Halaman

Rabu, Oktober 22, 2008

ohaiyo!

flight kul 11.30 mlm pada 20th okt and arrived at narita airport safely on 21st oct at 7.15 am. mcm tak caya jerk dah jejak kaki kat Japan. yer laa... aku mmg tingin sangat nak gi... tup2 dapat gi... free plak tu... kwang kwang kwang... gambar kat sebelah tu masa kat stesen ketapi terminal 2 narita nak ke asrama AOTS. agak nyer mmg pesen derang nih kalau kita datang dia tak sambut. sila datang sendiri ke tempat penginapan. tu yang sampai sesat2 tu kalau tak paham arahan... huhuhu... nih pun baper juta kali tanya orang.. sumer pakat cakap jepun... huhhh... agak2 jerk lah. kalau sesat tukar train lain.
nih bilik aku no 209. bilik phelo kat sebelah jerk bunyi telefon pun bleh dengar. kecik molek jerk bilik nyer tapi masih selesa. bilik air pun cenonet jerk tapi ada bath tub. tu yang syok tu... ahakss... sampai bilik tu kepala senoneng semacam pasal aku tak tido selama 7 jam dalam flight tu. tak leh nak tido ler... tak biasa maklumlah 1st timer. pastu dah dapat bilik tak leh tido gak laa... rasa mcm nak kemas beg... so berikut adalah gambar stok makanan yang aku bawak. beg troli aku aritu lebih 2okg gak laa... tapi lepas tak kena bayar apa2. derang kata MAS tak strict sangat. semput gak mengangkut beg turun naik train. ketar2 tangan aku... hehehe... tak tau aa abis ker tidak nih. cemana2 pun kena abiskan jugak sebab space yang ada nanti bleh letak sobenir. lepas dah kemas2 tu sempat tido dua jam. around kul 3 mcm tu kuar plak gi akihabara pasal nak beli periuk. mmg dah plan nak beli periuk sebab nyer aku bawak ketupat nona tu so bleh laa start memasak.

keluar dari TKC tu tak tau nak ke mana. yang aku tau kena cari stesen kita senju. map laluan train tu ada laa si ikhwan sedekah kat aku sebelum gi aritu. pastu tengah terbelek2 peta kat depan TKC tu ada sorang staff TKC kuar dah abis shift dia kot. pastu dia tanya2... bleh cakap melayu plak tu... hah... senang citer. dia kata dulu dia dok kat indon 5 tahun so that dia bleh laa cakap melayu. so dia laa yang bawak gi stesen kita-senju tu. cuaca nyaman giler. sejuk sangat pun tak. kira nyaman laa... sampai stesen orang ramai giler. nih belum abis waktu opis nih. so kitorang naik hibiya line gi akihabara. maka bermula laa penjelajahan aku di bumi tokyo. okeh aku tempek gambar jerk lah ek.


dah nak start jalan. peace...!


kat stesen ketapi kita-senju


dah sampai. LAOX duty free... akihabara









Tiada ulasan: