Halaman

Jumaat, Mei 25, 2012

dia kini Allahyarhamah...

innalillahiwainnailaihirojiun...
(cerita penuh di sini)
aku pernah menulis tentangnya dulu... kini telah pun dipanggil pulang oleh Maha Pencipta. sesungguhnya kita hanya merancang dan ketentuan Allah jualah yang lebih baik. walau apa pun yang terjadi, life must goes on. bak kata sis anamiraa yang aku print dan tampal kat dinding.... focus on what you have instead of what you have lost. what you have at hands are the only thing that matters and be happy. be thankful. find all the reason to be happy and be.

doa ku, semoga tenang di persemadian dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh... amin... alfatihah...



Rabu, Mei 23, 2012

dare to dream

orang kata angan2 mat jenin. biar kita berangan dan usaha utk dptkan apa yang kita nak. tadek angan2 maka tadek cita2. tak mustahil utk kita dapat apa yang kita impikan. silap2 boleh dapat free... hehehe...


tahun lepas ada buat entry tentang nak angkat tepon baru... di sini. kini sudah ada dalam genggaman... iphone 4. ramai orang tanya kenapa tak amik iphone 4s. yang model ini sudah ketinggalan kerana nak keluar iphone5 pulak (tapi tak tau bila). ada yang kata angkat ler samsung galaxy note teknologinya terkini. mmg berkenan juga tapi ukur baju di badan sendiri. tak mampu nak angkat walaupun sangat berminat. mcm2 cadangan yang kawan2 kemukakan... akhirnya ip4 juga pilihan daku.



jawapannya mudah. ia adalah sangat murah. (REALLY?) sila beliakkan biji mata... hehehe...
harganya cuma RM699. naper? tak percaya... sungguh... RM699. tak caya tengok sini...

mengimpikan sesuatu (berangan) bagaikan memberi cas2 positif yang akan membawa kita ke arah yang kita impikan. sentiasa membayangkan apa yang kita hajatkan menjadi kenyataan dan lebih baik lagi impian itu dicatat agar kita jelas dengan impian tersebut. bukan itu saja... bacalah impian yang dicatat setiap hari.

ini baru satu contoh. pada entry terdahulu somewhere in 2009 ada entry tentang nak beli laptop dan gambar yang aku tempek ialah apple mcbook. boleh tengok di sini. kalau dah mmg ditakdirkan akan ada dalam genggaman... samada cepat atau lambat jerk nak dapat. now... dah ada di rumah... get it for free.. (REALLY???) sila beliakkan biji mata lagi... hehehe... free sebab ada orang tak reti guna so... nah amik ko pakai. free laa tu kan?

contoh yang lain. dulu2 mmg dah berminat nak sambung blajar kat jepun. tapi malangnya mak ngan abah tak bagi pergi obersea. so... dapat verangan jerk lah... one fine day sekitar 2008, elok bangun dari tidur tiba2 terkucil dari mulut... "satu hari nanti aku akan pergi jugak ke jepun... mesti... aku mesti..." masa tu hati macam yakin beno. tak lama lepas tu boss panggil....
"u menyusukan anak lagi ke? boleh pergi kursus ke Jepun? 3 minggu boleh tak?"
oohh... serasa mcm nak melompat. dapat pergi jepun for FREE.

maka dengan itu marilah kita verangan yang indah2 dan berusaha utk mencapainya. what is your next dream? lets write it on a piece of paper and read it everyday with confident... lets start.


Isnin, Mei 21, 2012

Bangun lewat dan keretapi



pagi nih bangun lewat hampir jam 6 pagi. mana tak lewatnya tak cukup tidur. kul 3 pagi baru nak lelap. sibuk siapkan order customer shaklee sampai ke pagi.... huhu... bajet nak kejar komuter jam 7.30pagi. dulu tak tentu jugak time ni kadang ada komuter kadang tadek. so tak mengharap sangat laa... tapi sejak2 dah ada koc yang panjang berjela tu nampak gaya mcm kerap jugak komuter lalu. mungkin dah tukar jadual kekerapan perjalanan agaknya.



mcm biasa siapkan abg long. kak ngah mcm biasa jugak tunggu papa yang angkut dia bawak masuk bilik air. dah siap sumer tengok2 dah lewat. sah kena amik ketapi kul 7.30pagi. itu pun kalau sempat ler... bulatan bangi nak ke jalan reko tu sesak juga kalau keluar selepas jam 7 pagi. sampai ktm kajang tengok tak ramai orang. mungkin dah terlepas kot. lepas beli tiket tu tengok2 ada keretapi kelabu yang nak gi utara tu.... oohh... aku mmg sangat centa ini ketapi sebab banyak seat kosong dan orang yang nak turun kl sentral jek yang naik so sumer orang dapat ler duduk.



berlari2 anak jugak laa nak panjat tangga lagi lintas ke stesen sebelah. hon ketapi pun bunyi... alamak... tak sempat... masa tu aku dah nak turun tangga ke stesen sebelah sana tu. alhamdulillah sempat melompat masuk... hahaha... nasib baik sempat naik dan harapnya sempat ler sampai. kalau dia sedang mula bergerak perlahan pun sempat nak naik rasanya cuma antara berani dengan tidak jerk... ada beran..? kata bang bang boom!



tengok2 pintu yang aku masuk tu tembus ke kantin keretapi. ingat nak lepak kantin jerk... tapi kang semak plak kot ada orang mmg nak dok kat kantin. aku terus jalan cari seat. sampai hujung koc tadek seat. koc yang kebelakang lagi koc katil plak. lepas 2 koc katil tu baru koc yang ada kerusi semula. malas laa plak nak tempuh koc katil. sebenor nyer seat ada masa aku lalu tadi tapi sebab masalah pentingkan diri sendiri tak taulah mana derang belajar. seat tu elok2 boleh duduk derang letak bag. aku pun tak tau laa beg derang ker atau mmg ada bag penumpang lain yang pergi toilet ker kan... aku malas nak cara so berdiri laa dekat dengan pintu ketapi. dalam hati tu fikir2 jugak nak lepak kantin bleh breakfast sekali... hahaha... pastu pokcik tiket lalu... dia suh duduk aku cakap dah penuh. dia pun pi bukak ada satu kerusi lipat kat pintu keluar... aah... aku lupa ada kerusi lipat tempat orang lepak2 nak isap rokok kat situ... hahaha... teringat kenangan masa gi kedah wedding naza dan zahar. best wooo nek ketapi gi utara. sawah luas terbentang... hijau jerk... nantilah satu masa nanti bawak anak2 jalan nek ketapi amik yang katil punya. berkampung laa dalam ketapi buat mcm umah sendiri.. huhu...



sampai area mid valley tu benti agak lama sikit. nih takut tak sempat punch jerk nih... berdoa mintak2 sempat... sampai sentral berkejar amik lrt plak. alhamdulillah manage to arrive n thumb print at 8.15am. ngam ngam gitu. lenkali kalau ketapi nih lalu aku nak lepak kantin jerk bleh breakfast siap2. sampai bangsar naik ofis jerk terus on pc... huhu...



itu jerk lah nak citer rini.... tentang sikap prihatin terhadap masyarakat. ecehh... dah mcm ahli politik plak nak citer tentang masyarakat... hahaha... mungkin depa nih spare seat tu utk orang buncit preggy saja. bersangka baik jerk lah... huhu...





adiooss...












Isnin, Mei 07, 2012

Pesanan dari abg angkat

JURUJUAL BERJAYA YANG MEMPUNYAI MOMENTUM

Ia adalah amat penting bagi jurujual untuk mewujudkan momentum. Rasanya seperti memulakan lokomotif. Ia mengambil 238 paun tekanan untuk mendapatkan lokomotif bermula. Ia hanya mengambil masa 33 pound untuk lokomotif meneruskan  perjalanan sebaik sahaja ia telah mendapat kelajuan penuh. Tetapi jika lokomotif berhenti, ia mengambil masa 238 paun tekanan untuk mendapatkan ia bermula lagi.

Sama keadaannya dengan jurujual. Sebaik sahaja anda dapat pulangan, ia hanya mengambil sedikit usaha untuk meneruskan jualan. Jika anda berhenti atau mempunyai gangguan dalam aktiviti jualan anda, ia mengambil jumlah yang sama disiplin dan usaha untuk membina semula momentum yang ia lakukan pada awal lagi. Itulah mengapa ia begitu penting bagi jurujual untuk mengekalkan momentum.

Kunci kepada momentum adalah untuk membina satu tradisi kemenangan. Mana-mana pasukan boleh mendapatkan mood untuk memenangi satu perlawanan, tetapi rahsia itu adalah untuk mendapatkan mood kemenangan yang konsisten. Mereka yang berdisiplin, fokus dan mempunyai strategi jualan boleh mendapatkan jualan hampir setiap produk. Momentum dan kemenangan berterusan boleh diramal dan boleh dipercayai.

Sentiasa fikirkan dan gambarkan di minda anda dengan imej kejayaan. Pada awalnya, ini akan kelihatan janggal dan palsu, tetapi tidak lama lagi ia akan menjadi tulen dan semulajadi. Ingat, anda menjadi apa yanganda fikirkan tentang masa hadapan.

Momentum datang kepada jurujual yang mempunyai ketabahan apabila perjalanan semakin mencabar. Apabila mereka mempunyai pekerjaan yang perlu dilakukan dan melihat matlamat mereka dengan jelas dan mengambil semua usaha keras dengan tenang, mereka kuat melalui semua masalah dan halangan.


Anda akan mendapati bahawa jurujual yang mempunyai momentum membuat lebih banyak panggilan, membuat lebih banyak persembahan dan proses jualan keseluruhan mereka digilap kerana amalan yang menjadi kebiasaan.

Momentum adalah satu kemestian bagi jurujual yang ingin mencapai kejayaan.


Semoga berjaya dengan jualan yang baik!




Brian Tracy.