Halaman

Isnin, Januari 24, 2011

Panduan memilih supplement

salam buat pembaca budiman. alhamdulillah sejak makan supplement rasanya keadaan kesihatan makin baik dan makin bersemangat nak bangun pagi. dulu pernah juga makan supplement tapi tak boleh nak maintain sebab terlalu mahal. runsing dengan keadaan kesihatan yang mudah jatuh sakit dan sering pening nak tumbang,saya cuba mencari jalan penyelesaiannya. banyak perkara yang saya pertimbangkan... sakit rohani? sakit jasmani? nanti saya cerita lebih lanjut.

hari ini saya ingin bersetuju dengan entry yang dibuat oleh hadhatina. jom sama2 baca panduan memilih supplement yang beliau kongsikan.

Dewasa ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!

Justeru, suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan panduan-panduan berikut :-

1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrum
Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.


2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi)
Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.

Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.


3. Reputasi pengeluar jenama vitamin
Sebagai orang kebanyakan kita mungkin tak dapat nak lakukan lab test ke atas setiap vitamin yang kita nak ambil. Oleh itu, reputasi syarikat pengeluar vitamin adalah penting. Misalnya, bila menyebut tentang Shaklee, kebanyakan orang mengenali syarikat yang dah lebih 50 tahun memberi kebaikan kepada masyarakat sejagat. Analoginya, bila Nike keluarkan kasut yang dikatakan ‘mengikut aluran kaki Micheal Jordan’, tak ada orang nak pegi ukur kaki Micheal Jordan untuk pastikan sama ke tidak dengan design kasut Nike sebelum membelinya.
Kesimpulannya, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.


4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkan
Pastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mendapat sijil halal yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. Maklumlah, benda makan-makan ni jadi darah daging.


SHAKLEE mempunyai kedua-duanya :)


Kita juga boleh mendapatkan maklumat dari pihak berkenaan tentang kajian-kajian yang telah dibuat terhadap produk mereka. Pastikan bertanya kepada orang yang betul, i.e. pakar dalam sesuatu produk itu. Misalnya untuk mengetahui tentang produk Shaklee Malaysia, bertanya lah kepada pengedar/cawangan Shaklee Malaysia. Mereka pasti mempunyai jawapan terhadap kemusykilan kita. Jangan pula bertanya kepada pihak yang tak berkaitan, kerana jawapan yang diberi mungkin dari tanggapan semata-mata. Maklumat yang betul hanya ada pada orang2 yang betul.


Oh ye! Sekadar peringatan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia suplemen .. supaya tidak berlaku salah faham di kemudian hari.

Supplement tidak boleh menggantikan makanan kita. Kita mesti kena makan juga.

Menyediakan makanan mengikut gizi tidak menentukan bahawa keperluan nutrient tubuh kita dipenuhi. Ini kerana cara penyediaan makanan, persekitaran dan sebagainya boleh merosakkan vitamin dan mineral.

Pengambilan vitamin bukan hanya semasa sakit, kerana apabila sudah sakit baru nak ambil vitamin, kesan healing crisis akan menjadi lebih teruk.

Wanita hamil, ibu menyusu, perokok, mereka yang menjalani cara hidup stress, warga tua, memerlukan supplement bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka.

Pengambilan ubat-ubatan (drug) dan antibiotik boleh menghalang penyerapan vitamin2 perlu. Jadi kita perlukan vitamin tambahan untuk memberikan badan kita keperluan vitaminnya.

Saya amat berharap sedikit perkongsian maklumat ini dapat membantu kawan-kawan memahami tentang konsep suplemen serta menjadi panduan untuk memilih suplemen yang terbaik buat anda. InshaALLAH.

Tepuk dada, tanya IMAN. Hanya jauhari mengenal manikam :)



Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

Jumaat, Januari 21, 2011

amalan berpantang dan awet muda

oohh... lupa nak bagitau. pada 10hb jan aritu dapat anak sedara yang baru nama dia zara sofea. comel nyer dia... terpaksa "kuar kut tingkap" genap pd minggu ke 36 sebab songsang.. kepala dok atas dan tali pusat dah membelit di leher. alhamdulillah bb sihat selamat dengan beratnya 2.5kg. bila tengok bebudak kecik nih... dengan harum bau baby... rasa mcm nak sorang lagi kan... kan kan...? ahakss... beranak kena berjadual. nanti misi marah.

okeh... sebenarnya nak citer tentang penjagaan dalam pantang dan pengamalan berpantang untuk awet muda yang dikongsikan oleh seorang mummy bergetah ber-anak 7. pergghh... 7 tu beb... diulangi... 7. giler dasat tu... sempat tak sempat? rasa kembang pungkok gak nih.. sebab dalam pantang dia ada mengamalkan penggunaan vitamin shaklee... aisehh... tak sangka yer saya bakal awet muda. dan bakal beranak 7... bleh gitu...? eceh... kembang pungkok betul2 baru tau. itu pasal laa masa berpantang kena jaga... jangan degil. so citer pengamalan supplement shaklee semasa berpantang saya share kat sini laa yer... kalau tak caya.. bleh gi sendiri kat link dia... tengok tuan punya badan cun tak cun... bergetah tak bergetah.. klik sini.

•Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

•Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

•Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya. •Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

•Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

•Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

•Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru...(ni yang best baca statement kak nani rostam ni.. katanya lagi Jenama Shaklee adalah antara yang terbaik... wahh.. i like bila ada orang glemer pun suke mengaku akan keajaiban produk ni..hehe..dia ni bukan jual shaklee pun tapi memberi komen berdasarkan ape yg dia rasa..)

•Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

•Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

•Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

pengguna set langsing turun 2kg

"kak pau... saya turun 2 kilo..."
kata bakal pengantin. wah terujanya...! susah juga nak turun banyak sebab hari persandingan minggu depan jerk.... huhuhu... tak per ada jugak turunnya tu. walaupun terlambat menjadi pengguna trial pack set langsing, bakal pengantin tersebut baru mencuba selama sebulan. okeh laa tu turun berat dengan vitamin, bukan dengan sebarang ubatan. ermm... lepas nih leh sambung ambil lagi set langsing. kot laa jadi mcm pengguna yang sebelum nih...turun 20kg sebulan... aa.. angka dua juga tu kan.. apa pun setiap penggunaan, kesannya bervariasi pada setiap orang. setiap set langsing mengandungi lecithin, alfalfa dan herb-lax. jom kita tengok fungsi lecithin yang bertugas sebagai pengurai lemak.

sharing from cery..

Kalau sebut vitamin...seperti B Complex..Multivitamin..Calcium..Vitamin C...Vitamin E...rasanya ramai tahu lah sedikit sebanyak fungsi2 vitamin ni.. tetapi bagaimana dengan Lecitin?..Saya sendiri tak familiar sangat dengan Lecitin ni....cuma sekarang ni...bila dah masuk alam vitamin2 ni. (uisy..mcm masuk alam ghaib jer..)..... bertambahla lagi pengetahuan saya... Lecithin antara vitamin glemer dikalangan mereka yang nak kurus...kerana ia berfungsi untuk memecahkan lemak... tetapi rasanya ramai tak tau yang ia sebenarnya berfungsi lebih dari itu....


Sekilas fakta: Lecitin itu sendiri adalah lemak.. FAT??..oppss.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. contoh buat kek...yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean... i likeee... di sini saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu...

1.Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini

2.Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3.Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,

4.Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....

5.Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

6.Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

7.Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...

8.Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9.Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

10.Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11.Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12.Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13.Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk penghasilan BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di mana2 branch Shaklee berdekatan.

Isnin, Januari 17, 2011

tempoh keberkesanan vitamin shaklee

*sharing dari blog cery

Sekilas fakta:Shaklee adalah antara vitamin yang terawal dalam sejarah supplement. Ianya diperkenalkan oleh doctor yang bernama Dr. Forest C. Shaklee. Beliau mengkaji kepentingan tumbuh2an dan kebaikannya ke atas manusia.

1. Forest C. Shaklee is the founder of vitamin in year 1951- vitamin mineralized
2. Shaklee melakukan klinikal test untuk setiap produknya...
3. Telah lebih 50 tahun dalam pasaran dan ianya diyakini selamat.
4. Ianya murah setanding dengan kualiti...
5. Amalan istiqamah akan membuahkan hasil dan kesan yang ketara.
Supplemen Shaklee adalah vitamin.. yang bertindak secara natural..mari saya share sekali lagi entry lama saya yg menyentuh kenapa ambil supplemen / vitamin perlu diperingkat awal dan perlu kesabaran?

1. Penyerapan vitamin oleh sel akan menjadikan sel itu perlu masa untuk stimulate dan menghasilkan sel yang kuat dan membentuk antibodi.
2. Supplement akan mengisi ruang kekosongan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.
3. Tindakbalas yang berlaku dalam badan untuk proses penyembuhan adalah secara semulajadi oleh sistem antibodi badan yang secara perlahan2 dibentuk dari pemakanan dan yang dilengkapi melalui makanan tambahan.
kalau ubat pula?..efeknye cepat…(mcm telan panadol tu..cepat surut panas and sakit kepala…kenapa saya kata ubat ade kelemahannya walaupun efeknye cepat?
1. Proses penyembuhan berlaku adalah secara paksaan melalui suntikan ubat kedalam sistem antibodi tubuh.
2. Saraf akan menjadi lemah kerana terlalu bergantung dengan ubat.
3.dalam jangka panjang, antibodi dan saraf kita akan mula lali dengan ubat tersebut maka dos yang lebih tinggi diperlukan oleh memastikan penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.
4. Boleh memberikesan dan impak yang besar kepada buah pinggang serta hati.


Sebab tu saya kataShaklee ni best..dan yang penting kene consistent mkn berterusan.. yelahkan ..kita bukan nak sihat sehari dua jer..jadi pastikan anda sabar di awal2 pengambilannya.dan teruskan lah setia bersama Shaklee...Hasilnya?..berbaloi baloi..

tak perlu saya hurai panjang lebar.. hanya yang dah rasa pasti akan over2 excited.....hihi..bak kata Pn Fida ni..selepas 5 bulan sabar mengambil Shaklee........ Pn Fida,kenalan cyber saya...... besar jugak ujian dan cabaran beliau dlm penyusuan susu ibu.. tak tercerita kat sini.. tapi saya yakin beliau seorang yang tabah... supplemen ni hanya sebahagian dari checklist ..selebihnya terserah kat sendiri.. dan yang pasti rezeki susu ibu itu dari Allah SWT jua..beliau bermula dengan SET B ..kemudian sedikit demi sedikit add on ESP, Omega, Vitamin E, Nutriferon..dan sekarang baru nampak kesannya.. kesannya yang amat mengujakan si ibu dan si anak.....

Mari baca SMS,Puan Fida..(belum sempat upload gbr baby beliau yg comel)

"hi kak..sihat alhamdulillah.. baby pun sihat..fida punya eczema getting better..susu hari2 dpt 150z..alhamdulillah tak pernah kurang dari tu...tulah kak...rasanya dah dekat 5bulan mkn shaklee..baru rasa kesannya..lega sangat.memang tak menyesal pun beli shaklee nih..hihi..dan fida akan teruskan guna sampai bila2... "

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk jangkamasa 30 hari dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini. sebarang pertanyaan boleh email kepada saya di alamat bibimie@gmail.com. ingin membeli dengan harga ahli? dapatkan produk shaklee di cawangan dengan harga ahli. gunakan ID 846053 di man2 branch Shaklee berdekatan.

tips untuk hari ini

wah... ada tips dari jutawan muda irfan khairi dipetik dari fb.

Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini


Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga


Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga


Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki!


Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!

dan ini dari cery... rahsia menjadi jutawan.. dari buku the millionaire's mind

1.Being honest with all people
2.Being well discipline --- azam baru ni..taklihbertangguh2...setiap minit adalah berharga
3.Getting along with others --- mana boleh sorang2 kan.. berdamping dengan yang bersikap positif
4.Having a supportive spouse (husband/wife) --- Thanks to my dear hubby
5.Working harder than most people
6.Loving my carreer / business -- Yes..I love my current business...
7.Having strong leadership qualities
8.Having a very competitive spirit / personality --- yes..saya suka bertanding..bertanding secara adil dan saksama..
9.Being very well organized
10.Having the ability to sell my ideas / products
11.Making wise investments
12.Seeing opportunities other do not see
13.Being my own boss
14.Willing to take financial risk given the right return
15.Having good mentors --- ada dah mentor2 hebat2 ni. cery dan anne mentor terhebat dalam hatiku... hehe..
16.Having the urge to be well respected
17.Investing in own business
18.Finding profitable niche
19.Having extraordinary energy
20.Being physically fit

Khamis, Januari 13, 2011

kalau hati tak happy

minggu lalu, dek kerana tak mahu lagi berada dalam keadaan berserabut, aku mengambil keputusan untuk berhenti dari menjadi agen insurans. sempat laa merasa komisen selama setahun sentengah. ramai yang tertanya2 kenapa... nanti aku cerita... huhu.. ada satu perkongsian oleh anne yang aku nak tempek jgk isi2 pentingnya kat blog nih. entry tu seolah2 untuk aku yang sedang mengalami konflik ketika itu.

1. saya tak suka meeting...
as a part timer, miting boleh jadi suatu yang membebankan. lainlah halnya klu diri sendiri yang nak datang jumpa bos mintak nasihat ker apa ker... skang nih bleh buat conference jerk. memasing pakai laptop kan ada kamera. tak perlu nak sibuk2 redah jalan nak gi miting kat ofis. dulu masa awal2 aku dalam agensi *** aku datang seawal 9++ pagi. tapi orang lain datang kul 11... kul 12... bila dah ramai baru start miting. aku dah bosan menunggu. dah ler nak balik tu satu hal lagi nak tunggu public transport. akhirnya sampai rumah kul 3 petang. weekdays dah kuar kul 6.45 pagi balik rumah pukul 7 malam. ada pulak miting setiap hari isnin atau khamis pukul 8 - 10. aku pergi sekali jerk. dek kepenatan sampai rumah dah lewat sangat... tido lewat bangun lewat... terus aku tak gi dah. letihh...

2. Saya tak suka paksa orang. Jiwa saya suka ketenangan, gelak ketawa anak-anak. Adakala bila selalu pergi meeting, upline tanya....Biz macam mana? Saya rasa ia mengganggu ketenangan jiwa saya. Macam kena paksa buat biz. <-- ini kata anne... aku sangat setuju. tambahan lagi ramai yang sedia maklum banyak agen insurans yang memaksa client sign jerk proposal. maknanya terpaksa setuju beli polisi insurans... dulu cara aku sharing jerk. i try to educate people. terpulang samada derang nak sign up atau tidak. boleh fikir dulu. tapi bagi unit manager, penjualan mcm nih tak akan berjaya. sudah nyer miting tiap2 minggu asyik kena bambu jerk. open tak close... open tak close... open salah tak close pun salah. jangan memaksa dan jangan menipu... salah ker berpegang pada prinsip?

3. Shaklee adalah biz kita. Kita yang menggerakkannya bukan upline. Jika dahulu anda pernah join mana2 MLM , saya nak kalian tahu Shaklee is different. Kami tidak memaksa downline. <-- sebab tu laa aku cuba dan percaya ada benda lain lagi yang boleh buat duit selain daripada jual insurans. ini baru betul2 "my own bisnes".

4. Bukan buat Shaklee kerana upline tetapi kerana diri sendiri. Saya tak pernah amik tahu tentang pendapatan upline saya...sebab dia dapat atas usahanya sendiri. <-- setuju. tapi bila dapat tau upline dapat banyak tu banyak nih... rasa teruja.. kita pun mesti boleh dapat.

5. Elakkan sikap tuding menuding. Jika kita tudingkan ibu jari pada orang kononnya orang itu silap...ada 4 lagi jari yang menuding ke arah kita semula. Itu pentingnya muhasabah diri. Berjaya atau gagal kita adalah disebabkan dari sikap kita bukan orang lain.

6. Ahir kata. dalam dunia ni sentiasa ada ujian dan cubaan.... kena lalui dengan tenang dan tabah, Jangan cepat melatah. Sabar, sabar dan sabar. Ada hikmah di sebalik kejadian. Jika down, cuba amik wudhu' dan mengaji. Bacaan mengaji itu sendiri menjadi penawar terbaik hati manusia.Orang yang sabar dan istiqamah pasti menemui pintu kejayaan dengan izin ALLAH jua. Jangan sesekali putus harapan kerana ALLAH sentiasa ada untuk umat nabi Muhammad.

positif & negatif... kita di mana?

sedang aku berserabut.. bengkak hati dengan tuduhan melulu seseorang... tiba2 terbaca entry tulisan ustaz Pahrol. setiap entry yang termuat di laman gentarasa semacam satu panggilan untuk kembali mencermin diri. manusia mudah lupa. sesekali teguran yang datang secara berhikmah dan menusuk dapat melembutkan hati yang keras. mana mungkin kata nasihat disampaikan dengan cara dibentak2 dan meninggi suara. siapa yang mendengar pasti tak meninggalkan kesan secalit pun.
jom kita baca entry ustaz pahrol. moga kita sama2 muhasabah diri. insya-Allah..


Kata orang yang arif, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.” Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki. Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris.

Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini. Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan. Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…

Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.

Dalam rumah tangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insya-Allah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti akan menawan hati pasangan kita. Itulah hukum daya tarikan – law of attraction – yang kebelakangan ini kerap diperbincangkan dalam program latihan dan motivasi. Apakah yang dimaksudkan dengan law of attraction itu?

Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.

Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.

Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.

Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!

Bila suami hendak pulang ke rumah, sediakanlah set minda (mind set) yang betul sebelum masuk ke rumah lagi. Niatkan dalam hati ingin menceriakan hati isteri yang di rumah. Betapa besar sekalipun masalah kita di permusafiran atau di tempat kerja, leraikanlah dahulu. Jangan hanya memikirkan masalahnya sahaja yang besar, masalah isteri di rumah pun adakalanya lebih besar dan mencabar daripada masalah suami di luar rumah.

Begitu juga isteri di rumah, menjelang kepulangan suami, tenangkan hati, katakana kepada diri sendiri, “suami ku akan pulang. Aku akan menceriakan kepulangannya dengan memahami, simpati dan empati terhadap segala masalahnya.” Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat… sebenarnya adalah orang yang ego.
Aneh sekali pengaturan Allah – kadangkala, cara menyelesaikan masalah kita ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri ialah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerap kali doa kita akan dimakbulkan bila kita mendoakan orang lain. Jangan nafikan hakikat ini. Sebaliknya, praktikanlah. Lakukan kepada orang yang terhampir dengan kita, siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita?

Sayangnya, set minda yang betul kekadang tercalar oleh sikap curiga. Rasa hati yang simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka. Bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi, ketulusan kita dimanupulasi, maka kita enggan menghantar gelombang yang positif. Syaitan mencelah dengan tiupan kata-kata, “ engkau ditipu. Kejujuranmu tidak akan dihargai. Apa gunanya menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia?”

Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon cinta, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera. Berilah masa, berilah peluang dan bukalah ruang untuk pasanganmu berubah.

Petanda minda yang positif dan betul banyak sekali. Cukup kalau di sini kalau dinyatakan hanya dua. Dua yang sangat penting. Sematkan dalam hati dan praktikkanlah dengan hati, lisan dan perbuatan. Pertama, orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri pasangannya. Who you are determine how you see – siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat. Ya, isteri yang positif akan dapat melihat ciri, sifat dan aksi positif pada diri suaminya dan begitulah juga sebaliknya.

Masakan tidak ada langsung sisi positif pada pasangan kita? Jika demikian, mengapa kita memilihnya sebagai pasangan hidup ketika bernikah dahulu? Jadi, cuba positifkan minda kita dahulu nescaya kita akan nampak kebaikan pada pasangan kita. Ya, keburukannya ada, tetapi kebaikannya juga ada. Jadi apa salahnya kalau kita tumpu, hargai, pupuk dan bajai kebaikan itu agar dapat bertahan dan meningkat?

Manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Lalu jadikanlah suami kita sebagai wira. Sokong impiannya, bantu cita-citanya dan pulihkan kekecewaannya. Jadikanlah isteri kita sabagai wirawati yang didorong cita-cita, impian dan harapannya. Ketika suami pulang dengan wajah lesu, bimbang dan gentar dengan tribulasi di tempat kerjanya, isteri di rumah tetap menjadi penyokong yang setia. Tidak mengapa jika tidak punya buah fikiran, cukup hanya dengan kata-kata belaian dan sokongan. Buktikan dengan bahawa tubuh mu, bahawa kau adalah benteng dalam hidupnya!

Isteri di rumah kekadang bukan mengharapkan layanan bagaikan ratu atau permaisuri tetapi cukup sekadar suaminya mendengar dengan penuh penghayatan dan memberi penghargaan yang sarat dengan kejujuran. Mata itu jendela hati, maka pandanglah wajah isteri dengan rasa sayang yang tidak berbelah bagi, insya-Allah, pandangan itu akan meresap ke dalam hati menjadi penawar yang sangat mujarab pada keletihan, kelesuan dan kejemuan memikul tugas yang sama sepanjang hari.
Kita hanya boleh memberi kebaikan jika kita menjadi orang yang baik
. Jika kita tidak mampu lagi menghulurkan kebaikan, insaflah bahawa kualiti diri kita sebagai insan yang baik sudah boleh dipertikaikan. Walau apapun kesusahan atau beratnya penanggungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik. Aku tertekan, aku mesti marah. Aku kecewa, aku mesti mengeluh. Aku letih, aku mesti merintih… Itulah suara-suara hati yang sudah terkena tipuan syaitan dan bujukan nafsu.

Yang kedua, orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan pemasalahan. Siapapun akan myudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyuelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah isteri yang positif akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah rumah tangga atau masalah yang di hadapi oleh suaminya.

Ummu Salamah pernah memberi buah fikirannya kepada Rasulullah saw dalam menghadapi ‘rasa terkejut’ para sahabat baginda sehingga tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah apabila mereka terhalang untuk mengerjakan haji ke Makkah hingga termetrainya perjanjian Hudaibiyah.

Begitu juga Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya demi memberikan kerehatan kepada suaminya yang baru pulang dari musafir sehingga dipuji serta didoakan oleh Rasulullah SAW? Mereka berdua itulah antara ribuan isteri solehah menjadi pemberi tenaga (energy giver) kepada suami dalam menghadapi ujian dalam kehidupan di dalam dan di luar rumah tangga.

Mereka sentiasa fokus kepada penyelesaian dengan mencari apakah jenisnya masalah itu, apa puncanya, apakah alternatif penyelesaiannya? Mereka berani menukar gaya berfikir dan mengubah gelombang perasaan untuk mendapat hasil yang berbeza. Justeru mereka faham jika kita tidak mengubah gaya berfikir dan berani menukar perasaan, masalah yang sama akan menjadi keluhan dan rintihan berulang-ulang tanpa kesudahan!

Bagaimana caranya untuk tetap positif walaupun mungkin reaksi pasangannya anda belum seperti yang diharapkan? Jawabnya, ada dua. Pertama, berilah alasan untuknya. Tidak kira samada alasan itu benar atau tidak tetapi andaikanlah alasan-alasan mengapa mereka berbuat demikian. Jika kita menghulur senyuman, tetapi disambut dengan masam muka… katakan mungkin mereka letih, sakit, tertekan atau sebagainya.

Sekalipun mungkin alasan itu tidak benar, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak tersiksa memikirkan perkara-perkara yang negatif. Memikirkan yang negatif itu sahaja sudah satu penderitaan. Jadi ciptalah alasan-alasan untuk mereka dan semaikan sikap sangka baik sentiasa. Jangan kecewa dalam membuat kebaikan. Insya-Allah, Allah akan mengikut sangkaan para hamba-Nya.

Jika benar pasangan kita sudah curang, menipu dan jahat, maka kejahatan serta keburukan itu tidak akan menimpa kita. Sangka baik itu adalah peluang yang kita berikan untuk orang lain berubah dan jika mereka tetap tidak berubah seperti yang kita harapkan, itu tidak akan mengubah kita. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipudaya orang lain.

Kedua, konsistenlah dalam berdoa. Doakan diri kita sendiri dan pasangan kita. Doa itu akan ‘menutralkan’ semula aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Bukankah dengan berdoa kita mengucapkan dan mengharapkan perkara yang baik-baik? Doa bukan sahaja memberi kesan positif dalam perhubungan kita dengan Allah tetapi jua perhubungan diri kita dengan diri kita sendiri. Kita akan selalu memberi ransangan yang positif kepada diri sendiri apabila kita berdoa.

Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih merbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu. Mengapa? Bila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau ‘toxic’. Kata-kata kita racun, pemikiran kita racun dan perbuatan kita penuh racun. Racun itu bukan sahaja boleh memusnahkan orang lain tetapi ia juga akan memusnahkan diri kita sendiri.

Oleh itu, ayuh… berilah ransangan yang positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta kita. Dan dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa untuk berdoa. Kembalikanlah daya tarikan dalam hubungan cinta. Bukankah simponi cinta itu indah? Tetapi jika tidak ada lagi keindahannya… tanyakanlah kepada diri kita, suami atau isteri kita… apakah itu masih cinta?

Isnin, Januari 10, 2011

kenali potensi diri

betul ker ada rahsia disebalik tarikh lahir? ermm... tak tau nak kata. tapi ada ramalan yang sedikit sebanyak betul juga... huhu...
tetiba terjumpa plak web nih... bagus untuk merenung diri sendiri. walaupun ramalan... mana tau kalau kita dapat ambil ikitibar perkara yang baik...
insya-Allah...

bleh tengok rahsia yang terselindung melalui tarikh lahir di sini.
mungkin boleh cuba juga yang ini atau yang diilhamkan oleh dato dr. fadzillah kamsah di sini.

Jumaat, Januari 07, 2011

Selamatkah silica gel?

*credit to cery for sharing this info

tadi saya borak2 dengan kawan lama saya..si salmah...katanya..dia tak pernah dengar brand shaklee ni...lepas dia survey sendiri....baru dia confirm nak amik trial set shaklee dan juga full pack for her parents..(anak yang baik ni..hehe)...dan tadi baru je dia call saya..dia kata. rupe2nya...mak dia tahu dah brand ni...auntie,cousin..pakciknye yg dulu cancer pun makan makanan tambahan ni..dan diorang semua admit...yang brand ni bagus..yg ni lagi better dari dari satu brand ni..xxx..katanya yg tu mahal...hmm..well.mcm saya tulis sebelum ni..hanya jauhari yg mengenal manikam..tak kenal maka tak cinta.betul tak?..lagipun....saya pun tak pernah paksa anda beli..apa yang sy share di blog ni...sebagai infosharing...cuma nak share disini salah satu keunikan shaklee- jenama ni tak mengandungi silika gel....SILICA GEL?
di suatu ketika yang lain...

salam, kak...saya tak pernah tau yg silica gel tu membahaya dan apa kesannye...saya tgok kebanyakkan makanan n vitamin ada silica gel tu...knape dia bahaya kak? mcm mana masuk dlm badan kita plak?

Soalan yang sering saya terima..baguslah yer...sekurang2nya anda ambil tahu apa yg anda mkn..bukannya main beli jer..:-).... Uniknya Shaklee..ianya hadir tanpa kehadiran silika gel..Cuba check dlm botol vitamin shaklee..ada tak..?takde kan (sbb tu boleh buat TrialPack...kalo dak,mana mampu kami nak letak silika gel dlm setiap zipper beg dlm trial pek tu..huhu)...dalam entry yg lepas ada saya share..."Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silika di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan. Kenapakah? Kerana bila vitamin2 sintetik ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal..baca selebihnya disini.

Silica gel is a granular, vitreous, highly porous form of silica made synthetically from sodium silicate. Despite its name, silica gel is a solid. It is a naturally occurring mineral that is purified and processed into either granular or beaded form. As a desiccant, it has an average pore size of 24 angstroms and has a strong affinity for water molecules.Silica gel is most commonly encountered in everyday life as beads packed in a vapor-permeable plastic. In this form, it is used as a desiccant to control local humidity in order to avoid spoilage or degradation of some goods. Because of poisonous dopants (see below) and their very high absorption of moisture, silica gel packets usually bear warnings for the user not to eat the contents. If consumed, the pure silica gel is unlikely to cause acute or chronic illness. Food-grade desiccant should not include any poisons which would cause long-term harm to humans if consumed in the quantities normally included with the items of food.

Macam mana bentuk silika gel sebenarnya?
Ini antara bentuk silika gel boleh ditemui dlm beg tangan baru, kasut baru dan vitamin sintetik.
Mengapa kami boleh membuat trial pack untuk 30 hari makan? Bukan 14 hari? (thanks to kak N,pengasas trial pack). Ini kerana dalam Shaklee sendiri tiada kehadiran silika gel.Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.

Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one? Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita..

Untuk membuat sebarang pembelian, sila isikan borang pesanan online yang berada di sebelah kanan anda... tq.

kenapa mesti Shaklee?

Seorang rakan bertanya, "Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di farmasi? Pilih sajalah kat situ lebih senang".Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di store2 farmasi malah supermarket juga ada menjual vitamin.Masalahnya, bagus ke?
Vitamin ni tak sama macam buah. Buah, di mana2 pun sama, kecuali mungkin dari segi rasanya. Buah strawberi di negara kita mungkin lebih masam dari strawberi di England, tapi kedua2nya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok strawberi.Tapi vitamin2 ni dihasilkan di kilang2 berbeza, dengan bahan2 berbeza.Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya. Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata saja.
Apa keistimewaan Shaklee? Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silika di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan.
Kenapakah? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain. Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam! Anda boleh cuba kalau tak percaya.Anda juga boleh mengambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapat lihat sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu.

moga artikel ni..dapat memberi sedikit sebanyak gambaran ttg sintetik,natural silica gel dan bezanya Shaklee dengan brand lain..
* credit to cery...

Isnin, Disember 27, 2010

perkongsian khasiat shaklee

alhamdulillah... dengan rahmat Allah saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan makanan tambahan shaklee. pelaburan sebanyak rm500 rupanya tak sia2 kerana penggunaannya bertahan selama 5-6 bulan dan menampakkan hasil yang memberangsangkan. rasa sangat2 bersyukur sebab sebelum ni kerap sangat berperasaan nak tumbang esp. kalau turun menggunakan eskalator, rasa mcm nak terjatuh ke hadapan. kalau turun eskalator tu memang paut pemegang dengan kemas laa.... takut tumbang atas eskalator... amat laa merbahaya. pada awalnya mmg saya mengambil shaklee untuk menambahkan penghasilan susu badan. hasilnya saya gembira dapat menghasilkan susuibu yang pekat dan penuh berkhasiat untuk si puteri bongsu (buat masa ini). dengan khasiat B complex juga, dpt mengembalikan semula tenaga selepas penat bekerja. yang paling best, saya tak sangka dapat menurunkan berat badan. saya perasan selera makan terkawal. kadang makan sikit pun dah kenyang. walaupun orang kata B complex boleh buat menambah selera makan tapi saya rasa tidak dengan vitamin B complex dari shaklee. ia benar2 bertindak menukarkan makanan ke dalam bentuk tenaga. bangun pagi pun dah tak liat. alfalfa juga sangat membantu dalam penghasilan susu berkhasiat serta berfungsi dengan baik dalam tugas membersihkan usus dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. saya cuma merancang untuk meningkatkan penghasilan susu tapi gembira mendapat result dua dalam satu. penyusuan penuh berkhasiat dan kembali mendapatkan berat badan ideal. Terima kasih shaklee :)

***nak tau apa yang cik pau makan? klik sini. ***

Rabu, Disember 22, 2010

program diet yang gagal kerana...

saya pernah berusaha untuk diet tapi gagal. kan dah citer aritu, happy dapat boipren terus berat badan saya dari 57kg naik sampai 63kg. orang kata berat badan naik sebab hati manyak happy... yer ker? huhuhu... tak pasti. kadang kalau kita manyak stress pun berat bleh naik jugak. lepas kawen dan lepas beranak 1 saya cuba juga untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan satu produk yang sangat glamer... H*. malangnya masih tak berjaya jugak. nanti saya ceritakan kenapa. skang nih jom kita tengok kenapa kebanyakan program diet tidak berjaya sedangkan banyak ubat2 pelangsingan badan mendapat tempat di rak pasaraya tak kurang juga MLM tentang produk diet nih. sharing di bawah saya petik dari web.

◦Most diets are nutritionally inadequate. They are too low in calories and/or nutrients. Sooner or later you feel bad and cheat. When faced with a shortage of calories, your body’s natural response is to conserve fat. This mechanism may have come in handy for your distant ancestors trying to survive a famine, but the "starvation response" and it’s associated hormonal changes make life difficult for many a dieter. After all, when's the last time you couldn't find any food!

◦Most diets are too hard to follow. They interfere with your life. They give you too many excuses to goof off, cheat or quit.

◦Most diets are too slow and frustrating. Lots of pain, little gain.

◦Some diet plans ask you to take unsafe ingredients having negative side effects (Ephedra, Ephedra Alternatives, other stimulants). Why should you have to take your life in your hands to lose a few pounds? You’re trying to get healthier, right?

◦Most diets slow your metabolism setting you up for the "yo-yo" effect

yo-yo effect tu apa? nak tau lebih lanjut baca kat sini.

la nih saya
nak citer pasal diet yang gagal pada masa dahulu. oleh kerana tadek ilmu tentang pemakanan sihat, dengan suka2 hatinya saya tak makan ayam dan daging. maka telah saya gantikan dengan udang dan sotong... nampak tak? betapa tadek ilmu ketika itu. selama beberapa bulan saya rasa berat badan tak turun dan diserang rasa sakit2 kepala dan beberapa kesan sampingan yang lain. pendek kata program menurunkan berat badan saya tidak berjaya. lepas tu baru pergi cari kaplet susut perut mustika ratu. makan mmg susah nak kawal. nak kata makan banyak pun tidak jugak. biasa meal saya sarapan, lunch dan dinner.
hari bahagia pun tiba. dekat2 nak naik pelamin dalam sebulan dua gitu dah tak ambil kisah tentang diet nih. saya berdoa baju pengantin muat2 dipakai... hehehe... alhamdulillah dengan pertolongan korset dan girdle murahan dapat jugak laa pakai baju pengantin.
selepas bersalin, rasa teruja nak turunkan berat badan. surf internet terjumpa banyak testimoni tentang produk pelangsing H*. saya pun teruja untuk mencuba jadi beli juga laa... masuk set ke 2, tiada perubahan berlaku. dah laa tu satu set cuma bertahan seminggu ke 2 minggu sahaja. tak boleh tahan mcm nih. saya berhenti menggunakannya. ada sebab yang kukuh untuk saya tak meneruskan program diet tu.
1. jadual cara makan yang tak masuk akal. di minum pada breakfast dan dinner. secara logiknya, selepas bangun tidur kita betul2 memerlukan tenaga utk memulakan hari. dengan itu saya biasanya makan nasi lemak atau yang heavy. lunch makan secara sederhana dan malam saya minum segelas lagi produk tersebut. keadaan itu membuatkan saya jadi kebulur iaitu lebih hebat daripada lapar. tengahari saya makan sangat banyak. kalau dah kenyang tu... mata pun layu... huhuh...
2. harga yang tinggi dah penggunaan kerap telah mengakibatkan saya pokai. padahal baru dua kali beli tapi kalau berterusan dalam masa yang sama tiada hasilnya, lebih baik saya berhenti sahaja.
3. sukar untuk tidak makan. tambahan lagi pada ketika itu masih lagi menyusukan anak. tanyalah mana2 ibu yang menyusukan anak pun pasti akan kelaparan. ada ibu2 yang bagi alasan makan banyak sebab nak produce susu. nasib baik saya tak pegang prinsip mcm tu.... huhu... kalau tidak tentu badan naik bagai di pam-pam.
alhamdulillah... saya menggunakan shaklee sebab nak menyusukan... tapi dapat dua dalam satu... dapat hasilkan susu berkhasiat untuk anak dan dalam masa yang sama dapat menurunkan berat badan. sepanjang menggunakan produk shaklee saya tak pernah sekat makan malah pengambilan makanan pun terkawal. yang bestnya tu, modal saya rm500 tapi penggunaanya dapat bertahan sehingga 5 ke 6 bulan... sungguh menjimatkan. semoga saya dapat mengekalkan keadaan hidup yang lebih sihat dan tak lupa juga membantu kawan2 yang memerlukan. insya-Allah.

Khamis, Disember 02, 2010

kuat minum vs kuat makan


pernah beli air kat mesin air tak? lebih murah dan mudah. kurang2 dah bleh jimat gas nak masak air... huhuhu... satu malam tu nak turun gi beli air sukida kat bawah umah. oleh kerana abg long dan kak ngah nak ikut, bawak laa turun dengan stroller skali untuk angkut air dan kak ngah dalam tu. nasib baik bawak abg long. dia laa yang ajar cemana nak beli air tu sebab aku tak pernah gi beli sebelum nih. lepas dah sudah tu kak ngah merengek nak makan roti canai. so aku ikutkan jugak laa... sorong stroller sampai kedai mamak n order bungkus jerk.

tengah duduk2 tunggu tu borak2 jugak laa ngan abang long


abg long : papa minum air banyak kan mama? papa laa yang abiskan air nih... sikit2 minum sikit2 minum buat air laa apa laa... papa tu kuat minum air. sama laa mcm abg long. kuat minum air.
aku : ha'ah papa kuat minum. mama jerk tak kuat minum air.
abg long : abis tu mama kuat makan ker?
aku : (tergelak besar... rasa mcm nak gelak guling2... ) huhuhu...

Selasa, November 23, 2010

who moved my cheese?

pejam celik dah masuk bulan november. dan aku ada lagi sebulan jerk nak cover statistik mana2 yang tertinggal sepanjang tahun nih. dah ler sibuk dengan urusan berpindah opis... ececece... mcm laa jadik ajk perpindahan.

apa citer who moved my cheese? hehehe... aku masih lagi di sini tadek nak cari cheese kat tempat lain. citer perpindahan opis jerk laa... sejak berpindah ke menara UOA bangsar setakat ini, hatiku masih tertinggal di dayabumi. kat sini sumer benda mahal dan payah esp. urusan bank dan mengepos. paling tak best toilet nyer lah... ader ker pakai toilet pancut. agak2 laa... ini kan negara islam. payah laa nak amik wudhu. atas permintaan agaknyer... bilik yang ujung sekali jerk ada disambung dengan hose. time pepagi tu jammed laa toilet tu... peak hours semua orang nak buat pelaburan. adehh... nama jerk toilet ada 4 pintu. 1 pintu jerk yang orang guna. lenlain tu kalau terpaksa jerk laa... huhuhu..

cubicle so far okeh laa... better than before. aku tak kisah jerk open ker ada partition ker... tapi kat sini bleh laa solat kat tempat sendiri sebab ada space. surau pun ada sikit leceh nak pergi dan panas sebab tadek tempat aircond dalam tu. suppose aku pam kat surau tapi sebab malas nak melangkah... pam kat tempat jerk.

start bulan nov nih hb kena balik kul 6 petang. maka nyer kurang2 gerak dari bangsar nih kul 6.30 ptg ler. solat maghrib kat umah bbsitter. pastu angkut anak sampai umah dah kul 8. masa sibuk2 nak pindah aritu aku kena gak jaga dua malam kat opis nih pantau movers angkat barang. oleh kerana abis duty kul 11-12 malam, anak2 sumer tido kat umah bbsitter. nasib baik si kecik tu okeh. yer laa biasa kalau malam asik ngempeng jerk. dia bangun jugak tapi bila bbsitter bg susu 4oz dia tido laa balik. sian plak kena bangun wat susu.

kat umah skang nih dah ada bela 6 ekor hamster. jenuh gak laa seminggu dua kali nak kena tukar bedding dia. beli untuk anak2 aku main jerk. last2 mak budak pun sibuk tengok hamster main lari2 kat mainan dia... hehehe... kadang release tensen jugak sebab kelucuan hamster tu mcm terapi stress gitu. kucing pun aku suka jugak tapi payah nak bela sebab dok apartment. aku tak suka kucing dok dalam sangkar. hamster lain ler... mmg kena bela dalam sangkar. ada sekali tu salah satu hamster didapati hilang tadek dalam sangkar. anak2 sumer tak mengaku bukak pintu sangkar. aku dok risau dan kesian. risau tersepit kat mana2 dan risau dia mati kelaparan. esok pagi dengar mcm kertas carik2 kat bawah katil masterbedroom masa aku tengah siap2 nak gi kerja... akhirnyaa... jumpa laa jugak... kui kui kui... sian dia kelaparan tak dapat makan 24jam.

okeh laa itu jek nak update. nak kena balik sebab dekat kul 7 dah nih. sian anak2 tunggu... hamster pun tunggu gak tu... mintak tambah makanan... huhu... adioss...

Khamis, Oktober 28, 2010

pesan utk adik dari KNV

aku petik pesanan dari KNV untuk peringatan. manusia mudah lupa, nak2 yang dah banyak urat putus sbb bersalin... wekekek... berikut adalah pesanan yang amat berguna untuk pegangan hidup :


1. kalau nak berniaga dan promote barang, be professional. tak kiralah jual benda kecik ke, benda besar ke. advertisement jangan buat main-main. nanti orang tak tau whether you are serious or not. contoh, nak suruh orang beli produk education, tapi kalau advertisement tak melambangkan 'kecerdikan' si penjual, jangan pelik kalau orang tak layan. kalau nak berjaya, be serious. orang tak suka dealing dengan orang yang main-main.


2. kalau kita ada sesuatu yang lebih dari orang lain; jangan ingat semua itu semata-mata hasil usaha kita. cakap tu pandang2 lah kiri kanan. most of it allah yang tetapkan. anak kita pandai, sebab kita kah? suami kita baik, sebab kita kah? harta kita banyak, sebab kita kah? bukan 100% sebab kita. semuanya atas rahmat allah. jadi berhenti pandang rendah dan prejudice dengan orang lain yang tidak 'setaraf' dengan kita. jangan lupa kita masuk syurga nanti pun semata2 kerana rahmat allah. jangan perasan bagus.

dan pesannya lagi,

FOCUS ON WHAT YOU HAVE, INSTEAD OF WHAT YOU'VE LOST. WHAT YOU HAVE AT HANDS ARE THE ONLY THING THAT MATTERS. AND BE HAPPY. BE THANKFUL. FIND ALL THE REASON TO BE HAPPY. AND BE.

kesimpulan yang aku bleh buat disini ialah sentiasa berasa cukup dan bersyukurlah dengan segala apa yang ada dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan. insya-Allah... semoga Allah jua yang melorongkan jalan kemudahan untuk mencapai segala impian. aminn...

Khamis, Oktober 14, 2010

alahai internet


oohh... dah tadek idea nak berblogging... internet punya cerita pun nak tulis... huhuhu

dah beberapa bulan tadek internet kat rumah sebab jaring tak dapat nak servis area kajang. kecewa jugak laa sebab servis jaring terbaik bagi aku setakat nih. aku dah bayar untuk setahun tapi apakan daya cuma bertahan beberapa bulan jerk. baki yang dah berbayar tu jaring pulangkan semula nanti. sejak tadek internet kat rumah rasa payah jugak laa... kadang2 ada benda2 penting nak jenguk email ker apa ker melilau aa plak cari internet yang free mcm kat kedai2 makan ker... huhuhu... tapi kalau ada internet kat rumah leka laa pulak. aku sendiri tak pernah sempat layari internet kat rumah. sibuk dengan anak2. ada masa sket lepak2 rest pulak. kalau nak guna internet bila tengah malam time derang dah tido. kalau dah terleka guna internet sampai pagi, tak cukup tido laa pulak... huhu... hb dah register kat tm tapi derang kata tengah Q. ntah bila laa bleh dapat merasa streamyx tu. hope bleh dapat cecepat ler...

kat opis nih internet tersangat lembab laa pulak. ini sedikit sebanyak "demotivate" nak buat kerja jugak. dah ler mmg banyak nak kena refer internet. kalau lembab sangat nak buat capaian, siap sempat turun gi breakfast dulu. kurang sket tensen menunggu lama nak loading. kadang2 kena ikut timing Europe plak. yang aku perasan kul 11 mesti tak dapat nak buat searching kat web derang. hope dah berpindah kat bangunan baru nanti keadaan dapat diperbaiki laa... huhu... tensen.

dengar citer tahun 2012 nanti semua examiner patent akan bekerja dari rumah. ermm... bagus ker tidak yer? tak tau nak kata. nanti sibuk buat kerja rumah dan jaga anak, tak tertangan plak kerja opis yang patut dibuat di rumah. oohh... belum try belum tahu... huhu... just wait n see.

adiooss....

Jumaat, Oktober 08, 2010

20 amalan murah rezeki

hohoho... tajuk nih mmg ramai orang suka tapi tak ramai yang amalkan. copy paste dari blog cery dan cery pun copy dari blog orang lain... bagusss.... sama2 lah kita amalkan lepas nih yer. Insya-Allah...


Alhamdulillah ..dapat gak share tajuk ni...saya baca kat majalah ape ek..lama dah bulan2 lepas.. tapi tak dpt nak recall balik majalah tu..so saya surf internet..and jumpe ada org yg share topik ni..alhamdulilah..maka saya pun nak share kat semua... amalkan lah..insya Allah... saya dah merasainya dan mmg benar murah rezeki saya akhir2 ni..alhamdulillah sangat2... apa2 pun....janji Allah itu benar.... inilah yer 20 amalan murah rezeki..rezeki ni dlm pelbagai bentuk yer..

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -- lesson learn kat sini..masuk je azan ..kene terus gi solat..jangan dok tangguh2 mengadap laptop..ni peringatan untuk diri sendiri gak..sbb kadang2 saya ralit dpn laptop..saya dok tangguhkan… tapi saya dah try amalkan..bile saya focus..ingatAllah lebih then baru sy focus keje saya..masyaAllah..melimpah rezeki saya..alhamdulillah Allah takkan memungkiri janjiNya
2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.) < --bykkan beristigfar ..kalau dpt 70x sebelum subuh..
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) < -- Ya Allah ampunla dosa2 lalu ku..dan peliharalah aku dari membuat dosa,, saya ni pun manusia biasa jer..huhuhu
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) < -- yelah…lagi kita ingat dunia..lagi tak tenteram hati ni kan kan..
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)< -jadi sape2 yang masih hidup kedua org tuanya..berbaktilah yer…..
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Isnin, September 27, 2010

Selamat Hari Raya

salam lebaran
rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. yer laa masih dalam mood raya untuk orang2 yang berpuasa enam. aku? aa... lom start lagi. baru jerk berniat nak puasa esok, malam nyer dah kena angkat bendera jepun. tunggu suci dulu lah yer... apa pun niat tu kena ada laa... niat berbuat baik pun dah dapat pahala kan? tapi jangan laa dok takat niat jerk manjang... kalau boleh usahakan laa apa yang dah terniat tu... huhuhu... peringatan untuk diri sendiri nih.
citer sket laa pasal raya aritu. tahun nih giliran beraya umah mertua. di muar, raya pertama pergi rumah nenek belah ibu dan ayah jerk. pastu dok umah tunggu beradik ibu ngan ayah datang. so biasa nyer raya pertama tu berziarah 2-3 buah rumah jerk. raya kedua tu dah start marhaban kampung. hb gi jugak laa... dah lama tak jumpa kawan2 sekampung. masa raya kedua tu mak beraya di muar so singgah beraya kat umah ibu. raya ke 3 siangnyer gi rumah sepupu sepapat area muar. gi rumah exwife arwah adik aku kat parit sakai. dapat laa tengok syuhadah, satu2nya zuriat arwah yang ada. besar dah dia tu. saling tak tumpah mcm arwah ayahnya esp. tang mata. malamnya balik jb plak. punya laa jammed. tak paham aku apa yang buat jammed sangat tu. selalu kalau dari muar ke jb tu amik masa sejam sengah tapi kali nih 2jam ++ jugak laa... sepupu aku yang balik dari muar ke jb bertolak jam 5 ptg tu singgah sampai kat rumah mak kul 10 malam. kesian betul kelaparan dalam kereta.
raya tahun nih dapat gath ngan kengkawan. lama tak jumpa derang windu gak nak bukak citer lama2. dah umur2 nih aku rasa elok laa gi beraya. bukan sebab nak collect... wawawa... mentang2 laa askar ramai. aku dah lama sangat tak jumpa kengkawan dan lagi nak jugak tau jalan2 JB nih. tak kan nak tunggu jerk orang datang beraya kat umah. kurang2 amik udara JB laa dah sekali sekala balik umah mak. nasib baik hb okeh. dia bleh masuk gak laa ngan kengkawan aku. alhamdulillah... pandai menyesuaikan diri.
16 sept aritu sambutan hari 1 malaysia. gathering raya kengkawan sekolah hb plak kat parit raja. aku okeh jerk ikut2 dia gathering nih. kengkawan dia pun jadi kengkawan aku gak laa... budak2 perempuan yang aku kenal pun dulu geng2 dia masa kat jordan dulu laa... derang nih ada henpon. so kalau nak tepon hb kena pinjam tepon derang laa... tu yang kenal tu. tak lama gak laa pinjam tepon tu sebab hb beli tepon sendiri pastu. makin rancak laa tenet PJJ masa tu... kui kui kui...
aa... apa lagi nak citer pasal raya? oohh... anakanda maisarah telah mencapai umur setahun pada raya ke 5 dan telah lancar berjalan setelah praktis habis-habisan kat umah ibu. umah papan... jatuh pun tak sakit. masa tu tengok dia berusaha dengan gigih... hihihi... skang dah laju. tunggu beberapa bulan lagi dia berlari plak... masa tu mama laa yang semput nak kejar... uhukkss...
update lain... urrmm... kak ngah nak kena surgery buang tonsil. teruk sangat selesema dia tu sebab dah bertakung dalam rongga hidung. tak tau laa kalau ada cara lain selain surgery tu. nampak nyer abis lagi laa cuti aku... baru jerk nak collect cuti bebanyak. ingat nak gi backpacking since airasia bukak tiket ke tokyo (haneda)... oohhh... bilakah? ada rejeki sampai lagi di bumi tokyo... aminnn...
wokeh nanti aku tempek gambar plak. tak meriah laa blog nih dah lama tak tempek gambo... hihihi... adioss...

Jumaat, Ogos 20, 2010

Mc Donalds TIDAK HALAL (update)


tawaran hebat utk lunch meal. mmg menggoda. tapi baru2 nih dapat tau statusnya tidak halal. maka sebarkanlah supaya kita tidak makan benda2 yang salah yang kemudiannya akan menjadi darah daging.

yang lain2 mcm mana? KFC... Burger King... Kenny Rogers... Nando's... oohh...



oohh... ada update. daku yang lambat letak di sini.
boleh tengok update di sini dan sini

Rabu, Ogos 04, 2010

melatih anak berpuasa



ramadhan bakal menjelma seminggu lagi. entry kali nih cedok dari blog cery memandangkan ada anak2 dan nak latih derang berpuasa. harapnya dapat ler latih abg long yang dah umur 4 tahun tu puasa sekerat hari pun jadi laa... sikit2 nanti bleh drag puasa penuh berbuka waktu maghrib. insya-Allah... so lets read...

entry kalini ni saya nak share tips buat ibu bapa yang sedang mendidik anak2 supaya belajar berpuasa…bukan senang nak melatih anak berpuasa yer..bila ye had umur yang sesuai nak start ajar berpuasa?.. Sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih kanak-kanak mula berpuasa ialah pada usia lima tahun.. basically antara TIPS2 persediaan mental dan fizikal- ni based on apa yang saya baca dan search....(ni saya share untuk peringatan diri sendiri gak..hehe):


* Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh

* Beri penghargaan…. Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari, berilah hadiah. tak semestinya dalam bentuk wang..saya yakin si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

* Memberi motivasi. “Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik.Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa.. maksud saya sebaiknya sediakan pelbagai program untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa masa berlalu

* Jangan lupa melatih anak niat berpuasa...kalau boleh..amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam..dgn cara ni..anak kecil akan lebih seronok

* Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama saja dengan menu orang dewasa.dan if possible..hidangkan makanan kegemarannya

* Kurangkan menonton tv..karang banyak sangat tgk iklan2 makanan..menggugat iman je..huhu

* Jgn biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain..

* Beri makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Gula mudah diserap dalam tubuh menjadi sumber energi.

* Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat-saat senggang di waktu malam.

* Untuk sahur, perbanyaklah makanan dari jenis protein dan lemak seperti daging, nasi, telur, ikan, dan lainnya. Makin besar lemak dan protein yang dikonsumsi saat sahur, automatic..energi yang dimilikik oleh badan juga lebih besar/ Namun, jangan sampai makan berlebih takut karang sakit perut lak.

* Berikan zat gizi tambahan seperti vitamin atau kalsium

* Kurangkan atau elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam, bersantan, atau pedas.

* Perbanyak juga makanan serat (fiber) kerana membantu melancarkan buang air besar…dan ia juga membantu menghindari rasa lapar
jadi apa supplemen yang sesuai?..pastinya mealshake (vanila flavored ala2 mc donald milkshake tu..nyummy) ~mengandungi protein,fiber(serat) dan zat gizi tambahan yang lengkap…

sekilas fakta ttg mealshake -One serving provides approximately 1/2 of your daily requirement for essential vitamins and minerals,30% of proteins,plus trace minerals and 3grams of dietary fibers.

menarik bukan? 3 in one..dan yang best tu..bukan je sesuai untuk anak2.. tapi untuk seisi keluarga… walau apa jua anda… bujang, berkahwin,pregnant,breastfeed.ataupun masih bergelar..student.. MEALSHAKE -pastinya perisai best untuk berpuasa... selain dari ESP ...mealshake dan performance ni kira antara supplemen terlaris..lagi2 dah nak puasa ni... apa lagi yang anda tunggu?...lagipun kan saya ada buat promosi..klik here (berkobar lak saya ni...tapi mmg best...mereka2 yang dah rasa je faham ape yang saya tulis ni).


teruja nyer baca offer cery nih. sempena hari baik bulan baik nih saya nak offer jugak. sebarang pembelian trial pack, meal shake, ESP dan performance drink akan saya hadiahkan sehelai tudung bawal gred 2. tawaran ini dibuka sehingga stok masih ada. lepas nih kalau habis tudung free hadiah lain plak.. haha..

okeh... selamat menjalani ibadah puasa. semoga puasa kita diterima Allah. aminn...