Halaman

Khamis, Januari 28, 2010

menjadi artis


hohoho... ini bukan cita2 aku. menjadi glamer secara tak sengaja terasa bagaikan menjadi artis. nama aku diambil oleh pegawai HR kerana masih berada di kedai mamak jam 8.35 pagi kerana bersarapan. dipanjangkan pula ke ketua jabatan dan akhirnya aku menerima email teguran dari ketua jabatan.


aku rasa tak perlu nak besar2kan isu minum pagi nih sebab bukan lewat sangat pun. waktu pejabat bermula jam 8.15 pagi dan sekurang2nya bagi kelonggaran untuk makan pagi dalam jangka masa 1/2jam. bukan semua orang berkesempatan bersarapan dari rumah. keluar rumah berpagi2 pulak tu nak redah kesesakan lalulintas. apa laa bezanya aku masuk ofis jam 8.45 pagi kalau nak banding dengan orang yang bersarapan di cheer room sampai pukul 10.30 pagi pun tak duduk kat tempat masing2.

aku rasa sumer orang pun sedia maklum sarapan pagi adalah pengambilan makanan yang paling penting untuk tenaga seharian. aku mmg tak boleh buat kerja kalau tak sarapan. mmg otak rasa tak berjalan... tak boleh nak berfikir langsung. sebab tu aku tak endah jerk orang nak ambil nama aku. tulis laa 10 kali pun kalau terserempak ngan aku kat kedai mamak waktu pagi. kalau laa aku pensan sebab tak makan pagi, ko nak tolong angkat ker? sebelum aku menyusahkan orang, lebih baik aku gi turun makan. yang best tu, kalau staff gred tinggi ker... yang untouchable ker... gi turun makan sesuka hati... tak pernah plak naik nama. yang ikan bilis nih buat apa pun salah semua nyer. ikan jaws buat dajal bleh plak yer...

rasa nyer elok laa buat kerja masing2 bukan asyik nak cari salah orang saja. kau pun bukan malaikat yang tak pernah buat silap. nama pun manusia. kalau aku buat salah ko pun tentu ada. sekurang2nya aku ingat jugak nak naik opis daripada nak mengular gi jalan TAR ker lepas minum pagi tu.... huhuhu...

moral of the story, sediakan lah cafe dalam pejabat so that orang tak gi makan kat tempat lain. lunch n tea pun dalam opis jerk tadek nak kuar mana2. alang2 ko nak amik nama saper yang turun makan bukan waktunyer, sediakan bala tentera segerombolan supaya banyak sket liputan kawasan mencari mangsa. bleh check kat tanglin, central market, KTMB dan sekitar2nya. oohh... jangan lupa check skali kat cheer room. tak adil rasanyer mencari mangsa masa makan pagi jerk. kalau boleh check skali sebelum dan selepas lunch serta waktu2 lain diantaranyer. senang citer ko duduk jerk kat tempat guard jaga touch card tu. senang sket nak tulis nama saper2 yang nak ngular dan keluar dari pejabat. agak nyer dapat gaji lebih yer jadi mata2 nih? ooohh... patut lerr...

Khamis, Januari 21, 2010

aktiviti tahun baru

pergghh... pejam celik dah tahun baru. dah nak habis bulan januari baru ada mood nak memblogging. sibuk giler bangkung... biasa laa kalau dah hujung tahun tu sibuk nak cover kerja naikkan SKT. tapi kalau dah hujung2 tu... cuba cemana pun dah tak sompek... hahaha... padan muka aku.

hari tu ada pergi Prudential Wealth Planner Conference di genting selama 3 hari. dapat laa bawak anak2 gi jalan. si kecil maisarah kesejukan agaknyer asyik berair saja hidung dia. hb kata next time bleh datang lagi tapi tunggu budak2 nih besar sikit. nak ajak main indoor game pun abg long jerk yang berani. kak ngah tak berani langsung. dudukkan atas kuda tu (merry go round ek?) terus melalak. sudah nyer abg long jerk laa yang main. bazir jerk beli tiket kat kak ngah. tengok2 tinggi dia pun lom cecah ketinggian yang nak kena beli tiket tu. rugi satu tiket... huhu...

masa conference plak aku tak leh dok diam sebab try pam susu untuk si kecil maisarah tak dapek. maka nyer 3 jam sekali aku kena balik bilik nyusukan si kecil maisarah. jauh jugak nak jalan dari arena of star balik ke 1st world. sudah nyer next session aku gi ala2 nak abis gitu. rugi gak tak dengar talk dr. fazly. best ler motivasi dia. ensem pulak tu... huarrghhh kah kah kah.. laki orang wehh...

sepanjang berada di genting, kak ngah selalu menjadi perhatian pengunjung kerana kekerdilan dia. seringkali ditanya... umur berapa nih? kecik2 dah pandai jalan... aku senyum jerk n suh derang teka berapa umur kak ngah. biasa nyer orang teka umur dia setahun setengah atau kurang dari itu. bila bagitau umur kak ngah dua tahun++, masing2 terkejut dan kita explain yang ketinggian kak ngah nih bukan mcm budak2 normal. dengan ketinggian dia tu ramai orang tak perasan dan selalu kena langgar kalau lalu kat crowd. silap2 bleh hilang.

ada satu hujung minggu, masa bawa budak2 nih gi main kat taman permainan giant kinrara ada sorang daddy tu tak nampak kak ngah lalu depan dia. sibuk nak kejar anak dia sampai terlanggar kak ngah, jatuh terlentang anak aku. mula nyer dia biarkan jerk lepas tu bini dia suh angkat. patut nyer datang laa sua anak aku tu pasal aku mmg ada duduk kat kerusi tu tapi dia angkat dirikan kak ngah n blah pi cari anak dia. kak ngah gi kat hb sambil melalak tak hengat punya lah.... rupa nyer dalam mulut dia berdarah. apa yang aku kesalkan yang terlanggar tu orang melayu. rasa mcm tak beradab pulak. walaupun ko tak sengaja at least say sorry. kalau benda tu berlaku kat anak ko... apa yang ko rasa? oohh... mungkin sebab tak sengaja so tak perlu say sorry.

skang nih aku aktif kembali menjual tudung. sebelum nih antar kat kawan aku di muar. mintak dia jualkan tudung2 tu. sebagai upah, dapat jual 5 helai, sehelai free untuk dia. hujung bulan nih hantar 3rd batch untuk dia jualkan. lagi tu aku jual murah jerk sebab tudung nih dah melambak. selling point aku, buy 1 free 1. jangan silap paham yer... buy 1 tudung free 1 kerongsang anak tekak. jangan terbalik plak buy 1 kerongsang free 1 tudung. tak untung meniaga gini... huhuhu...

mulanya mmg tak promote kat ofis nih sebab alang2 dah dekat kat jalan tunku abdul rahman so aku assume saper2 yang nak cari tudung akan gi jalan TAR. cari sendiri lebih banyak pilihan. tup2 budak2 ofis nih jenis malas nak leceh2. bila ke jalan TAR tu lagi sukar buat pilihan sebab terlalu banyak tudung cantik2 sampai rambang mata. dah ler tu nak berjalan dari kedai ke kedai mmg penat. alang2 ada tudung depan mata angkat jerk. free kerongsang plak tu. kalau kat kedai biasa mana dapat mcm nih... uhuhu...

so kepada sesiapa yang nak try tolong jualkan tudung bleh laa email. upah nyer jual 5 helai dapat sehelai free. kalau customer ambil banyak pun tak leh turun harga sebab aku jual below market. kalau kat jalan TAR orang jual rm45, aku jual RM35 jerk. free kerongsang lagi tu. kalau tudung2 tu tak terjual aku dah tak leh tukar warna lain. kira nyer beli hangus. kalau tak laku, sendiri pakai. kalau rosak jerk boleh tukar. tapi tak kan nak main kotor, rosakkan tudung tu plak ek. meniaga biar jujur... huhuhu...