Halaman

Khamis, Disember 02, 2010

kuat minum vs kuat makan


pernah beli air kat mesin air tak? lebih murah dan mudah. kurang2 dah bleh jimat gas nak masak air... huhuhu... satu malam tu nak turun gi beli air sukida kat bawah umah. oleh kerana abg long dan kak ngah nak ikut, bawak laa turun dengan stroller skali untuk angkut air dan kak ngah dalam tu. nasib baik bawak abg long. dia laa yang ajar cemana nak beli air tu sebab aku tak pernah gi beli sebelum nih. lepas dah sudah tu kak ngah merengek nak makan roti canai. so aku ikutkan jugak laa... sorong stroller sampai kedai mamak n order bungkus jerk.

tengah duduk2 tunggu tu borak2 jugak laa ngan abang long


abg long : papa minum air banyak kan mama? papa laa yang abiskan air nih... sikit2 minum sikit2 minum buat air laa apa laa... papa tu kuat minum air. sama laa mcm abg long. kuat minum air.
aku : ha'ah papa kuat minum. mama jerk tak kuat minum air.
abg long : abis tu mama kuat makan ker?
aku : (tergelak besar... rasa mcm nak gelak guling2... ) huhuhu...

Tiada ulasan: