Halaman

Jumaat, November 23, 2012

Pemfitnah dan adu domba... insaf dan taubatlah...




Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan rumahtangga. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang jadi mangsanya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

Melalui pemcaan artikel ini sudah cukup jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu. 



******************************

kesian... seronok agaknyer tabur fitnah sebab tak boleh tengok orang senang. sedar tak sedar Allah tarik sedikit demi sedikit rahmat kehidupan dan Allah dah janji balasannya... kalau bukan di dunia tunggu laa giliran di akhirat nanti. 

dasar orang tak solat... tak takut mati dan tak takut Allah... x per... dah dia suka begitu. biarlah dia dapat bahagian dia di hari pengadilan. lebih baik kita jaga keluarga sendiri... semoga terhindar dari fitnah orang yang busuk hati. 

nak cakap apa lagi kalau dia dah suka begitu kan... kesian... kesian tak dapat rahmat Allah... jiwanya sakit dan hatinya tak tenang.. ishyy... ishyy.... ishyy.... kesian... tak mampu nak cakap apa lagi dah... di dunia lagi dah tempah tiket ke neraka. syabas..!!! anda mampu milikinya... 

Isnin, November 19, 2012

Think positive & think big

alhamdulillah...
dengan rahmat dan kasih sayang Allah dapat jugak merasa duit bonus RM3000 hasil jual Shaklee. Tak sangka boleh dapat tapi kalau dah nak dan Allah dah tentukan mmg itu rezeki kita... InShaa-Allah dapat.

Cemana nak dapat figure yang kita nak? Ini terpakai dalam mana2 biz yer... bukan biz jual Shaklee jerk.
1. Tulis berapa RM bonus yang kita nak dapatkan atas sehelai kertas.
2. letak di tempat yang mudah di lihat seperti pada cermin tempat kita tiap2 hari berbedak. saya letak di workstation di opis.
3. tulis nilai yang realistik. maksudnya yang boleh dicapai. untuk yang baru register boleh terus target RM2000 sebab nilai nih boleh dapat bila naik ke pangkat supervisor. naik supervisor tak perlu kaki so dah bleh set nilai nih. atau kalau agak2 tak berani boleh target bonus RM200... next RM600... next RM900... next RM1200... next RM2000.
4. kalau tak dapat target yang kita nak tu pada bulan nih... bulan depan cuba lagi... bila dah capai baru tingkatkan lagi nilainya.
5. beri masa utk capai. saya tulis RM3000 nih sejak April 2012 dan saya pandang tiap2 hari. usaha mestilah seiring dan jangan lupa berdoa semoga dipermudahkan untuk mencapai keinginan tersebut. pendapatan meningkat naik bermula dari rm200... naik lagi dan lagi.
6. kalau tak capai, muhasabah diri dan tingkatkan usaha serta doa. jangan berputus asa dengan rahmat Allah dan jangan buruk sangka pada Allah. kalau tak dapat bulan nih kena yakin Allah akan beri bila dah sampai waktunya.

ok lah... mungkin pada anda RM3000 tu sikit sangat tapi walau sikit cemana pun... ada saper2 nak bagi free ker? ahahaha... dan mendapatkannya hasil dari titik peluh sendiri adalah lebih puas. Alhamdulillah..

lepas nh target RM5000. jom pandang hari2 dan usahakan hingga dapat. yakin boleh... Semoga Allah makbulkan... amin..


Abg Long selamat bersunat

Alhamdulillah... dah bersunat si anak bujang. sebenarnya tak plan secara serius nak sunatkan dia. ada tanya2 nak sunat tak? dia cakap... okeh... so masa cuti hari maal hijrah ritu gi booked kat klinik as-salam sek 7 bangi. hari sabtu malam kul 9 selamat di sunatkan.

aku dan anak2 lain dok menunggu di rumah. mcm2 yang terlintas di fikiran sebab lewat sangat baliknya. apa yang terbayang dalam kepala ialah abg long lari keluar dari klinik... hahaha... haru kalau mcm tu. masa yang ditunggu2 pun tiba. sebaik pintu di buka, abg long masuk dengan senyum melebar. aikk... telahan songsang nampaknya. tak sakit ker? tak... mcm gigit semut jerk... menjawab sambil senyum... mak ai... tahan dia rupanyer... huhuhu... bagus2... abg long anak yang kuat. hb kata masa doktor sibuk buat kerja tu dia pun sibuk main iPad. tau2 dah siap... hahaha...

masa nak kencing tu dia nangis jugak sikit sebab ngilu agaknyer dan mungkin sakit tempat doktor inject bius tu. hari kedua dah pakai seluar. tapi dia mcm geli2 seluar kena kat clamp tu. yang best tu malam first lepas sunat tu siap tidur tiarap lagi. hb laa yang tidur2 ayam nak jaga dia jgn tidur tiarap... huhuhu...

lepas nih giliran adik kimi pulak. rasanyer tak praktikal nak sunat umur 12 tahun. budak dah besar dan malu. kalau nak ikutkan elok sunat kekecik sebab disuruh solat sejak umur 7 tahun so pada umur 5-6 dah sunat kira dah bersih dah budak tu dan boleh solat jemaah bila dah masuk umur 7 tahun.

Alhamdulillah... abg long berjaya melalui proses yang "menakutkan" dengan tabah dan enjoy... huhuhu...

Rabu, Oktober 03, 2012

Small office home office

alhamdulillah...

akhirnya soho yang comel dah ada dirumah. baru ler tak buat kerja bersepah2... kat meja makan ler... kat atas sofa ler.. atas katil ler.... soho berada di bilik tengah. masterbed skang jadi bilik anak2 dan bilik mak bapak kat bilik paling kecik... gelap pulak tu... aci? boleh laa... i tak kisah jerk... lebih suka tido di soho yang beno nyer sebab cepat jerk nak tgk apa2 update kat PC.


okeh nih ler barang2 yang ada kat soho. beli kat IKEA at a reasonable price. pastu soho ada sofa-bed 2 seater dan ada tv plak nyer... dah jadi port plak soho tu sumer nak bertempek disitu. sebeno nyer aku tak kenan sangat kerusi opis tu tapi dah alang2 sangat nak angkat barang takkan kerusi tak ada. nak cari kat kedai perabot semata2 nak beli kerusi pun dia suh angkat sendiri sebab beli itu jerk kan... so angkat sekali.

maka lepas nih lebih terurus laa orang kata. segala buku2 penting letak dekat2 jerk senang nak membebel masuk dalam blog... hahaha... nanti aku snap gambo real dalam soho tu yer. tak sempat semalam mcm xcited gitu... huhuh...

tq to hubby kerana jadi tukang pasang. upah pasang berapa bang? hahaha...


Jumaat, September 07, 2012

Budaya collect duit raya di aidilfitri

assalamualaikum salam satu malaysia...
sori laa blog... tersawang laa pulak. masih lagi mood raya sebab ritu tak puas beraya. makan tak puas... berjalan/berziarah tak puas... duit raya pun ada lagi tak abis nih... mungkin terlebih tukar kot tahun nih... huhuhu... (mode : excited)

tahun nih bergambar raya pun tidak. nanti2lah kalau in good mood pakai semula baju raya n bergambar konon2 macam hari raya pertama. tahun nih excited nak beraya sebab si kecil dah 8 bulan dan dah boleh bergaya dengan baju melayu. pastu first time bertema kaler pink plak tu... hb plak dalam dia dok kata NO Pink Please... i tetap paksa n dia pun terpaksa rela beraya tema pink. not shoking pink laa sayang... just nice jer dengan your skin colour... huhuhu... anak2 perempuan dan sepupu2 perempuan baju kurung sama corak sebab i yang belikan kain n minta tlg mak mertua jahitkan. kalau semua pakai pada hari yang sama dah tak cam mana satu anak sendiri... hahaha... 

hari raya pertama hingga ke 3 beraya di muar rumah mertua. raya pertama mmg ziarah 2 rumah jer... rumah nenek sebelah MIL dan atuk sebelah FIL. pastu raya kedua mmg tak berjalan ke mana sebab hb follow marhaban siap bawak abg long lagi. apa lagi, collect duit raya laa abg long... huhuhu... hari raya ke3 jalan2 ziarah saudara mara di muar dan malam tu balik ke rumah mak di skudai.

di jb lagi laa kurang tempat nak berziarah. raya ke4 tu ada reunion sekolah hb, SMAKJ. tak ramai pun yang datang tapi happy dapat jumpa geng lama. i dapat jumpa kawan sekolah rendah. agaknyer kalau tak salah isi borang masa lepas UPSR ritu, masuk sekolah menengah dengan future husband laa i... hahaha... (tapi tak ditakdirkan begitu).  hari raya ke5 lepak rumah mak ngah di BBU. jalan2 rumah sepupu di permas jaya, akak ipar di plentong. yang bestnyer nak balik masa raya 6 singgah Johor Premium Outlet (JPO). ramai jugak orang beraya kat situ... ingat nak nyoping tapi i kurang selesa sket nak shopping dengan anak2 yang bersepah nih. takut hilang time kita tengah leka membelek nak beli apa. sudahnyer hb sorang jerk yang angkat levi's sampai 3 helai... i rileks jerk tak teruja nak nyoping. lepas shopping tu sambung perjalanan balik muar. dah cecah umah PIL baru laa rasa mcm... nak pergi JPO lagggiiilkkkk....!!!! (mode : tak puas berjalan)

eh... dan panjang celoteh raya nih... sebenarnyer nak citer pasal budaya collect duit raya nih yang sebenarnya... dulu masa kekecik i duduk barek polis. senang sangat ler nak collect duit raya nih. rumah saper2 pun main redah jerk. mesti tensen jerk tuan umah... lepas satu group datang... ada group lain datang plak... huhuhu... tak putus2 budak2 datang beraya tak lain tak bukan nak collect laa nih. masa dulu2 dapatnyer 10sen paling sikit. 20sen paling biasa. 50sen kira banyak nyerrr... dan kalau dapat singgit tu kira dah... humang aiii... kayo tuan umah nih agak ehh...

skang nih budak2 kalau kita bagi singgit dia bleh tanya plak... singgit jer ker? pergghh.... tak tau bersyukur. yang best kalau bagi 20 sen dia boleh mintak lagi... sikit sangat nih... katanya... keh keh keh... kelako perangai bebudak nih. masa raya kat jb ritu ada dua round budak datang beraya. bagi sorang singgit cukup lah tu... tak kenal ntah anak saper, dari mana... kalau ikutkan ati mmg takmo bagi... aha... bukan sebab kedekut tapi... 

1. kalau boleh jgn galakkan anak pergi buat collection so called duit raya. budak2 nih kalau depa nak kutip duit raya siap naik bas dari pasir gudang... dari tiram... dari mana ceruk jerklah. contohnya sampai umah mak i, bila borak2 tu tau laa dia dari mana.... mmg tak kenal. kalau boleh berziarah tu biarlah menyambung silaturrahim contohnya sedara mara kita datang dari jauh time raya nih jerk baru dapat jumpa. adalah juga pahalanya. kes kutip duit raya nih... bagi salam... masuk rumah minum air... nak balik dapat duit raya... pastu blah mcm tu jerk. tak ke mcm mintak sedekah jerk gaya nyer tu? 

2. budak2 bawak duit banyak2 nih bimbang keselamatan disamun. malaysia sekarang nih tak berapa nak selamat. nyawa mcm tak berharga. anytime jerk boleh kena tusuk kena sembelih mcm tu ajer. lagi pulak budak2 collect duit raya nih mak pakaikan rantai n gelang emas... kemungkinan nak kena ragut tu ada. 

3. kena kidnap secara berkumpulan. senang ler kije tukang kidnap. sekali kidnap dapat ramai... 

4. keselamatan jalan raya. tiba2 kena langgar lari. anak siapa? tak tau sbb tak ada pengenalan diri. jalan ngan kawan2 sebaya tak ada orang dewasa dan bukan dari taman tu plak nyer... owhh.... sadiss..

5. seeloknya berziarah dengan keluarga lebih sopan kalau nak mengutip so called duit raya. at least kenal saudara mara dan lebih selamat kerana berada di bawah pengawasan ibubapa.

i bukan laa kedekut cuma nak highlight tentang keselamatan anak2 nih jerk.... kan depa nih permata negara... hahaha... so budaya collect nih buat secara berhemah. ikut mak pak berziarah berkenalan dengan saudara mara dah ler. kita sebagai parents pun amik tanggungjawab sama... jgn lepaskan anak2 begitu saja. banyak implikasinya... fikir2kan sebelum benda2 buruk berlaku yer... 

gtg... adioss...

Rabu, Ogos 29, 2012

Apple vs Samsung

gadjet skang nih meletup2. yang best tu ada orang mmg jenis updated so pihak pengeluar amik kesempatan laa kan... jom ambil pusing





Fauziah Hamzah (Cik Pau)
Shaklee Member ID : 846053
Mobile : 012.764.0760
Email : bibimie@gmail.com

Selasa, Julai 10, 2012

3M, 3G dan 3C

sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma nih nak tempek promosi maipilihdotcom. 

set Tripple M (3M) utk ibu2 yang menyusukan juga bagus utk seisi keluarga



set Mighty 3 Gem (3G) utk hidangan sahur sesuai utk semua peringkat umur




yang kat bawah nih my tripple C (3C)


coach - done


clarks - done 


corelle - soon to be completed









smileee.... 





Rabu, Jun 27, 2012

cuti2 cherengin hill, janda baik.

yang dah pandai main sendiri...

yang hanya tau tidur saja....