Halaman

Isnin, Disember 27, 2010

perkongsian khasiat shaklee

alhamdulillah... dengan rahmat Allah saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan makanan tambahan shaklee. pelaburan sebanyak rm500 rupanya tak sia2 kerana penggunaannya bertahan selama 5-6 bulan dan menampakkan hasil yang memberangsangkan. rasa sangat2 bersyukur sebab sebelum ni kerap sangat berperasaan nak tumbang esp. kalau turun menggunakan eskalator, rasa mcm nak terjatuh ke hadapan. kalau turun eskalator tu memang paut pemegang dengan kemas laa.... takut tumbang atas eskalator... amat laa merbahaya. pada awalnya mmg saya mengambil shaklee untuk menambahkan penghasilan susu badan. hasilnya saya gembira dapat menghasilkan susuibu yang pekat dan penuh berkhasiat untuk si puteri bongsu (buat masa ini). dengan khasiat B complex juga, dpt mengembalikan semula tenaga selepas penat bekerja. yang paling best, saya tak sangka dapat menurunkan berat badan. saya perasan selera makan terkawal. kadang makan sikit pun dah kenyang. walaupun orang kata B complex boleh buat menambah selera makan tapi saya rasa tidak dengan vitamin B complex dari shaklee. ia benar2 bertindak menukarkan makanan ke dalam bentuk tenaga. bangun pagi pun dah tak liat. alfalfa juga sangat membantu dalam penghasilan susu berkhasiat serta berfungsi dengan baik dalam tugas membersihkan usus dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. saya cuma merancang untuk meningkatkan penghasilan susu tapi gembira mendapat result dua dalam satu. penyusuan penuh berkhasiat dan kembali mendapatkan berat badan ideal. Terima kasih shaklee :)

***nak tau apa yang cik pau makan? klik sini. ***

Rabu, Disember 22, 2010

program diet yang gagal kerana...

saya pernah berusaha untuk diet tapi gagal. kan dah citer aritu, happy dapat boipren terus berat badan saya dari 57kg naik sampai 63kg. orang kata berat badan naik sebab hati manyak happy... yer ker? huhuhu... tak pasti. kadang kalau kita manyak stress pun berat bleh naik jugak. lepas kawen dan lepas beranak 1 saya cuba juga untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan satu produk yang sangat glamer... H*. malangnya masih tak berjaya jugak. nanti saya ceritakan kenapa. skang nih jom kita tengok kenapa kebanyakan program diet tidak berjaya sedangkan banyak ubat2 pelangsingan badan mendapat tempat di rak pasaraya tak kurang juga MLM tentang produk diet nih. sharing di bawah saya petik dari web.

Most diets are nutritionally inadequate. They are too low in calories and/or nutrients. Sooner or later you feel bad and cheat. When faced with a shortage of calories, your body’s natural response is to conserve fat. This mechanism may have come in handy for your distant ancestors trying to survive a famine, but the "starvation response" and it’s associated hormonal changes make life difficult for many a dieter. After all, when's the last time you couldn't find any food!

◦Most diets are too hard to follow. They interfere with your life. They give you too many excuses to goof off, cheat or quit.

◦Most diets are too slow and frustrating. Lots of pain, little gain.

◦Some diet plans ask you to take unsafe ingredients having negative side effects (Ephedra, Ephedra Alternatives, other stimulants). Why should you have to take your life in your hands to lose a few pounds? You’re trying to get healthier, right?

◦Most diets slow your metabolism setting you up for the "yo-yo" effect

yo-yo effect tu apa? nak tau lebih lanjut baca kat sini.

la nih saya
nak citer pasal diet yang gagal pada masa dahulu. oleh kerana tadek ilmu tentang pemakanan sihat, dengan suka2 hatinya saya tak makan ayam dan daging. maka telah saya gantikan dengan udang dan sotong... nampak tak? betapa tadek ilmu ketika itu. selama beberapa bulan saya rasa berat badan tak turun dan diserang rasa sakit2 kepala dan beberapa kesan sampingan yang lain. pendek kata program menurunkan berat badan saya tidak berjaya. lepas tu baru pergi cari kaplet susut perut mustika ratu. makan mmg susah nak kawal. nak kata makan banyak pun tidak jugak. biasa meal saya sarapan, lunch dan dinner.
hari bahagia pun tiba. dekat2 nak naik pelamin dalam sebulan dua gitu dah tak ambil kisah tentang diet nih. saya berdoa baju pengantin muat2 dipakai... hehehe... alhamdulillah dengan pertolongan korset dan girdle murahan dapat jugak laa pakai baju pengantin.
selepas bersalin, rasa teruja nak turunkan berat badan. surf internet terjumpa banyak testimoni tentang produk pelangsing H*. saya pun teruja untuk mencuba jadi beli juga laa... masuk set ke 2, tiada perubahan berlaku. dah laa tu satu set cuma bertahan seminggu ke 2 minggu sahaja. tak boleh tahan mcm nih. saya berhenti menggunakannya. ada sebab yang kukuh untuk saya tak meneruskan program diet tu.
1. jadual cara makan yang tak masuk akal. di minum pada breakfast dan dinner. secara logiknya, selepas bangun tidur kita betul2 memerlukan tenaga utk memulakan hari. dengan itu saya biasanya makan nasi lemak atau yang heavy. lunch makan secara sederhana dan malam saya minum segelas lagi produk tersebut. keadaan itu membuatkan saya jadi kebulur iaitu lebih hebat daripada lapar. tengahari saya makan sangat banyak. kalau dah kenyang tu... mata pun layu... huhuh...
2. harga yang tinggi dah penggunaan kerap telah mengakibatkan saya pokai. padahal baru dua kali beli tapi kalau berterusan dalam masa yang sama tiada hasilnya, lebih baik saya berhenti sahaja.
3. sukar untuk tidak makan. tambahan lagi pada ketika itu masih lagi menyusukan anak. tanyalah mana2 ibu yang menyusukan anak pun pasti akan kelaparan. ada ibu2 yang bagi alasan makan banyak sebab nak produce susu. nasib baik saya tak pegang prinsip mcm tu.... huhu... kalau tidak tentu badan naik bagai di pam-pam.
alhamdulillah... saya menggunakan shaklee sebab nak menyusukan... tapi dapat dua dalam satu... dapat hasilkan susu berkhasiat untuk anak dan dalam masa yang sama dapat menurunkan berat badan. sepanjang menggunakan produk shaklee saya tak pernah sekat makan malah pengambilan makanan pun terkawal. yang bestnya tu, modal saya rm500 tapi penggunaanya dapat bertahan sehingga 5 ke 6 bulan... sungguh menjimatkan. semoga saya dapat mengekalkan keadaan hidup yang lebih sihat dan tak lupa juga membantu kawan2 yang memerlukan. insya-Allah.

Khamis, Disember 02, 2010

kuat minum vs kuat makan


pernah beli air kat mesin air tak? lebih murah dan mudah. kurang2 dah bleh jimat gas nak masak air... huhuhu... satu malam tu nak turun gi beli air sukida kat bawah umah. oleh kerana abg long dan kak ngah nak ikut, bawak laa turun dengan stroller skali untuk angkut air dan kak ngah dalam tu. nasib baik bawak abg long. dia laa yang ajar cemana nak beli air tu sebab aku tak pernah gi beli sebelum nih. lepas dah sudah tu kak ngah merengek nak makan roti canai. so aku ikutkan jugak laa... sorong stroller sampai kedai mamak n order bungkus jerk.

tengah duduk2 tunggu tu borak2 jugak laa ngan abang long


abg long : papa minum air banyak kan mama? papa laa yang abiskan air nih... sikit2 minum sikit2 minum buat air laa apa laa... papa tu kuat minum air. sama laa mcm abg long. kuat minum air.
aku : ha'ah papa kuat minum. mama jerk tak kuat minum air.
abg long : abis tu mama kuat makan ker?
aku : (tergelak besar... rasa mcm nak gelak guling2... ) huhuhu...