Halaman

Isnin, September 27, 2010

Selamat Hari Raya

salam lebaran
rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. yer laa masih dalam mood raya untuk orang2 yang berpuasa enam. aku? aa... lom start lagi. baru jerk berniat nak puasa esok, malam nyer dah kena angkat bendera jepun. tunggu suci dulu lah yer... apa pun niat tu kena ada laa... niat berbuat baik pun dah dapat pahala kan? tapi jangan laa dok takat niat jerk manjang... kalau boleh usahakan laa apa yang dah terniat tu... huhuhu... peringatan untuk diri sendiri nih.
citer sket laa pasal raya aritu. tahun nih giliran beraya umah mertua. di muar, raya pertama pergi rumah nenek belah ibu dan ayah jerk. pastu dok umah tunggu beradik ibu ngan ayah datang. so biasa nyer raya pertama tu berziarah 2-3 buah rumah jerk. raya kedua tu dah start marhaban kampung. hb gi jugak laa... dah lama tak jumpa kawan2 sekampung. masa raya kedua tu mak beraya di muar so singgah beraya kat umah ibu. raya ke 3 siangnyer gi rumah sepupu sepapat area muar. gi rumah exwife arwah adik aku kat parit sakai. dapat laa tengok syuhadah, satu2nya zuriat arwah yang ada. besar dah dia tu. saling tak tumpah mcm arwah ayahnya esp. tang mata. malamnya balik jb plak. punya laa jammed. tak paham aku apa yang buat jammed sangat tu. selalu kalau dari muar ke jb tu amik masa sejam sengah tapi kali nih 2jam ++ jugak laa... sepupu aku yang balik dari muar ke jb bertolak jam 5 ptg tu singgah sampai kat rumah mak kul 10 malam. kesian betul kelaparan dalam kereta.
raya tahun nih dapat gath ngan kengkawan. lama tak jumpa derang windu gak nak bukak citer lama2. dah umur2 nih aku rasa elok laa gi beraya. bukan sebab nak collect... wawawa... mentang2 laa askar ramai. aku dah lama sangat tak jumpa kengkawan dan lagi nak jugak tau jalan2 JB nih. tak kan nak tunggu jerk orang datang beraya kat umah. kurang2 amik udara JB laa dah sekali sekala balik umah mak. nasib baik hb okeh. dia bleh masuk gak laa ngan kengkawan aku. alhamdulillah... pandai menyesuaikan diri.
16 sept aritu sambutan hari 1 malaysia. gathering raya kengkawan sekolah hb plak kat parit raja. aku okeh jerk ikut2 dia gathering nih. kengkawan dia pun jadi kengkawan aku gak laa... budak2 perempuan yang aku kenal pun dulu geng2 dia masa kat jordan dulu laa... derang nih ada henpon. so kalau nak tepon hb kena pinjam tepon derang laa... tu yang kenal tu. tak lama gak laa pinjam tepon tu sebab hb beli tepon sendiri pastu. makin rancak laa tenet PJJ masa tu... kui kui kui...
aa... apa lagi nak citer pasal raya? oohh... anakanda maisarah telah mencapai umur setahun pada raya ke 5 dan telah lancar berjalan setelah praktis habis-habisan kat umah ibu. umah papan... jatuh pun tak sakit. masa tu tengok dia berusaha dengan gigih... hihihi... skang dah laju. tunggu beberapa bulan lagi dia berlari plak... masa tu mama laa yang semput nak kejar... uhukkss...
update lain... urrmm... kak ngah nak kena surgery buang tonsil. teruk sangat selesema dia tu sebab dah bertakung dalam rongga hidung. tak tau laa kalau ada cara lain selain surgery tu. nampak nyer abis lagi laa cuti aku... baru jerk nak collect cuti bebanyak. ingat nak gi backpacking since airasia bukak tiket ke tokyo (haneda)... oohhh... bilakah? ada rejeki sampai lagi di bumi tokyo... aminnn...
wokeh nanti aku tempek gambar plak. tak meriah laa blog nih dah lama tak tempek gambo... hihihi... adioss...

Jumaat, Ogos 20, 2010

Mc Donalds TIDAK HALAL (update)


tawaran hebat utk lunch meal. mmg menggoda. tapi baru2 nih dapat tau statusnya tidak halal. maka sebarkanlah supaya kita tidak makan benda2 yang salah yang kemudiannya akan menjadi darah daging.

yang lain2 mcm mana? KFC... Burger King... Kenny Rogers... Nando's... oohh...



oohh... ada update. daku yang lambat letak di sini.
boleh tengok update di sini dan sini

Rabu, Ogos 04, 2010

melatih anak berpuasa



ramadhan bakal menjelma seminggu lagi. entry kali nih cedok dari blog cery memandangkan ada anak2 dan nak latih derang berpuasa. harapnya dapat ler latih abg long yang dah umur 4 tahun tu puasa sekerat hari pun jadi laa... sikit2 nanti bleh drag puasa penuh berbuka waktu maghrib. insya-Allah... so lets read...

entry kalini ni saya nak share tips buat ibu bapa yang sedang mendidik anak2 supaya belajar berpuasa…bukan senang nak melatih anak berpuasa yer..bila ye had umur yang sesuai nak start ajar berpuasa?.. Sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih kanak-kanak mula berpuasa ialah pada usia lima tahun.. basically antara TIPS2 persediaan mental dan fizikal- ni based on apa yang saya baca dan search....(ni saya share untuk peringatan diri sendiri gak..hehe):


* Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh

* Beri penghargaan…. Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari, berilah hadiah. tak semestinya dalam bentuk wang..saya yakin si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

* Memberi motivasi. “Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik.Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa.. maksud saya sebaiknya sediakan pelbagai program untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa masa berlalu

* Jangan lupa melatih anak niat berpuasa...kalau boleh..amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam..dgn cara ni..anak kecil akan lebih seronok

* Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama saja dengan menu orang dewasa.dan if possible..hidangkan makanan kegemarannya

* Kurangkan menonton tv..karang banyak sangat tgk iklan2 makanan..menggugat iman je..huhu

* Jgn biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain..

* Beri makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Gula mudah diserap dalam tubuh menjadi sumber energi.

* Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat-saat senggang di waktu malam.

* Untuk sahur, perbanyaklah makanan dari jenis protein dan lemak seperti daging, nasi, telur, ikan, dan lainnya. Makin besar lemak dan protein yang dikonsumsi saat sahur, automatic..energi yang dimilikik oleh badan juga lebih besar/ Namun, jangan sampai makan berlebih takut karang sakit perut lak.

* Berikan zat gizi tambahan seperti vitamin atau kalsium

* Kurangkan atau elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam, bersantan, atau pedas.

* Perbanyak juga makanan serat (fiber) kerana membantu melancarkan buang air besar…dan ia juga membantu menghindari rasa lapar
jadi apa supplemen yang sesuai?..pastinya mealshake (vanila flavored ala2 mc donald milkshake tu..nyummy) ~mengandungi protein,fiber(serat) dan zat gizi tambahan yang lengkap…

sekilas fakta ttg mealshake -One serving provides approximately 1/2 of your daily requirement for essential vitamins and minerals,30% of proteins,plus trace minerals and 3grams of dietary fibers.

menarik bukan? 3 in one..dan yang best tu..bukan je sesuai untuk anak2.. tapi untuk seisi keluarga… walau apa jua anda… bujang, berkahwin,pregnant,breastfeed.ataupun masih bergelar..student.. MEALSHAKE -pastinya perisai best untuk berpuasa... selain dari ESP ...mealshake dan performance ni kira antara supplemen terlaris..lagi2 dah nak puasa ni... apa lagi yang anda tunggu?...lagipun kan saya ada buat promosi..klik here (berkobar lak saya ni...tapi mmg best...mereka2 yang dah rasa je faham ape yang saya tulis ni).


teruja nyer baca offer cery nih. sempena hari baik bulan baik nih saya nak offer jugak. sebarang pembelian trial pack, meal shake, ESP dan performance drink akan saya hadiahkan sehelai tudung bawal gred 2. tawaran ini dibuka sehingga stok masih ada. lepas nih kalau habis tudung free hadiah lain plak.. haha..

okeh... selamat menjalani ibadah puasa. semoga puasa kita diterima Allah. aminn...

Khamis, Julai 15, 2010

abg long & kak ngah


dah lama tak citer pasal budak berdua nih. skang nih kak ngah dah banyak bercakap tapi masih pelat. kalau tak biasa dengar mmg tak paham apa yang dia kata. bila kita tanya banyak kali dia pun fedap jugak nak ulang cakap. lidah dia pendek ker ek? ermm... risau aku. hope dia bleh cakap dengan betul laa... kalau tadek perkembangan mmg doktor ada suggest gi speech terapi. tapi aku rasa mcm okeh jerk sebab dia suka nyanyi skang nih so vocab dia banyak cuma sebut jerk tak betul. nih ada satu lagu yang dia suka. dia akan ulang2 nyanyi sampai penat. aku pun penat gak dengar dia nyanyi sebab berulang sangat.


tin tin tin alatin

aek toto tate teten

nak tawen tate tintin

titapa potak titin?
(din din din aladin... naik motor takde lesen... nak kawen takde cincin... siapa botak licin?)
#biasanyer dia akan jawab adik dia atau papa botak licin.
abang long plak skang nih daya pemikiran dia makin hebat laa... (ker aku yang perasan?) sebabnyer dia selalu pekenakan aku. kadang dia tau benda yang aku cakap tu tak betul so dia akan warning... tak baik tau tipu2, Allah marah.... hahaha... kono sobijik.
aritu dia ada kata nak belikan aku kete audi sebab dia tau aku suka audi. pastu kebetulan ada kete audi betul2 lalu sebelah kereta kami so aku pun tunjuklah...
me : abg long, nih laa kete audi. abang nak belikan untuk mama kan?
abg : aah... kete audi nih laju tau sebab tayar dia kuat.
me : kalau papa bawak kete laju2 boleh jugak potong kete audi nih. kalau mama bawak jerk tak boleh potong sebab mama bawak tak laju.
abg : mama... kalau kete buruk mama potong tak?
adeehhh... dia nih mcm tau2 jerk aku tak pandai bawak kete. pernah sekali tu aku test drive selepas kena paksa dengan hb. abg long dok kat sebelah.... dengan muka pelik dia pun tanya...
"mama bleh bawak kete ker?"
sebab nyer dia mmg tak pernah nampak aku bawak kete... tu pasal dia tanya... tak kompiden nak naik ngan mama agaknya... huhuhu...
*** kisah abg long dan kak ngah tersiar dalam majalah Pa&Ma keluaran Julai.

Selasa, Julai 06, 2010

happy birthday & happy 5th anniversary

novelty pan cake 24

cake 65

alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi kerana jamuan menyambut hari lahir rahimi, ayah rahimi dan juga ulangtahun perkahwinan yang ke5 telah berjalan dengan lancar. rata2 tetamu yang hadir, pulang dalam keadaan kekenyangan. terima kasih kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis ini. semoga kalian semua doakan kesejahteraan hidup kami sekuarga.
kek nih aku order dari rozie yang duk di bandar seri putra bangi. sebelum nih ada beli cupcakes dari dia untuk jamuan kat ofis. aku nak order dari dill cakes tapi sebab tadek penghantaran so aku order dari rozie jerk. siap ada pemain bola sepak yang tak tahan tu... huhuhu... budak2 ushar jugak laa nak amik patung tu tapi mcm biasa... pemain bola sepak tu jadi milik kak ngah. tengok2 bola dah tak ada kat situ... dia dah cabut ntah mana letak. tak kisah laa tu.
menu lain ialah char kue teow incik adib, laksam restoran belauk seksyen 7 dan spaghetti bolognese incik emy. saper2 yang nak order char koe teow untuk majlis bleh contact aku untuk dapatkan no incik adib nih. dia akan bawak segala peralatan untuk memasak char kue teow. oleh kerana umah aku nih apartment so aku supply gas laa... tak perlu nak berangkut barang bebanyak.
apa pun jamuan nih menemukan aku dengan kawan2 lama. bagi pihak emy plak dia dah menambah kawan2 baru. kawan dia sorang pun tadek datang. mungkin time tu sumer orang sibuk kot. aku jemput jugak kawan2 fotog tapi memasing pun mungkin sibuk ada wed shoot ker... mana laa tau kan. akhir kata terima kasih kepada tetamu sudi hadir. segala kekurangan harap dimaafi. harapan aku, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 10th anniversary nanti insya-Allah buat jamuan lagi. sambutan 5 tahun skali laa nih... huhuhu...

Selasa, Mei 25, 2010

outing KL bird park 25 april 2010

outing nih dah lama tapi aku jerk yang tak sempat nak update. banyak shoot tapi ada beberapa gambar jerk yang cantik tapi tak tau laa menepati spesifikasi sifoo ker tidak... huhuh... rasa mcm nak gi lagi kl bird park tu sebab aku termiss tempat burung bangau dan ada satu burung besar gabak. burung hantu pun cantik tapi aku tak pandai nak shoot sebab dok dalam sangkar. kagum betul derang nih pakai lens yang mahal giler. banyak gak duit derang nih beli lens sampai 6-7 ribu... huhuhu... kalau dah suka angkat saja... zassssss....

Rabu, Mei 19, 2010

baby #3


nikon sb900

selepas kamera dslr, satu lagi benda penting untuk melengkapkan set fotografi ialah flash. beberapa minggu selepas ikut abg hadi outing kat KL bird park, aku terjumpa iklan ada orang nak jual sb900. nih mmg flash terbaik laa derang kata... takut gak beli yang canggih nih kang tak pandai guna pun buat perabis boreh jerk... hahaha...

so aku try contact.. kawtim nyer kawtim tak leh nak kurang banyak pasal dia baru beli 10 hari pastu nak jual dah. aku sebenarnya lebih suka beli baru dari kedai. barang 2nd hand nih aku kurang sket. tapi sebab kat fotoshangrila bagi rm1700 dan kawtim dengan kawan nih dapat rm1450... pejam mata jerk laa angkat baby #3 nih berdasarkan tempohnya baru 10 hari... kira masih baru laa... warranty pun ada 11 bulan lagi. yang aku tengok warranty nak abis pun derang jual harga rm1450... mahal gak tu weh...

seperti biasa... kelas flash plak 22 may nih di putra height oleh abg adhadi. aku tadek masa nak belek manual so terpaksa laa masuk kelas. nak try error lagi laa tadek masa. korban duit sket gi kelas bleh blajar express. orang kata bleh blaja sendiri jimat duit tapi aku bukan jenis gitu. mesti ada sifu. tunjuk ajar ku sifu... ehehe... mentor gitu.

23 may plak ada reporter nak datang interview tentang kak ngah n nak publish kat mingguan wanita issue bulan bila tak tau laa tu kan. insya-Allah dalam pa&ma bulan julai. gambar jerk lom ada utk pa&ma tu. nak shoot si kenit tu tak baper nak bergambar laa dia. aksi2 yang tak sesuai jerk gaya nyer. kalau sempat bleh shoot mlm nih. kalau tak penat laa... uhuhu...

Selasa, April 13, 2010

selangkah ke hadapan

alhamdulillah telah berjaya menamatkan kursus asas fotografi. dapat sijil lagi tu... hahaha...
kelas nih best tapi aku laa yang paling blurr skali sampaikan abg hadi suh masuk next basic class... wekekeke... yang tak best tu peserta 13 orang tapi aku sorang jerk pompuan. derang nih okeh2 jerk nak jugak laa bertegur sapa ngan aku. siap ajar apa yang tak paham lagi tu... kekeke...
aku mmg laa tak tau langsung pasal dslr nih... tiap kali suh tukar setting aku mesti dok kecek2 abg sebelah mintak ajar tukar setting kat mana. masa abg hadi ajar tu rasa mcm paham. bila suh buat sendiri jadi blank terus.
yang best tu masa gambar kat luar kelas. ada invite sorang model nama fatin. cemana laa dia bleh jadi model pasal bila shoot tu aku plak yang rimas dengan flash banyak2 tu. mencabar gak tu jadi model nih sebab lepas shoot kat tempat teduh kena shoot kat bawah panahan mentari plak. every pic akan di komen oleh abg hadi. aku payah nak shoot pasal derang sumer besar2 tinggi... sumer dok depan jerk laa... aku nih terbangak2 kat belakang derang. bila aku suara mintak lalu jerk derang pun bukak jalan luas2 suh aku shoot betul2 depan model... wekekeke... mekasih bebanyak.
gambar2 yang aku amik mmg mcm sampah laa... tu pasal abg hadi suh amik kelas lagi sekali. agak2 kalau free atau tanpa sebarang bayaran mmg aku datang... wekekeke... bila ingat balik kelako pun ada sebab tiap kali abg hadi komen gambar kawan tu bagus aku mesti dok tanya kawan tu dia setting berapa kat kamera so aku pun tukar setting... bila dah shoot tak dapat plak sama ngan kawan tu... hahaha... sampai abis kursus shoot model, kije aku asik laa tanya setting orang pasal aku heran laa cemana derang bleh shoot gambar cantik2. ker pasal kamera aku murah kamera derang mahal? tak mungkin... tak mungkin... cara yang tak kena kot.
masa shoot model waktu petang plak dalam kelas. pun sama laa... payah aku nak celah sebab ruang terhad. mana yang dapat jerk laa... len kali aku nak suh abg hadi letak 2 model ker... tadek laa berebut2 nak amik gambar.... huhuh... yang aku perasan, peserta kursus mcm ada yang concern ngan aku. derang yang akan bagitau setting yang derang guna tanpa aku bertanya pasal tadi aku dah sibuk2 tanya derang so sebelum aku tanya derang dah siap2 bagitau setting berapa.
yang best tu ada sorang peserta yang datang dari jengka share teknik shoot tanpa flash. giler kagum aku ngan dia. gambar dia sumer cantik2. tadek flash tu... perrgghh... dasat tu... so aku pun dapat laa sikit2 skill ngan dia. tima kasih yer bang... semoga kerjaya abg dalam seni foto nih berkembang pesat.
last skali masa balik tu ada laa gambar reramai. tak tau laa tu bila nak dapat gambar tu. katanya ada orang nak sponsor 8R sorang satu. mekasih laa yer... huhu... so apa yang aku dapat dalam kelas nih amat bermanfaat dan apa yang lebih penting sekali ialah praktikkan apa yang dah dipelajari. mcm yang omputih cakap practice make perfect. juga rajin2 laa buat kajian dan try and error... kat situ laa banyak benda bleh belajar. end of the class aku dah pandai ubah setting kat camera dan dah paham setting apa yang nak guna.
next, abg hadi suh gi kelas flash lighting dengan ted adnan. aku baru jerk email ted adnan pasal kursus tu. tunggu laa dia balas ker cemana. lepas nih aku akan attached dengan abg hadi dan kalau ada kursus yang bersesuaian dengan masa serta kemampuan, insya-Allah aku akan attend.
tq to abg hadi. sesaper yang rasa tingin nak gi kursus fotografi bleh join kursus abg hadi atau dengan adan cameraworks. ada masa nanti aku add gambar2 masa blajar aritu. adiosss...

Selasa, Mac 30, 2010

baby terbaru

pergghh... dah bersawang blog nih. teramat laa bz nyer nak update. nih pun luangkan sedikit masa untuk memperkenalkan baby terbaru. aiyarkk... produktifnya cik pau. oohh... jangan silap paham. baby baru tak perlukan mengandung selama sembilan bulan. cuma perlukan pengeraman duit simpanan jerk... huhuhu...

so yang ini ialah baby pertama. diangkat pada hujung tahun lepas.


nih baby no. 2 baru angkat semalam. nih kira yang terbaru laa... yang atas tu tak baper nak baru sangat... huhuhu..







so lepas nih bermulalah hobi baru. aku akan attend kelas fotografi pada 10 & 11 april di putra height, subang jaya. model cilik ada 3 nih, bleh laa shoot sepuas hati. yang penting camera nih untuk shoot gambar2 tudung dan kain ela yang akan aku tempek di kedai maipilih.com nanti. cik pau akan sibuk dan blog nih mungkin akan bersawang lagi... hehehe...
* angan2 tu ada... cuma kelapangan masa tu mcm tak berapa nak ada jerk... iskss...
baby baru yang ke 3 dalam pembikinan. ehh... orang ke bukan? tungguuu...

Jumaat, Februari 12, 2010

Happy Chinese New Year

tong tong tong chang... tong tong tong chang... gong xi gong xi gong xi ni... tong tong tong chang... tong tong tong chang... tong tong tong chang tong chang tong chang...


eceh... pandai nyanyi lagu raya cina ek... ekekeke... cuti empat hari beb. mana mau pigi? kemas rumah laa dey... sudah mcm tongkang pecah... tong tong tongkang pecah... ahahahaha...


tahun 2010 mengikut kalendar cina adalah tahun metal tiger. pergghh... gerun seh... so ada beberapa karekter untuk orang yang lahir dalam tahun metal tiger nih... antara nyer ialah:

It is said that people born in the year of the tiger have characteristics which include bravery, sensitivity, and confidence, and are thought to be bold, powerful and adventurous. Yet, tigers are prone to be short tempered, indecisive, are suspicious of others, and are risk takers. It is thought that tigers make good bosses and leaders, and are superb actors, writers, and publicists.
Tigers are most compatible with horses, dragons and dogs, yet their mortal enemy is the monkey.



ada 5 element untuk tahun tiger

1. Characteristics of the Metal Tiger (Years 1890, 1950, 2010) – They are thought to be ambitious and competitive and are determined to get what they want no matter who gets in the way. They like to stand out from the crowd and are also active, aggressive, temperamental, and hasty, but can be passionate.

2. Characteristics of the Water Tiger (Years 1902, 1962) – They are considered to be calm, soothing and humane and sensitive to people’s feelings. They are also good communicators with a good judgement of truth, but can be indecisive.

3. Characteristics of the Wood Tiger (Years 1914, 1974) – They are said to be popular, sociable, tolerant, and good at working with others in the workplace, and good at weighing up situations.


4. Characteristics of the Fire Tiger (Years 1926, 1986) – They are believed to be theatrical, enthusiastic, and dramatic, but concerned only with the present day. They are strong minded and like to give orders, but can also be funny.


5. Characteristics of the Earth Tiger (Years 1938, 1998) – They are supposed to be responsible, quiet, sensible, and are realists as they take a practical approach to what can be achieved. They are also good decision makers, and strongly believe in equality and justice.



tahun2 calendar cina yang lain ialah :


Rats are said to be imaginative, charming and very generous to those they love - although they do have a tendency to be quick-tempered and over-critical. They are supposed to make good writers, critics and publicists.


Oxen are born leaders, inspiring confidence in everyone they come into contact with. However, they can be too demanding. Methodical and good with their hands, they make fine surgeons and hairdressers.


Tigers are said to be bold and adventurous, and are bestowed with initiative and charm. However, they have a tendency to be risk takers, making them act before they think about the consequences. They tend to make good bosses, explorers or racing drivers.


Rabbits are affectionate, co-operative and pleasant, with lots of friends. But they can get too sentimental and seem superficial. Ideal careers areas include law, diplomacy or the stage.


Dragons tend to be popular individuals who are always full of life and enthusiasm, with a reputation for being fun-loving. They make good priests, artists and politicians.


People born in the year of the Snake are romantic and deep-thinking, wise and charming, although they tend to dismiss others too quickly and are a bit stingy with money. Ideal jobs include teaching or psychiatry.


If you are born in the year of the Horse then you are amazingly hard working and very independent. Although you are intelligent and friendly, you can sometimes be a bit selfish. Careerwise you would make a good scientist or poet.


Those born in the year of the Sheep are said to be charming, elegant and artistic, who like material comforts. A bit of a worrier they also have a tendency to complain about things. Jobs as actors, gardeners or beachcombers would suit.


If you are born in the year of the Monkey, you are very intelligent, well-liked by everyone, and will have success in any field you choose. Lucky old you!


The sign of the Rooster indicates a person who is hard-working and definite about their decisions. Roosters are not afraid to speak their minds and can therefore sometimes come across as boastful. They make good restaurant owners and world travellers.


Dogs are honest and faithful to those they love but they tend to worry too much and find fault with others. They make ideal secret agents or business people.


People born in the year of the Boar are honest and tolerant and make good friends, but tend to expect the same from everyone else, and more often than not they end up disappointed. They thrive in the arts as entertainers.

Khamis, Januari 28, 2010

menjadi artis


hohoho... ini bukan cita2 aku. menjadi glamer secara tak sengaja terasa bagaikan menjadi artis. nama aku diambil oleh pegawai HR kerana masih berada di kedai mamak jam 8.35 pagi kerana bersarapan. dipanjangkan pula ke ketua jabatan dan akhirnya aku menerima email teguran dari ketua jabatan.


aku rasa tak perlu nak besar2kan isu minum pagi nih sebab bukan lewat sangat pun. waktu pejabat bermula jam 8.15 pagi dan sekurang2nya bagi kelonggaran untuk makan pagi dalam jangka masa 1/2jam. bukan semua orang berkesempatan bersarapan dari rumah. keluar rumah berpagi2 pulak tu nak redah kesesakan lalulintas. apa laa bezanya aku masuk ofis jam 8.45 pagi kalau nak banding dengan orang yang bersarapan di cheer room sampai pukul 10.30 pagi pun tak duduk kat tempat masing2.

aku rasa sumer orang pun sedia maklum sarapan pagi adalah pengambilan makanan yang paling penting untuk tenaga seharian. aku mmg tak boleh buat kerja kalau tak sarapan. mmg otak rasa tak berjalan... tak boleh nak berfikir langsung. sebab tu aku tak endah jerk orang nak ambil nama aku. tulis laa 10 kali pun kalau terserempak ngan aku kat kedai mamak waktu pagi. kalau laa aku pensan sebab tak makan pagi, ko nak tolong angkat ker? sebelum aku menyusahkan orang, lebih baik aku gi turun makan. yang best tu, kalau staff gred tinggi ker... yang untouchable ker... gi turun makan sesuka hati... tak pernah plak naik nama. yang ikan bilis nih buat apa pun salah semua nyer. ikan jaws buat dajal bleh plak yer...

rasa nyer elok laa buat kerja masing2 bukan asyik nak cari salah orang saja. kau pun bukan malaikat yang tak pernah buat silap. nama pun manusia. kalau aku buat salah ko pun tentu ada. sekurang2nya aku ingat jugak nak naik opis daripada nak mengular gi jalan TAR ker lepas minum pagi tu.... huhuhu...

moral of the story, sediakan lah cafe dalam pejabat so that orang tak gi makan kat tempat lain. lunch n tea pun dalam opis jerk tadek nak kuar mana2. alang2 ko nak amik nama saper yang turun makan bukan waktunyer, sediakan bala tentera segerombolan supaya banyak sket liputan kawasan mencari mangsa. bleh check kat tanglin, central market, KTMB dan sekitar2nya. oohh... jangan lupa check skali kat cheer room. tak adil rasanyer mencari mangsa masa makan pagi jerk. kalau boleh check skali sebelum dan selepas lunch serta waktu2 lain diantaranyer. senang citer ko duduk jerk kat tempat guard jaga touch card tu. senang sket nak tulis nama saper2 yang nak ngular dan keluar dari pejabat. agak nyer dapat gaji lebih yer jadi mata2 nih? ooohh... patut lerr...

Khamis, Januari 21, 2010

aktiviti tahun baru

pergghh... pejam celik dah tahun baru. dah nak habis bulan januari baru ada mood nak memblogging. sibuk giler bangkung... biasa laa kalau dah hujung tahun tu sibuk nak cover kerja naikkan SKT. tapi kalau dah hujung2 tu... cuba cemana pun dah tak sompek... hahaha... padan muka aku.

hari tu ada pergi Prudential Wealth Planner Conference di genting selama 3 hari. dapat laa bawak anak2 gi jalan. si kecil maisarah kesejukan agaknyer asyik berair saja hidung dia. hb kata next time bleh datang lagi tapi tunggu budak2 nih besar sikit. nak ajak main indoor game pun abg long jerk yang berani. kak ngah tak berani langsung. dudukkan atas kuda tu (merry go round ek?) terus melalak. sudah nyer abg long jerk laa yang main. bazir jerk beli tiket kat kak ngah. tengok2 tinggi dia pun lom cecah ketinggian yang nak kena beli tiket tu. rugi satu tiket... huhu...

masa conference plak aku tak leh dok diam sebab try pam susu untuk si kecil maisarah tak dapek. maka nyer 3 jam sekali aku kena balik bilik nyusukan si kecil maisarah. jauh jugak nak jalan dari arena of star balik ke 1st world. sudah nyer next session aku gi ala2 nak abis gitu. rugi gak tak dengar talk dr. fazly. best ler motivasi dia. ensem pulak tu... huarrghhh kah kah kah.. laki orang wehh...

sepanjang berada di genting, kak ngah selalu menjadi perhatian pengunjung kerana kekerdilan dia. seringkali ditanya... umur berapa nih? kecik2 dah pandai jalan... aku senyum jerk n suh derang teka berapa umur kak ngah. biasa nyer orang teka umur dia setahun setengah atau kurang dari itu. bila bagitau umur kak ngah dua tahun++, masing2 terkejut dan kita explain yang ketinggian kak ngah nih bukan mcm budak2 normal. dengan ketinggian dia tu ramai orang tak perasan dan selalu kena langgar kalau lalu kat crowd. silap2 bleh hilang.

ada satu hujung minggu, masa bawa budak2 nih gi main kat taman permainan giant kinrara ada sorang daddy tu tak nampak kak ngah lalu depan dia. sibuk nak kejar anak dia sampai terlanggar kak ngah, jatuh terlentang anak aku. mula nyer dia biarkan jerk lepas tu bini dia suh angkat. patut nyer datang laa sua anak aku tu pasal aku mmg ada duduk kat kerusi tu tapi dia angkat dirikan kak ngah n blah pi cari anak dia. kak ngah gi kat hb sambil melalak tak hengat punya lah.... rupa nyer dalam mulut dia berdarah. apa yang aku kesalkan yang terlanggar tu orang melayu. rasa mcm tak beradab pulak. walaupun ko tak sengaja at least say sorry. kalau benda tu berlaku kat anak ko... apa yang ko rasa? oohh... mungkin sebab tak sengaja so tak perlu say sorry.

skang nih aku aktif kembali menjual tudung. sebelum nih antar kat kawan aku di muar. mintak dia jualkan tudung2 tu. sebagai upah, dapat jual 5 helai, sehelai free untuk dia. hujung bulan nih hantar 3rd batch untuk dia jualkan. lagi tu aku jual murah jerk sebab tudung nih dah melambak. selling point aku, buy 1 free 1. jangan silap paham yer... buy 1 tudung free 1 kerongsang anak tekak. jangan terbalik plak buy 1 kerongsang free 1 tudung. tak untung meniaga gini... huhuhu...

mulanya mmg tak promote kat ofis nih sebab alang2 dah dekat kat jalan tunku abdul rahman so aku assume saper2 yang nak cari tudung akan gi jalan TAR. cari sendiri lebih banyak pilihan. tup2 budak2 ofis nih jenis malas nak leceh2. bila ke jalan TAR tu lagi sukar buat pilihan sebab terlalu banyak tudung cantik2 sampai rambang mata. dah ler tu nak berjalan dari kedai ke kedai mmg penat. alang2 ada tudung depan mata angkat jerk. free kerongsang plak tu. kalau kat kedai biasa mana dapat mcm nih... uhuhu...

so kepada sesiapa yang nak try tolong jualkan tudung bleh laa email. upah nyer jual 5 helai dapat sehelai free. kalau customer ambil banyak pun tak leh turun harga sebab aku jual below market. kalau kat jalan TAR orang jual rm45, aku jual RM35 jerk. free kerongsang lagi tu. kalau tudung2 tu tak terjual aku dah tak leh tukar warna lain. kira nyer beli hangus. kalau tak laku, sendiri pakai. kalau rosak jerk boleh tukar. tapi tak kan nak main kotor, rosakkan tudung tu plak ek. meniaga biar jujur... huhuhu...

Sabtu, Disember 12, 2009

Rabu, Disember 09, 2009

padan muka

oohh... konon2 nak cari template best.. last2 bloglist kengkawan sumer hilang... padan muka aku... huhuhu... adehhh... nak nangis jerk rasanyer nih. sila laa jot down ur blog address yer.. tq.

Selasa, November 24, 2009

lagu kak ngah


semalam dalam kereta, kak ngah ada nyanyi lagu air pasang pagi surut pukul 5. sebutannya tak jelas pun tapi bleh agak dia nyanyi rangkap yang mana. sampai yang cik baba jatuh dalam parit tu dia asik ulang2 jerk... lirik pun jauh bebeno dari yang asal. aku ngan hubby bantai gelak nak pecah perut. lupa plak nak record dalam henpon.... nih yg kak ngah nyanyi :

cik baba jatuh dalam parit (versi pelat tak dapek nak translate)

cik aminah ketawa jerit2 (cik nak ayam... ayam percik saper)

hua hua hua... kenapa laa lain beno lirik nyer tu kak ngah weh... kak ngah nih mmg suka menyanyi kot... oohh... mama dulu pun menyanyi juga... benti pun sebab papa yang tak bagi... ahakss... ke mana tumpah nyer kuah kalau tak ke nasi... tapi sikalang pitching dah out. untuk hiburan kuarga jerk buleh tapi jaman skang nih saper laa yang nak dengar lagu2 asli lagi ek... huhuhu...


Selasa, November 17, 2009

i'm back


oohh... cuti bersalin dah berakhir. hari nih 2nd day start kije. banyak benda yang aku nak buat esp. membaca blog kengkawan... (cehh... bukan nyer nak buat kije yang tertangguh... ampeh sungguh...). dua bulan tadek internet memang busan laa beb. nak bayar bill pun payah. blog pun dah bersarang gitu. nantilah kalau internet dah sambung kat umah bleh laa update banyak benda... (hek eleh... mcm banyak sangat nak citer.)

okeh sedikit update berita2 penting.

#1 - tentang baby baru... pagi 14 sept aritu aku sakit sejam sekali start kul 1.30 pagi. sampai kul 4.30 pagi bangun siap2kan sahur. kul 5 pagi tu sempat makan sahur sebab aku tak nak hilang energy kalau laa baby kali nih kena tunggu 6 jam jugak baru nak keluar (mcm abg dan kakak nyer itu). kul 5.30 pagi dah sakit sesangat so hantar abg ngan kakak gi taska (kena laa bayar OT pasal antar sejam lebih awal). sampai kat spital serdang kul 5.50 pagi. register gitu gini pastu lepak kat bilik menunggu amik degup jantung baby.... ECG ker apa nama dia ek? pastu tetiba rasa mcm nak menolak2 kat muka pintu... panggil misi suh tengok jalan kot laa dah mmg nak kuar ker kan. dalam kepala nih dah set to be prepared for 6 hours menunggu nih... huhuhu... tiba-tiba...

eh... jalan dah fully bukak. anytime jerk nih... kata cik misi dan meleraikan segala ECG sambil memekik kepada seorang lagi misi untuk menolak katil hingga ke bilik bersalin. kali nih mmg tadek prepare air selusuh mcm yang sebelum2 nih. aku tawakal jerk laa... doa bebanyak semoga di permudahkan bersalin kali ini. sampai bilik bersalin, contraction tu tadek laa kuat sangat tapi baby mcm dah nak terkeluar gitu. nak kata sakit sangat tu tadek laa... (ker aku dah terlupa sakitnyer? maklum ler urat dah putus... huhu..). elok jerk ayang masuk dok sebelah katil, bidan pun datang suh bukak kaki. tetiba... POP..! air ketuban pecah... nasib baik bidan sempat hadang ngan tangan. kalau tidak direct kena muka n masuk mulut dia ker kang... hahaha... pastu rasa tak baper sakit sangat sebenar nyer tapi bidan suh teran. kalau tak sakit cemana nak teran ek... pastu ada rasa contraction sket baru ler teran. alhamdulillah... selamat melahirkan baby Nur Ain Maisarah (nama sebelum nih Nur Ain Syuhada tetiba jek hb nak tukar nama) pada pukul 6.32 pagi. kali nih mmg betul2 express. nasib baik sempat sampai spital. kalau tidak mau terberanak dalam kete atau kat umah. bidan tu pesan jugak next time kalau mengandung lagi sakit sikit pun cepat datang spital takut lambat2 nanti tak sempat. yang paling best bersalin kali nih tak koyak so tadek jahit. aku rasa sebab faktor baby kecik laa kot. baby maisarah berat lahir dia 2.74kg. abg long dulu 2.75kg beza sikit jerk tapi jahit banyak giler pasal anak 1st ek... biasa laa tu.

bb kecik kali nih tak bawak banyak masalah. malam pun tak nangis2. tengah malam pun tido jerk dia. dalam pantang ker... lepas pantang ker... elok jerk dia. alhamdulillah syukur sangat sebab letih sebenarnyer nak layan yang kecik dan yang besar dan yang lagi besar (bapak budak). so far abg long dan kak ngah sayang baby maisarah cuma terlampau sayang sampai dicubit2 nyer baby tu (kak ngah nyer kije laa tu). abg long dah jadi semakin matang n very helpful. kak ngah pun dah pandai berdikari dan banyak benda dia nak buat atas usaha sendiri. rumah pulak dah jadi makin bersepah sebab abg long dan kak ngah dah bleh main bersama so duduk dapur selongkar kitchen cabinet pun dilakukan bersama2 (syabbass anakku...!!!). dah sediakan bilik mainan pun bukan nak main dalam bilik... angkat satu persatu mainan tu dok main kat hall. simpan semula tak mau plak tu... penat nak kutip.

#2 - sekali lagi hb jobless. baru 3 bulan kije dah kena benti kije. kali nih boss bentikan kije dengan alasan not well performed. cerita di sebalik diberhentikan kerja itu sebenarnyer boss dah amik dua orang budak buat praktikal kat situ. sorang dibayar rm600 maka nyer dua orang jadi rm1200 sedangkan gaji hb rm1800 kat situ. dah hujung2 tahun nih sale tak banyak sebab most of the company dah tutup account so derang susun bajet untuk tahun depan plak so tak banyak sales yang kampeni hb tu dapat buat. tak banyak sales maka nyer tak banyak untung. kalau tak banyak untung makna nyer tak bleh nak bayar gaji laa tu... bonus lagi laa toksah mimpi... huhu.. aku pasrah. tengok anak2 ada 3 mulut nak disuap. yang kecik tu suap susu badan dulu buat masa nih... tapi masa depan nak kena suap makan gak kan... huhuhu... tak per lah ada rezeki kat tempat lain kot. yang best tu notis benti 24 jam gitu.... esok awak dah tak payah datang tapi nanti awak buat dan hantar surat benti kije. maka disitu tak nampak laa pemecatan segera oleh boss dan awaklah yang sukarela memecat diri sendiri. bagus begitu... amalkan laa yer.

#3 - taska abg long dan kak ngah dah berpindah maka aku lah yang akan susah payah nak menghantar kot laa ada masa2 hb tadek nanti. lot tadika kat bawah apartment tu ada orang beli so dia nak buka taska juga kat situ. taska abg long dan kak ngah pindah ker kawasan perumahan sri kejora bleh nampak dari rumah aku. abg long dan kak ngah happy kat situ sebab environment baru at least tadek laa dok terperuk dalam bangunan mcm kat taska yang lama tu. kali nih bleh laa main2 playground kat luar dapat tempias cahaya matahari. alhamdulillah budak2 nih happy gi sekolah. abg pun dah tak pakai diapers waktu siang. be**k pun dah bleh kat toilet. cara berfikir dan cara bercakap pun dah advance. ini sudah mencapai satu peningkatan. kak ngah pun tak kurang hebat. kalau orang usik dan dia tak suka, sambil menjeling dia tunjuk penumbuk. kalau orang dengki dia akan gigit. oohh... kak ngah sangat hebat gitu. semalam gi check-up kat klinik tinggi kak ngah dah 71cm di usia dua tahun... ohh.. satu peningkatan yang hebat jugak tu... hehehe... kad OKU kak ngah akan siap bulan depan. insya-Allah...

#4 - rumah yang penuh dengan contengan mural kini dalam proses cat semula. dah siap cantik nanti aku amik gambar dan paste dalam blog. totally different laa umah aku tu. kalau ada duit lebih aku nak upgrade benda2 lain jugak such as perabot dan perkakasan di rumah. kalau ada duit laa... huhuhu... bilik mainan tu nanti akan jadi bilik kak ngah. nak letak katil so that budak2 dah bleh berdikari tido kat bilik sendiri.

#5 - perpindahan ke opis baru dijangka pada bulan march tahun depan. aiseh... cemana laa rupa nyer dok kat opis baru. maka nyer semangat kena laa baru gak kan.. insya-Allah. semoga Allah permudahkan segala urusan. aminn...

okeh laa penat update. nak gi jalankan rutin mengepam susu. mcm nih laa kan bila ada baby baru... huhuhu... adios...

Jumaat, September 11, 2009

Selamat Hari Raya


maaf zahir dan batin. wah wah wah... in advanced gitu. bukan apa... takut hujung minggu nih kang terasa sakit2 nak bersalin... minggu depan dah tak datang kerja pulak... kali nih mmg sarat bangat. aku dah tak larat nak jalan. sesikit jalan pun dah semput. nasib baik laa opismet gi balik kije nek kete. aku pun menumpang senang jua adanyer... bayar gak laa duit minyak... tak kan nak menenggek free jerk kot... orang berbudi kita berbahasa gitu.

just nak update. aritu scan di HUKM doktor kata okeh jerk. ukuran bb mengalami kelewatan jugak dalam seminggu dua tapi dia kata itu biasanya normal. tak laa jauh sangat mcm farhana dulu sampai 7 minggu lewat mmg suspek something lah...

update lain ialah bonus tak ada untuk raya kali ini. so kepada sesaper yang datang rumah tu mintak ampun mintak mahap bebanyak pasal aku mmg tak sediakan duit raya untuk ini tahun. lagi pun bagi duit raya bukan nyer wajib yer tak? adat jerk. mintak mahap sesangat ler ek. lagi pun kalau ada duit aku tak kan prepare untuk duit raya punyer lah... kompem untuk persediaan kedatangan bb yang baru nih. persediaan kuih raya pun tak ada pasal aku beraya dan berpantang kat johor so tadek laa persediaan kuih raya kat kajang. bukan ada sesaper yang nak datang pun.

wokeh kita tunggu next week sempat wat last posting ker tidak.. huhuhu... akhir kalam, selamat mengakhiri ibadah puasa dan menyambut kedatangan syawal dengan penuh kesyukuran. semoga kita berpeluang bertemu ramadhan di tahun hadapan... wassalam.

Rabu, Ogos 26, 2009

detail scan



semalam EL sebab seharian dok kat spital. pagi appointment follow-up farhana kat paeds hospital serdang. petang plak aku gi buat appointment untuk detail scan di HUKM. masa register tu nurse kata dah lewat sangat nak wat detail scan sebab dah besar. biasa nyer detail scan buat dalam minggu 21 - 26 or 28 mcm tu... ntah aku pun tak ingat. nak safe amik laa minggu 24... heheh.. so dia letak appointment next week 3hb sept waktu pagi. katanya lagi, mungkin doktor akan pay attention sket laa kot pasal ada history. aku pun heran gak laa naper doktor kat tanglin tu tak buat refer letter utk detail scan pada usia2 20-an aritu. nih mmg dah lewat kiranyer scan biasa2 jerk laa kan. hope doktor HUKM yang akan scan tu okeh laa... tak mcm doktor kat tanglin. dah ler tak nak scan sebab aku yang request... surat refer scan kat tempat lain pun dia takmo buat. ker tak tau sebenarnya bila ada history mmg kena detail scan? aa... tak tau aa tu.

masa dok jumpa doktor paeds kat serdang tu aku ada cakap jugak nak gi HUKM untuk detail scan. dia pun kata lewat dah nih masuk 36 wks sebab nyer biasa buat dalam 20-an gitu. pastu dia kata lagi tujuan buat awal2 tu adalah supaya ada pilihan samada nak teruskan kandungan atau pilih untuk gugurkan... aku pun ternganga jerk... bleh ek suka2 nak bunuh janin gitu? mungkin itu satu pilihan yang munasabah daripada kuar2 tengok cacat pastu ko takmo bela plak ek... oohhh... kejam lagi keji weh...

so far aku just nak be prepared jerk. kot laa sekali lagi cross terdapat baby achond jugak ker kan... haa... at least tau mana nak tuju. scan di tanglin aritu pun at 36wks ukuran baby masih 33wks... so due date sumer dah anjak ke depan lagi... ermm... aku harap lahir cukup sifat dan sihat... itu pun dah buat aku bersyukur. kalau Allah bagi baby achond lagi aku percaya ada rezeki bb tu nanti. sudah nyer aku laki bini yang dok menumpang rezeki anak2... tak gitu? huhuhu...

Ya Allah, semoga Engkau beri kesihatan yang baik pada baby yang dalam kandungan nih dan semoga aku bersalin dengan selamatnya... aminnn...

p/s : terfikir gak nih nak bersalin kat ner. kat spital banyak virus H1N1. nak bersalin kat umah bleh gitu? ngeh ngeh ngeh...

Jumaat, Ogos 21, 2009

makan2 bersama sis ana

hari nih pukul 11 aku dah terpacak kat mid valley. yang pertama skali aku pi parenthood expo. penat betul berjalan2 tapi okeh laa dapat goody bag berisi benda2 free. yang kedua ialah makan tengahari bersama sis anamiraa sempena pemergiannya ke birmingham tengah bulan depan. hohoho... yang datang tadi ada mynie, ummuauni, mrsnoba, mast, raihan, cik_yan, jua, lola, erna, mamaadib... errr... rasa nyer nih jerk bloggers yang hadir. ramai yang nak datang tapi sebab masalah kejauhan... hehehe... nanti aku tempek gambar. amik pakai henpon jerk... uhuhu..

Selasa, Ogos 18, 2009

nak sekolah baru

aritu rahimi pernah bgtau dia dah takmo sekolah kat taska tu lagi. aku pun fikir2 mungkin dia nak berubah angin kot... so try surf2 kot laa ada sekolah berdekatan. sebenarnya yang depan simpang nak masuk taman sepakat indah 2 tu lagi ler dekat tapi aku dok berkenan kat sekolah little caliphs nih pasal islamic medium. aku tak ler call lagi... nanti senang2 nak ajak hb gi ronda2 kat sekolah tu. kalau apartment sri Ixora tu dah bukak nanti aku rasa ada jalan nak tembus ke seksyen 7 bangi tu. kompem bleh antar/ambil rahimi jalan kaki jerk pasal dekat sangat. kalau ikut simpang depan tu kira jauh ler kena nek kete. erkk... kompem tak kompem nak tukar sekolah tu tak tau lagi laa tengok keadaan dulu cemana. kalau tak cukup bajet still lagi antar kat taska bawah apartment laa jugak. hope ada rezeki mendatang seiring dengan pertambahan ahli keluarga tahun nih... amin... hehehe..

okeh citer weekend aritu, aku balik kg pasal sepupu aku meninggal kerana kanser kelenjar. di kesempatan itu juga dapat laa bawak budak2 nih balik kg. bulan lepas dah balik jugak pasal pak ngah meninggal tapi sekejap laa tak tido pun kat kg. rahimi plak asik tanya bila nak balik umah atok... so kali nih dapat laa tido dua malam kat muar. suka betul dia dok kat kg. siap bangun pagi2 masa hari sabtu tu. aku tanya apsal bangun awal, hari nih kan tak sekolah... dia bleh jawab plak tu.. kan dah siang tu, nampak tak? padahal kat luar tingkap tu masih gelap kul 6.30 pagi... sukati ko laa... pepagi dah bangun main dengan adik dia. mulut dia becok betul asik bercakap jerk sampai letih atok dia nak menjawab. adik plak mcm biasa takmo kat atok nenek. mcm jinak2 merpati gitu. susah betul nak mesra yang sorang nih... nak balik kajang tu baru laa nak berbaik2 dengan semua orang... cehh... nyampah...
ahad tu balik kajang kul 3.30 ptg. hujang plak dalam perjalanan. so jalan ler slow2 pasal cermin kete tak baper clear dalam hujan lebat tu. hb plak nak kuar ikut bukit mahkota... lalu UKM sesak laa pulak pasal ada pesta konvo... aisehh... pastu singgah hentian kajang jumpa adik hubby. dia dah lama nak jumpa anak2 aku nih. windu laa kot sejak2 pindah nih jarang dah jumpa. pastu budak2 nih kemain melekat lagi ngan dia. nak makan pun aunty dee yang suapkan. kul 7.30 gitu uncle faris datang tiba2 jerk adik jadi stone... apsal plak minah nih kontrol ayu plak... abang plak dah melekat ngan uncle faris siap bergurau senda gelak ketawa lagi... adik diam jerk duduk atas pangku aku. malu2 plak... mcm laa orang nak ngorat awak cik adik weh... kan bopren aunty dee tu... har har har...
nak balik lepas makan tu rahimi takmo ikut kitorang plak. kata nyer nak ikut gi umah aunty dee... aisehh... kitorang tinggal jerk dia ngan aunty dee.. nanti dia hantar katanyer. kul 10 baru antar balik umah... tido dah pun. nasib baik uncle faris kuat nak dukung rahimi. kalau aunty dee yang dukung bleh tumbang dia. aunty dee kata dia bawak jalan2 pastu tertido dalam kete. kepenatan laa tu. esok pagi masa nak gi antar ke taska aku tanya dia aunty dee ajak jalan mana? dia kata... jalan2 cari pasal.... wargghhh kah kah kah... tergelak aku pagi tu... pandai menjawab skang yer... huhuhu...