Halaman

Isnin, Mei 21, 2012

Bangun lewat dan keretapi



pagi nih bangun lewat hampir jam 6 pagi. mana tak lewatnya tak cukup tidur. kul 3 pagi baru nak lelap. sibuk siapkan order customer shaklee sampai ke pagi.... huhu... bajet nak kejar komuter jam 7.30pagi. dulu tak tentu jugak time ni kadang ada komuter kadang tadek. so tak mengharap sangat laa... tapi sejak2 dah ada koc yang panjang berjela tu nampak gaya mcm kerap jugak komuter lalu. mungkin dah tukar jadual kekerapan perjalanan agaknya.



mcm biasa siapkan abg long. kak ngah mcm biasa jugak tunggu papa yang angkut dia bawak masuk bilik air. dah siap sumer tengok2 dah lewat. sah kena amik ketapi kul 7.30pagi. itu pun kalau sempat ler... bulatan bangi nak ke jalan reko tu sesak juga kalau keluar selepas jam 7 pagi. sampai ktm kajang tengok tak ramai orang. mungkin dah terlepas kot. lepas beli tiket tu tengok2 ada keretapi kelabu yang nak gi utara tu.... oohh... aku mmg sangat centa ini ketapi sebab banyak seat kosong dan orang yang nak turun kl sentral jek yang naik so sumer orang dapat ler duduk.



berlari2 anak jugak laa nak panjat tangga lagi lintas ke stesen sebelah. hon ketapi pun bunyi... alamak... tak sempat... masa tu aku dah nak turun tangga ke stesen sebelah sana tu. alhamdulillah sempat melompat masuk... hahaha... nasib baik sempat naik dan harapnya sempat ler sampai. kalau dia sedang mula bergerak perlahan pun sempat nak naik rasanya cuma antara berani dengan tidak jerk... ada beran..? kata bang bang boom!



tengok2 pintu yang aku masuk tu tembus ke kantin keretapi. ingat nak lepak kantin jerk... tapi kang semak plak kot ada orang mmg nak dok kat kantin. aku terus jalan cari seat. sampai hujung koc tadek seat. koc yang kebelakang lagi koc katil plak. lepas 2 koc katil tu baru koc yang ada kerusi semula. malas laa plak nak tempuh koc katil. sebenor nyer seat ada masa aku lalu tadi tapi sebab masalah pentingkan diri sendiri tak taulah mana derang belajar. seat tu elok2 boleh duduk derang letak bag. aku pun tak tau laa beg derang ker atau mmg ada bag penumpang lain yang pergi toilet ker kan... aku malas nak cara so berdiri laa dekat dengan pintu ketapi. dalam hati tu fikir2 jugak nak lepak kantin bleh breakfast sekali... hahaha... pastu pokcik tiket lalu... dia suh duduk aku cakap dah penuh. dia pun pi bukak ada satu kerusi lipat kat pintu keluar... aah... aku lupa ada kerusi lipat tempat orang lepak2 nak isap rokok kat situ... hahaha... teringat kenangan masa gi kedah wedding naza dan zahar. best wooo nek ketapi gi utara. sawah luas terbentang... hijau jerk... nantilah satu masa nanti bawak anak2 jalan nek ketapi amik yang katil punya. berkampung laa dalam ketapi buat mcm umah sendiri.. huhu...



sampai area mid valley tu benti agak lama sikit. nih takut tak sempat punch jerk nih... berdoa mintak2 sempat... sampai sentral berkejar amik lrt plak. alhamdulillah manage to arrive n thumb print at 8.15am. ngam ngam gitu. lenkali kalau ketapi nih lalu aku nak lepak kantin jerk bleh breakfast siap2. sampai bangsar naik ofis jerk terus on pc... huhu...



itu jerk lah nak citer rini.... tentang sikap prihatin terhadap masyarakat. ecehh... dah mcm ahli politik plak nak citer tentang masyarakat... hahaha... mungkin depa nih spare seat tu utk orang buncit preggy saja. bersangka baik jerk lah... huhu...





adiooss...












Tiada ulasan: