Halaman

Selasa, Julai 06, 2010

happy birthday & happy 5th anniversary

novelty pan cake 24

cake 65

alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi kerana jamuan menyambut hari lahir rahimi, ayah rahimi dan juga ulangtahun perkahwinan yang ke5 telah berjalan dengan lancar. rata2 tetamu yang hadir, pulang dalam keadaan kekenyangan. terima kasih kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis ini. semoga kalian semua doakan kesejahteraan hidup kami sekuarga.
kek nih aku order dari rozie yang duk di bandar seri putra bangi. sebelum nih ada beli cupcakes dari dia untuk jamuan kat ofis. aku nak order dari dill cakes tapi sebab tadek penghantaran so aku order dari rozie jerk. siap ada pemain bola sepak yang tak tahan tu... huhuhu... budak2 ushar jugak laa nak amik patung tu tapi mcm biasa... pemain bola sepak tu jadi milik kak ngah. tengok2 bola dah tak ada kat situ... dia dah cabut ntah mana letak. tak kisah laa tu.
menu lain ialah char kue teow incik adib, laksam restoran belauk seksyen 7 dan spaghetti bolognese incik emy. saper2 yang nak order char koe teow untuk majlis bleh contact aku untuk dapatkan no incik adib nih. dia akan bawak segala peralatan untuk memasak char kue teow. oleh kerana umah aku nih apartment so aku supply gas laa... tak perlu nak berangkut barang bebanyak.
apa pun jamuan nih menemukan aku dengan kawan2 lama. bagi pihak emy plak dia dah menambah kawan2 baru. kawan dia sorang pun tadek datang. mungkin time tu sumer orang sibuk kot. aku jemput jugak kawan2 fotog tapi memasing pun mungkin sibuk ada wed shoot ker... mana laa tau kan. akhir kata terima kasih kepada tetamu sudi hadir. segala kekurangan harap dimaafi. harapan aku, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 10th anniversary nanti insya-Allah buat jamuan lagi. sambutan 5 tahun skali laa nih... huhuhu...

3 ulasan:

ida berkata...

ala itu je ke gambo nyer.. tepek la byk sket nk tgk skill baru skrg ni hehe

anyway foods semua sedap..tq k.pau..sedey n idgr sambutan 5thn sekali :(

Fauziah berkata...

huhuhu... bukan aku yang kendong kamera pun so tadek hasil dari tangan aku. banyak kendong anak jerk time tu.

sambutan besar2an setiap 5 tahun sekali. buat tiap2 tahun pun bukan dapat hadiah... wekekeke...

p/s: dapat hadiah bed sheet sempena anniversary... heh heh..

ida berkata...

aaa ok la tu..sgguh bermakna hadiah tu..

dia suh tukar bedsheet selalu heheh