aku petik pesanan dari KNV untuk peringatan. manusia mudah lupa, nak2 yang dah banyak urat putus sbb bersalin... wekekek... berikut adalah pesanan yang amat berguna untuk pegangan hidup :
1. kalau nak berniaga dan promote barang, be professional. tak kiralah jual benda kecik ke, benda besar ke. advertisement jangan buat main-main. nanti orang tak tau whether you are serious or not. contoh, nak suruh orang beli produk education, tapi kalau advertisement tak melambangkan 'kecerdikan' si penjual, jangan pelik kalau orang tak layan. kalau nak berjaya, be serious. orang tak suka dealing dengan orang yang main-main.
2. kalau kita ada sesuatu yang lebih dari orang lain; jangan ingat semua itu semata-mata hasil usaha kita. cakap tu pandang2 lah kiri kanan. most of it allah yang tetapkan. anak kita pandai, sebab kita kah? suami kita baik, sebab kita kah? harta kita banyak, sebab kita kah? bukan 100% sebab kita. semuanya atas rahmat allah. jadi berhenti pandang rendah dan prejudice dengan orang lain yang tidak 'setaraf' dengan kita. jangan lupa kita masuk syurga nanti pun semata2 kerana rahmat allah. jangan perasan bagus.
dan pesannya lagi,
FOCUS ON WHAT YOU HAVE, INSTEAD OF WHAT YOU'VE LOST. WHAT YOU HAVE AT HANDS ARE THE ONLY THING THAT MATTERS. AND BE HAPPY. BE THANKFUL. FIND ALL THE REASON TO BE HAPPY. AND BE.
kesimpulan yang aku bleh buat disini ialah sentiasa berasa cukup dan bersyukurlah dengan segala apa yang ada dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan. insya-Allah... semoga Allah jua yang melorongkan jalan kemudahan untuk mencapai segala impian. aminn...
Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara eksklusif dari saya dan jaringan saya (maipilihdotcom)dan TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.
Khamis, Oktober 28, 2010
Khamis, Oktober 14, 2010
alahai internet
oohh... dah tadek idea nak berblogging... internet punya cerita pun nak tulis... huhuhu
dah beberapa bulan tadek internet kat rumah sebab jaring tak dapat nak servis area kajang. kecewa jugak laa sebab servis jaring terbaik bagi aku setakat nih. aku dah bayar untuk setahun tapi apakan daya cuma bertahan beberapa bulan jerk. baki yang dah berbayar tu jaring pulangkan semula nanti. sejak tadek internet kat rumah rasa payah jugak laa... kadang2 ada benda2 penting nak jenguk email ker apa ker melilau aa plak cari internet yang free mcm kat kedai2 makan ker... huhuhu... tapi kalau ada internet kat rumah leka laa pulak. aku sendiri tak pernah sempat layari internet kat rumah. sibuk dengan anak2. ada masa sket lepak2 rest pulak. kalau nak guna internet bila tengah malam time derang dah tido. kalau dah terleka guna internet sampai pagi, tak cukup tido laa pulak... huhu... hb dah register kat tm tapi derang kata tengah Q. ntah bila laa bleh dapat merasa streamyx tu. hope bleh dapat cecepat ler...
kat opis nih internet tersangat lembab laa pulak. ini sedikit sebanyak "demotivate" nak buat kerja jugak. dah ler mmg banyak nak kena refer internet. kalau lembab sangat nak buat capaian, siap sempat turun gi breakfast dulu. kurang sket tensen menunggu lama nak loading. kadang2 kena ikut timing Europe plak. yang aku perasan kul 11 mesti tak dapat nak buat searching kat web derang. hope dah berpindah kat bangunan baru nanti keadaan dapat diperbaiki laa... huhu... tensen.
dengar citer tahun 2012 nanti semua examiner patent akan bekerja dari rumah. ermm... bagus ker tidak yer? tak tau nak kata. nanti sibuk buat kerja rumah dan jaga anak, tak tertangan plak kerja opis yang patut dibuat di rumah. oohh... belum try belum tahu... huhu... just wait n see.
adiooss....
Jumaat, Oktober 08, 2010
20 amalan murah rezeki
hohoho... tajuk nih mmg ramai orang suka tapi tak ramai yang amalkan. copy paste dari blog cery dan cery pun copy dari blog orang lain... bagusss.... sama2 lah kita amalkan lepas nih yer. Insya-Allah...
Alhamdulillah ..dapat gak share tajuk ni...saya baca kat majalah ape ek..lama dah bulan2 lepas.. tapi tak dpt nak recall balik majalah tu..so saya surf internet..and jumpe ada org yg share topik ni..alhamdulilah..maka saya pun nak share kat semua... amalkan lah..insya Allah... saya dah merasainya dan mmg benar murah rezeki saya akhir2 ni..alhamdulillah sangat2... apa2 pun....janji Allah itu benar.... inilah yer 20 amalan murah rezeki..rezeki ni dlm pelbagai bentuk yer..
1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
Alhamdulillah ..dapat gak share tajuk ni...saya baca kat majalah ape ek..lama dah bulan2 lepas.. tapi tak dpt nak recall balik majalah tu..so saya surf internet..and jumpe ada org yg share topik ni..alhamdulilah..maka saya pun nak share kat semua... amalkan lah..insya Allah... saya dah merasainya dan mmg benar murah rezeki saya akhir2 ni..alhamdulillah sangat2... apa2 pun....janji Allah itu benar.... inilah yer 20 amalan murah rezeki..rezeki ni dlm pelbagai bentuk yer..
1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) < --bykkan beristigfar ..kalau dpt 70x sebelum subuh..
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) < -- Ya Allah ampunla dosa2 lalu ku..dan peliharalah aku dari membuat dosa,, saya ni pun manusia biasa jer..huhuhu
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) < -- yelah…lagi kita ingat dunia..lagi tak tenteram hati ni kan kan..
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)< -jadi sape2 yang masih hidup kedua org tuanya..berbaktilah yer…..
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Langgan:
Catatan (Atom)