Halaman

Khamis, Jun 14, 2012

A first timer after 8 years


semalam hari pertama memandu bersendirian ke stesen komuter kajang. bukan jauh pun cuma 10 - 15 minit termasuk kesesakan trafik. cuma nak ceritanya ialah kali pertama memandu semula setelah 8 tahun dapat lesen memandu. hahaha... kali terakhir memandu ialah dari rumah mak di skudai ke rumah teman di kg melayu majidi dan balik semula ke skudai. itu pun berani2kan ajer... mati enjin toksah citer... enjin mengaum pun ada... stereng gelong2... hahaha...

semalam sebab hb tadek jadi nak tak nak kena drive juga. tak dapat drive ke opis at least ke stesen komuter. anak2 kalau 4 orang nak diuruskan mmg tak kuar pagi ler jawab nyer. kalau time cuti sekolah  nak keluar lewat pun tak apa. time dah naik sekolah nih mmg kena gerak awal sementara jalan masih sunyi. anak2 yang bertiga tu letak kat umah bbsitter. mcm kejam gitu haha... tapi derang lagi suka duduk sana. selamat bercuti yer anak2.

tinggal berdua dengan si kecil pun bosan juga. tadek kawan nak lawan cakap. dia tau sengih jerk laa... mood pun ke laut. nak kemas umah cuci pinggan pun tak jadi. biarlah rumah mcm kapal karam pun... sempat cuci baju jer itu pun sebab masuk mesin basuh... haha... tapi si kecik nih pandai juga. biasa abg kakak ada dia leka juga tengok tv. agak dia terasa rumah tu sunyi sepi dah banyak hari tak nampak muka abg dan kakak so bila tadek saper2 dia nak melalak. terpaksa laa landing sebelah dia... tu yang tak jadi kerja tu... (alasan baeekkk punya...)

 eh... tadi nak citer pasal driving kan? ahaa... hari selasa balik kerja naik bas sebab hb pergi outstation tengahari tu so pagi sempat dia antar. alhamdulillah keluar dari stesen keretapi... lintas jalan... bas pun sampai. tunggu penumpang di pekan kajang plak pastu sampai umah kul 7. baby kimi dah mintak tlg jiran amikkan so lepas dah letak2 bag sumer kat umah, gi amik kimi pulak kat umah jiran tu.

rabu pagi start enjin terus drive. sebelum tu hb pesan malam2 sket bawak ler pusing2 keliling. dalam hati kata... malas ler plak... dah kompiden nih... boleh punyer... hahaha... kekok jugak laa nak gohead gostand pagi tu. yer lah dah 8 tahun tak bawak. asik mati enjin jerk... tup2 mati depan guard nak keluar kat gate berpalang tu... hahaha... start angkat clutch mati... start angkat clutch mati... dua tiga kali... rasa nak nangis nak turun kete mintak tolong kete belakang alihkan kete pun ada jugak. pastu kuatkan semangat... start... jalan... hoyong hayang stereng... hehehe...

simpang nak antar kimi tu mati enjin jugak. dah ler nak kena kuar rebut2 sementara tadek kete sebab kena masuk simpan depan... belasah jugak laa... alhamdulillah dapat masuk. lepas antar kimi bermulalah perjalanan ke stesen komuter. lama jugak laa tunggu kat simpang nak keluar jalan besar. mesti orang belakang maki2. mula2 bas nak lalu.. pastu kereta... kereta... kereta... sebenarnya boleh celah sebab ada bonggol kat situ tapi sebab penakut punya pasal sampai betul2 kosong baru celah. lagi pun masih awal pagi so tak baper nak ada kete lalu lalang sangat.

cabaran paling gerun amik simpang. siap nak hapal pusing stereng berapa darjah... kat simpang nih.. simpang depan... dan simpang nak ke komuter.... sengal tak? tapi akhirnya sampai jugak laa kat stesen komuter. parking sisi jalan sebab takut nak parking tegak nanti tak boleh keluar... hehehe... so dapatlah naik komuter awal pagi kul 7... best nyer tak rushing.

kalau pagi cabaran tadek kete...petang plak cabaran jammed. bas sekolah... lori... budak balik sekolah... amik penumpang kat stesen komuter... sesak laa situ. masa nak kuar tu nasib baik ada hamba Allah yang bagi laluan. hahaha... mungkin dia pasan kot aku dok gohead gostan kat situ takut terbantai kete yang parking tepi2 tu. sampai umah tak pasan aku park kat petak oku. dok laa merayu kat guard jgn clamp sbb aku tak tau mana nak parking dah. nak panjat parking x berani plak... huhuhu...

pagi nih dah ok. improved la kawalan clutch ngan minyak tu. balik nih kang sekali lagi dok hdap jammed. hope harinih lebih baik dari semlm. insya-Allah. kalau dulu orang selalu kutuk2 perli2 renew lesen tak bawak kete laa apa laa... tapi aku percaya kalau dah sampai masanya Allah lorongkan kekuatan dan kemudahan. yang aku fikir ialah boleh... boleh... boleh... moralnya... tak salah berasa takut... tapi dalam masa yang sama tanamkan keyakinan dalam diri... yakin yang aku mesti cuba dan akan cuba... mesti... mcm citer aku dalam entry sebelum nih tentang dare to dream. hb pernah jugak suruh drive tapi dah takut so tak cuba juga lah... dalam masa yang sama ulang kata2 positif dalam minda... akhirnya ketakutan itu hilang dan yang ada sekarang... aku mesti cuba hingga berjaya... dan segala pergantungan hanya pada Allah... semoga Allah melindungi dan memudahkan urusan ku pada hari ini dan yang seterusnya... aminn... :)

so... what's next?


Tiada ulasan: