Halaman

Selasa, September 06, 2011

Alfatihah untuk Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah. Dalam pada happy2 sambutan hari raya Aidilfitri nih kita dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang ahli dalam misi kemanusiaan ke somalia. aku sebenarnya tak tau langsung tentang misi tersebut sehinggalah keluar berita tentang peristiwa ini. Allahyarham tiada kena mengena pertalian saudara dengan aku pun tapi sebagai seorang ibu hati aku tersentuh juga bila tengok anak2 yang ditinggalkan. dua orang anak yang masih kecil telah kehilangan seorang ayah... tak tau laa derang faham ker tidak yer.


Masa abang kedua aku meninggal sebab eksiden, arwah tinggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan usianya 3 dan 1 stgh tahun ketika itu. Adik aku meninggal eksiden juga, pun punya seorang anak perempuan berusia 9 bulan. apa yang aku kenangkan ialah betapa seorang anak kecil sangat2 perlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu dan ayah.... tak boleh ada salah seorang jerk... tak boleh... dan seorang isteri sudah tentu perlukan seorang teman iaitu seorang suami. kini, akak ipar dan adik ipar aku tu dah pun mendirikan rumah tangga dengan orang yang sudi berkongsi kasih. aku harap anak2 buah aku tu mendapat kasih sayang seorang ayah yang sewajarnya... tak semua orang mampu mengasihi anak orang lain sama seperti anak sendiri. harapnya layanan serta kasih sayang terhadap anak tiri dan anak sendiri sama adilnya. Insya-Allah...


Semoga Allahyarham Noramfaizul ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Aku doakan juga isterinya diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menempuhi ujian ini. walaupun mendapat pampasan insurans yang berjuta ringgit sekali pun namun keadaan itu tidak dapat menandingi kehilangan orang tersayang. bibir mungkin mengukir senyum tapi dalam hati siapalah yang tahu. Semoga Allah memberikan ganjaran setimpal buat orang2 yang sabar. Aminnn...






cerita lanjut di sini.

nota kaki ayam : bapak mentua aku kata... lebih baik antar Mat Sabu ke Somalia. untung2 dia mati sebagai pejuang dalam misi kemanusiaan juga... aku yakin, sesaper yang gi Somalia sana tu balik Malaysia mesti insaf punya... sini mewah makan pakai... mati pun sebab terlebih makan. aku harap Mat Sabu yang berdegar2 sokongannya pada fahaman komunis tu kembali ke pangkal jalan. semoga dia tahu asal usul dan sejarah peristiwa bukit kepong tu. mari ktia sama2 ucapkan Alhamdulillah... semoga negara kita yang merdeka hanya beza 3 tahun dengan kemerdekaan Somalia (1960) akan kekal aman makmur serta maju dan berjaya. maka kembalilah kita kepada perjuangan menegakkan hak2 Islam. Allahu Akbar....

Tiada ulasan: