Halaman

Selasa, Disember 06, 2011

casa arina giveaway: I want this!

vavavum... sis ana ada buat giveaway ler... utk tidak melepaskan peluang... nak join jugak laa... syaratnya:
1. buat entry tajuk I WANT THIS! and
2. insert both images in your post.
3. list down 7 POINTS the reason why you want the above prize.
4. leave your link in the comment box


I want this:

to answer all these:
1. Umur dah separuh umur Nabi SAW tapi takkan nak dok kat takuk tu jerk kan… kena laa tambah amalan2 lain utk tampung mana yang berlubang, takut2 dijemput sebelum cecah ke usia nabi… tak sempat plak nak buat bekalan ke alam abadi.
2. Tajuk “pesona” tu… mcm best sangat bunyinya… asyik sungguh… sungguh ker? Nak tau laa jugak…
3. Bangun juga sepertiga malam tapi selalu buat alasan utk mendirikan solat tahajud… paling2 buat pun solat taubat…. Tingin nak buat tahajud tapi mcm tak kompiden… erk… naper yer? Ker lom sampai seru?
4. Naper yer nak solat tahajud? Solat wajib pun tak khusyuk… bleh ker rasa nikmat tahajud yang mempesonakan tu?
5. Orang kata tahajud bleh buka pintu rezeki… ermm… harus cuba nih… tapi ikhlas ker nak buat tahajud? Atas rasa ikhlas sebagai hamba atau sebab nak meminta2? Tapi tak salah minta dengan Allah kan? Bukankah Allah sebaik2 tempat utk meminta2…?
6. Apa kelebihan al-mathurat nih ya? Dulu2 masa kat asrama selalu dengar kawan2 baca… naper tak terfikir nak join baca yer?
7. Kalau dapat 2 buku nih tentu sis KNV dapat kongsi pahala juga kan…? Bagus ler sis buat mcm nih… at least diam2 tanam saham utk akhirat…


Hoh… nasib baik 7 soalan jer… Erm… kalau tak buat, nak salahkan diri sendiri atau salahkan setan? Sebenarnya kalau nak seribu daya… tak nak seribu dalih kan? sendiri mau ingat...

2 ulasan:

knv berkata...

hahah! thanks dear! tak sangka berminat nak join. bagus bagus! yang penting ada keinginan nak buat tahajud.

buat dulu. dua rakaat sudah memadai. minta ampun dan minta allah rahmat kita sebagai hambanya. insyaallah akan terpesona akhirnya.

semoga ada rezeki dik!

knv berkata...

salam pau.
boleh bagi mailing address? email to ana_miraa@yahoo.com.

thanks.