Halaman

Khamis, Januari 28, 2010

menjadi artis


hohoho... ini bukan cita2 aku. menjadi glamer secara tak sengaja terasa bagaikan menjadi artis. nama aku diambil oleh pegawai HR kerana masih berada di kedai mamak jam 8.35 pagi kerana bersarapan. dipanjangkan pula ke ketua jabatan dan akhirnya aku menerima email teguran dari ketua jabatan.


aku rasa tak perlu nak besar2kan isu minum pagi nih sebab bukan lewat sangat pun. waktu pejabat bermula jam 8.15 pagi dan sekurang2nya bagi kelonggaran untuk makan pagi dalam jangka masa 1/2jam. bukan semua orang berkesempatan bersarapan dari rumah. keluar rumah berpagi2 pulak tu nak redah kesesakan lalulintas. apa laa bezanya aku masuk ofis jam 8.45 pagi kalau nak banding dengan orang yang bersarapan di cheer room sampai pukul 10.30 pagi pun tak duduk kat tempat masing2.

aku rasa sumer orang pun sedia maklum sarapan pagi adalah pengambilan makanan yang paling penting untuk tenaga seharian. aku mmg tak boleh buat kerja kalau tak sarapan. mmg otak rasa tak berjalan... tak boleh nak berfikir langsung. sebab tu aku tak endah jerk orang nak ambil nama aku. tulis laa 10 kali pun kalau terserempak ngan aku kat kedai mamak waktu pagi. kalau laa aku pensan sebab tak makan pagi, ko nak tolong angkat ker? sebelum aku menyusahkan orang, lebih baik aku gi turun makan. yang best tu, kalau staff gred tinggi ker... yang untouchable ker... gi turun makan sesuka hati... tak pernah plak naik nama. yang ikan bilis nih buat apa pun salah semua nyer. ikan jaws buat dajal bleh plak yer...

rasa nyer elok laa buat kerja masing2 bukan asyik nak cari salah orang saja. kau pun bukan malaikat yang tak pernah buat silap. nama pun manusia. kalau aku buat salah ko pun tentu ada. sekurang2nya aku ingat jugak nak naik opis daripada nak mengular gi jalan TAR ker lepas minum pagi tu.... huhuhu...

moral of the story, sediakan lah cafe dalam pejabat so that orang tak gi makan kat tempat lain. lunch n tea pun dalam opis jerk tadek nak kuar mana2. alang2 ko nak amik nama saper yang turun makan bukan waktunyer, sediakan bala tentera segerombolan supaya banyak sket liputan kawasan mencari mangsa. bleh check kat tanglin, central market, KTMB dan sekitar2nya. oohh... jangan lupa check skali kat cheer room. tak adil rasanyer mencari mangsa masa makan pagi jerk. kalau boleh check skali sebelum dan selepas lunch serta waktu2 lain diantaranyer. senang citer ko duduk jerk kat tempat guard jaga touch card tu. senang sket nak tulis nama saper2 yang nak ngular dan keluar dari pejabat. agak nyer dapat gaji lebih yer jadi mata2 nih? ooohh... patut lerr...

5 ulasan:

Mama Adib berkata...

wah ini catatan sakit hati ni

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya berkata...

mmg menyampah kalo kompani tu micro manage. kang my potty break pun nak berkira..

anyway, breakfast ni ikut badan masing2. sometimes kita takde selera nak terus makan byk skali time sarapan. kena dah berjaga 2-3jam br leh makan. so i rasa company patut bg kita flexible brekkie break, instead of fixed lunch time..janji kita dpt sarapan heavy penuh khasiat & tenang.what say u?

Kurma berkata...

Office hour aku kol 8am.. walaupun orang lain bersarapan di luar, biasanya aku akan beli je sarapan dan makan depan pc. Sebab kena get ready orang call untuk support (kaunter student bukak kol 8am jugak, so kalau sistem problem kami ni la kena jawab hehe).

Walaupun macam ada unwritten rule membenarkan kitorang sarapan di luar sampai 8.30am, aku lebih suka ambil jalan selamat untuk sarapan je depan pc. Orang lain tak buat takpe, janji aku cuba buat ikut rule (walaupun punch card aku selalu merah hahahahaha).

So, aku rasala kan, ko beli je sarapan, makan kat tempat ko kalau tak sempat. Kadang sakit ati jugak bila dengar performance tiptop tapi disebabkan attendance jadi lingkop hehe.. so kita cuba yang terbaik .. ikot aje apa dorang nak.

ni pendapatan aku je la yg tak seberapa hehehe..

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

mama adib
nak kata sakit ati tu idak ler tapi sekurang-kurangnya bagi muka sket dan berlaku adil sesama manusia... hehehe...

mama-miya
tq for ur comment. i pun rasa lepas nih derang akan berkira potty break plak. moh ler letak cctv dalam tandas.

rin kurma
terkadang aku makan depan pc. yang aku malas tu kalau makan depan pc jadi terleka makan sambil surfing. sudah nyer makan ke mana kije ke mana. sarapan sambil baca blog... mmg melekat sampai tengahari ko tau tak... huhuhu... tu yang dah jarang bloghopping tu.

fndrocka berkata...

ada betul jugak

aku punyalah berhati2 dan serba salah nak pi beli mkn...kalau 10 minit pun rasa macam tak sedap.

tp kalau yg untouchable bak kata kau..senang2 je pukul bila2 ikut suka cakap kat kawan "jom pergi makan"..