3 nov lepas aku berpeluang menyandang tugas ke persidangan Parlimen. di saat aku dah 32 minggu nih sarat sangat rasanyer nak attend benda2 mcm nih dan biasanya aku akan tidur dalam dewan persidangan tu.. har har har... sungguh tak ikhlas menjalankan tugas. tapi kali ini beza sikit sebab tak ler tido sampai petang... belajar utk ambil tahu isu2 dalam negara dan luar negara. ada juga isu kecil yang diperbesar2kan... dan ada juga isu yang aku rasa tak masuk akal plak nak dibentangkan di parlimen... tapi besar atau kecil suatu isu tu mungkin pada pihak derang harus dibentang dan dibahaskan... pemimpin ler katakan... huhuhu...
masa persidangan tu ada dua isu yang menarik minat aku :
1. isu bayaran selenggara IWK sebanyak RM8 sebulan.
masa tim. menteri kewangan bentangkan jawapan (soalan perbekalan bla bla bla) kuar satu isu tentang IWK. ada yang berhormat (tak ingat bhgn mana) mencelah tentang bayaran IWK RM8 sebulan amat membebankan orang ramai sejak penyelenggaraan tersebut di swastakan ke IWK. dah ler tu dia compare plak dengan bil air seisi rumah RM3 sebulan? ada ker? area selangor kot... sebelum nih katanya ia berbayar dengan cukai pintu. skang nih bila dah swasta, dah ler kena bayar cukai pintu pastu kena plak bayar IWK plak lagi. tim. menteri kata sebenarnya IWK tidaklah mengutip untung malah rugi lagi ada sebab kos selenggara, kos staff dll adalah berlebih2 lagi dari apa yang pengguna kena bayar. tambahan lagi kos2 tersebut terpaksa disubsidikan oleh gomen.
kalau laa aku bleh mencelah jugak time tu nak jerk aku yang tolong jawab. kalau mampu beli rumah harga setengah juta... takkan ler RM8 pun nak berkira. sebulan baper kali ko makan KFC? McD? Subway? Pizza Hut? Secret recipe? atau setahun berapa kali ko gi vacation? yang isap rokok tu plak bleh ek spend RM10 sehari nak beli sekotak rokok.... berapa sangat percentage duit nak bayar IWK tu dengan duit joli2 mewah2 beli baju beli handbag bagai... parti sana parti sini... berapa % sangat luak duit tu utk IWK?
siapalah yang suka suki nak buat kerja kutip najis ko kat dalam kolong tu? Siap ada yang tak panjang umur sebab terhidu gas beracun masa nak bersihkan lubang yang tersumbat dek najis korang2 tu... timbang rasalah sikit jangan kedekut pada tempat yang tak sepatutnya. nak buat strategik planning utk treatment plant tu pun tak mudah. tak mustahil kalau pembinaan kolong penyimpan najis kat bawah tanah tu memerlukan khidmat nasihat orang luar yang mana kosnya ribu riban jutaan. dan proses pembinaan memerlukan peralatan serta bahan... bukan main kekoh pakai gigi dan tempek tahi lembu utk buat dinding tangki septik tu.
bagi aku senang jerk. orang2 mcm nih kalau tak nak bayar duit IWK kita cut off saluran ke tangki septik tu. maka sila bertanggugjawab atas hasil buangan sendiri. kalau kawasan ko banyak tanah leh gali... buang dan kambus semula. dah jadi mcm anjing yang korang bela tu laa kan... anjing mmg patut ler tak bayar duit IWK sebab dia gali lubang sendiri n tutup sendiri... bak kata kawan aku pun, ayah dia pernah sarankan utk berak atas kertas jerk kalau rasa tak nak bayar kos RM8 sebulan tu... pelik laa derang nih... benda remeh temeh mcm nih pun mau bahas... tempat2 lain rajin plak ko kuar duit tanpa berkira.
2. isu seksualiti merdeka
aku terpinga2 tentang isu ini. itu laa tak baca paper. dibangkitkan or YB zulkifli nordin ada ditulis dalam blognya di sini. seorang pendakwah islam terkemuka juga ada mengupas tentang isu ini di sini. bercampur baur rasanyer perasaan aku bila dengar isu nih. rasanyer mana2 agama pun tak ada yang membenarkan perhubungan tanpa ikatan sah... perhubungan luar tabii dsb. lebih sedih bila ada golongan muslim yang sama menyokong aktiviti ini. golongan LGBT ini (Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!) yang mana mereka ini umpama golongan jahiliyah yang tak pernah tahu sejarah islam yang mana Allah terbalikkan muka bumi golongan orang yang mengamalkan seks songsang di zaman nabi Luth. bimbang jika Allah turunkan malapetaka yang amat dahsyat di pesta tersebut sebagai mana Allah datangkan tsunami tidak lama dahulu... tentu ada manusia2 yang tidak berdosa juga terkena tempiasnya.... nauzubillahi min zalik...
aku fikir dunia kini sudah akhir zaman... maka kita yang sedar diri ini bersiap siagalah untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan bersedia utk dunia serta akhirat... haiyya alah solah... haiyya alal falah.... Allahu Akbar... tak tau nak cakap apa lagi dah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan