Syarikat nafi anjur skim cepat kaya
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Salah sebuah syarikat yang diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mendakwa pihaknya tidak terlibat dalam perniagaan skim cepat kaya yang dikatakan memperdaya pelabur, pendeposit dan ahli-ahlinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noradz, Datuk Adzhar Sulaiman mengakui sekumpulan pegawai daripada BNM hadir ke pejabatnya untuk membuat siasatan berhubung bentuk perniagaan yang dijalankan.
Katanya, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya berhubung semua maklumat yang diperlukan oleh BNM.
Namun beliau menafikan bentuk perniagaan Kumpulan Noradz terlibat dengan skim cepat kaya seperti dilaporkan, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh beberapa ejen syarikat tersebut bagi memperdayakan ahli-ahli baru dengan melarikan duit deposit yang dibayar.
Jelasnya, sikap segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab itu dilihat merosakkan nama syarikat tersebut yang telah beroperasi selama 26 tahun.
“Kita tidak nafikan beberapa ejen kita yang tidak bertanggungjawab sehingga memperdayakan pengguna mahupun ahli.
“Selaku syarikat yang bertanggungjawab, kita membantu mangsa dari segi pembayaran balik jumlah kerugian dan melaporkan kepada pihak polis,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., adalah antara empat buah syarikat mencari pelanggan melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit yang diserbu oleh pegawai BNM.
Menurut Adzhar, pihaknya menerima banyak panggilan daripada rakan kongsi dan ahli-ahli berhubung berita yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini, sejak awal pagi lagi.
so kira dah lega laa nih. masa kuar dalam paper semalam pun aku rasa benda nih boleh settle sebab NORADZ dah lama bertapak dan bukan calang2 biz yang dia buat. skang nih pun tengah berkembang pesat dan yang terbaru ialah resort kat Tangkak kalau tak silap aku ler. semoga NORADZ maju jaya dan payment tak sangkut... hehehe... Terima Kasih Datuk Adzhar. Semoga Allah limpahkan rahmah dan rezeki yang halal buat Datuk sekeluarga. aminnn..
13 ulasan:
alhamdulillah.. nasib baik duit tu selamat ye.. kalau idak mau pengsan ye tak?
isnin ni bibimie pi jepun kan? take care.. enjoy your trip.. update la bila ada kesempatan ye.. :)
cam mana nak joint noradz tu? kontrak 5 ke 7 tahun?
cam mana nak joint noradz tu? kontrak 5 ke 7 tahun? - email me malaysiamade@yahoo.com. teringin gak nak joint tgk u all dapat juta-juta gitu
kontrak skang nih 5 tahun. kalau nak join terpulang laa... ikut keberanian memasing. pikir masak2. bagi tempoh bertenang dulu sebab kes nih mungkin bayaran jadi lambat sket kot. bulan depan bleh laa try register.
utk pengetahuan korang sumer,semenjak aku kenal bibimie nilah aku ada rasa senang skit hidup..kalau tak cukup2 makan aje...patutnya Datuk Adzhar pilih org mcm dia ni jadi ejen..jujur...suka bantu org susah..tak pernah lokek...dah macam2 perkara dia tolong aku...tang join Noradz pun dia gak tolong..tapi kalau Noradz betul2 nak org percaya biz dia..kena ada limit la..kdg2 heran gak kalau setiap hari ada yg masuk sewa beli kereta..dah berapa banyak kereta dia ada...tapi apa2 pun janji payment masyuk...kalau tak masyuk...maka ramailah org2 di luar sana yg akan bankrup sbb tak dpt bayar hutang...
terima kasih laa cikuduku. mahap bertanya siapakah gerangan tuan hamba sebenar nyer? huhu...
bila kita tolong orang, Allah akan lebih menolong kita... tak gitu cik ciku? kita pun bukan ler runner. nak jadi runner kena beli 20bj kete sewa dengan noradz. alhamdulillah runner kita jenis jujur dan amanah. tu pasal kita tak kisah nak uruskan keahlian orang. mcm PA kepada runner laa pulak... ahakss... (runner tu opismet aku laa..)
aq dpt thu dri dto adzhar kes ni dah hampir slesai..syukur la smoga Allah panjangkan umur dto
bila agaknya payment boleh dapat. dah hampir setahun ni...
Sudah lah,hentikan angan2 utk menjadi kaya tanpa berusaha...tiada kekayaan tanpa usaha yg jitu...apa? saham spanco??
refer sini beb
...http://www.spanco.com.my/spanco/download/Prihatin_2008_Jilid_02.pdf
pandai2 je dia org nie jual nama spanco..sedangkan sykt tuh dijalankan oleh 1 company yg besar,takkan lah pulak dia nak mintak sedekah dr golongan marhai..ada akai kaa?? nie tgk..dah berapa ramai yg terkena...
Apa dah jadi? Dah dekat setahun ni... Asyik2 dengar bulan depan, bulan depan, bulan depan. Samapai ke laaa ni senyap jer bulan depannya. Kalau dah tak boleh nak bayar bulanan, pulangkan ajer duit pelabur yg baru melabur tu. Pada yg dah melabur lama dulu dan dah dapat keuntungan, mungkin tak brapa merasa, tapi pada yg baru jer melabur, baru dapat pulangan dua tiga kali, mmg terasa. Konon kata nak bayar sblm syawal ni... ntahlah. Ini lah nasib org melayu, mmg senang disogokkan ngan angan2 yg tinggi, bila terjadi mcm ni, semua redha ajer... takkan mcm tu ajer.
berselindung di sebalik Tanpa Nama adalah pengecut. terima kasih kerana meninggalkan jejak. tak perlu aku nak ulas cemana dato nak bayar pasal aku pun tak kenal siapa di sebalik Tanpa Nama.
WALIMATUL URUS
Assalammualaikom Warahmatullahi Wabarakatuh
Semarak Kasih Jalinan Budi, segunung harapan, seikhlas hati dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat ilahi dan segala hormatnya mempersilakan..
Tuan/Puan & Semua Ahli-Ahli Noradz di seluruh Malaysia...
UNDANGAN
Kemajlis Perkahwinan
DATO ADZHAR BIN SULAIMAN
Dengan Pasangannya
NOMIZA BINTI MOHD SHARIF
Pada hari RABU 6hb. Julai 2011, bertempat di MASJID@PEJABAT AGAMA JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.....
Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyerikan majlis perkahwinan Dato dan Pasangannya......terima kasih
untuk pertanyaan lokasi:
DATO ADZHAR 013-2985555
010-2363949 @ 010-5252676
PEJABAT AGAMA JEMPOL:
06-4581436 @ 06-4581077
So mcm mana dgn Noradz skrang...? dh 4tahun xde dgr...
Catat Ulasan