Halaman

Rabu, Mei 23, 2012

dare to dream

orang kata angan2 mat jenin. biar kita berangan dan usaha utk dptkan apa yang kita nak. tadek angan2 maka tadek cita2. tak mustahil utk kita dapat apa yang kita impikan. silap2 boleh dapat free... hehehe...


tahun lepas ada buat entry tentang nak angkat tepon baru... di sini. kini sudah ada dalam genggaman... iphone 4. ramai orang tanya kenapa tak amik iphone 4s. yang model ini sudah ketinggalan kerana nak keluar iphone5 pulak (tapi tak tau bila). ada yang kata angkat ler samsung galaxy note teknologinya terkini. mmg berkenan juga tapi ukur baju di badan sendiri. tak mampu nak angkat walaupun sangat berminat. mcm2 cadangan yang kawan2 kemukakan... akhirnya ip4 juga pilihan daku.



jawapannya mudah. ia adalah sangat murah. (REALLY?) sila beliakkan biji mata... hehehe...
harganya cuma RM699. naper? tak percaya... sungguh... RM699. tak caya tengok sini...

mengimpikan sesuatu (berangan) bagaikan memberi cas2 positif yang akan membawa kita ke arah yang kita impikan. sentiasa membayangkan apa yang kita hajatkan menjadi kenyataan dan lebih baik lagi impian itu dicatat agar kita jelas dengan impian tersebut. bukan itu saja... bacalah impian yang dicatat setiap hari.

ini baru satu contoh. pada entry terdahulu somewhere in 2009 ada entry tentang nak beli laptop dan gambar yang aku tempek ialah apple mcbook. boleh tengok di sini. kalau dah mmg ditakdirkan akan ada dalam genggaman... samada cepat atau lambat jerk nak dapat. now... dah ada di rumah... get it for free.. (REALLY???) sila beliakkan biji mata lagi... hehehe... free sebab ada orang tak reti guna so... nah amik ko pakai. free laa tu kan?

contoh yang lain. dulu2 mmg dah berminat nak sambung blajar kat jepun. tapi malangnya mak ngan abah tak bagi pergi obersea. so... dapat verangan jerk lah... one fine day sekitar 2008, elok bangun dari tidur tiba2 terkucil dari mulut... "satu hari nanti aku akan pergi jugak ke jepun... mesti... aku mesti..." masa tu hati macam yakin beno. tak lama lepas tu boss panggil....
"u menyusukan anak lagi ke? boleh pergi kursus ke Jepun? 3 minggu boleh tak?"
oohh... serasa mcm nak melompat. dapat pergi jepun for FREE.

maka dengan itu marilah kita verangan yang indah2 dan berusaha utk mencapainya. what is your next dream? lets write it on a piece of paper and read it everyday with confident... lets start.


Tiada ulasan: