Halaman

Khamis, September 08, 2011

Saka & pewaris seterusnya part III



hohoho... hari nih hari ketiga masuk kerja lepas bercuti raya. lama jugak laa... dalam 10 hari mcm tu sampai kak ngah tanya.. bila nak balik kajang, mama? wah wah... hepi2 aku dok kampung tiba2 plak dia tanya mcm tu...terus jadi stress. bila dah balik kajang, ditanya pulak bila nak balik kampung. mcm tu ler perangai bebudak nih... penat nak dilayan.

okeh lah... nak sambung citer saka nih. aritu ingatkan nak abis sampai part II jerk tetiba balik raya ritu ada kuar citer yang terbaru diceritakan oleh adik ipar aku... dan sebenarnya hb sendiri pun tak tau asal usul citer saka tu...

asal nyer masa saka tu nak cari tuan baru, ada salah sorang beradik FIL setuju nak terima. saka yang dibela tu akan membuatkan tuannya tak kering duit... adik FIL plak mmg jenis boros tak tau amende yang di belanja... ke mana duit pun tak nampak... so sentiasa kekeringan ler... tu yang dia sanggup nak bela saka tu. tapi saka tu plak bleh tak nak. dia nak jugak kat FIL. tu yang pelik tu... dah ada orang nak... ko plak tak nak... pandai plak pilih2 tuan yer... maka masa nak jugak "duduk" kat FIL tu mmg teruk laa dirasuk apa sumer. adik ipar citer, masa tu derang kecik2 tapi masih ingat lagi ler terpaksa ke hulu ke hilir pi berubat sumer. kadang ada bomoh datang umah berubat kat rumah pulak. pastu ada duit muncul... aku tak tau ler mana gaya nyer duit syiling ker duit kertas ker.. tiba2 ada dalam dompet ker ada dalam laci ker... tapi adik ipar kata mmg tiba2 ada duit kat mana2... so FIL tak kasi guna laa duit tu. tak tau laa disimpan atau dibiar ker cemana. kata FIL biar susah dari pakai benda tak tau asal usul.

selama FIL dalam keadaan terganggu tu derang selalu gak alami benda2 pelik. pernah makanan yang telah di masak terhidang dengan sendirinya. masa malam nak tidur, buaian terbuai2 dengan sendirinya. bila bomoh datang nak ubatkan FIL, adik ipar kena rasuk... cakap bahasa jawa ker bahasa bugis ker cemana ntah... selalunya begitu kata hb. dan kebiasaanya bila mengubat FIL, atuk yang ada kat rumahnya pun sakit. selalu mmg begitu kata hb. dan atuk tak pernah datang ziarah FIL masa dia dalam keadaan mcm tu.

so masa cuti raya aritu hb pun reveal pada PIL tentang tilikan saka yang dah bertenggek atas dia tu. ada dia suarakan nak berubat tapi base on experience masa FIL berubat, atuk pun jatuh sakit juga. so dia tak nak kalau dia yang berubat, FIL pun jatuh sakit sama. kalau nak berubat, biar buang semua... dari atuk, FIL dan hb sekali nak kena rawat. tak tau laa bila hb nak gi darul shifa. dah dia kata gitu... nak tunggu sumer berubat... nampak gayanyer syok ler benda tu bertenggek lelama.

dari apa yang adik ipar citer maka faham ler skang nih. mungkin dengan kuasa Allah jua saka tu dapat menghijab peluang2 yang sepatutnya hb dapat. kalau pendek akal mmg akan amik bela juga sebab "dia" akan balas dengan menabur duit pada kita tapi apalah maknanyer mendapat rezeki dari bukan hasil usaha. guna benda2 halus lagi plak tu... nauzubillah... sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung dan sebaik2 tempat untuk meminta2. Allahu akbar...

Tiada ulasan: