Halaman

Jumaat, Februari 25, 2011

3 barang yang mesti ada di rumah

salam uollzzss...
hari nih cery share tentang 3 barang yang ada kat rumah dia & anne, pengasas trial pack shaklee. jom tengok apa yang dia ada.


Ibu nak kongsikan beberapa produk yang ibu akan pastikan ianya sentiasa ada supaya bila masa kecemasan dan ianya diperlukan, ibu tak kalut di rumah.



Dikenali sebagai BASIC H.
Ianya bukan sabun biasa...tetapi sebab ianya organic dan selamat, ibu sentiasa pastikan ianya ada di rumah. Ia sangat pekat.
Satu ibu letak di sinki dapur dan satu di dalam bilik mandi utama.

Dapur- Ibu gunakan untuk mencuci sayur, buah-buahan yang kuat dengan semburan seperti anggur, longan, mata kucing termasuklah buah-buah import macam epal. Ibu juga gunakan untuk mencuci cermin sebab boleh nampak lebih berkilat dan boleh gunakan untuk mencuci lantai yang berminyak. Paling best letak dalam botol spray beberapa titik dan ibu akan semburkan dalam bekas sampah yang mengandungi barang basah masakan supaya lalat tak menghurung. Ibu juga spray pada meja makan supaya tiada bau makanan yang tinggal yang boleh sebabkan lalat hinggap. Jika anak demam, letakkan beberapa titik dalam mangkuk, basahkan tuala dengan air basic H tadi dan dap kan pada kepala dan tengkuk anak. Sangat cepat menyerap panas badan.

Dalam bilik mandi- ibu ready untuk merendam baju anak2 yang kotor sebab makan coklat atau kotoran sebab pergi bermain. Ibu titikkan beberapa titik dalam baldi jika anak2 kena gatal2 di badan. Ibu buat yang sama jika mereka demam....hanya mandikan mereka dengan basic H.Ianya juga bagus untuk buat dressing bagi sebarang luka. Bagi mereka yang mengidap diabetic dan ada luka yang lambat baik (sentiasa basah dan berair) bilaskan dengan basic H beberapa kali sehari dan lihatlah esokkan betapa cepat luka itu kering.





Performance Drink
Anda biasa dengan minuman 100 Plus? Namun ibu lebih suka Performance Drink dan ia mesti sentiasa ada dalam peti sejuk rumah ibu.
Bila ibu minum?
•Bila hari terlalu panas dan ibu rasa badan kering dan perlukan lebih air.
•Bila ada ahli keluarga demam, cirit birit ...inilah antara penawar terbaik dan ianya akan dibancuh dengan ESP dan kami panggil air aiskrim :)
•Bila nak berpuasa , kami minum during sahur dan berbuka.

Nutriferon
Ibu tak makan setiap hari ya....ianya untuk penggalak sistem imun kita. Makan seminggu sepeket sudah memadai sebab ibu makan vitamin lain juga. Namun bila kecemasan, ianya sangat membantu. Bila travelling jika malas nak makan vitamin pil kami hanya bawa ini sahaja. Sekotak ni untuk abah dan ibu tahanlah untuk 15 minggu....lama gak tu .Rasa ? Sangat sedap! Hanya masukkan dalam mulut dan minum segelas air. Bagi ibu menyusu , ia sangat membantu sebab memastikan badan ibu kekal sihat.

Harga 3 barang ini lebih kurang RM258 termasuk pos. Ini semua memang wajib ada dalam rumah ibu. So bila kecemasan dan masa memerlukan, ibu sentiasa pastikan ianya tersedia. So ianya tak buat ibu panik atau rasa nak marah kat courier kalau lambat hantar. Ibu akan pesan barang ini sebelum ianya kehabisan. So bila keadaan tak di duga terjadi seperti hari panas, luka, demam atau apa jua ...ibu pastikan ianya bermanfaat. Bak kata orang, mari kita sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan baru nak cari payung, terkapai-kapai juga kita dalam kebasahan.

hoho... yang nutriferon tu mmg saya ada spare. mujarab sangat. dua minggu lepas, anak saya demam so dengan nutriferon anak saya dapat jugak khasiatnya melalui susuibu. alhamdulillah 2 hari jerk demam. rasa nyer demam nak tumbuh gigi. ada history kak ngah demam sampai kena fit, warded 10 hari. tu yang kalau anak demam mmg cuak sesangat ler. tak lena tido... tak leh tido... nasib baik shaklee nih ada terapi tersendiri. performance lom rasa lagi... baru jerk beli. basic H pun baru jugak beli... huhuhu... teruja laa nak cuba. lepas nih i nak try kosmetik shaklee plak... err... next entry lah saya citer pasal kosmetik shaklee plak yer...
jangan lupa promosi durian runtuh tu yer... untung kalau dapat 3 barang nih free... heheh.. selamat berhujung minggu... daaa...

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

Selasa, Februari 22, 2011

waktu yang sesuai untuk makan supplement

*credit to cery

"..i nak tanya..bile sepatutnya makan supplemen set B dan ESP tu..."
jadi..persoalan sebenar kat sini ialah....bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan kat kadar penyerapan.. kebiasaannya saya akan memberikan jadual makan kepada customer2 saya

The basic rule are:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu
*APA YANG TAK DIGALAKKAN : Elakkan pengambila alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E
Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas yang saya berikan kepada yang baru nak start mkn supplemen

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea
Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)
Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...
Afternoon teabreak : Minum segelas ESP
Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)
Sebelum tidur :Ostematrix

* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan mkn semua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 2liter sehari.. sebab tu saya pecah2kan ikut timenyer..

Macam saya...walaupun dah lama dah stop bfeeding..anak dah besar..tapi vitamin seperti B Complex,Vita C, GLA Complex @ Vita E ,ESP (soy protin) mmg tak boleh skip..wajib hari2..... Ostematrix (cal/mag) pula saya hanya makan pada weekdays je .. Vitalea,Zinc,Omega, saya mkn seminggu 2-3x je..tidak hari2....lecithin pun kadang2 bila rasa perut mcm boroi ..hehe....yerlah..dah namapun makanan tambahan..ianya menampung mana2 kekurangan yang diperlukan badan.. ianya bukan makanan asas. tak perlu makan sehari sampai berpuluh biji......kita tetap harus mendapatkan makanan sebenar...

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

selera makan bertambah dengan B complex... betul ke?


semalam dapat email dari kawan. sebelum nih ada dapatkan trial pack slimming dari saya. rupanyer dia baru betul2 nak try. dia email semalam nak buat order vitamin lain sebab katanya tak tahan berak2 sebab herb-lax tu. email dia penuh kebimbangan sampai saya pun risau... takut expectation dia lain tapi hasilnya lain. kalau lebih baik tak per laa kan... kang jadi lebih teruk... ahkak jugak yang kena bambu nanti. katanya...

"Hopefully selera makan aku tak meningkat makan b comp ni.... tp khaiz** cakap tadi, dia makan b complex selera makan dia bertambah...hehehe...ngeri plak rasanya...."

sebenarnya rata2 feedback yang dapat sebelum nih pun cerita benda yang sama. ramai juga yang komplen tentang kain dah tak boleh nak cangkuk... tak boleh nak zip... huhuh... sumer salahkan B complex... even dulu masa mengandung pun supplement yang klinik bagi tu depa suh stop B complex kalau berat kita tiba2 naik mendadak. so kesimpulannya mmg orang akan tuduh B complex penyebab naik berat badan. sian dia kan... kalau B complex tu bleh bercakap mesti dia nak kata gini...

Do u know B complex is the Best Vitamins for Weight Reduction?
The body’s weight-control or weight-related functions – like appetite, hunger, metabolic rate, metabolism of fats and sugars, calorie-burning, and so on – operate more efficiently with an optimum intake of vitamins. All of them play a part in maintaining optimum health and weight, and many operate together, so it’s not really accurate to single out certain vitamins as being “best” for weight loss. That said, certain vitamins are worth a special mention.The most important vitamins and minerals for weight loss are: Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Choline (part of B-complex), Inositol (part of B-complex), and Vitamin C.

Anda perlu tahu kesemua lapan jenis vitamin B.

Terdapat 8 jenis vitamin B termasuk biotin yang diperlukan oleh setiap individu dan kesemuanya lebih berkesan apabila bertindak bersama. Vitamin B bertindak
~menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
~menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan preotein
~membantu dalam sintesis DNA dan sel2 baru.

Tiamin (vit B1)
*menolong memelihara ksihatan badan
*membantu tumbesaran yang normal
*membantu badan dalam metabolismekarbohidrat
*perlu untuk membebaskan tenaga dari karbohidrat

Riboflavin (vit B2)
*satu faktor untuk memelihara kesihatan badan iaitu untuk fungsi thyroid yang normal
*membantu badan mengguna tenaga daripada makanan / memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat
*penting bagi kumpulan populasi spesifik : jumlah tambahan riboflavin diperlukan semasa kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian melalui pemakanan tidak mencukupi
*diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protein lemak dan karbohidrat
sumber dari susu, badam, keju, telur dan sayuran berdaun hijau

Niassin (vit B3)
*juga membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal pada penghasilan hormon thyroid
*menolong badan dalam penggunaan tenaga dari makanan
*juga perlu untuk membebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat
*sebahagian daripada glucose tolerance factor (GTF) diamana ia terbebas apabila gula dalam darah menigkat
sumber dari biji gandum, tuna, turkey, ayam, daging, telur, makarel, salmon, oats, barli, keju, buahan kering dan beras perang

Phantotenic Acid (Vit B5)
*kekurangan vit B5 akan mengganggu kapasiti penggunaan lemak dalam badan
*penting dalam penghasilan tenaga dan membantu fungsi adrenal
sumber dari daging, ayam, kekacang, gandum, telur, oat, barli, roti serat dan sayuran hijau

Piridokson (vit B6)
*membantu pemeliharaan kesihatan badan dan memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat
*mengatur penghasilan hormon thyroid
sumber dari yis, gandum, oats, sardin, makeral, ayam, daging, avocado, pisang, beras perang, kobis, telur, buahan kering.

Sianokobalamin (vit B12)
*membantu pembentukan sel darah merah
*diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

Asid folik
*membantu pembentukan sel darah merah
*mencegah kecacatan tiub neural bagi waita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepdi dan semasa 12 minggu kehamilan pada dos 400mkrogram sehari
*perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel2

Choline
*terbentuk di dalam hati dan di perlukan untuk memetabolismekan lemak dengan efisyen
*kekurangan choline akan menyebabkan lemak terkumpul dalam hati
sumber dari lecithin, hati lembu, kuning telur, kubis bunga, timun dan kacang tanah.

Inositol
*terhasil dari dalam badan
*bergabung dengan choline untuk membantu memetabolismekan lemak
sumber dari lecithin, hati lembu, soya, telur, buahan sitrus, bijirin dan kekacang

vitamin C membantu dalam menyempurnakan proses penukaran gula kepada tenaga di dalam sel2.

jika anda tidak menjalani program diet pun, vitamin B masih diperlukan oleh setiap individu terutama mereka yang

· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· Wanita yang mengambil pil perancang

Anda boleh cuba utk mengamalkan pengambilan vitamin B Complex supaya badan lebih bertenaga, rasa lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang dihadapi.
*credit to cery & anne


Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

Isnin, Februari 21, 2011

Saya mahu skill fotografi dari blog Eyes Of Grace

Saya mahu skill fotografi dari blog Eyes Of Grace.

setelah beberapa bulan berkecimpung dalam arena fotografi, terasa bagaikan ingin merakam sepuasnya setiap gelagat dan keletah anak yang sedang membesar. bermula dari lahirnya menginjak usia dari hari ke hari... kini sudah pun berada di bangku sekolah... alangkah ruginya membiarkan saat2 tumbesaran mereka tidak dirakam untuk disimpan sebagai kenangan. kalaulah boleh melihat semula betapa riangnya dia ketika bermain, comelnya sedu sedan ketika menangis dan senyumannya dari bibir mungel dengan gusi yang hanya ada dua batang gigi... ohh... alangkah bahagianya menatap wajah2 comel mereka. suatu kenangan yang tak mungkin berulang lagi... hanya tersimpan di dalam memori dan tidak dapat dikongsi dengan orang lain.

melihat keriangan dan emosi anak2 yang berjaya dirakam oleh lensa EOG membuatkan hati saya sering merindui keletah dan gelagat anak2. pernah saya cuba untuk merakam emosi dan situasi secantik yang dirakam oleh lensa EOG. berkali mencuba namun setiap apa yang saya rakam cuma biasa2 saja. hakikatnya, proses merakam gambar kanak2 yang ligat dan lincah tak semudah yang dijangka. ia memerlukan usaha keras yang tak jemu melayan karenah anak2. mood anak2 juga ada pasang surutnya... adakala sangat ceria, kadang pemalu, kadang datang anginnya asyik menangis saja... oohhh... ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan imej yang penuh emosi. menurut teman fotografi yang lain juga, untuk mendapatkan mood bayi yang baru lahir, sessi penggambaran mengambil masa hampir 8 jam...!

bila menatap wajah2 riang anak2 yang dirakam oleh EOG, betapa sempurnanya sifat mereka, saya jadi terharu bila mengenangkan anak2 saya. sebagai seorang ibu, melalui fasa melahirkan dan membesarkan anak2 adalah sebuah pengalaman yang tidak ternilai. tambahan lagi mempunyai anak istimewa, saya seakan mahu merakam setiap inci pertumbuhan anak saya walau pun saya tahu ia agak mustahil untuk membesar secara normal. walaupun pertumbuhannya amat perlahan namun saya amat berharap anak saya yakin dengan dirinya sendiri dan dapat mengharungi kehidupan yang amat mencabar di masa akan datang. saya amat memerlukan skill fotografi dari EOG untuk merakam emosi dan keletah anak2 agar tak mudah luput dari ingatan dan sentiasa dapat ditatap biar pun ada kekurangan pada mereka namun wajah2 ceria mereka yang penuh emosi dan gerak laku mereka yang penuh yakin seakan dapat melupakan seketika kekurangan yang ada pada mereka.

Sempena dengan tawaran dari mommy lyna, saya juga ingin mempertaruhkan entry ini untuk dipertimbangkan sebagai pemenang. seperti anak2 lain yang dirakam oleh EOG, saya juga mahu merakam kegembiraan anak2 saya supaya tak luput dari dalam ingatan.
semoga suatu hari nanti saya berjaya perolehi skill fotografi bagaikan EOG dan berupaya merakam gambar anak2 setanding EOG. insya-Allah.

**************

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Jumaat, Februari 18, 2011

Hari Antidadah Kebangsan

poster hari antidadah kebangsaan tahun 2011. saya juga nak tambah... think health think shaklee... uhuhu... orang kata tak bagus guna perkataan tidak, jangan, no... bila kita larang lagi dia nak buat... lebih baik kita guna positif phrase... so saya tukar ikut citarasa saya. hidup sejahtera tanpa dadah (ubat). think health think shaklee. semoga kita sama2 dapat menjaga kesihatan dan kekal sihat hingga lanjut usia....

selamat berhujung minggu. semoga gembira meluangkan masa dengan yang tersayang.

Selasa, Februari 08, 2011

rawat batuk dan demam dengan nutriferon

selamat datang para pengunjung. moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera.
kali ini saya nak share tentang kesan penggunaan nutriferon untuk merawat batuk dan demam berpanjangan yang dihidapi oleh ibunda saya.

minggu lalu, seminggu saya bercuti di selatan. 3 hari di skudai rumah bonda dan 3 hari di muar rumah mertua. kami bergegas pulang ke skudai memandangkan bonda dah seminggu demam dan batuk. takut melarat2 sebab katanya pergi klinik doktor takde jadi nurse cuma bagi ikut latest history dalam rekod bonda. risau juga bagi salah ubat. dah ler tu duduk rumah sorang2 jer tadek saper yang pantau.

sampai rumah, mmg badan bonda panas dan batuk2 tak berenti. sudah seminggu berbaring dan berselimut jer tak larat nak bangun. saya suakan nutriferon yang dilarut dalam air. lepas minum tak lama lepas tu bonda kata rasa mcm segar sikit. tak rasa sejuk2 dah... 3 hari di rumah bonda, saya beri minum nutriferon. hari ke 3 bonda dah sihat sepenuhnya dan dah mula menjamah makanan. sebelum tu mmg tak makan. asyik minum jerk. risau juga takut kena gastrik. alhamdulillah skang nih dah sihat.

nampaknya tak sia2 saya spare nutriferon. nutriferon mesti diambil sehingga pesakit beransur sembuh. saya juga membekalkan vitamin lain untuk bonda iaitu, vitamin C, B complex, alfalfa dan ostematrix. asyik makan ubat darah tinggi jerk... kena la jugak makan vitamin. faham2 jerk laa warga emas nih dah tak lalu nak makan banyak. balik2 roti.. roti... biskut... itu juga yang dia makan. cemana nak dapat vitamin yang seimbang kalau bukan dengan supplement. hope lepas nih bonda istiqamah makan vitamin dan dapat menjaga kesihatan sebaiknya.

jom kita tengok apa kelebihan nutriferon untuk entry kali nih...

(credit to cery)

Q : Apa itu Nutriferon?
A : Suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.


Q : Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya
A : Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Q : Siapa yang perlukan Nutriferon?
A : Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar..

Q : Bagaimana ia bertindak?
A : Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

Q : Beri saya 5 sebab kenapa perlu beli nutriferon?*
1.Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.


2.Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

3.Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.


4.Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5.40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Dan seperti biasalah..saya suka meletakkan atau berkongsi testimoni2 mereka yang dah teruja dengan Immune booster ni.. Jom baca apa kata sollehatun...


Nak cerita pasal Nutriferon pulak. Tujuan saya ambilnya ialah untuk tingkatkan tahap imun badan saya. Dalam masa yang sama saya masih menyusu badan sepenuhnya. Disamping tu jugak, Amni selalu jugak la selesema (anak2 yang di hantar kat Taska, memang la senang terkena demam, selesema, batuk & pelbagai penyakit berjangkit). Alhamdulillah, selepas saya ambil 3 paket Nutriferon, saya dah boleh nampak perubahan yang positif. Kebetulan pada masa saya mengambil Nutriferon tu Amni memang tengah selesema. Dalam 4 hari, selesema Amni dah kering. Sehingga kini, saya terus mengamalkan Nutriferon tu 1 paket seminggu dan Amni dah kurang kurang sangat la terkena selsema. ~ sollehatun.blogspot.com


Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

Isnin, Februari 07, 2011

hadiah cabutan bertuah bulan februari

selamat datang pengunjung blog. maaf sebab lambat update hadiah cabutan bertuah bulan februari. pembelian minima adalah set trial pack....


seperti biasa hadiah pertama akan dicabut oleh anak sulung saya...

hadiah kedua oleh anak kedua saya...

dan yang ketiga oleh anak bongsu saya...
tahniah untuk para pemenang cabutan bertuah untuk bulan januari. hadiah anda boleh dituntut pada bila2 masa sahaja. tq


Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

Selasa, Februari 01, 2011

Pemenang Cabutan Bertuah Bulan Januari 2011

Alhamdulillah sambutan terhadap produk shaklee amat menggalakkan. Seperti yang dijanjikan, saya paparkan para pemenang cabutan bertuah bagi bulan Januari. sila hubungi pihak penganjur untuk menuntut hadiah anda...

hadiah cabutan yang pertama dibuat oleh anak saya yang sulung... hehehe... Nurmajdiah Kasim dari Ipoh, Perak.


hadiah cabutan yang kedua dibuat oleh anak saya juga... kak ngah...Emy Nadia Johari dari Bangsar.



dan cabutan yang ketiga dibuat oleh anak saya yang ke3 ... huhuhu...Zabibah Ibrahim dari Bukit Jalil.

Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang. Akhir kata, sempena sambutan CNY saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina untuk semua pengunjung blog. selamat bercuti semoga selamat sampai ke destinasi.

Adioss...