Halaman

Khamis, Julai 09, 2009

hobi baru

nak kata hobi pun tak jugak... tapi mcm dah terbiasa laa pulak. sonok pun ada. tido lepas makan malam.... hahaha... mesti hb busan tadek saper layan. nak wat cemana letih weh... hujung minggu laa kot kalau nak mesra2an. sebenarnya budak2 nih lepas makan malam mata pun dah layu. tidokan derang dengan aku skali laa jalan. tido tak solat isyak lagi tu... dibuatnyer mati dalam tido sia2 dapat dosa... nauzubillah... tapi apa yang aku suka cara nih ialah aku akan tersedar jam 4 pagi. bangun solat isyak leh mengaji lepas tu. baca laa apa yang patut pun. pastu agak2 ada baju nak kena lipat... lipat ler... ada baju2 nak basuh bleh sumbat dalam mesin basuh. ada pinggan mangkuk nak basuh.. basuh ler... pastu gosok baju, mandi n solat subuh n siap2 gi kije. dalam bas plak mentara bas lom gerak aku baca buku sket... sejak2 dah naik public transport nih kerap gak laa bukak buku kalau dapat seat. kalau berdiri dalam train susah sket nak membaca pasal orang berhimpit2. kalau dapat seat aku baca buku. mungkin gak pengalaman 3 minggu nek train kat Tokyo aritu buatkan aku terikut2 hobi derang yang tak membuang masa dalam perjalanan yang ambil masa lama nak sampai ke destinasi. kl - kajang nek tren ambil masa 40 minit. gerak gak laa... hampir 10 muka surat. tapi kalau pepagi aku baca buku dalam 15 minit sementara nak menunggu bas gerak jerk. biasanyer bila dah nak gerak, driver matikan lampu so tak leh nak membaca laa... apa lagi... time to sleep sampai ke kl. ada laa dalam setengah jam mcm tu. at least rest gak laa mata aku yang dah berjaga dari pukul 4 pagi tu kan... huhuhu...

bila ada peluang mcm nih laa aku rasa ada ruang untuk aku bertahajud n spend time lebih sket untuk berdating dengan Maha Pencipta. tingin gak nak buat solat2 sunat nih tapi nak kena blajar dulu bacaan nyer. istiqamah bangun awal pagi, blajar bacaan solat sunat taubat, tahajud dsb... insya-Allah aku akan buat. mesti blajar buat solat2 sunat tu sumer sebagai bekalan sebab umur skang nih dah setengah umur Nabi Muhammad s.a.w. entah sempat ker tidak nak siapkan bekalan... huhu...
yoga/senaman pagi

Tiada ulasan: