Halaman

Isnin, Februari 21, 2011

Saya mahu skill fotografi dari blog Eyes Of Grace

Saya mahu skill fotografi dari blog Eyes Of Grace.

setelah beberapa bulan berkecimpung dalam arena fotografi, terasa bagaikan ingin merakam sepuasnya setiap gelagat dan keletah anak yang sedang membesar. bermula dari lahirnya menginjak usia dari hari ke hari... kini sudah pun berada di bangku sekolah... alangkah ruginya membiarkan saat2 tumbesaran mereka tidak dirakam untuk disimpan sebagai kenangan. kalaulah boleh melihat semula betapa riangnya dia ketika bermain, comelnya sedu sedan ketika menangis dan senyumannya dari bibir mungel dengan gusi yang hanya ada dua batang gigi... ohh... alangkah bahagianya menatap wajah2 comel mereka. suatu kenangan yang tak mungkin berulang lagi... hanya tersimpan di dalam memori dan tidak dapat dikongsi dengan orang lain.

melihat keriangan dan emosi anak2 yang berjaya dirakam oleh lensa EOG membuatkan hati saya sering merindui keletah dan gelagat anak2. pernah saya cuba untuk merakam emosi dan situasi secantik yang dirakam oleh lensa EOG. berkali mencuba namun setiap apa yang saya rakam cuma biasa2 saja. hakikatnya, proses merakam gambar kanak2 yang ligat dan lincah tak semudah yang dijangka. ia memerlukan usaha keras yang tak jemu melayan karenah anak2. mood anak2 juga ada pasang surutnya... adakala sangat ceria, kadang pemalu, kadang datang anginnya asyik menangis saja... oohhh... ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan imej yang penuh emosi. menurut teman fotografi yang lain juga, untuk mendapatkan mood bayi yang baru lahir, sessi penggambaran mengambil masa hampir 8 jam...!

bila menatap wajah2 riang anak2 yang dirakam oleh EOG, betapa sempurnanya sifat mereka, saya jadi terharu bila mengenangkan anak2 saya. sebagai seorang ibu, melalui fasa melahirkan dan membesarkan anak2 adalah sebuah pengalaman yang tidak ternilai. tambahan lagi mempunyai anak istimewa, saya seakan mahu merakam setiap inci pertumbuhan anak saya walau pun saya tahu ia agak mustahil untuk membesar secara normal. walaupun pertumbuhannya amat perlahan namun saya amat berharap anak saya yakin dengan dirinya sendiri dan dapat mengharungi kehidupan yang amat mencabar di masa akan datang. saya amat memerlukan skill fotografi dari EOG untuk merakam emosi dan keletah anak2 agar tak mudah luput dari ingatan dan sentiasa dapat ditatap biar pun ada kekurangan pada mereka namun wajah2 ceria mereka yang penuh emosi dan gerak laku mereka yang penuh yakin seakan dapat melupakan seketika kekurangan yang ada pada mereka.

Sempena dengan tawaran dari mommy lyna, saya juga ingin mempertaruhkan entry ini untuk dipertimbangkan sebagai pemenang. seperti anak2 lain yang dirakam oleh EOG, saya juga mahu merakam kegembiraan anak2 saya supaya tak luput dari dalam ingatan.
semoga suatu hari nanti saya berjaya perolehi skill fotografi bagaikan EOG dan berupaya merakam gambar anak2 setanding EOG. insya-Allah.

**************

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

2 ulasan:

nur berkata...

semoga berjaya.. gambar sangat berharga kerana boleh bercerita...

JOM KE: ALL IN ONE

juanita berkata...

Salam,

Semoga bjaya mejadi seorg fotographer

http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/