Halaman

Selasa, Februari 05, 2008

nursery @ babysitter

1hb feb aritu cuti hari wilayah dan hari pertama hantar imi ngan ana gi nursery kat bawah apartment. memula tu antar rahimi dulu sebab nak gi cari klinik desa nak bawak ana cucuk 3 bulan. pastu nurse kata hari isnin baru bleh cucuk so aku balik ler semula antar ana plak gi nursery. kat depan pintu nursery tu dengar ada suara budak menangis sambil gendang2 pintu. mcm kenal jerk... tengok2 mmg imi tengah menangis panggil mama papa... nak kuar laa tu nak cari mama ngan papa. pastu aku masuk letak ana kat bilik baby baringkan dia atas tilam aku kuar plak layan imi tengah nangis tu. imi minum susu botol atas pangkuan aku.. kesian pulak aku tinggalkan dia kat situ.. yer laa budak dah faham... selalu nyer pepagi dah angkat gi umah mama jue... tapi hari nih dok kat tempat asing ramai budak2 plak tu... elok imi dah diam ana plak nangis... alamak... kacau cenggini. budak yang jaga tu plak tak tau nak apakan anak aku nih. aku angkat ler balik ana pangku dan menyusukan dia sambil tengok imi main2. good mood plak dia sebab tengok ada orang yang dia kenal agak nyer. elok plak tu dia main2. ana plak lena kat pangkuan aku... bawak masuk
bilik dia celik semula... ishss... nih yang rasa tak nak letak kat sini nih... huhuhu...

masa aku dok pangku ana tu aku dok perati keliling apa yang penjaga tu buat. sorang jaga baby bawah setahun... ada laa dekat 5 orang mcm tu. sorang lagi jaga yang besar sket umur2 mcm imi gitu... so masa tu dekat kul 10 ker 11 budak tu sibuk2 suh mandi... kalau dia layan mandi budak2 tu dalam 8 orang... amik masa lama gak tu. sama laa yang jaga baby tu pun kije nyer mandikan budak jugak... so budak2 yang ada kat ruangan depan yang luas nih main ler sendiri. seingat aku masa diskas2 dengan cikgu nyer tu dia kata budak2 nih main sambil belajar... apa yang derang belajar kalau tadek yang tunggu derang main. aku ingat modul mcm playskool laa... ada jadual main apa belajar apa masa main tu... tak ada pun... mula laa aku susah ati. pastu situ mcm panas dan gelap. tingkap tak bukak so jadi terkepam. pusing laa kipas laju mana pun tapi aku rasa mcm sesak gitu... ishss... sian nyer anak aku... tak seperti yang aku harapkan. pastu elok imi leka main aku pun blah cecepat masa dia tak nampak. kalau nampak aku blah tu harus gak dia melalak besar tekak.

aku rasa mcm nak antar ke umah mama jue jerk... tak sanggup nak tinggalkan anak aku kat situ mcm tak terbela jerk... esp. ana sebab kalau budak2 sumer melalak yang layan nyer sorang... tak cukup tangan laa nak layan. lagi satu bleh ker budak tu layan breastmilk. risau betul aku mana laa tau kot dia tak pandai nak handle ker... susah laa kan rosak susu tu. petang tu amik imi ngan ana mmg lambat pasal nak biasakan derang dengan keadaan. masa aku ngan emy jalan kat koridor tu tiba2 imi jenguk kat muka pintu... nampak kitorang dari jauh dia dah jerit... mama.. papa... hehehe... aku rasa mcm dah lama sangat tak jumpa anak aku tu. cikgu kata imi ada jugak nangis2 tapi sekejap2 laa... elok tu dia main semula. aku rasa dia tak kena geng lagi laa... pastu ana plak asik nangis jerk... minum tak mo.. aku bekal 6oz dia minum 2oz jerk... adusss... anak aku lapo nih... balik tu terus menyusu... kalau aku blah ker... mesti ana melalak.. kompem lapo tu... asik nak nyusu jerk kije dia. kepala otak aku ligat fikir nih cemana nak settle anak2 nih. dok kat nursery ker dok ngan mama jue. orang kata awal2 nih mmg dia tak biasa pasal tempat baru so kena sabar sikit tapi bab ana yang takmo minum tu... aku rasa mcm tak baper nak sabar gak laa... sian anak aku lapar.

semalam gi cucuk ana pastu imi plak kena makan ubat cacing. lepas dah abis sumer tu gi nursery nak letak derang pasal aku pun tak sihat sangat so ingat nak gi klinik mintak MC jerk. dalam kereta masa nak turun tu imi ada sebut... nak upe awan (nak jumpa kawan) so aku pun mcm relief laa... okeh kot anak aku dok sini. dah bukak pintu dia takmo masuk plak. aku terus masuk nak letak ana yang tengah lena atas tilam nipis dalam bilik baby tu. penjaga yang sorang tu tengah bagi susu kat baby. elok jerk aku letak si ana mata dia pun celik... lepas tu melalak laa pulak... adeehhh... alang2 dah sedar tu aku sumbat ubat demam. ana tu ngantuk beno nyer... so aku masukkan dalam buaian dia diam. kalau henjut lama sikit tu dia tido gak tu tapi aku nak gi klinik plus cikgu tu dok tunggu aku kuar dari bilik so kuar jerk laa tinggalkan ana terkebil2 dalam buaian. imi plak nak ikut aku kuar jugak menangis2 dia. aku harap arinih semakin okeh laa imi ngan ana dok kat nursery. baru2 mmg laa cenggitu ek.

lepas gi klinik gi makan jap pasal aku dari pagi tak makan apa2. pastu gi pasaraya bintang belanja dapur sket... sumer benda dah abis tak kan aku nak makan nasi ngan telur jerk kan... huhuhu... belanja sumer semalam rm250 jugak laa... aku rasa tahan sampai hujung bulan. lepas belanja2 tu balik umah kekemas sket. budak2 takde senang sket buat kije orang tak kacau. emy plak nak masak nasi beriyani plak... so masak ler.. lepas2 mkn tu dah petang baru turun amik imi ngan ana. mcm semalam gak... imi jerit mama ngan papa bila dah nampak aku ngan emy dari jauh... sian plak kat dia kena tinggal lelama. dia kuar tak pakai kasut dia... aku masuk amik kasut. tengok2 tadek kat tempat kasut... rupa nyer dia dah pegang kasut dia sejak kul 4 tadi.. tunggu kitorang amik dia... selalu nyer emy amik imi ngan ana kat umah mama jue kul 4.30 ptg. agak nyer dia dah busan dok lelama kat situ... ana plak masa aku ngan emy sampai dia tengah tido. lega sket ati aku. pastu budak tu kata dia minum sekali jerk. tu pun tak baper nak minum. dia pulang EBM sebotol tapi dah beku... adehhh... rosak susu aku. agak nyer tak pernah handle EBM ker sebelum nih? dia kata aritu pernah so aku tak ler risau sangat... tapi aku faham kalau payah nak handle sebab baby ada 4 yang jaga tu sorang so nak hangatkan EBM pun leceh jugak banding bancuh susu dalam botol. balik tu ana mmg bergayut sakan ler sampai aku tak leh bangun.

pagi tadi nak antar budak2 tu gi nursery imi ngan ana dah sedar. mula2 tu imi okeh jerk... ana pun okeh tak nangis pun kena tinggal. nak kuar tu imi melalak plak nak ikut. tak sampai nyer ati aku nak tinggal derang nih. pastu aku bekalkan susu lebih 10 oz jugak pasal hari nih tinggalkan dari pagi sampai petang. dua hari sebelum nih start tinggalkan masa tgh jerk tu yang aku bekalkan sikit jerk ek. cikgu tu tunjuk kat dalam peti sejuk ada lagi susu lebihan semalam dalam 4oz gitu. laa... aku tak tau pun semalam anak aku minum 2oz jugak. sedih nyer laa mengenangkan anak yang lapar tu... iskss...

dalam kereta nak gi kije tadi emy decide nak antar ke kak jue semula. dia kata biar bersusah2 sket... dia risau anak dia tak minum banyak... huhuhu... akhir nyer aku rasa mmg settle kat umah mama jue jerk laa... lagipun mama jue dah tau cemana nak tackle imi ngan ana.. dan yang penting anak aku tak ler terabai sampai tak minum... uhukss... esok last antar kat nursery tu. adooiii... berkecamuk dalam kepala otak aku nih... huhhh...

Tiada ulasan: