Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara eksklusif dari saya dan jaringan saya (maipilihdotcom)dan TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.
Rabu, November 19, 2008
akan dirasmikan tidak lama lagi
Isnin, November 10, 2008
i'm back
di bilik... paksa jugak lelap mata. jasad di jepun tapi hati dah sampai malaysia... huhuh.. akhirnyer tertidur jugak... rasa2 nyer dalam kul 12 mcm tu. takut tak terjaga pada pagi esok jerk. tup2 terjaga jam 3.58 pagi sebelum bunyi alarm... aahh... kalau sambung lagi nih mau sampai matahari meninggi. siap2kan diri, babai katil, babai bilik air... huhu... adeehhh... berat beg nih. sampai di lobby timbang bagasi lagi... huiyyooo... 22kg tu. masuk beg kuning 29kg... erkk.. kena bayar ker ek? limit 20kg jerk... max 23kg.. aduuss... tak per.. duit ada lagi 10Kyen. tapi orang kata kena bayar epot tax plak... abis ler kalau tak cukup duit... sempat berdoa mudah2an tak kena epot tax dan luggage.
perjalanan ke sekiya station sebenar nyer dekat jerk tapi amik masa sket pasal banyak berenti kepenatan akibat menarik bagasi. tak per... first timer biasa laa kan. lepas nih dah cerdik sket... hik hik... kitorang amik first train. gerak dari TKC jam 5.20 pagi dan sampai di sekiya jam 5.35 pagi. tunggu dekat 15 minit baru keretapi sampai. perjalanan ke narita terminal 2 amik masa 1 jam 20 minit mcm tu. walaupun bleh tido tapi rasa2 nyer biarlah mata tu menatap japan buat kali terakhir... hehehe...
sampai di terminal 2 jam 7.20pagi, bergegas naik balai berlepas sebab participant filipina nyer flight kul 9.30 pagi mmg ngam2 jerk kitorang sampai. aku ngan budak2 indon satu flight naik MAS pukul 10.30 pagi. participant thailand tercari2 kat mana nak check in tapi rupa2 nyer kat terminal 1. aku pun tak tau beno nyer terminal 1 dengan terminal 2 tu sama tempat ker tidak. aku ingat dia tau yang kitorang nih pergi terminal 2 dan aku pun tak tanya samada flight dia terminal 2 ker atau terminal lain. so tak tau laa apa citer sebab derang gi info kaunter, kitorang terus check in jerk.
masa letak bag kat tempat timbang tu punya laa cuak. 22kg beg aku pastu beg phelo plak... jadi 42kg. pastu dia suh letak beg kuning skali memandangkan beg sandang aku besar gabak so dia suh beg kuning tu masuk kargo jer. tup2 sumer 49kg... huhh... kompem aku kena bayar yang lebih 9kg tu lagi... tengok2 dapat boarding pas. pastu dia kata... okeh... uikss... tak kena bayar ker? ahakss... cuak sehh... tak kena pun. kalau tau baik aku genapkan ajer 50kg... har har har...
lepas tu lepak2 tunggu kat gate nak masuk departure tu. sempat laa makan biskut cicah tuna. bleh laa buat alas perut sekejap. pastu dah kena panggil masuk. masa tu jam 8.30 pagi so sempat laa ronda2 kat kedai duty free tu. beli coklat ngan biskut beras... konon2 saje nak ngabis duit laa kot sebab epot tax pun tak kena. kul 10pagi dah gerak masuk dalam flight. duduk terpisah dengan budak2 indon tu pasal depa dok depan so senang kuar nak tukar flight. aku duduk dekat2 jugak dengan tempat duduk yang aritu masa datang tapi kali nih tepi tingkap. so dapat laa tengok pemandangan luar sebab perjalanan siang. masa datang aritu malam so tak dapat tepi tingkap pun tak apa ek.
nanti lah aku tempek gambar kat posting nih. tengah semangat nak wat kije konon... huhuhu...
adios.
Selasa, November 04, 2008
Tsukiji fish market
tiba2 dapat call dari phelo.. "jom gi tsukiji fish market. boring plak dok dalam bilik tadek buat apa"... aku on jerk. terus bgn mandi and siap2 nak gi fish market. nih kira dah abis sumer tempat dah pergi so tak tau nak gi mana. yang penting kuar dari bilik. so masa sampai market dah kul 11. orang pun dah tak buat lelong ikan2. yang ada cuma kedai2 di kaki2 lima jual ikan, ketam, lobster dll. dan yang paling rancak beroperasi ialah kedai sushi. kat malaysia aku suka makan sushi tapi bila datang japan rasa mcm tak leh nak makan plak. tak tertelan dek ikan2 yang mentah tu... hehehe... pusing nyer pusing beli jugak laa sotong goreng tepung. 500yen sekotak. mahal gak tu. kejap jerk abis nyer... hehehe...
TBC laa weh. nanti aku tempek gambar ketam yang sangat besar dan mahal... hehehe... okeh... chiow.
Ahad, November 02, 2008
Ueno, Harajuku & Odaiba
TBC
Sabtu, November 01, 2008
Tokyo Disneyland
ptg dalam kul 3 ada parade. sebenarnyer masa tu nak balik dah tapi pelik jerk tengok orang dok reramai siap bentang2 alas lagi. so aku pun tanya laa budak yang jaga kat situ. dia pun bagi pamplet bahasa inggeris... rupa nyer ada parade sempena sambutan 25 tahun tokyo disneyland. tu yang tunggu jugak walau pun dalam angin sejuk tu. abis jerk parade tu balik jerk lah. barang2 souvenir kat disneyland mahal bangat tapi aku belikan jugak untuk anak dara aku yang baru umur setahun tu. kira nyer tu hadiah birthday laa kan... huhuhu...
esok nak gi odaiba. cadang nyer ke ueno (lagi...) sambung ke harajuku... ke shibuya... shimbashi dan meneruskan perjalanan menjejakkan kaki ke odaiba.
sekian.
Jumaat, Oktober 31, 2008
Akihabara lagi & Tokyo Tower
hari nih jalan2 cari pasal ke Tokyo Tower. tengok dalam peta mcm dekat jerk dari Japan Patent Ofis tu mcm bleh jalan kaki. so jalan ler... tengok2 jauh laa pulak.. letih jalan tapi puas ati jugak laa dapat jejak kat Tokyo Tower nih tapi tak naik atas ler pasal kena bayar 1000++yen. pergi malam pemandangan nyer cantik laa pasal tower nih dilimpahi cahaya lampu. kalau gi siang mmg tengok tiang bodoh jerk laa... tak cun langsung... hehehe..
esok hari sabtu plan nyer ke Tokyo Disneyland. tiket dah beli dari minggu lepas lagi kat Lumine, stesen Kita-senju. lusa dah plan nak gi Odaiba. tulat, hari isnin cuti jugak lagi... ada cultural day... amenda ntah. tak plan lagi nak gi mana. pastu selasa.. pastu rabu... pastu khamis... yesss... nak balik dah nih. flight hari khamis kul 10.30 pg so kena kuar dari asrama dalam kul 5.30pagi laa kot... nak heret beg lagi gi stesen ketapi mesti slow ek.. sojuk lagi tu... pastu perjalanan amik masa dekat sejam setengah laa kot. mcm masa kitorang sampai aritu... turun flight kul 7.15 pagi. agak lama sangat kat tempat nak kuar tu kot... pastu turun naik ketapi, sampai TKC kul 10.30 pagi mcm tu. nasib baik tak amik flight siang kul 11. mau sampai memalam dah gelap mana nak cari jalan... huhuhu...
okeh laa nanti sambung lagi citer disneyland dan odaiba plak. sekian terima kasih... chiow...
Khamis, Oktober 30, 2008
Happy Birthday Farhana
so semalam lepas kelas gi jalan2 ginza. saja jerk pasal nak tengok kedai2 branded dan teater kabukiza. tak dapat nak capture gambar pasal malam gelap pastu aku plak tak reti nak godeh2 jadi night mode... hehehe... so lepas balik dari ginza baru tepon mesia tanya khabar birthday girl. seronok nyer dengar sore anak bujang dah pandai cakap2. rasa nyer dia bgtau yang papa potong rambut dia... wekekeke... cemana laa rupa baru si bujang tu agak nyer... :)
Selasa, Oktober 28, 2008
Isnin, Oktober 27, 2008
Imperial palace & Harajuku
Sabtu, Oktober 25, 2008
asakusa & ueno
gambar mcm nih mmg selalu masuk poskad... hehehe... dah sampai sensoji tample, asakusa.
syahdi, lidya, phelo n me.
yukata. nak belikan untuk anak bujang aku mcm tak berbaloi jerk sebab bukan pakai selalu pun. pastu aku takut pakai sekejap jerk pastu dah tak muat.. muehehehe.. harga sepasang 2000yen++. jangan membazir... heh heh...
pakcik nih jual kipas, cap ngan t-shirt. ueno nih mcm petaling street tapi ada jugak jual barang basah hasil laut serta buah2an. hard rock cafe pun ada tapi aku tak terjumpa... uhukkss..
Rabu, Oktober 22, 2008
ohaiyo!
keluar dari TKC tu tak tau nak ke mana. yang aku tau kena cari stesen kita senju. map laluan train tu ada laa si ikhwan sedekah kat aku sebelum gi aritu. pastu tengah terbelek2 peta kat depan TKC tu ada sorang staff TKC kuar dah abis shift dia kot. pastu dia tanya2... bleh cakap melayu plak tu... hah... senang citer. dia kata dulu dia dok kat indon 5 tahun so that dia bleh laa cakap melayu. so dia laa yang bawak gi stesen kita-senju tu. cuaca nyaman giler. sejuk sangat pun tak. kira nyaman laa... sampai stesen orang ramai giler. nih belum abis waktu opis nih. so kitorang naik hibiya line gi akihabara. maka bermula laa penjelajahan aku di bumi tokyo. okeh aku tempek gambar jerk lah ek.
Khamis, Oktober 16, 2008
bantuan kewangan
Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.
Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.
Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.
Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.
Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.
Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!
Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.
Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.
Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.
Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus
Anda boleh sms kepada En. Zulkifli, ayah Azrul@Che Nat di nombor 017-365 1024 untuk sebarang pertanyaan.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah menyiarkan kisah Che Nat di web/blog mereka.
- Blog Rickywan di sini
- Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di sini
- Laman Marhaendaily.net di sini
- RelaxJap Yahoo Group di sini
- Pasalbuku.blogspot di sini
- Kedah Lanie di sini
- Epelijau di sini
- Blalang Yahoo Group di sini
Rabu, Oktober 15, 2008
terima kasih Datuk Adzhar
Syarikat nafi anjur skim cepat kaya
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Salah sebuah syarikat yang diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mendakwa pihaknya tidak terlibat dalam perniagaan skim cepat kaya yang dikatakan memperdaya pelabur, pendeposit dan ahli-ahlinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Noradz, Datuk Adzhar Sulaiman mengakui sekumpulan pegawai daripada BNM hadir ke pejabatnya untuk membuat siasatan berhubung bentuk perniagaan yang dijalankan.
Katanya, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya berhubung semua maklumat yang diperlukan oleh BNM.
Namun beliau menafikan bentuk perniagaan Kumpulan Noradz terlibat dengan skim cepat kaya seperti dilaporkan, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh beberapa ejen syarikat tersebut bagi memperdayakan ahli-ahli baru dengan melarikan duit deposit yang dibayar.
Jelasnya, sikap segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab itu dilihat merosakkan nama syarikat tersebut yang telah beroperasi selama 26 tahun.
“Kita tidak nafikan beberapa ejen kita yang tidak bertanggungjawab sehingga memperdayakan pengguna mahupun ahli.
“Selaku syarikat yang bertanggungjawab, kita membantu mangsa dari segi pembayaran balik jumlah kerugian dan melaporkan kepada pihak polis,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., adalah antara empat buah syarikat mencari pelanggan melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit yang diserbu oleh pegawai BNM.
Menurut Adzhar, pihaknya menerima banyak panggilan daripada rakan kongsi dan ahli-ahli berhubung berita yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini, sejak awal pagi lagi.
so kira dah lega laa nih. masa kuar dalam paper semalam pun aku rasa benda nih boleh settle sebab NORADZ dah lama bertapak dan bukan calang2 biz yang dia buat. skang nih pun tengah berkembang pesat dan yang terbaru ialah resort kat Tangkak kalau tak silap aku ler. semoga NORADZ maju jaya dan payment tak sangkut... hehehe... Terima Kasih Datuk Adzhar. Semoga Allah limpahkan rahmah dan rezeki yang halal buat Datuk sekeluarga. aminnn..
Selasa, Oktober 14, 2008
NORADZ K.O.
BNM serbu 4 syarikat
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.
***
Punah beb... aku dok melabur dalam Noradz tu juta2 gak laa... yang 1st nyer invest dah balik modal. yang 2nd nyer invest tu yang baru separuh jalan... banyak plak tu... nidah kena beku dengan BNM plak. aku pun heran gak pasal apa nak kena tahan dengan BNM. Noradz nyer biz nampak... cth : kete sewa, hotel coronade, perfileman... just like kita bagi share dalam syarikat tu... pastu dia bagi kita return... so apa yang tak kena? mungkin ada orang dengki kot... biasa laa tak bleh tengok orang senang. so apa plan yer? kalau duit noradz tadek mmg banyak benda yang sangkut. dah ler nak gi jepun lagi nih... harus aku tak pergi jenjalan. so for those yang bajet2 buah tangan dari jepun tu mintak mahap laa yer... mungkin aku gi jenjalan jerk... buah tangan tadek aa... sori... duit nak pakai... huhuhu... :)
Isnin, Oktober 13, 2008
lebaran 2008
aritu aku dah tukar duit yen dalam 100K yen. tup2 skang nih harga tengah tinggi... dalam dilemma... nak tunggu turun ker atau nak beli skang. kalau tunggu sampai hari2 terakhir kang dia tak turun... lagi mahal dari yang skang. kalau beli skang tiba2 dia turun masa nak pergi tu... ishss... dilemma sungguh... abis tu nak beli skang ker cemana nih ek? cemana nak predict turun ker naik nih? iskss... pening nyerr... beg tak kemas lagi nih... budak2 plak demam... uhukss.. harap2 masa mama nak pergi japan nanti adik ngan abang serta ayang sihat walafiat. tak nak laa pergi dalam kerisauan... huhu... sungguh tidak enjoy...
Rabu, September 24, 2008
bayar dulu

aku sibuk2 buat preparation ke Jepun. baju panas (ker baju sejuk ek?) dah beli kat alamanda aritu. pastu baju long john pun dah beli masa beli baju panas tu. sarung tangan dah beli cuma stokin jerk blom beli... heh heh.. malam senin aritu lepas berbuka pergi kedai sukan al-***** kat bangi konon2 nak cari kasut sukan. derang dah pesan kena pakai kasut sukan sebab nak berjalan banyak turun naik train sumer tu... so this is 1st time nak gi beli kasut sukan. just imagine... tak tau nak pilih yang jenis apa mcm mana... jenis ular sawa kenyang nih... tak pernah bersukan langsung.
sampai kedai tu yang paling excited tentu nyer rahimi. masuk kedai tu tengok bola banyak giler... yang di jual laa.. yang display laa.. pastu dia mintak2 nak bola... biasa laa bebudak. so aku pun bagi laa sebijibola yang kecil sekadar nak buat dia senyap sket... and aku mmg niat nak belikan bola tu. so dia pun main tendang2... bukan laa kuat sangat pun tendangan dengan kaki kanan dia yang cacat dulu tu (skang nih dah okeh). aku ngan hubby pun sibuk2 laa pilih2... tengok2 tadek saiz... pusing2 dalam kedai tu... belek2 lagi... n rahimi terus leka men bola...
tiba2... "haa.. main2 bola nih dah bayar ker belum nih..?" budak yang kat kaunter tu sound kuat sket.. mcm nak kata aku jerk nih... hb pun panggey.. "rahimi, letak balik bola tu.."... huh.. bebudak dah jumpa bola... tadek mana nyer nak letak balik... aku pun jadi laa tadek mood nak membeli belah... ada dua option masa tu...
1. letak balik bola dalam kandang bola tu... dan blah.
2. biarkan dia main dan nak blah tu bayar harga bola.. tak payah beli kasut.
sebenarnyer aku nak pilih option #1 tapi kang dia kata aku tadek duit plak ek... har har har... so aku pun pilih option #2 memandangkan mmg aku berniat nak belikan dia bola tu. hubby dah panas dah masa tu. bukan panas sebab dia marah anak aku tu... tapi sebab melayu yang tak ada bahasa. kurang2 pun cakap laa suh bayar dulu ker... suh letak balik ker.. bleh jerk sound elok2. pastu baru aku terperasan yang kat kandang tu tulis "don't play with the ball".
cemana aku bleh tak perasan? sebab kepala otak aku fikir banyak sangat benda... heh heh... so fokus aku masa sampai situ ialah nak cari kasut... next, rahimi mintak bola, aku terus jerk amik sebiji bagi dia tanpa pandang kiri kanan dan tak perasan langsung notis tu. lepas budak tu sound baru hb bgtau pasal notis tu... so dah terlambat. kalau aku amik bola tu masukkan dalam kandang kompem anak aku melalak berguling2 maka baik aku biar jerk dia main. lagipun aku mmg nak belikan dia bola tu. dia sepak pun bukan kuat2. abis jauh pun masuk kat celah2 rak yang gantung2 jersey tu jerk.
memandangkan saiz kasut pun tak ada... + kurang senang dengan sikap itu budak melayu maka kitorang pun blah jerk... tapi bola tu hb gi bayar laa... moral of the story... kena laa patuh peraturan kedai... tapi kalau mcm budak2 kecik nih mmg susah sket nak kawal kehendak dia... so lepas nih kalau nak shopping tak hengat ker... shopping benda penting ker... tak perlu nak bawak anak2 aku tu. tinggal jap kat umah mama jue pun okeh jugak. maka nyer kena laa aku shopping time weekdays sementara budak2 tu kat umah mama jue... hue hue hue...
so malam tadi gi alamanda kat cawangan kedai sukan tu jugak... dapat laa angkat satu kasut sport. maka tamatlah cerita pencarian kasut sport. sekian.
p/s: kata hb, melayu mesti penuh budi bahasa... mcm kata P. Ramlee dalam seniman bujang lapok... bahasa melambangkan bangsa.... :)
Jumaat, September 19, 2008
pasport dan visa

alhamdulillah... pasport dan visa dah siap. pasport siap setengah jam jerk pasal adik ipar yang dok skali ngan aku tu kije kat imigresen kajang... so dia buatkan cepat2 so that aku bleh balik opis lepas tu... hehehe... nasib baik ada orang dalam ek. pastu medical check-up buat kat hospital tawakal. buat visa amik masa 3 hari baru siap... so semalam dah gi amik kat Japan Embassy. mcm tak caya jerk ek aku bakal menjejakkan kaki ke Jepun. teringat plak kisah silam......
dulu masa lepas SPM aku ada apply nak masuk Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) kat UM. nih kes terkesan dengan citer2 Rinhanikoma masa aku sekolah rendah dulu (1987-1989 area tahun2 nih ler). punya laa tak bleh tinggal citer nih sampai bergaduh berebut TV dengan arwah abah. biasa laa orang tua tu nak tengok berita Dunia Jam 10. time tu gak laa Rinhanikoma nih start. last2 arwah abah mengalah... betapa laa selfish giler aku waktu tu. skang nih aku plak dah jadi macam arwah abah... berita kul 8 mesti nak tengok.. pastu si rahimi dok merengek nak tengok citer kartun... har har har har... sori laa mama bolayan.
pastu aku dah hantar borang UPU tu mintak masuk RPKJ 1st choice tu... masa tu ada 5 pilihan kalau tak silap laa... aku tak tau laa mana silap nyer... apply tak diskas dengan orang tua ker cemana ker... ntah ek.. nak jadikan cerita tiba2 masuk berita Kobe bergegar... gempa bumi aa nih. pastu arwah abah pun tarik muka.. tak setuju dengan pilihan aku nak ke jepun tu. padahal bukan pergi terus pun... dok kat Ambang Asuhan Jepun tu 2 tahun. pastu peksa... kalau lulus baru dapat gi jepun... kalau tak, dok dalam mesia jerk laa... sambung apa2 fakulti pun kat UM tu. dalam pada masa tu, aku jadi orang asing. cakap ngan mak pun dia buat derk jer.. cakap ngan arwah abah pun mcm tadek telinga. sedih gak aku masa tu. last2 dengan berat hati nyer aku pun tulis laa satu surat rasmi mintak tukar course dari RPKJ tu ke Asasi Sains jerk. berat gak nak mengepos surat tu sebenar nyer.. tak per laa... daripada aku jadi mcm tak wujud jerk ek. lepas dari tu baru laa derang buat mcm biasa jerk.
tak lama lepas aku dah pos tu... tiba2 sampai surat suh datang interview nak masuk RPKJ nih. teruja nyer aku rasa... tapi aku sedih sebab aku dah hantar surat tukar course. pastu aku cakap jugak laa kat arwah abah... dia kata nak tlg antar gi interview tu... aik... bagi pulak ker? aku sedih laa.. pergi laa jugak interview tu kat STF... aku ingat lagi en. kadir fellow asrama ke-2 interview aku. dia kata kalau ikut borang nih aku mmg kompem dapat masuk laa pasal RPKJ tu my 1st choice. aku senyum jerk laa... pastu aku jawab balik... tapi saya dah antar surat tukar course... aku harap sangat surat tu tak sampai.. atau dengan kehadiran aku kat interview tu aku harap pihak UM timbang2 semula dan terima aku masuk RPKJ plak... wekeke... mmg kerja giler. sudah nyer kompem laa aku tak dapat... derang slash nama aku... sedih sioott...
masuk asasi sains tu jumpa pulak laa kawan2 masa kat MRSMJ dulu masuk RPKJ. aisehh... mcm syok jerk rasa. aku tersangat laa ingin belajar bahasa Jepun tu sampai buat koleksi buku bahasa Jepun. padahal bukan ada kepentingan pun... setakat blajar melalui baca tak sama dengan betul2 blajar bahasa tu sebab mmg nak guna... dalam hati aku kata... apa pun satu hari nanti aku mesti pergi Jepun... mesti sampai Jepun... tapi tu laa tak tau bila... tapi aku rasa sumer nih ada hikmah nyer. kalau aku gi Jepun maka kurang ler masa aku bersama2 dengan orang yang tak panjang umur mcm arwah angah aku... arwah adik aku tu.. arwah abah... kalau nak fikir2kan rasa tak cukup masa pun nak manja2 dengan derang. selalu take advantage masa derang hidup. bila dah tak ada baru laa terasa tak cukup lagi berbakti dan berbaik2 dengan derang... iskss... sedih betul.
akhirnya aku percaya Allah makbulkan permintaan aku. bila dah kompem dapat pergi Jepun rasa mcm nak jerk bagitau dengan orang2 yang dah tak ada esp. arwah abah sebab dia yang tak bagi aku gi masa zaman blajar dulu... tapi nak bgtau cemana ek? semoga roh arwah abah, arwah angah dan arwah mamat berada dalam rahmat Allah selalu.. aminn..
Rabu, September 10, 2008
Jumaat, September 05, 2008
balik kampung dan ramadhan
sabtu lepas isyak, rumah buyut (depan umah PIL jer) buat kenduri sambut ramadhan. jemputan nyer cuma sedara mara terdekat jerk. so dengan muka tak malu aku jinjit 2 beg plastik berisi tudung... giler meniaga aku nih. last week masa kat marriot sempat berjual dengan urusetia hall sebelah... dapat laa jual 5 helai. okeh laa tu... bukan aku kenal depa pun. kali nih meniaga dengan sedara mara... ada sikit sukar laa pasal derang akan mintak turun harga... kompem aku terkial2 nak bagi. kang kata dengan sedara pun tak leh lebih kurang... heh heh heh.. hasil nyer... beberapa helai tudung dan beberapa pasang kerongsang pun terjual... kutipan pada malam itu berjumlah rm360. alhamdulillah...
hari ahad kul sebelum tghari gerak balik jb. amik mak kat umah kak zai (sepupu aku sebelah arwah abah) di BBU. mak tido semalaman di rumah kak zai sebab tolong masak untuk kenduri doa selamat pada malam semalam. so lepas lunch kat umah kak zai, singgah plak kat umah mak ngah (adik mak) di BBU jugak. sembang lebih kurang gerak balik umah mak di skudai. lepak gak laa.. ana pun asik nak buat perangai jerk pasal tido tak cukup. imi seronok jerk dia tu... kemain manja lagi dengan tok minah.
pepagi kul 5 dah bangun. nih 1st ramadhan tapi aku tak pose cuma bangun makan sesama jerk... har har har... sekejap jerk dah jumpa ramadhan sekali lagi. tahun lepas nyer ramadhan aku tengah sarat preggy ana. tahun nih aku dah beraya dengan dua anak maka banyak ler benda nak dibelanjakan utk persediaan raya. banyak ker? tak dek laa banyak mana pun tapi yang penting baju baru untuk dua orang kenit tu mesti ada. ibu yang jahitkan. nak mintak mak jahit rasa mcm kesian plak tengok mata tua mak tu tak berapa terang. aku dengan hubby pakai baju raya tahun lepas. masih muat lagi. rasa2 nyer aku mcm nak pakai baju yang masa bertunang aritu. kompem muat pasal masa tu berat aku 63kg tapi skang suda 57kg... ihikkkss... nih kes cirit-birit keracunan makanan aritu agak nyer kot... huhu..
lepas zohor gi jalan umah pidah. dah lama tak jenguk mak pidah. selalu kalau aku balik jb pidah rajin datang umah ziarah aku. kali nih aku ziarah dia plak. dan aku tak lupa bawak tudung ngan kerongsang. pidah angkat 2 helai tudung. sembang punya sembang tingin gak ziarah yan terlanjur dah dekat nih. yan kije kat perodua rawang. dah berzaman jugak aku tak jumpa yan. susah sket dia nak gerak jenjalan ker pasal ayah dia tak sihat so apa2 hal kena ada orang jaga kat umah. kat umah yan, dia dan kakak ipar angkat kerongsang sampai rm80. kira okeh laa tu.. 1 hari punya biz bleh dapat rm150... hik hik... perjalanan balik ke umah mak tu amik masa sket pasal hujan. johor asik ujan jerk... sojuk den.
okeh... to be continued...
