NSW Parks and Wildlife Service workers, scientists and representatives of other agencies early tonight.

Rescuers have opted against making another attempt to shepherd the starving 4.5 metre whale calf into open water.

Affectionately named Colin, the calf is believed to be about two or three weeks old.

It was first spotted on Sunday, nuzzling up to a yacht in the northern Sydney waterway, apparently searching for its mother.

A veterinary report late this afternoon found the animal was in a very poor condition and would probably not live through tonight.

The mammal is suffering from previous shark inflicted injuries, is experiencing breathing difficulties and its flukes are hanging down.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Happy 31st Birthday!



layan tini's spa ampang. aku beli package nih masa redemption maybank card treat point kat mid valley. package body pamper mengandungi Sauna, Massage, Scrub @ Mask, Bath. pastu ada dapat free facial dengan milk bath. since dalam body pamper tu dah ada mandi jugak so depa suh aku simpan free milk bath tu pastu datang lenkali. aku pun tak tau nak datang lagi ker tidak. pastu scrub @ mask tu aku pilih scrub. ada 3 pilihan... papaya scrub utk kelembapan kulit, coffee scrub untuk mengurangkan selulit. lagi satu himalayan salt untuk apa aku tak ingat tapi barang nyer tak ada. pastu kalau himalayan dengan papaya tu dia bagi mandi susu. untuk coffee dia bagi mandi rempah... so harus aku guna jugak voucher yang mandi susu tu kot... ntah bila lagi nak datang. nih pun sajer jerk memanjakan diri di hari ulang tahun ke 31. harus buat tiap2 tahun... tapi tengok kocek jugak... atau kalau nak kumpul daki bleh buat 10 tahun skali baru barbaloi sket nak scrub badan... hehehe...

lepas siap2 tu gi ampang puteri hospital. nih pun aku gatal letak nama kat booth KPJ kat treat point tu jugak. depa kata derang nak bagi blood test suami isteri. tak lama dalam sejam jerk. since tini spa kat ampang, so aku pun mintak blood test tu buat kat ampang jugak laa... so abis urusan kat tini's spa, hb n i pun gi laa ampang puteri. tak makan lagi nih... kebuloq. sampai ampang puteri depa pun direct by phone cemana nak gi tempat derang. sebelah jerk dengan cafe hospital tu. pastu isi2 borang... masuk dalam bilik tu... tengok2 ada meja2 jerk... rilek lagi masa tu. pastu ada sorang pompuan india dok sesama ngan kitorang... citer2 sambil tulis2 atas kertas sumer... kuar2 pamphlet... kul 3 ptg jadi 3.30... pastu jadi kul 4 ptg... menceceh.. menceceh.. menceceh... nih belum nak test darah nih. masa aku register aritu dia kata amik darah sejam. tapi kalau menceceh + amik darah dah kira 2 jam nih... nak amik anak pepetang dengan jalan jammed nih... perut aku pun dah lapar... menceceh tak abis lagi...

apa yang dia citer? dia citer kesihatan rakyat malaysia skang nih kritikal. banyak silent killer mcm sakit jantung, kencing manis... etc... pastu gitu gini citer nyer... sampai ler kepada kementerian kesihatan telah memilih KPJ untuk buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun (setahun sekali) supaya penyakit kronik dapat di bendung bila kita berupaya mengesan pada tahap 1 lagi... kenapa KPJ? kerana KPJ ada di malaysia dengan meluas nyer.. ada 18 hospital di bawah KPJ nih... so KPJ telah buat pakej untuk pemeriksaan kesihatan. kalau pergi HUKM buat medical check up saja dah rm3800, ada satu lagi spital mana ntah... rm3500... bla bla bla... pastu nak citer panjang2 lagi perut aku dah lapar nih. cadang nyer nak gi jalan TAR skali angkut tudung. kalau nak pergi hari sabtu susah nak bawak dengan budak berdua tu. nak tinggal kat mama jue dia ada hal plak hari sabtu. oohh... berbalik pada cerita menceceh... aku pun dah lapar... kepala dah berdenyut... terus potong cakap dia.. so berapa harga pakej? dia pun bukak fail lain... i try to make it fast... dia janji. so tunjuk laa dalam tu apa check up yg dia buat. siap masuk MRI tu... ntah apa kebenda lagi yang lain aku pun tak ingat. nanti i panggil supervisor cerita dengan u tentang harga pakej... laa... aku ingat siap dah. hubby dah tarik muka.. aku pun panas gak laa... sah2 terkena mcm kes kena dengar talk sejam pastu depa bagi laa apa2 hadiah... biasa nyer penginapan laa.. yang selalu aku terima dlm tepon mcm tu ler. terkena jugak akhirnyer...

supervisor pun datang. kita nih link dengan kementerian kesihatan dan bank. aisehhh... ini sudah lain mcm. so ada 5 bank yang offer.. maybank, cimb, rhb... lagi dua aku tak ingat bank apa. dia tanya ada tak mana2 kad... aku kata ada maybank dengan cimb. berapa limit... aku kata 5K and 12K tapi dua2 dah penuh (dengan harapan dia tak offer lebih2)... pakej tu rm16K untuk 10 years tapi sebab promosi dia tambah lagi 8 yrs so jadi 18yrs. kalau tak cukup kredit kita boleh kuarkan kad baru (so that the card only paying for the rm16K zero interest in 36 months) kira nyer sebulan tu ada laa dalam rm400++. hati aku panas jerk... aku nih mmg laa banyak hutang pastu ko nak suh aku tambah hutang lagi... atas alasan kesihatan nih nak kena jaga... bukan bleh buat main... dah sakit kronik nanti (kerana tak detect awal2 kes tak pergi yearly medical check up) lagi banyak nak pakai duit untuk kos rawatan. aku setuju jugak laa... tapi benda nih berhutang nama nyer... pastu kalau mati sekerat jalan lepas 5 tahun... dah bayar habis benda tu sedangkan aku dah stop buat yearly medical check up tu.

aku tau niat nak mengurangkan kadar pesakit kronik nih mulia... tapi dengan berhutang tu aku rasa lebih menambah beban. ada jugak dia offer amik yang percubaan tempoh singkat sket... 10 tahun dengan bayaran rm10K. aku cakap tak bleh... india tu pun celah gak... 5 tahun pun ada... tak boleh jugak ker? aikk... ini dah ada banyak2 option nih mcm laa nak paksa jugak amik. dah mcm kes mata duitan nih.. tak tengok ke kemampuan orang kebanyakan nih. kena laa faham situasi. mcm kes aku... every single cent ada allocation dia... so nak masuk lagi rm400... dah tak ada allocation. alangkan saving pun tak ada... apa lagi nak menambah hutang bayar bulanan mcm nih. pastu aku tanya kalau kita tak amik skang... nak balik fikir dulu bleh ker kita datang register semula... dia kata benda nih atas jemputan. kalau akak tolak hari nih kira tak dapat offer rm16K utk 18 tahun nih... kena tunggu launching rm20K for 10 yrs pada 1 jan tahun depan... celaka... nih kes paksa nama nyer... lagi satu yang buat aku panas... dia kata jemputan... hello... aku yang menawarkan diri tulis nama dan no telefon untuk dihubungi... cemana ko bleh kata jemputan plak? huhh... panas... pastu aku n hb tak setuju laa.. hb dah lama panas nih... bengang sebab ada isu2 perkauman sket yang diutarakan oleh supervisor tu tadi. pastu tanya laa pasal blood test tu. rupa nyer dapat complimentary voucher jerk... cissss.... nak buat blood test kena call appointment in two weeks... mmg bloody hell ini spital. abis masa aku kat situ. dapat lapar ngan letih jerk... plus hot skali laa... dah laa tu parking kena rm6++. cilaka. lg best voucher tu dapat satu jerk untuk siapa yang dapat call. masalah nyer dia call aku dan hb dan janji budak yang aku sign up masa kat mid valley tu dia kata dua2 sekali dapat blood test... agak nyer india tu takut aku naik darah kot... dia pun bagi lagi sekeping untuk hubby... on the way back tu aku tanya hubby nak datang lagi buat blood test ker tak? huhhh... tak payah... tak de hati aku nak datang sini. ntah2 buat cincai2 jerk maklum laa benda free... har har har... akhir nya kami balik dengan sakit hati... menempuh jammed lagi... uhukss...

berakhirnya sambutan hari lahir yang meletihkan... huhuhu...

p/s: kena dapatkan kepastian dari pihak kementerian kesihatan. betul ker derang ada assign KPJ untuk pakej medical check up nih. sian orang2 yang teraniya. dah mcm kes gores dan menang laa pulak... paksa rela... time tu jugak kena buat keputusan... no fikir2... huhh... paksaan nama nyer tu... ciss...