Halaman

Khamis, April 09, 2009

update

hari nih last untuk baca buku. esok exam kat MII n lusa di sekolah st. john utk paper Takaful. aku tak ready nih pasal tak banyak masa nak baca buku. itu pun aku memaksa diri membaca dalam train setiap kali dalam perjalanan pergi dan balik kerja. tiba2 terasa mcm dalam tren kat jepun jerk cuma bezanyer aku sorang jerk yang membaca... kih kih kih.... lepas nih aku akan cuba baca buku2 yang aku dah beli. betul2 mcm orang jepun mengisi masa dalam tren. kat opis plak tengah sibuk2 buat jemputan untuk seminar di hari harta intelek nanti. malas betul nak buat follow up. walau pun kita dah fax n antar guna pos laju, derang still mintak kita fax lagi skali. katanyer yang di fax tu tak sampai dan yang di pos tu tak terima. betul2 tensen laa ini mcm. aku jugak laa yang kena buat banyak kerja. tu yang tak sempat nak baca buku utk peksa esok nih... ehh... blogging sempat pulak... huhuhu...

hari nih jugak hb ada interbiu... jadi cikgu mengajar baca Al-Quran di Sek. Tahfiz Al Hidayah jalan Gurney. aku harap dapat laa weh. mana laa tau dapat cilok ilmu cemana nak mentahfizkan anak. untung2 rahimi dapat laa blajar kat sekolah sini atau memana sekolah tahfiz. tapi nih baru interbiu jerk.. besar harapan aku agar hb dapat mulakan kerja setelah sekian lama tak de kije nih... nanti otak beku selain duit kocek, belanja harian dan belanja dapur yang dah lama membeku.... hehehe... kalau pergi interbiu tak pakai songkok bleh dapat tak? ker nak kena ada gaya ustad2 baru bleh dapat? tolong laa weh... hb aku tu mmg tadek rupa ustad. rupa tu tak penting tapi yang lebih penting ialah ilmu yang dapat disampaikan. selain dari ajar ngaji, ada jugak orang tu tanya bleh tak ajar akademik. tiba2 aku rasa mcm nak jerk tlg ajar bahagian akademik. bukan apa... kesian kat budak2 sekolah agama nih kurang sket cikgu2 yang nak ajar sebab kengkadang gajinyer kecik tu pasal tak menarik minat orang nak mengajar. tapi kalau nak dapat pahala yang besar... try laa ngajar dengan ikhlasnyer.

budak2 berdua tu dah dua hari dilayan papa. kerana takut tak dapat nak bayar duit taska, papa pun jadilah mr. mama untuk dua hari (sebab tiba2 di panggil untuk interbiu). esok antar taska jugak sebab papa nak gi solat jumaat. hari2 lain tugas papa laa yang menjaga. so bayaran pun ikut berapa hari yang hantar jerk... jimat laa sket kan. pagi tadi terlalak2 takmo gi sekolah. abang ngan adik dua2 nangis depan pintu taska. nih yang letih nak layan kalau dah sedap sangat dok rumah dengan layanan istimewa papa. sesabo laa yer... kalau dah stable nanti adik ngan abg kena gi sekolah semula.. :)

okeh tu jerk laa nak update. semoga aku lulus peksa... aminnn...

8 ulasan:

knv berkata...

gud luck to both of youu!!

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 berkata...

Good luck kak pau
bila kita nak jumpa ya..
take care both MKR n NEF

MS berkata...

good luck, insyaAllah lulus, ku pernah amik, tak baca sangat pun.
jangan stess sangat

me_czar berkata...

Semoga Allah permudahkan!

Tanpa Nama berkata...

Kagum la dgn u, lepas satu test satu test!!!

I noe u can do it!

All the best k, n may Allah bless u

mama berkata...

semoga kalian berjaya aku doakan b..
bila nk jalan kinrara ni? meh la dtg umah aku .. dapat borak2 panjang ..

misah berkata...

gud luck for both of you.

mamaHs berkata...

good luck....