Halaman

Selasa, Disember 06, 2011

Siri akhir : Saka dan pewaris seterusnya


salam all
sebenarnya dah lama nak update citer nih tapi asyik bertangguh2... antara percaya dengan tidak... mistik dan realiti... hehehe... sambungan siri sebelum nih part I, part II dan part III... mak ai banyaknyer... dalam siri akhir nih nak citer tentang perawatan... ehh... dah mcm citer bersiri bercakap ngan jin yer? keh keh keh...

pada bulan oktober ritu kebetulan ada jemputan kenduri kawen saudara sebelah ibu. so orang2 kampung pun mari ler... dah alang2 kumpul keluarga nih maka mereka semua mesyuarat ler nak hapuskan saka nih. mereka bincang anak beranak jerk... yang tak join cuma ibu dan para menantu sebab tadek kena mengena kot. menurut FIL sebelum nak ke mari nih ada beberapa kali didatangi makhluk hitam besar dan memeluk FIL sehingga menggigil2 dibuatnya. kadang nampak ada kelibat lalu... ibu tak pernah perasan pulak semua tu. pastu masa FIL nak gi berurut sakit kaki, tukang urut tu kata ada "benda" pada dia dan kalau tak dibuang mmg sakit tu takkan surut. tapi nak berubat tu nak kena datang 3 kali... bayarannya RM3K mcm tu... aikss... dah mcm pelik jerk nih... so FIL buat ignore jerk laa... ni dah mcm kes penaya pun ada jugak... kadang dia "tumpang barang dia dulu" pastu bila orang datang berubat dia amik laa balik... biasalah bomoh cari makan.

sebelum ibu ngan ayah datang utk kenduri tu, hb dengan sendirinya telah pergi berubat dengan seorang rakan lama beliau ketika sama2 menuntut di Jordan dulu. aku tak ikut ler... tinggal kat umah dengan anak2. bila balik tu dia cerita laa jugak... sedang dirawat tu, berzikir... latihan pernafasan sambil pejam mata... rasa mcm tak sedar laa sekejap. dalam pada tak sedar tu diceritakan semula oleh perawat tu, benda tu datang tapi dok kat sebelah kawan hb. tujuan kawan2 hb datang tu adalah sebagai backup. manalah tau tiba2 hb meracau sepak terajang tak tentu pasal at least dah ready ada tukang pegang... huhuhu... kedatangan makhluk tu mcmnya nak tanya... naper panggil? atau... ko nak wat per ngan budak nih (hb)? so perawat pun membaca sesuatu pada air dan merenjis2 ke arah makhluk tu... makhluk tu pun hilang....

bila PIL datang utk kenduri tu, derang gi jugak laa berubat dengan kawan hb tu. FIL plak yang sakit kaki sebelum tu pakai tongkat dah bleh berjalan betul sampai tertinggal tongkatnya... hehehe... tak tau laa adakah berkaitan dengan mistik ker atau salah urat ker... tak pasti sebab aku pun mmg tadek ditempat kejadian selama derang dirawat tu. mmg perawat tu ada urut2 sikit laa... rawatan guna air kelapa muda... buah kelapa kena bawak sendiri ler...

selang beberapa hari tu buat back-up lagi... rawatan di darul shifa, bangi. sorang bawak balik sebotol air jampi. hb kata, ustaz tu tadek laa cakap apa2 pasal saka.... tapi sebelum balik tu ustaz ada cakap jugak... kalau nak "bersih rumah" bleh ler panggil kami...(???) aku pun kompius... tadi kata tak ada apa2... pastu offer plak kalau nak "bersih umah"... kompem bukan setakat menyapu habuk dan sampah dalam rumah tu jerk kan? mesti ada benda lain nih....

lepas dah berubat tu... sedikit demi sedikit nampak jugak laa perubahan yang lebih positif dari segi pekerjaan tu. hb yang kini ikut2 kawan buat kerja kontraktor dapat jugak tempias projek kecil2an. syarikat enterprise kami (FNH Products & Services) dapat tender kerajaan biarpun bermula dengan projek2 kecil tapi sekurang2nya masuk jugak dalam list projek gomen... huhuhu... of coz hb gembira dengan perubahan ini. dapat LO pun kembang kuncup idung dia... dpt claim cek lagi laa gigil2 dia nak masukkan dalam CDM... semalam baru mula tender baru... tender kantin di tempat yang selalu dia dapat buat projek gomen tu... mmg hb minat memasak pun. walau pun penat tapi sebab dia enjoy memasak... aku pun suka jugak cuma tak berapa pandai nak masak... dan lembab.... kang orang dah kebulur, tak siap2 masak lagi... har har har...

okeh lah... maka dengan ini berakhirlah rentetan citer saka nih. sebenarnya aku sendiri pun tak tau nak kata... adakah sebab saka tu menyebabkan hb terhijab dari sebarang peluang pekerjaan atau mmg Allah takdirkan rezeki dia lambat... lambat yang teramat sangat kerana Allah ingin menguji... Allah turunkan ujian terlebih dahulu sebelum memberikan ganjaran yang terbaik buatnya. hanya Allah yang maha mengetahui atas setiap apa yang diaturkan. semoga selepas ini, peluang utk perbaiki keadaan hidup akan lebih cerah lagi... yang penting walau apa pun yang Allah beri seharusnya kita bersyukur dan berdoa semoga Allah limpahkan kepada hamba2Nya kemewahan rezeki yang barokah jua. dan sesungguhnya Allah adalah sebaik2 tempat utk meminta2... amin....


Tiada ulasan: