Halaman

Isnin, November 19, 2012

Abg Long selamat bersunat

Alhamdulillah... dah bersunat si anak bujang. sebenarnya tak plan secara serius nak sunatkan dia. ada tanya2 nak sunat tak? dia cakap... okeh... so masa cuti hari maal hijrah ritu gi booked kat klinik as-salam sek 7 bangi. hari sabtu malam kul 9 selamat di sunatkan.

aku dan anak2 lain dok menunggu di rumah. mcm2 yang terlintas di fikiran sebab lewat sangat baliknya. apa yang terbayang dalam kepala ialah abg long lari keluar dari klinik... hahaha... haru kalau mcm tu. masa yang ditunggu2 pun tiba. sebaik pintu di buka, abg long masuk dengan senyum melebar. aikk... telahan songsang nampaknya. tak sakit ker? tak... mcm gigit semut jerk... menjawab sambil senyum... mak ai... tahan dia rupanyer... huhuhu... bagus2... abg long anak yang kuat. hb kata masa doktor sibuk buat kerja tu dia pun sibuk main iPad. tau2 dah siap... hahaha...

masa nak kencing tu dia nangis jugak sikit sebab ngilu agaknyer dan mungkin sakit tempat doktor inject bius tu. hari kedua dah pakai seluar. tapi dia mcm geli2 seluar kena kat clamp tu. yang best tu malam first lepas sunat tu siap tidur tiarap lagi. hb laa yang tidur2 ayam nak jaga dia jgn tidur tiarap... huhuhu...

lepas nih giliran adik kimi pulak. rasanyer tak praktikal nak sunat umur 12 tahun. budak dah besar dan malu. kalau nak ikutkan elok sunat kekecik sebab disuruh solat sejak umur 7 tahun so pada umur 5-6 dah sunat kira dah bersih dah budak tu dan boleh solat jemaah bila dah masuk umur 7 tahun.

Alhamdulillah... abg long berjaya melalui proses yang "menakutkan" dengan tabah dan enjoy... huhuhu...

1 ulasan:

MaMa Rey berkata...

anak sy baru bersunat minggu lalu..cian jg tengok dia lepas brsunat hehe