Halaman

Isnin, April 13, 2009

lulus @ gagal

jumaat lepas aku siap EL lagi sebab nak amik peksa jadi agen insurans. exam ada dua bahagian. PCEA (pagi) n CEILLI (petang). berikut adalah keperluan menduduki peperiksaan ini.

Pre-Contract Examination For Insurance Agents


• A compulsory entry requirement for all those who intend to be registered as insurance agents
with Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) and with the Life Insurance Association of Malaysia
(LIAM) respectively.
• For those who intend to pursue a career in insurance.
• An induction programme for those entering the world of insurance.

Benefits
The examination gives the candidates:
• a working knowledge of insurance, which will at the same time increase the candidates’ proficiency and make their work meaningful and interesting.
• a certificate awarded by MII and recognized by PIAM, LIAM and employers.
• a basis from which the candidates can progress to take the MII Diploma or the Financial Planning Certificate examinations.


Objectives
• To introduce the nature of insurance
• To provide a comprehensive introductory knowledge of the technical and other aspects of insurance including the appropriate skills of insurance selling.
• To instill a sense of social and professional responsibility in insurance agents.
• To create an awareness of the importance of insurance in the economy and the significance of the social function of insurance and the role of the insurance agents in bringing about these objectives.


Entry Requirement
• Candidates intending to sit for the examination must have minimum SPM/MCE with five passes or its
equivalent qualification.


Syllabus

With the main aim of providing a comprehensive introductory knowledge in the classes of insurance and the necessary skills in insurance selling, the syllabus is divided into 3 major parts
• Part A – The Basics of Insurance
• Part B – General Insurance
• Part C – Life Insurance


Certificate Examination in Investment-Link Life Insurance


• an entry requirements for all those who intend to sell investment-linked life insurance policies.
• to ensure that all persons who intend to market investment-linked life insurance policies attain a
minimum level of technical competency.
• for those who intend to pursue a career in insurance in particular investment-linked life
insurance.
• an induction programme for those entering the world of investment-linked life insurance.

Objectives
• To introduction the nature of investment-linked life insurance.
• To provide a fundamental of the technical, taxation and other aspects of investment-linked life
insurance including the appropriate understanding of investment-linked life insurance products
selling.
• To instill a sense of social and professional responsibility in those selling investment-linked life
insurance products.
• To create an awareness of the importance of insurance in the economy and the significance of
the social function of insurance and the role of the the agents in briging about these objectives.


result kedua2 exam nih terus kuar on the skrin lepas kita confirm finish. result kedua2 exam nih ialah












alhamduillah... tapi takaful nyer exam tak tau lagi lepas ker tidak. exam hari sabtu (the next day) tapi resultnya 2 minggu lagi. pecah kepala jugak laa tak cukup masa nak buat revision. padahal bahasa melayu tu. cuma masa peksa tu pening nak baca terms2 yang ditranslate english ke BM. susah juga rupanyer... walaupun bahasa ibunda tapi tiba2 rasa mcm tak paham bahasa plak... pening... pening... lulus @ gagal hanya Allah yang mengetahui. kita tungguuu...

Khamis, April 09, 2009

update

hari nih last untuk baca buku. esok exam kat MII n lusa di sekolah st. john utk paper Takaful. aku tak ready nih pasal tak banyak masa nak baca buku. itu pun aku memaksa diri membaca dalam train setiap kali dalam perjalanan pergi dan balik kerja. tiba2 terasa mcm dalam tren kat jepun jerk cuma bezanyer aku sorang jerk yang membaca... kih kih kih.... lepas nih aku akan cuba baca buku2 yang aku dah beli. betul2 mcm orang jepun mengisi masa dalam tren. kat opis plak tengah sibuk2 buat jemputan untuk seminar di hari harta intelek nanti. malas betul nak buat follow up. walau pun kita dah fax n antar guna pos laju, derang still mintak kita fax lagi skali. katanyer yang di fax tu tak sampai dan yang di pos tu tak terima. betul2 tensen laa ini mcm. aku jugak laa yang kena buat banyak kerja. tu yang tak sempat nak baca buku utk peksa esok nih... ehh... blogging sempat pulak... huhuhu...

hari nih jugak hb ada interbiu... jadi cikgu mengajar baca Al-Quran di Sek. Tahfiz Al Hidayah jalan Gurney. aku harap dapat laa weh. mana laa tau dapat cilok ilmu cemana nak mentahfizkan anak. untung2 rahimi dapat laa blajar kat sekolah sini atau memana sekolah tahfiz. tapi nih baru interbiu jerk.. besar harapan aku agar hb dapat mulakan kerja setelah sekian lama tak de kije nih... nanti otak beku selain duit kocek, belanja harian dan belanja dapur yang dah lama membeku.... hehehe... kalau pergi interbiu tak pakai songkok bleh dapat tak? ker nak kena ada gaya ustad2 baru bleh dapat? tolong laa weh... hb aku tu mmg tadek rupa ustad. rupa tu tak penting tapi yang lebih penting ialah ilmu yang dapat disampaikan. selain dari ajar ngaji, ada jugak orang tu tanya bleh tak ajar akademik. tiba2 aku rasa mcm nak jerk tlg ajar bahagian akademik. bukan apa... kesian kat budak2 sekolah agama nih kurang sket cikgu2 yang nak ajar sebab kengkadang gajinyer kecik tu pasal tak menarik minat orang nak mengajar. tapi kalau nak dapat pahala yang besar... try laa ngajar dengan ikhlasnyer.

budak2 berdua tu dah dua hari dilayan papa. kerana takut tak dapat nak bayar duit taska, papa pun jadilah mr. mama untuk dua hari (sebab tiba2 di panggil untuk interbiu). esok antar taska jugak sebab papa nak gi solat jumaat. hari2 lain tugas papa laa yang menjaga. so bayaran pun ikut berapa hari yang hantar jerk... jimat laa sket kan. pagi tadi terlalak2 takmo gi sekolah. abang ngan adik dua2 nangis depan pintu taska. nih yang letih nak layan kalau dah sedap sangat dok rumah dengan layanan istimewa papa. sesabo laa yer... kalau dah stable nanti adik ngan abg kena gi sekolah semula.. :)

okeh tu jerk laa nak update. semoga aku lulus peksa... aminnn...

Isnin, Mac 30, 2009

NEF & OKU

tadi pergi monthly check up for preggy kat klinik kesihatan tanglin. doktor tanya2 pasal achondroplasia NEF. tiba2 tergerak nak tanya samada perlu atau tidak daftar as an OKU... and doctor said... YES. pergghhh... terkedu gak aku. apa pun aku yakin as an OKU, kebajikan derang diutamakan. insya-Allah... nanti laa aku prepare apa yang perlu sebab nyer nak regi pun kena ada surat doktor yang mengatakan NEF mmg penghidap sindrom tu. kena turun naik pej. kebajikan masyarakat laa pulak pas nih. aku ingat nak tanya jugak doktor di serdang masa appointment NEF nanti. kot laa depa kata tak payah plak ker kan... huhu... blurr laa beb... nak gak tau kriteria yang cemana nak kena regi OKU tu. aritu kawan alam maya aku, raja noor regi anak dia as OKU sebab masalah arthogyposis.. yelah tengok cam normal tapi bila dia move kaki ngan tangan baru org perasan yang dia punya pergerakan limited due to lack of muscle... ada jugak aku tanya2 dia how to register.

kalau aku bgtau hb, apa laa agak nyer reaksi dia... semalam sembang2 dengan mak tanya jugak if any of the relatives yang mmg ada sindrom nih. mak kata ada... sebelah arwah atok, ada dua orang mmg pendek paras pinggang kita jerk... uhukkkss... silang punya silang dapat laa kat anak aku... Allah punya kuasa beb. so totally from genetik laa nih... aku redha jerk, yang penting sihat dan IQ dia sama mcm kanak2 lain. dulu masa aku sekolah rendah ada jugak kawan yang katik. lelaki tapi kiut aper... :) adik betul2 special. (bukan sebab aku tak minum susu masa preggy wehh... uhukkss... )

***

Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?

Sebab utama adalah seperti berikut:


Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.


Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.


Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU.


Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.


Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.


Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?

Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:


OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.


Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta.


Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar.


Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.





Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan bantuan untuk OKU?

Sebab utama adalah seperti berikut:



OKU boleh memohon samada melalui surat atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.


Bantuan-bantuan boleh dipohon oleh OKU adalah seperti Elaun Pekerja Cacat, Geran Pelancaran dan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan.


Bagi Bantuan Alat Sokongan/Tiruan, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, mendapatkan pengesahan dan syor daripada doktor serta mendapatkan sebutharga alat sokongan/tiruan tersebut dari pembekal-pembekal yang disenaraikan oleh JKM.


Bagi Geran Pelancaran, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, mempunyai kebolehan untuk menjalankan sesuatu projek ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, industri kecil, pertanian, penternakan dan sebagainya.


Bagi Elaun Pekerja Cacat, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, bekerja sendiri atau dengan majikan dan pendapatan mereka antara RM200 hingga RM400 sebulan atau berpendapatan kurang daripada RM500 sekeluarga.


Bagaimana caranya memohon masuk ke institusi pemulihan untuk OKU?

Sebab utama adalah seperti berikut:


OKU boleh memohon samada melalui surat atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. Syarat-syarat kemasukan ke Institusi Pemulihan OKU yang dipohon adalah seperti berikut:


Bagi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, pemohon mestilah OKU anggota lelaki/perempuan yang berdaftar dengan JKM, berumur antara 14 hingga 40 tahun, mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya PMR bagi kursus bersijil dan tidak memerlukan syarat kelayakan akademik bagi kursus pra vokasional.


Bagi Taman Sinar Harapan (TSH), pemohon mestilah OKU akal yang berdaftar dengan JKM, melakukan pemeriksaan doktor dan memenuhi syarat-syarat lain berikut:


TSH Kuala Kubu Bharu, Selangor, TSH Jitra, Kedah – OKU akal yang teruk, lelaki dan perempuan (tiada had umur).


TSH Tengku Ampuan Najihah, Seremban, TSH Cheras, Selangor, TSH Bukit Besar, Kuala Terengganu – kanak-kanak kurang upaya akal lelaki dan perempuan berusia di bawah 14 tahun yang memerlukan jagaan, perlindungan dan pemulihan. Berpotensi untuk dilatih dan boleh mengurus diri.


TSH Tampoi, Johor – OKU akal lelaki berusia 14 hingga 25 tahun, boleh menguruskan diri sendiri dan berpotensi untuk dilatih dalam aspek sosialisasi dan normalisasi.


TSH Jubli, Johor – OKU akal perempuan berusia 14 hingga 25 tahun boleh mengurus diri sendiri dan berpotensi untuk dilatih dalam aspek sosialisasi dan normalisasi.

Jumaat, Mac 27, 2009

Allah lebih tahu

"Sesuatu yang kita suka, belum tentu ia baik untuk kita. Bukankah Allah lebih tahu apa yang terbaik yang tidak kita ketahui? Teruskan memohon dan berdoa kepadaNya."

komen oleh pn. roza, wife kepada prof kamil. ternyata ada kebenarannya bila mana adik jatuh sakit aritu, disitu tersembunyi 1001 hikmah.

hb benti kije sebab boss tak bayar gaji. so masanya banyak yang senggang di samping kerja2 luar cari projek. bila adik warded, hb laa yang bertungkus lumus memastikan keperluan aku dan adik di spital dipenuhi. datang setiap hari dua kali kompem dia penat tapi kerana anak kesayangan semua itu tak jadi hal. aku yang runsing sebab perjalanan ulang alik ke rumah dan spital nak guna duit gak isi tabung minyak kete.

beberapa hari lepas adik warded, abg plak demam panas dan hb jugak laa yang bertungkus lumus menjaga abang di rumah. bibirnya pecah2 dan dalam mulutnya penuh ulcer. tak makan tak minum hingga tak bermaya tapi tak banyak yang hb bleh buat untuk paksa abg makan atau minum. akhirnya abg memilih untuk tidak makan dan tidak minum selama 3 hari. jika ada pun hanya 1-2oz susu sehari. aku percaya hb jugak laa orang yang paling letih menjaga karenah abg di saat2 aku di spital menjaga adik. walaupun letih, hb & abg tetap datang jenguk kami di spital. sedih betul tengok abg yang semakin kurus dan sering merengek kerana kesakitan atau mungkin juga lapar dan kehausan.

semasa di spital, keadaan adik ada kalanya sihat ada kalanya demam semula. doktor medical sarankan adik dirujuk ke pakar ENT dan paeds memandangkan adik sangat special kerana menghidapi sindrom Achondroplasia. walaupun kami mmg follow up 6 bulan sekali di ortho-paeds HKL berkenaan sindrom ni, doktor medical kata keperluan merujuk paeds dan ENT juga penting kerana sindrom ini melibatkan kegagalan pembentukan tulang yang sempurna dari kepala hingga hujung kaki. hari ke6 di spital, baru aku perasan yang kelenjar di bawah rahang adik membengkak. aku (mungkin doktor jugak) beranggapan adik demam nak tumbuh gigi dan radang gusi menyebabkan kelenjar adik membengkak. maka bermula hari ke-6 adik dirujuk pula ke doktor gigi. selepas beberapa kali rawatan menggosok gigi (menggunakan kapas), keadaan gusi adik semakin baik dan kelenjar yang membengkak tu mulai surut. alhamdulillah...

sesungguhnya setiap rencana Allah ada hikmahnya. hb tadek kerja, lebih banyak masa untuk aku dan adik di spital. kalau dia masih terikat dengan kerja mungkin tak dapat nak luangkan masa melayan adik. dah ler adik tu mmg manja dengan papanya.

kalau hb kerja dan abg demam, terpaksa bercuti lama. mana nak fikir tentang kerja, demam abang dan kami di spital. tentu tak keruan hidup dia.

kalau adik tak kena fit pagi ahad tu, aku tak kan tau keperluan merujuk paeds dan ENT. rujuk ortho-paeds untuk monitor perkembangan tumbesaran dia saja tapi rujuk ke paeds untuk perkembangan IQ adik. doktor medical kata adik mungkin akan hadapi masalah lambat bercakap, lambat tindakbalas motor dsb.

adik juga perlu dirujuk ke ENT bila aku bgtau hingus adik payah nak berhenti kadang2 berlanjutan sampai 2 bulan. ENT plak yang akan tengok jika ada kegagalan pertumbuhan tulang dalam tengkorak yang berkaitan yang mana mengakibatkan adik payah nak baik dari selesema.

sesungguhnya aku tak kesal dengan ujian yang Allah beri kerana disebaliknya ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Allah kurniakan kami pengalaman menangani fit. adik pulak bakal mendapat perhatian yang sewajarnya dari doktor paeds dan ENT. kalau tak kerana doktor medical yang prihatin sudah tentu adik tak mendapat rawatan yang sewajarnya. alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah.

walaupun ujian datang bertimpa, aku tetap yakin satu hari nanti Allah akan bagi ganjaran yang paling baik buat aku sekeluarga. doa aku, semoga fit yang Allah berikan pada adik menjadikan adik seorang yang istimewa.. mana lah tau jadi special mcm ady putra... hanya Allah yang maha mengetahui...

terima kasih jugak buat pn. roza atas komen ini. aku pun dah mula belajar melihat hikmah dalam setiap kejadian dan mendidik diri jadi lebih sabar dan bersyukur. alhamdulillah...

Rabu, Mac 25, 2009

NEF & fit

Febrile convulsions

Febrile seizures (fits) can occur in children when they have a fever (a temperature of 38°C/101°F or above) that occurs as a result of an infection or inflammation. They normally occur in children aged between six months and five years, with most cases happening between six months and three years.

Although not a common condition, febrile seizures are not particularly rare either. It is estimated that 2-5% of all children will have a least one febrile seizure.

Types of febrile seizure

There are two types of febrile seizure which are described below.

  • Simple febrile seizures: the seizure does not last for more than 15 minutes, and does not reoccur during your child's infection.
  • Complex febrile seizures: the convulsion lasts for more than 15 minutes, and/or the child experiences several episodes of seizures during their infection.

Simple febrile seizures are the more common type, occurring in an estimated 75% of cases.

What happens during a febrile seizure?

During a febrile seizure, your child's body will become stiff, they will lose consciousness, and their arms and legs will twitch.

A febrile seizure will normally last no longer than three to six minutes. Once it had stopped, your child may appear dazed and confused. It may take up to an hour for them to recover.

The majority of children will only have one febrile seizure, although 30% will have recurring seizures during a future infection.

Febrile seizures look worse than they actually are

Febrile seizures can be very frightening for parents, but they look much worse than they actually are. They cause no serious damage to your child, and the risks of long-term complications are extremely low. In the UK, there have never been any deaths due to febrile seizures.

The causes of febrile seizures are unknown

If your child has a febrile seizure, the underlying infection should be treated. Lowering your child's temperature by giving them paracetamol and removing any excessive clothing and bedding will make them feel more comfortable. Children under 16 years of age should not be given aspirin.


***

adik dah start demam masa hari sabtu (14 march) so dah treat dengan paracetamol syrup every 6 hrs. malam tu suhu adik masih lagi panas. next makan ubat is on 3 am (15 march). mmg aku sedar pepagi tu dia menangis merengek... mungkin kepanasan... so aku pun tinggal dia sekejap nak pi toilet. dalam toilet tu tiba2 dengar sound lain mcm... 3 kali... tup2 dengar hb jerit2 panggil aku... kuar toilet tengok hb dah basahkan kepala adik dan dia lembik dalam dakapan hb. sah... kena sawan tarik. aku seriau gak laa... dalam kepala dok fikir jgn laa amik masa yang lama dalam kekejangan kompem rosak otak since oksigen tak sampai. sampai sini jerk ker umur adik? lepas nih dah tak dapat tengok senyum adik lagi ker? uhukss...

lepas dah basah kepala adik masih begitu. no responds. dalam gelabah sotong tu aku tadah air dalam baby bath tub... hb bogelkan adik dan aku pegang adik rendam dia dalam bath tub. hb plak gi amik ice pack (nasib baik aku nih menyusukan anak so ice pack memang laa melambak dalam fridge) rendam skali dalam bath tub. aku suh hb siap nanti take turn pegang adik plak n aku siap2 utk bawak adik gi spital. masa aku siap tu hb gelabah tanya aku nak buat apa dengan adik yang tak respond tu... aku mana laa tau nak buat apa. ditepuk2 belakang adik... dakap adik kuat2... dalam hati aku doa jangan laa sampai sini jerk hidup adik dengan kami. hb tengok adik kancing gigi... dia korek2 dapatkan ruang sendal dengan jari telunjuk... last2 dapat bukak rahang adik dan adik menangis... mungkin dia kesejukan dan terkejut. dengar adik menangis aku dah lega... at least oksigen sampai ke otak dia. ketar2 aku cari baju adik dan beberapa keping pampers buat bekal bawak ke spital. adik cuma berbalut tuala jerk... sampai kat kereta adik terberak kat hb. di kereta jugak laa baru aku pakaikan adik pampers jerk... lap2 lagi badan adik dengan lampin basah dan adik masih menangis sampai ler ke spital serdang.

sampai kat spital jam 3.30am dan adik masih menangis. nurse masukkan ubat roket sebab suhu dia kalau tak silap aku masa tu 40 degree tapi aku still basahkan kepala dan badan dia dengan kain basah. beberapa kali aku mintak panggil hb masuk kecemasan tapi tak ada. pukul 5 baru nampak hb kat ruang menunggu luar bilik kecemasan tu. dia kata nak masuk dah tadi tapi budak kaunter depan tu tak bagi... so alang2 dah kena berak dengan adik dia pun balik bersihkan badan, siap2kan bekal kot laa warded ker apa ker kan... adik bila dapat papa dia pun senyap laa... start bersuara... n last skali tido. keletihan agak nyer. nurse datang sahkan yang adik kena warded untuk pantau demam dia. aku pun okeh laa... last time anak opismet warded demam panas pun around 4 hari jerk... aku tak kisah laa tu janji adik kembali sihat.

mula2 masuk wad 5A katil 15. beberapa hari kat situ suhu adik on off. ubat plak bagi tak on time. aku pun naik bengang laa... bila report kat doktor dia kata kakitangan tak cukup so aku laa yang kena faham situasi tak cukup orang tu. pernah aku mintak ubat every 6hrs tapi bila derang cek suhu every 4hrs kata suhu dah normal derang tak bagi pun ubat demam. lepas 2-3 jam lepas tu naik balik suhu 38-39 terpaksa masuk ubat roket. bengang betul aku laa... dah 2-3 kali komplen baru laa ubat yang dia hantar tu every 6hrs. so suhu adik dah okeh. aku ingat boleh laa balik kalau suhu adik stabil. tup2 tengok rahang dia bengkak masa hari khamis dan suhu masih on-off. doktor medical suh panggil dentist plak sebab tengok dalam mulut adik ada ulcer dan bengkak gusi sumer. dentist datang plak bersihkan gigi adik dan derang bajet bengkak kelenjar tu sebab jangkitan daripada gusi bengkak tu. dentist kata gusi gatal nak tumbuh gigi pastu gigi geraham yang atas tu berlaga2 dengan gusi bawah, tu pasal ada keradangan kat gusi tu sehingga menyebabkan bengkak kelenjar.

tiap2 pagi doktor datang bersihkan gigi adik dengan kapas. gusi adik keseluruhannya kemerahan dan bila doktor gosok2 dengan kapas jadi berdarah. adik tak mo makan tak mo minum. kalau betul2 haus dia minum. kalau makan plak bila papa suap jerk... aisehh... ini betul2 anak bapak. minum susu dengan botol pun kurang. dia nak menetek saja wal hal susu dah tak berapa nak ada. selalunya dia lena di pangkuan ketika menyusu. selama seminggu adik hanya pakai pampers jerk di wad. try pakaikan baju dia tak mau laa pulak... dah biasa terbogel agaknya rasa selesa. hb datang waktu melawat tengahari dan petang. sehari dua kali jumpa papa sangat menggembirakan adik. kalau ada abang lagi laa adik happy dapat bersenda gurau dengan abg. rindu agaknyer. kalau berjauhan tercari2. kalau dah dekat tu bercekau laa pulak budak berdua nih... huhuhu...

ahad 22 march kena tukar wad 5B sebab adik dah beransur pulih dari demam cuma nak kena treat gusi bengkak dia tu jerk supaya kelenjar dia yang bengkak tu cepat surut. adik dah makin sihat abang plak jatuh sakit. dia demam panas suhu around 38-39. takut betul kejadian fit berulang tapi pada abg pulak. aku suh jugak laa hb bawak abg warded pun tak apa untuk pantau suhu dia tu. abg getting worse sebab mulut dia ulcer dan bibir pecah2. tak makan tak minum beberapa hari dan dia nampak tak bermaya. kalau warded kompem kena masuk air nih... huhu... sementara jaga adik kat spital aku willing jaga abg jugak. so sama2 laa kita bertunggu bertangga di spital serdang sebab nurse kata bleh warded di bilik yang sama senang nak jaga. last2 sampai discharge adik 24 march aritu, abg masih lagi teruk. kalau abg warded makna nyer aku laa yang akan menyambung cuti sampai bila pun tak tau. abang betul2 bad mood dan kurus while adik semakin sihat dan cergas. susah hati aku... iskss...

hari rabu aku start kije. abg masih mcm tu jugak lembik dan tidurnya selalu terganggu mungkin sebab kehausan dan kelaparan. suhu dah tak panas cuma mulutnya masih penuh ulcer. atas cadangan mak, hb dapatkan bonjela dr pasaraya bintang. mula2 takmo cuba sebab bonjela tu pedih betul kalau apply kat ulcer. budak2 mesti tak tahan punya tapi hb try jugak laa sapu tengahari tu. petang masa amik aku di stesen komuter hb cakap abg tengah tido. lembik jerk dia dan tak leh nak tahan lagi lepas maghrib tu cadang nyer nak warded jerk abg kat serdang. skali lagi kompem aku laa yang akan jaga dia di ward. sampai kat umah, bukak pintu tengok abg tak pakai seluar dan melompat2 cargas... aik..??? dia dah happy mulut dah baik dan start makan biskut... huhhh... aku ngan hb sangat laa lega nyer... tak jadi antar ke spital. selamat cuti aku... huhuhu... doa aku, jangan laa kejadian yang mencemaskan berlaku sekali lagi. mmg kemungkinan berulang tu ada... cuma aku harap sangat ia tak berulang... amin.

the end.

Khamis, Mac 05, 2009

semalam dan hari ini

semalam rasa mcm nak melompat sampai tembus siling... hari nih rasa mcm nak terjun bangunan... uhukss...

semalam tak sangka dapat call dari idola masakan... hanieliza
kak liza call untuk ucapkan good luck for the exam. masa dapat call tu rasa mcm tak percaya jerk dapat bercakap dengan selebriti. ehh... yer ker? yer laa tu dah pernah masuk majalah kira selebriti laa... wekekeke...

hari nih rasa mcm nak terjun bangunan sebab post peg. penguatkuasa perbadanan sisa pepejal yang hb gi interview (balik kul 8.30 mlm) aritu tidak berjaya. hb kata dia kompiden sbb markah yang ditanda tu sumer angka 9. ujian fizikal sumer lulus cemerlang. dia tengok kriteria lain kot. mungkin muka serius sangat dan umur terlalu tua. atau markah 9 tu sebenarnyer markah paling teruk? aku agak jer laa... aku harap tak ler sampai tahap terjun bangunan betul2 ek... uhukkss... belum rezeki dan mungkin Allah nak bagi peluang pekerjaan yang lebih baik lagi dari perbadanan sisa pepejal (bahasa kasarnya perbadanan sampah) nih... allahuaklam.

Selasa, Mac 03, 2009

terkena sekali lagi

ku sangka panas hingga ke petang, rupa nyer hujan di tengahari. setelah setahun setengah hb tadek kije tetap dan kehidupan kami dihurungi hutang, disember 2008 berakhirlah satu penantian. hb diterima bekerja di sebuah syarikat yang menjalankan jual beli serai. walau pun bergaji kecil tetapi sekurang2 nyer dapat laa menutup sesak di kala duit noradz pun tak tau hujung pangkal nyer... (rasa2 nyer mcm tak nampak bayang untuk dapat).

kesenangan tu tak lama laa jugak. gaji bulan disember dibayar pada tengah bulan januari manakala gaji januari sampai dihari aku menaip blog nih masih berbaki. gaji februari? aku rasa mmg tadek masa depan kalau nak berlama2an kat situ. silap2 buat kerja free. dia dapat biz kita dapat penat jerk. hb kata line tepon dah kena potong... api dah kena potong... itu pun boss suh datang pejabat gak kot laa ada benda2 apa nak settle. nak tunggu? saper nak tunggu dalam opis yang panas tak berkipas tu? mau tak bernapas. last2 hb balik jerk. bagus... bleh tlg kemas umah dan memasak. kalau nak ikutkan nih kali ke 3 hb kije tapi end up tak dibayar gaji.

di pendekkan citer, untuk keluar dari kesempitan yang dialami skang nih aku menapak selangkah lagi... hujung bulan nih aku akan menduduki exam untuk lesen insurans pulak. huhh... lesen unit trust ada tapi tak ada orang trust kat aku so tak jalan... insurans nih tak tau laa bleh jalan ker tidak. tapi mmg ada beza nyer antara unit trust n insurans. at least insurans nih lebih kepada bayaran yang menjaminkan perlindungan while unit trust nih bergantung kepada pasaran untung rugi (silap2 rugi teruk) dan nampak mcm agent sangat terkejar2 duit client. maklum lah... komisen.

masa mula2 dapat lesen aku mmg ada ajak kawan2 join just for epf scheme. bukan nak kena kuarkan modal selepuk pun. just amik a portion dari akaun 1 epf jerk. apa yang aku dapat ialah jawapan kira2 komisen yang bakal aku dapat nanti... huhuhu.. sungguh sadis. aku plak jujur... orang tanya komisen aku jawap laa rm20 setiap rm1K yang di labur... ada akauntan tak bertauliah pun tolong kira... kalau 10 orang.. rm200.. kalau seratus orang... rm2ooo... wah... banyak laa tu... tak per lah... tak interested nak join... huhuhuduh... benda nih bukan baru. kadang2 aku pun tak tau nak kelaskan samada dengki ker... atau mmg tak interested nak involved dalam UT... atau saja nak tau samada aku bleh kaya ker tidak dengan komisen rm20 tu. pada pendapat aku, orang mcm nih biasa nyer berfikiran... jgn ler kawan yang aku kenali (paling rapat) jadi kaya... kalau orang lain yang tak dikenali tak per... aku tak menyalahkan derang dan aku paham.. manusia nih mmg ada mcm2 jenis nyer dan species tak bleh tengok orang senang mmg laa teramat banyak. buat kawan2 yang sudi invest tu terima kasih laa kerana sedikit sebanyak komisen yang aku dapat tu membantu jugak di saat2 terdesak. dan aku harap akan terus kekal menginvest untuk mencapai matlamat kewangan yang diimpikan.

apa yang buat aku melangkah lagi sekali amik lesen ialah bila aku bukak mulut tentang insurans... tiba2 ada sorang senior terus menawarkan diri jadi customer. kata nyer... saya mmg cari investment unit trust tapi saya dah buat dengan adik si polan. awak amik laa exam insurans dulu. nanti kalau dah lulus datang kat saya, saya beli insurans dengan awak pulak. .. tiba2 rasa mcm nak gugur air mata.. adakah ini petanda satu lagi lubang rezeki yang bakal aku cuba? insya-Allah... semoga beroleh kejayaan dalam setiap usaha... aminnn...

tren @ bas?

adehh... aku dah poning... pepagi gi kije nek ketapi sampai lambat... nek bas pun sampai lambat. kalau kat stesen komuter tu nak selesa sket naik sebelum kul 7. itu pun harap dapat naik jerk laa... duduk tu kompem tak dapat nyer. kalau nek bas plak mmg dapat duduk tapi kalau traffic jammed mmg laa sampai lambat jugak.. iskss...

skang nih komuter dah ada tren shuttle. paling okeh sbb amik masa 30 minit jerk sbb benti di beberapa stesen terpilih sahaja dan tempat kosong sangat banyak so bleh laa duduk mana suka. masalah nyer ada shuttle berjadual dan ada yang tak berjadual. kalau ikutkan shuttle berjadual yang tiba kat stesen kajang jam 7.32pgi. aku dah try naik tengok2 sampai kul 8.10 pagi di stesen kl. nak jalan kedek2 lagi amik masa 10 minit jugak laa... sama laa lambat mcm naik bas jugak... adehh... kadang kalau aku nek bas kul 7.10 pagi ker... jalan nyer kul 7.30 jgk laa.. campur traffic dan jalan kaki gedebak gedebuk... 8.30 jugak aku sampai. tensen jerk weh...

so moral of the story is... bangun pepagi lepas subuh dah kuar umah. kalau ada kesempatan mcm nih bleh pilih nak nek bas ker komuter. kalau cuti sekolah, nek bas pun leh sampai dalam masa sengah jam. yang penting dapat duduk. kalau nek komuter amik masa dalam 40 minit gitu tapi tak tentu lagi dapat duduk ker tidak...

balik kerja aku kompem nek komuter pasal kalau nak balik nek bas kena amik kat mydin sinar kota sana tu. pastu kalau ada bas, orang yang beratur plak panjang nyer... campur plak traffic jammed... adehh... walaupun komuter tu penuh tapi tak terasa sangat nak berdiri 40 minit. nek bas walaupun dapat duduk ada kala nyer amik masa sampai sejam setengah utk sampai ke kajang... iskss... tak leh tahan...

tu jerk laa pilihan2 yang ada. hari2 tensen datang lewat... huhhh...

Selasa, Februari 10, 2009

dah sampai

cd yang aku order aritu kat KS dah sampai. alahai comel nyer... nanti aku hapdate kat sini kalau anauna dah start pakai. kena jaga betul2 sbb ada kes yang dah tercabut jahitan laa apa laa... mungkin basuh tak masuk net kot. yang ini mmg wajib masuk net sebab ada zip zap. kang sangkut kat kain lain... rosak plak. for sure aku basuh benda nih dengan yang sewaktu dengan nyer jerk... tak campur dengan baju2. ada hati nak jadi reseller cd nih. tengah deal dengan KS dan lunatots. kalau jadi insya-Allah... tapi modal nyer tu... kurang2 nak ada rm1K. tak per... pelan2 kayuhhh... huhuhu...

Jumaat, Februari 06, 2009

sekitar gath SI dan jamuan patent examiner

gathering susuibu.com
1st feb 2009
taman tasik shah alam.








jamuan pemeriksa patent & perpisahan
6 feb 2009
dewan labuan citypoint dayabumi







Khamis, Februari 05, 2009

cloths diapers (CD)

skang nih rata2 mommies dalam susuibu.com dah tukar dari disposable diapers ker cloths diapers. dulu lagi aku pernah dengar tapi tak amik port. last week masa gath geng susuibu.com, pn. suraya pemilik kedai lunatots.com telah memberi penerangan tentang penggunaan cd nih. tiba2 aku rasa mcm aku patut hijrah dari buang duit ke rajin sikit... hehehe... mmg pada awal2 nak start cd nih belanja mahal sket. satu cd (dengan insert) tak kurang rm50. tapi lunatots nyer murah gak laa... rm45 dengan 2 insert. okeh laa tu. pastu aku terjumpa di kasihkusayangku.com siap ada offer lagi... so aku pun grab laa... huhuhu... nih laa contoh cd yang bakal di shippingkan tak tau bila bleh dapat.

cd @ kasihkusayangku



cd @ lunatots.com

lepas nih aku mmg nak spare duit and spend time untuk cd nih. sejak budak2 nih masuk taska kemain lagi mencanak2 belanja beli diapers. mana tak nyer... sehari bekal 5 keping habis semua. aku tak tau laa dia berak 3 kali sehari ker atau mmg derang tukar setiap 2-3 jam sekali ker... atau worse case senario plak... budak lain tak cukup diapers so pakai jerk laa saper2 punya yang ada lebih... huhuhu... nih bukan apa, ada sekali tu aku mandikan rahimi, tengok2 dia pakai pet2. aku tanya siapa nyer pampers nih... dia kata sofea punya. ntah yer ker tidak tak tau laa tu kan... dia main sebut jerk... yang penting skali diapers tu bukan yang aku bekalkan... tu yang aku musykil tu... banyak kali berak ker sampai habis diapers 5 keping? zaman dok dengan mama jue dulu sehari kadang 2 keping jerk. max pun 3 keping kecuali time2 tak sihat kena cirit tu ada laa 5 kali salin. beza nyer dengan mama jue, satu pek tu sebulan setengah jugak abis. bila aku antar taska, tak sampai sebulan dah abis so sebulan kena dua pek... dua orang dah 4 pek... mmg kopak kocek aku.

ada mommies yang addicted benda nih... pantang design baru mesti beli. yang ada tu jual as 2nd hand. masih ada orang nak beli. yer laa sebab starting cost nyer mahal giler laa kan... 2nd hand kira murah tapi masih bleh pakai. jimat gak per... :) aku harap tak laa jadi mcm nih kan. dalam pada nak jimat tu jadi tak jimat laa jugak. ada cd yang aku jumpa tu rm100+ harga dia.. adehh... tak tercapai dek akal ku... huhuhu...

saper2 yang tingin nak try cd skang nih banyak kat pasaran malaysia. try google jerk... berjela nama kedai yang menjual nyer. selamat mencuba.

Rabu, Februari 04, 2009

job hunting

huh... tup tap tup tap dah masuk bulan feb 2009. punya laa cepat masa berlalu. jumaat nih ada jamuan makan untuk meraikan opismet yang kawen, dapat anak dan yang nak benti kije. aku plak skang nih tengah gila job hunting. tak agak2 jugak laa... mintak belah2 middle east tu... mcm laa ada experience... wekekeke... kalau gi interbiu orang tanya apa pengalaman kerja awak? aku cuma bleh jawab pengalaman saya duduk jerk... wekekeke... kompem orang tak amik kije. aku sebenar nyer tingin gak nak cari pengalaman as an environmental engineer. tapi rasa mcm dah terlambat jerk. dah 5 tahun tinggalkan ilmu pasal alam sekitar nih... kalau betul nak jump in the line kena laa blajar balik dari A-Z. tapi aku percaya kalau pindah kije baru mesti blajar benda2 baru. kadang2 tak sama pun mcm yang kita pernah blajar masa kat U dulu.

aku ada gak tanya kawan2 yang kerja dengan Jabatan Alam Sekitar. depa kata kije gomen nih banyak outstation & examination. pastu transfer sana sini tak tetap kat satu2 tempat. kalau tahan bleh laa apply kije gomen. aku nih dok pikir masuk gomen kang gaji kurang sket dari yang skang nih... nganga plak tak cukup duit nak bayar hutang. ada gak fikiran aku nih nak sambung blajar in order to get good pay. tapi nak sambung blajar pun nak pakai duit laa jugak... mana nak cekau.

lepak2 diskas ngan hb dia kata kalau ada peluang dia nak gak kije kat luar esp. middle east (sbb dia bleh cakap arab) so at the same time aku pun bleh laa kije berdasarkan sijil aku tu jugak. payment pun lumayan gak... tu yang aku dok terfikir tu... alang2 nak tukar kije cari laa yang payment kaw2 nyer kan. disamping membayar hutang bleh gak mengumpul harta... huhuhu... so aku pun start cari kije kat middle east. ada 2-3 job aku dah apply. tu pun yang dia tulis experience 2-3 tahun... padahal aku nih tadek langsung experience in engineering field. lantak laa tu kan. kalau betul2 ada rezeki esp. dengan bakal kehadiran si kecil... mana laa tau ek... ahakss... berangan... berangan... berangan...

hujung bulan nih nak balik jb ada kenduri kawen anak orang depan umah. aku ingat nak selak2 balik nota2 lama yang ada kat umah skudai sana tu. kot laa tersangkut kije yang okeh sket ker... tak kan nak tolak ek... aku rasa mcm tak best plak lari dari course yang aku amik. actually IP development pun tak kurang hebat nyer cuma aku rasa mcm bukan tempat aku dan tak layak nak buat decision berbanding dengan kepakaran si pencipta invention tu... ahakss... susah nyer nak paham. so apa pun aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan untuk aku langsaikan hutang piutang keliling pinggang. apa laa rasa nyer hidup tanpa hutang ek... mcm syiok gitu.

oh yer... aku ada jugak nak update citer gath susuibu.com hari ahad 1 feb lepas. nanti aku tempek gambar kat sini. ramai ibu2 yang datang n papa2 pun sporting giler aa time tu. harus buat family day kalau mcm nih... huhuhu... happy dapat jumpa kawan baru dan aku harap hubungan ibu2 nih sentiasa baik dan saling bantu membantu dalam usaha mengembangkan ilmu penyusuan susuibu.

sekian... terima kasih.

Sabtu, Januari 24, 2009

bulan ini bulan sakit.

buat ke sekian kali nyer... MC lagi sebab cirit birit. ntah mana silap nyer... nak kata masak tak betul, orang lain yang dok makan sekali tu tadek plak kena... dah nasib... bulan ini bulan sakit... bukan bulan yang sakit... aku yang sakit... uhukkss... anak2 pun muntah berak muntah berak... iskss... sian my dear hubby. dia yang kena settle sumer baju yang kena muntah dan berak... aku dah lembik dah asik membuang jerk... nasib baik laa hubby jenis tak berkira... tapi sian laa dia penat nak angkut cuci tilam dan carpet... uhukkksss... harus dapat upah... tapi nak upah apa yer? ermm.... pikir sat...

Jumaat, Januari 16, 2009

1st post in the 1st month of the year

i haven't write for a couple of weeks, due to been busy handling the office job and handling sore throat, running nose, cough and fever at the same time. although the doctor gave me 4 days MC and stay at home for a good rest, actually it is not enough. being sick at the same time taking care of rahimi, who is also had a fever doesn't make me feel any better.

Rabu, Disember 31, 2008

goodbye & welcome

goodbye 1429H & welcome 1430H / goodbye 2008 & welcome 2009

nih hari last memblogging untuk tahun 2008. azam tahun baru? ermm... nak kumpul duit bebanyak nak bayar hutang... hehehee... pastu aku nak siapkan kije2 fail yang melambak nih sebab nak kena pindah ofis nanti aku tak nak angkut fail bebanyak. pastu rasa nyer mcm nak ada baby lagi satu... bleh? heh heh...

Khamis, Disember 18, 2008

Penang vs Bagan Lalang

aku kena gi penang ada brainstorming at the same time reunion kelicap FC kat bagan lalang.

Selasa, Disember 16, 2008

rancangan cuti2 malaysia

aku dah booked flight ticket ke langkawi april tahun depan. wakakaka... sebenar nyer teruja nak bawak anak2 naik kapal terbang lepas aku balik dari jepun aritu. mulut si abang tak sudah2 citer pasal aeroplane. so by april tu abg dah cukup besar untuk menikmati pengalaman naik aeroplane.

semalam aku bukak blog cik yan ada citer pasal cuti2 malaysia kat hj. dorani homestay (or this link). mcm menarik gak tu. so aku try search terjumpa plak pasal dorani bayu resort kat sini. ngam sehhh...

so... ada saper2 nak menyumbang komen or suggestion on cuti2 malaysia?

Virtual Malaysia
Asia Valley

Jumaat, Disember 12, 2008

EVERYTHING IS POSSIBLE WITH RIGHT ATTITUDE

EVERYTHING IS POSSIBLE WITH RIGHT ATTITUDE -By MKR

who is MKR? mcm nama singkatan anak aku laa pulak... tapi MKR kali ini bukan Muhammad Kamal Rahimi. MKR in this posting is MUHAMMAD KHALIDI BIN RAMLI. aku pun tak kenal siapa tapi aku suka dengan apa yang ditulis kat bawah nih. aku cut n paste dari email dengan izin MKR sendiri.

PART 1: INTRODUCTION

  • Don't compare yourself with any one in this world. If you compare, you are insulting yourself.
  • No one will manufacture a lock without a key. Similarly, The Almighty God won't give problems without solutions.
  • Life laughs at you when you unhappy...Life smiles at you when you are happy..Life salutes you when you make others happy....
  • Every successful person has a painful story. Every painful story has a succesful ending. Accept the pain and get ready for success.
  • Easy is it to judge the mistakes of others. Difficult is to recognize our own mistakes. It is easier to protect your feet with slippers than to cover the earth with carpet.
  • No one can go back and change a bad beginning; but anyone can start now and create a successful ending.
  • If a problem can be solved, no need to worry about it. If a problem cannot be solved what is the use of worrying?
  • If you miss an opportunity don't fill the eyes with tears. It will hide another better opportunity in front of you.
  • "Changing the face" can change nothing. But "facing the Change" can change everything.
  • Don't complain about others; Change yourself if you want to be as an Outstanding Performer Staff.
  • Mistakes are painful when they happen. But year's later collection of mistakes is called experience, which leads to success.
  • Be bold when you loose and be calm when you win. Heated gold becomes ornament. Beaten copper becomes wires. Depleted stone become statue. So the more pain you get in life you become more valueable.

PART 2: KEY POINTS TO SUCCESS

  • It is amazing how one's world turns around with just the right attitude. Having the right attitude changes one's perspective dramatically.
  • It encourages rather than discourages. It motivates rather than interferes.
  • It helps achieve rather than procrastinate and it makes everyone into better people.
  • When you feel that you can no longer achieve or finish a certain task, just having the right attitude pushes you on to your maximum potential, and you will eventually achieve in the end.
  • Right attitude encourages you to achieve a goal that you have set fot yourself and ultimately what others have set for you.
  • There is no reason to be discouraged with the right attitude.
  • Having the right attitude is like shining a bright light to whatever path you choose to take.
  • You won't get lost with this type of guidance and you won't stray from the path as well. It will help you become more dedicated to reach the end of your journey, whether for a successful career or for self-discovery and improvement.
  • The right attitude will help you achieve great things in life. At work, procrastination won't be an option with the right attitude.
  • You would be constantly working for better things to ensure you a better life in the future.
  • Come to think of it, with the right attitude, a promotion won't be far off and a stable life condition! Financial, family, etc.

PART 3: HOW TO ACHIEVE GOOD RATING AS AN OUTSTANDING PERFORMER

  • Punctuality. Communicate with your superior at all times. Report to your boss whatever you do, wherever you go. Staff Daily Report & Job Priority List is apart of tools.
  • Record down your movement on Staff Movement Chart Notice Board.
  • Do not take MC, unless you are really pain, can not stand from your bed!
  • Come early to office, go back after working hours without claim any overtime allowances! You need extra marks in your appraisal right? Please work with extra hours. No short cut to success.
  • Do extra jobs. Avail yourself to learn new things everyday. Help all your company staff, eventhough from others Departments. Work as a Team. Think positively.
  • Day to day deliverables with productivity & results. All your boss instruction writes down on your "Things to Do Today" notebook.
  • Implementation of PDCA – Plan, Do, Check, Action cycles.
  • Problem solving methods using – 5M & 1E: Man, Machine, Method, Materials, Measurement & Environment.
  • FMEA – Failure Mode Effect Analysis, doing something before the problem happen!
  • Gap Analysis Study – Always doing a Gap Analysis for day to day improvement. Strat from the process until procedures.
  • Put Super 5S and Kaizen in your basic Management Knowledge.
  • Please put this rules on your work station:

Ø Rules No: 1 – Boss is our Client/Customer

Ø Rules No 2 – Client/Customer is always right.

Ø Rules No. 3 – If you think, your boss is wrong, please refer to Rules No. 1

  • Everyday is learning curve. Learn from mistakes.
  • Avoid any adversary and arguement with your boss.
  • When you do mistakes, please do not give your reasons. Just admit your mistakes and give your answer with your proposed remedy or action; temporary or permanently.
  • Sharpen your job knowledge skills is very important. Give your ideas for improvement etc.
  • Honour and think that the company is belong to you or your Elder Great Lurid Brother. Save your company money as you want to save your own money. Avoid missed expend company money. Cost Down or kaizen activities are very much appreciated by the Management.
  • Don't work just for money; Work as an EPL Football Players. Play Serious. You will Success.
  • Respect to your Boss at all times.
  • Respects to all races, religous & nations. We are brothers & family members.
Please stop to blaiming other people. Check our own selves. Develop your career with attitude.

Thank you.




ULTRA CONSTRUCTION & ENGINEERING (M) SDN. BHD. (763255-K),
TERIANG TRANSFER TUNNEL PROJECT,
INLET PORTAL OPERATIONAL OFFICE,
KM4, KG. JAMBATAN SERONG, JALAN SEREMBAN,
71600 - KUALA KELAWANG,
SEREMBAN, NSDK.
T: 06 - 6137 *** F: 06 - 6137 ***

Website: www.ultracons.com

Muhammad Khalidi Bin Ramli,
Assistant General Manager,
Administration Division.
M: 019 - 610 **** @ 016 - 6517 ***


semoga ada dikalangan kita mencontohi Mr. MKR. cerita lanjut di sini.

Rabu, Disember 03, 2008

update sket

very the bz one. aku terkial2 nak sudahkan kije2 file yang melambak2 nih. lepas balik dari Jepun bersambung2 sibuk nyer mana nak siapkan file, kesihatan diri dan anak2 yang kurang memuaskan serta sibuk dengan kedai maya maipilih.com. gambar2 yang ada tu mana2 yang aku sempat jerk laa.. tak baper banyak jugak barang nyer dan sebenarnya tak ada banyak masa nak amik gambar sebab kalau budak2 tu masih hidup (tak tido lagi) so tak dapat nak buatlah. mesti derang nak bergentel dengan aku jerk. kalau nak tidokan derang, dengan aku skali plak tertido... tu yang jadi tak sempat tu... hehehe...

update lain ialah series of interview yang hubby pergi, at last dia dapat jugak job kat mid valley. sebenarnya try jugak cari better job. seems like dia tak baper nak gemar job yang dia dapat skang nih sebab nyer more to sales exec jerk. may be more client more income kot. sebenarnyer aku pun tak tau dia suka buat kije mcm mana. kalau tak try jump into the organisation belum tentu kita tau kita suka buat ker tidak. for the time being kije jerk laa dulu.. blajar apa yang patut. agak2 tak leh nak catch up try cari kije lain. job nih pun aku yang gatal2 applykan. yer laa dah kata nak cari kije... takat cari kat paper jerk, tak semua kije betul sebab banyak penipuan kat situ. nak xs internet, line jaring tu dah lama tak berbayar. nanti laa kalau ada duit bleh sambung bayar semula. aku pun dah tak ingat baper RM nak kena bayar.... huhu...

so far opening sales yang aku impikan tu tak tau lagi bila. i think in the month of january is a good choice. yes...! the whole month of january is the opening sale... hahaha... kena usaha keras sket nak tambah item kat kedai maya aku tu. silap2 permintaan banyak, aku yang tak terlayan... huhu... gambatte...