Halaman

Khamis, Julai 15, 2010

abg long & kak ngah


dah lama tak citer pasal budak berdua nih. skang nih kak ngah dah banyak bercakap tapi masih pelat. kalau tak biasa dengar mmg tak paham apa yang dia kata. bila kita tanya banyak kali dia pun fedap jugak nak ulang cakap. lidah dia pendek ker ek? ermm... risau aku. hope dia bleh cakap dengan betul laa... kalau tadek perkembangan mmg doktor ada suggest gi speech terapi. tapi aku rasa mcm okeh jerk sebab dia suka nyanyi skang nih so vocab dia banyak cuma sebut jerk tak betul. nih ada satu lagu yang dia suka. dia akan ulang2 nyanyi sampai penat. aku pun penat gak dengar dia nyanyi sebab berulang sangat.


tin tin tin alatin

aek toto tate teten

nak tawen tate tintin

titapa potak titin?
(din din din aladin... naik motor takde lesen... nak kawen takde cincin... siapa botak licin?)
#biasanyer dia akan jawab adik dia atau papa botak licin.
abang long plak skang nih daya pemikiran dia makin hebat laa... (ker aku yang perasan?) sebabnyer dia selalu pekenakan aku. kadang dia tau benda yang aku cakap tu tak betul so dia akan warning... tak baik tau tipu2, Allah marah.... hahaha... kono sobijik.
aritu dia ada kata nak belikan aku kete audi sebab dia tau aku suka audi. pastu kebetulan ada kete audi betul2 lalu sebelah kereta kami so aku pun tunjuklah...
me : abg long, nih laa kete audi. abang nak belikan untuk mama kan?
abg : aah... kete audi nih laju tau sebab tayar dia kuat.
me : kalau papa bawak kete laju2 boleh jugak potong kete audi nih. kalau mama bawak jerk tak boleh potong sebab mama bawak tak laju.
abg : mama... kalau kete buruk mama potong tak?
adeehhh... dia nih mcm tau2 jerk aku tak pandai bawak kete. pernah sekali tu aku test drive selepas kena paksa dengan hb. abg long dok kat sebelah.... dengan muka pelik dia pun tanya...
"mama bleh bawak kete ker?"
sebab nyer dia mmg tak pernah nampak aku bawak kete... tu pasal dia tanya... tak kompiden nak naik ngan mama agaknya... huhuhu...
*** kisah abg long dan kak ngah tersiar dalam majalah Pa&Ma keluaran Julai.

Selasa, Julai 06, 2010

happy birthday & happy 5th anniversary

novelty pan cake 24

cake 65

alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi kerana jamuan menyambut hari lahir rahimi, ayah rahimi dan juga ulangtahun perkahwinan yang ke5 telah berjalan dengan lancar. rata2 tetamu yang hadir, pulang dalam keadaan kekenyangan. terima kasih kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis ini. semoga kalian semua doakan kesejahteraan hidup kami sekuarga.
kek nih aku order dari rozie yang duk di bandar seri putra bangi. sebelum nih ada beli cupcakes dari dia untuk jamuan kat ofis. aku nak order dari dill cakes tapi sebab tadek penghantaran so aku order dari rozie jerk. siap ada pemain bola sepak yang tak tahan tu... huhuhu... budak2 ushar jugak laa nak amik patung tu tapi mcm biasa... pemain bola sepak tu jadi milik kak ngah. tengok2 bola dah tak ada kat situ... dia dah cabut ntah mana letak. tak kisah laa tu.
menu lain ialah char kue teow incik adib, laksam restoran belauk seksyen 7 dan spaghetti bolognese incik emy. saper2 yang nak order char koe teow untuk majlis bleh contact aku untuk dapatkan no incik adib nih. dia akan bawak segala peralatan untuk memasak char kue teow. oleh kerana umah aku nih apartment so aku supply gas laa... tak perlu nak berangkut barang bebanyak.
apa pun jamuan nih menemukan aku dengan kawan2 lama. bagi pihak emy plak dia dah menambah kawan2 baru. kawan dia sorang pun tadek datang. mungkin time tu sumer orang sibuk kot. aku jemput jugak kawan2 fotog tapi memasing pun mungkin sibuk ada wed shoot ker... mana laa tau kan. akhir kata terima kasih kepada tetamu sudi hadir. segala kekurangan harap dimaafi. harapan aku, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 10th anniversary nanti insya-Allah buat jamuan lagi. sambutan 5 tahun skali laa nih... huhuhu...