Halaman

Khamis, Disember 22, 2011

Selamat datang yang tersayang...


alhamdulillah...
saya telah selamat melahirkan Muhammad Arief Hakimi bin Helmy pada hari khamis 15 disember 2011 jam 10.53 mlm di hospital serdang secara normal dan berat bayi 2.9kg.
saya jangkakan kelahiran Hakimi ialah seminggu sebelum due date iaitu 20hb... (tapi mengharapkan selepas 21hb sebab ada jamuan kat opis... hehehe.... malangnya tak sempat laa pulak...) Hakimi lahir lebih awal sekitar hampir 2 minggu. sesungguhnya kehadiran si kecil bukan mudah utk di jangka. alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran pada kali ini.

moh saya citer sket kronologi kelahiran....

khamis 15 disember 2011

8.30 pagi ke KKIA Bangsar utk rutin checkup. nurse sembang2 ada patient KKIA Bangsar bersalin di parking lot Mid Valley masa nak gi shopping2 barang baby. oohh... teringat tentang janji nak bawak anak2 gi jalan2 alamanda hujung minggu nih... erkk... haruskah?

10.00 pagi abis checkup berjalan balik ke opis. singgah beli buah letak kuah rojak banyak2... mak ai.... pedas laa pulak...

10.30 pagi meeting bahagian pemeriksaan paten kejuruteraan. lepas miting ada juadah ringan.

1.00 tghari tak plan nak lunch sebab rasanya kenyang lagi makan lepas miting tu... plan nak turun beli goreng pisang kul 3 ptg. perut memulas2... asik membuang jerk... kadang duduk... keluar... kadang tak keluar... banyak kali ulang pergi tandas...

3.00 ptg tak turun pun beli goreng pisang... malas plak nak jalan... perut masih memulas...

4.30 ptg tipon hb tanya nak gerak ambil saya kul baper. rasa tak sedap hati. tpn bbsitter bgtau nak tumpang anak2 bermalam sebab rasa tak sedap perut... confuse nak berak or nak beranak... takut masa dah time.

6.00 ptg hubby fetch kat ofis. jalan jammed giler sebab hari hujan. tiba2 rasa contraction... jeng jeng jeng.... very mild... tapi tau laa tu contraction. mintak hb terus pandu ke hospital. member dah cuak... takut terberanak dalam kete. nak ke HKL payah nak pusing... ke Hosp serdang kena redah jammed juga... tak tau nak pergi mana... teruskan jerk ke Hosp Serdang.

7.30 mlm sampai spital serdang. masih mild contraction. ambil bacaan ECG.

9.00 mlm doktor check jalan... dah 3cm. lagi 4 jam baru nak repeat check jalan. suh hb balik dulu sebab dia nak kena masak utk order catering.

10.00 mlm sakit kuat sela masa 5 minit sekali... mintak doktor check jalan tapi diminta tunggu... bgtau dah tak tahan (alasan...) walaupun diberitahu tak bleh check kerap takut bb kena infection.

10.30 mlm mintak check jugak2... tolong laa jgn tunggu sampai air ketuban pecah... huhuhu... tengok2 dah 6cm. doktor pecahkan air ketuban. terus tolak ke labour room. sms hubby kot laa dia nak datang semula ke spital.

10.50 mlm sampai labour room tukar katil... terus bidan suh teran... mungkin sebab dah nampak kepala baby kot... huhuh... teran 2-3 kali jugak laa... berdoa jangan ler koyak... huhuhu...

10.53 mlm baby arief hakimi selamat dilahirkan. alhamdulillah... tak koyak so tak jahit... senangnya dalam hati.... :) atas izin Allah jua.... nurse pelik hubby tak tunggu saat2 isteri bersalin... hahaha...

tu jerk lah citer bersalin kali nih. lebih kurang mcm bersalin maisarah ritu. sampai spital kul 6.00 pagi, lahirkan dia jam 6.32 pagi... lepas nih mmg tak boleh nak lewat2 gi hospital.... eh... ada nak tambah lagi ya? keh keh keh...

semoga saya sihat disepanjang menjalani tempoh berpantang. ini merupakan kali pertama berpantang sendiri disamping menguruskan 3 orang anak lg... semoga dengan izin, bantuan dan kekuatan dari Allah jua agar saya dapat menguruskan keluarga dengan baik... insya-Allah...

2 ulasan:

cysev3n berkata...

congrats cik pau! semoga happy berpantang :)

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah. dah kuar baby comel tu... Senangnya bersalin. Harap2 saya pun senang macam tu jugak. Due bulan 2 tp sekrang dah gabra. Macam la tk besa beranak.

madoct10