Halaman

Isnin, Februari 27, 2012

Awat...?



lebaqnyaa senyummm.... awat...?





















ooohh... sampai dah barang nih yer? hahaha... sengih sampai telinga...

for those interested bleh pi tengok kat FB RnR2u Biz.

selamat menjamu mata dan melabur duit poket...

Besarnya Pahala Seorang Ibu..






1) Apabila seseorang wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya,maka Allah telah memberikannya pahala bagai orang berjihad ke jalan Allah.

2) Setelah wanita itu melahirkan anaknya,maka terhapuslah segala dosa2nya ibarat seperti baru dilahirkan semula.

3) Setiap urat yg putus semasa melahirkan itu maka Allah beri pahala bagaikan orang yg menunaikan haji.

4) Setelah lahir bayi itu disusui,maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh Allah.

5) Seorang ibu yg menyusui bayinya sehingga tempoh dua thn,maka para malaikat dilangit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untuknya.

6) Apabila seorang ibu memberikan susunya kepada bayinya yg sedang menangis kelaparan,maka Allah memberikannya bersamaan setahun solat dan berpuasa.

7) Seorang ibu yg bersengkang mata pd waktu mlm kerana menjaga anaknya yg sakit,Allah memberinya pahala bagai memerdekakan 70 org hamba.

8) Seorang ibu yg menghiburkan hati anaknya,Allah memberinya 12 thn pahala beribadat.


Alhamdulillah... bersyukur kerana telah manjadi ibu kepada 4 orang anak.

Khamis, Februari 23, 2012

Jualan penghabisan stok!!!


stok yang ada pada saya... hehehe... dapatkan pasangan yang berikut...

1.
ESP + Omega guard utk mengurangkan berat badan. (wink! wink!)
2. Meal shake + omega guard sebagai makanan tambahan utk anak2 anda.

dan





hubungi saya utk mendapatkan harga kedua2nya pada harga luarbiasa... wink! wink!
bibimie@gmail.com
012.764.07.60

Selasa, Februari 21, 2012

mendidik anak bersolat

alhamdulillah... abg long telah 2 hari bersolat maghrib. sebagai ibu, itu sudah cukup mengujakan. malam kelmarin aku tunggu dia bersolat sambil mengajarkan bacaan2 dalam solat. malam semalam dia suruh tunggu juga dengan alasan tak pandai nak baca tapi aku biarkan dia solat sendirian dan ambil peluang mengintai di celahan pintu. malam nih kalau ada kesempatan nak tunggu dia bersolat lg.

sebenarnya minat untuk bersolat nih kena pupuk dari kecil dan ibubapa sebagai role model kena laa tunjuk sikap yang baik terhadap tanggungjawab menunaikan solat iaitu solat diawal waktu. lepas nih tak boleh malas2. kena bersiap utk solat sebaik sahaja azan berkumandang supaya menjadi contoh pada anak2. tak sia2 juga aku hantar abg long dan kak ngah ke sekolah agama sri munawarah tu. at least derang dengar cakap cikgu. ada masanya kita pulak yang "disekolahkan"... huhuhu... mesti pada pandangan anak2, cikgu yang betul dan cikgu tau semuanya so bila kita cakap perkara yang betul pun pada dia mesti salah. tak per... masih boleh dibentuk.

hari nih ada orang share tentang cara mendidik anak bersolat. so aku pikir bagus share kat sini sebagai panduan ramai serta utk diri sendiri jugak... jom tengok... bleh klik pada gambar kat bawah tu yer...



lepas nih bleh buat jadual solat dan aktiviti lain dengan anak2. insya-Allah.. moga Allah permudahkan... aminnn...

Selasa, Februari 14, 2012

selamat kembali bertugas

alhamdulillah.. hari nih dah masuk hari kedua kat opis. mcm biasa... riki2 apa gossip2 kat opis nih sementelah 2 bulan menghilangkan diri... hehehe.. email melambak2 nak pensan menapisnya. seminggu nih mmg kerja tapis email, update n susun strategi buat kije... aa maklum laa tahun baru... konon mcm semangat lain sket... time tengah tahun tu slow... hujung tahun gelabah... ahaha... biasa laa tu... harap2nya tahun nih berubah lah.

okeh laa rini nak citer tentang solat sunat dhuha. sebenarnya buat time tergerak nak buat... tapi dah lelama buat, kalau tiba2 rasa malas nak buat rasa mcm tak best kalau sengaja tinggalkan. tak caya? try laa buat jangan tinggal walau sehari selama 44 hari... mesti lepas tu segan2 nak tinggalkan solat dhuha nih...

last week masa minggu terakhir bercuti ada dengar tentang solat sunat dhuha kat TV. mmg solat untuk buka pintu rezeki. rezeki dari apa2 segi laa.. kesihatan ker.. kejayaan ker... bukan terhad pada rezeki duit jerk laa... mungkin ada yang kata.. oohh... aku dah kerja kat situ laa rezeki aku. takkan takmo rezeki lain kot... moga dengan solat dhuha nih makin luas pintu rezeki kita such as naik pangkat... hari2 kawan belanja makan... nak balik naik bas ada orang bayarkan tambang... rezeki gak tu... dan rezeki yang paling best bila kita dapat bersedekah dan zakat lebih dari nilai yang biasa kita sumbangkan. alhamdulillah... semoga dapat sama2 kongsikan rezeki yang sedikit tu dan Allah kurniakan lagi rezeki yang lebih banyak... insya-Allah.

nih lah dia doa solat sunat dhuha....



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

amin... semoga kita sentiasa mengamalkan soalt sunat dhuha ini... insya-Allah.