Halaman

Isnin, Januari 02, 2012

Selamat tahun baru 2012


Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk mengecapi tahun baru... err.. kalau sampai umur tahun nih 35 tahun... huhuhu... kalau boleh dalam usia yang mcm nih kematangan pun seiring dengan usia. apa pun kena toleh ke belakang.. tengok apa yang dah berjaya dicapai dan rangka semula apa yang nak dicapai di masa akan datang. sebelum nih kengkonon mcm ada azam setiap kali tahun baru tapi mungkin tak bersungguh2 atau matlamat tak jelas... tu yang tak baper nak capai tu... harap2 nyer tidak lah hangat2 tahi ayam... semoga sentiasa bersemangat utk terus maju dan bersaing dengan orang2 lain esp dlm kerjaya opis dan biz.

dalam nak mengejar kejayaan biz, peningkatan dari segi ibadah pun kena ambil kira jugak. ada kawan pernah pesan... kalau kita mengejar akhirat... dunia akan mengejar kita... apa pun yang kita buat jangan lupa pada Allah yang memberi rezeki. harapnya tahun nih dapatlah kuar zakat dan bersedekah lebih lagi berbanding tahun2 sebelum nih. semoga Allah murahkan rejeki hamba2nya... aminnn...

okeh geng... apa azam tahun baru nih yer?

Tiada ulasan: