Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.
Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.
Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.
Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.
Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.
Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!
Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.
Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.
Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.
Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus
Anda boleh sms kepada En. Zulkifli, ayah Azrul@Che Nat di nombor 017-365 1024 untuk sebarang pertanyaan.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah menyiarkan kisah Che Nat di web/blog mereka.
- Blog Rickywan di sini
- Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di sini
- Laman Marhaendaily.net di sini
- RelaxJap Yahoo Group di sini
- Pasalbuku.blogspot di sini
- Kedah Lanie di sini
- Epelijau di sini
- Blalang Yahoo Group di sini
***
semoga ada di kalangan pembaca yang prihatin. sikit2 pun kalau dikumpul jadi banyak jugak. mudah2an meringankan beban keluarga tersebut di atas.
4 ulasan:
thanks for sharing this.
salam..haaaa..akhirnya jumpa jugak..penat i carik ur link tau!
bila nak dtg?apa2 nnt email yer kat n_azyl @ yahoo dot co dot jp
nor
alamak..tanpa nama lakss...
nor mommy2h yg kat japan nihhh
macammana nie....duit tunggakkan dah 3 bulan tak berbayar(noradz).Bila ditanya di beri harapan dari bulan ke bulan....sampai dah masuk tahun baru.Pun tk dpt lg.....apa crite?....bila noradz nak bayar duit org yg melabur nie....
Catat Ulasan