Halaman

Isnin, Mac 26, 2012

Kesilapan ibu bapa

ooh... seronoknya berhujung minggu... naper laa hujung minggu cuma 2 hari... kalau 3 hari lagi laa seronok... hek hek hek... cuti hujung minggu jarang keluar rumah. biasanya melayan karenah anak2 dan selalunya anak2 akan tanya nak pergi mana hari nih? esok nak pergi mana? hahaha... sebabnyer derang ingat bila cuti memang nak berjalan jerk laa kije nyer. mujur sabtu lepas ada lawan boling suka suki dengan rakan opis so dapatlah bawak anak2 jalan2 mid valley sekejap. itu pun tak jalan sangat sebab orang ramai ada pameran kat MIVEC tu. lg pun dah langkau waktu tidur anak2... kompem sumer penat dan mengantuk. abg long dah mula belajar main boling. lepas nih bleh laa ajak dia main lagi.

okeh abis citer hujung minggu rini nak share tentang kesilapan ibu bapa terhadap anak2. i believe sumer orang pun nak jadi ibu bapa terbaik untuk anak2 tapi ada ketikanya tindakan kita tu sebenarnya salah dan kurang sesuwai utk anak2. jom kita baca perkongsian yang saya petik dari blog ini

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah* Saidul (penghulu) istighfar* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)... * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:* menakutkan anak-anak dengan sekolah* menakutkan dengan tempat gelap* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun,)

Isnin, Mac 19, 2012

Petua menambat hati suami



ada sorang kawan fb berkongsi petua untuk isteri menambat hati suami. sebagai isteri kita cuba sedaya upaya menambat hati suami tapi berapa ramaiagaknya yang berusaha menambat hati isteri? untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan harapnya janganlah segala usaha itu di sebelah pihak sahaja. samalah2 kita memelihara ikatan perkahwinan agak bahagia berkekalan... jom baca beberapa PETUA yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda dalam usaha menambat/melembutkan hati suami:

1.Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2.Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3.Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4.Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5.Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.

6.Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7.Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.

8.Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira.

9.Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

10.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11.Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

12.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

13.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

14.Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

15.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..
Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.

16.Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

Selasa, Mac 13, 2012

Proton Exora Bold Premium CVT

hari jumaat lepas tak sempat gi kije. (tak sempat? what do u mean by tak sempat?) saper2 yang gi kl laluan PLUS, keluar tol sg besi saja dah sangkut. utk orang yang kuar jam 6.00 pagi sempat laa... aku nih kuar kul 7.00 pagi. tak tau laa tu ntah apa yang sesak sangat sampai sangkut elok2 kuar dari tol. sejam dok situ 200m jauh sket jerk dari pintu tol... amik keputusan buat U trun n cari jalan lain nak masuk kl. ikut laa laluan besraya sana tu... sampai gak opis kul 12 tgh. kira tak kerja dah tu... gi gak opis sebab derang order catering so antar jugak laa walaupun lewat. pastu balik laa... wat per lagi dah sekerat hari kat atas jalan. balik tu lepak kantin hb jap kat sri kembangan. tengok2 setup kantin tu... petang tu ada orang order utk mesyuarat so hb siapkan order dulu then baru gerak balik.

nak balik tu singgah opis MYEG jap nak update geran kete kelisa. sebelah tu bilik pameran proton. bleh plak ada Exora merah kegemaran aku kat situ. mentara hb gi MYEG aku ronda2 tengok Exora merah pujaan hatiku itu... vavava... marbeles... mmg tengah kira2 nak angkat kete baru sebab dah meriah nih kan... tak muat ler kete kelisa tu. kalau balik kg rasa lowered jerk kete tu... kih kih kih... kawan2 kata suh angkat Alza jerk murah dan jimat minyak. aku tak pernah lagi test duduk Alza tapi rini dapat duduk kat Exora rasa mcm... best nyerr... huhu... selesa utk kami sekuarga. hb kata bleh on dah nih... tadek dah nak tengok2 kete lain... hoho... hampir pasti Exora menjadi pilihan...

ada saper2 nak angkat kelisa aku tak? tak bleh nak maintain 2 kete laa deyy... huhu.. jom layan...

Senarai harga Proton Exora berbagai jenis :

1) Proton Exora 1.6 Standard MT – RM59,998.00 (CPS Manual)

2) Proton Exora Bold 1.6 Executive MT – RM70,998.00 (CPS Manual)

3) Proton Exora Bold 1.6 Executive AT – RM74,998.00 (CPS Automatik 4AT)

4) Proton Exora Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998.00 (CFE + CVT)

5) Proton Exora Prime – RM88,998.00 (CFE + CVT)







Harga RM80,012

Khamis, Mac 08, 2012

potret keluarga

bukan potret keluarga saya....







jeles nyer sekali beranak kuar ramai2... best giler.. huhuhu..

Ahad, Mac 04, 2012

Mandi wajib


selamat pagi... rini sesaja nak citer pasal mandi wajib. dalam bersembang2 di fb tak lama dulu ada kawan kata dia tak tau pun kena mandi lepas bersalin tu. aku pun kalau orang tak bgtau, sama laa tak tau jugak... nak berumahtangga tapi tak cerdik. masa sekolah dulu ada belajar tapi disebabkan belajar main2 makanya tak ingat atau tak perasan apa yang cikgu ajar. sebagai mak2 dan bapak2 yang ada anak2... bila anak2 dah besar dan dah kawen wajib kita guide anak2 supaya tak jadi jahil bab2 gini. kang sia2 beribadat...

guide mandi wajib nih aku kopipes dari blog orang lain juga. alhamdulillah maklumat skang nih hanya dihujung jari. sebelum nih ada yang bgtau mandi wajib kena bersihkan bahagian dalam faraj. aku tak pernah dengar plak sebelum nih sebab seingat aku laa ada kebenaran utk mandi selepas azan kerana didahulukan bersahur. kes jimak masa bulan ramadhan laa nih... so kalau dah jolok sinun kira batal puasa laa pulakkan? aa... tu yang cari jugak info utk clearkan mana2 yang musykil. jom baca cara2 mandi wajib kopipes dari blog ustaz noramin.

Assalamualaikum ustaz...

Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..terima kasih..

Jawapannya

Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.

Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).

Keluar mani walaupun sedikit.

Mati melainkan mati syahid.

Keluar haid bagi perempuan.

Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).

Wiladah atau melahirkan anak.


Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


lain2 posting tentang mandi wajib nih kat sini dan sini. yang dinyatakan ialah anggota fizikal dan tidak pulak cerita membasuh bahagian dalam faraj tu lah... maka terungkailah kemusykilan. yang penting menyampaikan air dicelah2an. sebab tu disuruh mencangkung sekali.

okeh... semoga kita sama2 mendapat manfaat dari perkongsian ini... insya-Allah.