Halaman

Isnin, Jun 16, 2008

haruskah aku....

aku rasa mcm malas nak layan... tapi asik aku jerk yang kena... bengang laa jugak ek... aku pun tak suka jugak nak citer hal2 kuarga nih tapi rasa mcm nak lepas geram kat sini.

KAU DAH SENSITIF SKRG.
aku terima sms dari one of family members (S3) bertulis seperti di atas dan ada laa lagi bebelan nyer cuma this is major point yang aku nampak laa... aku pun tak sure siapa yang sensitif dan siapa yang tidak. aku flash back sket...

last friday, masa dalam perjalanan balik kg mertua berempat dengan hubby dan anak2, dapat sms dari mak kata nak datang kl esok nek bas, tengok kawan S3 jatuh sebab eksiden. so aku reply kata on the way balik muar so tak dapat nak amik kat petronas sg. besi. the reply is S6 akan amik kat sana dua kete pasal mom, S3 dengan 2 orang anak dan makcik ikut sama so need 2 cars. selamat aku tak payah gi amik.. yer laa kete aku kecik jerk mana nak muat orang besar2. okeh laa tu... tapi dalam berbalas sms tu ada satu reply tu yg aku rasa mcm bodoh. aku dah delete tapi aku ingat sket2 laa... sms tu berbunyi lebih kurang mcm nih laa... anak orang lain (yg eksi tu ler) ada jugak sebulan 2 kali tanya kabo mak tapi anak sendiri tadek pun yang nak tanya kabo... lebih kurang mcm tu laa tapi bermaksudkan yang anak orang lain sangat laa mengambil berat dengan orang tua ini tapi anak2 sendiri buat bodoh jerk... aku pun puzzle laa pasal sms nih sebenar nyer nak citer pasal ziarah ker atau ada niat nak smash somebody? hb aku dah berasap dah pasal this kind of sms yang nak smash orang lain tapi hantar kat orang lain selalu terjadi dan tau dah saper yang reply walau pun no reply tu no hp mak. aku buat no hal jerk pasal malas nak pikir sebab nyer kalau nak kata aku tak pernah contact mak mmg bohong lah. aku tepon mak seminggu dua kali. kalau mak kata ada kat seremban aku bergegas dari kajang ke seremban. mak nak datang kl aku rela gi amik mak kat pudu atau hentian serdang nu... mmg offer diri laa tak tunggu mak suh amik pun. so aku pun buat tak reti jerk walau pun terasa bengang gak laa dengan sms tu.

so pagi nih aku try call umah mak. saja laa tanya kabo lepas dah balik dr kl tu. pastu aku ada tanya jugak laa...
sms tu saper reply?
S3 yg reply.
betul ker si polan (yg eksi tu) ada tanya kabo mak 2 kali tiap2 bulan?
baru nih jerk haa... 2 kali tipon dia panggey aku "mak". tu yang nak gi tengok dia lepas jatuh.

agak nyer hati tua mak aku tu tersentuh kot bila dipanggil mak. so okeh laa... pastu aku tanya... apsal S3 mesti reply yg "anak sendiri tak tanya kabo mak tu"? nak mengata aku ker?
dia katakan B1 laa tu... tak kata kat ko...
abis tu apsal pi sms kat aku? nak sangat cakap2 mcm tu pi laa cakap sendiri ngan B1.

lepas abis cakap2 gitu tak lama lepas tu aku dapat sms dari B3... panjang berjela tapi yg aku spot sangat tulisan yang berbunyi seperti berwarna merah di atas.

aku reply dalam keadaan marah gak laa... antara nyer aku suh dia sms sendiri kat tuan punya diri... tak payah nak sms kat aku padahal kata2 tu nak tuju kat orang lain. orang hidup yang ada hati mmg laa sensitip nak banding dengan orang mati walau pun ada hati tapi dia dah tak sensitip pasal dah mati. mcm lawak pun ada tapi pasal tengah geram aku pun jawab ikut suka hati aku jerk.

SIAPA SENSITIF SIAPA TAK SENSITIF?
aku pun tak tau nak kata siapa yang sensitif dan siapa yang tak sensitif. sebenar nyer aku nih tadek laa nak amik port sangat tapi kalau betul aku jadi sensitif pun angkara S3 laa jugak.

aku flash back lagi...
masa aku blajar lagi kat UM, S6 masuk nursing school. oleh kerana aku paling dekat so sumer orang letak tanggungjawab menjaga S6 pada aku. aku jarang pergi jenguk dia sebab
-kenaikan tak ada jadi aku perlu harap kengkawan hantar tapi aku tak suka nak susahkan kengkawan pasal derang pun nak ada waktu untuk diri sendiri dan personal matters.
-jadual kelas yang sibuk dan aku tak tau jadual dia so aku tak pi jenguk dia.
-walaupun kenaikan tak ada tapi aku bleh jalan kaki gi asrama dia tapi oleh kerana aku tak tau bila dia ada kat bilik, buang masa jerk laa kalau aku pi masa dia tak ada.
-susah sket nak contact sbb asrama sediakan telefon. kadang tak ada orang angkat masa telefon berdering atau orang yang kita nak hubungi tu tak ada.
-masa tu kat tempat laluan tu ada construction buat parking bertingkat jadi aku tak tau jalan lain nak ke asrama jururawat. nih mmg alasan kukuh aku sebab construction banyak indon2, kang dia tangkap aku kena rogol apa sumer saper nak tanggungjawab? so aku lebih pentingkan keselamatan diri aku sendiri.

setahun lepas S6 belajar kat situ dengar desas desus dia kawan ngan laki orang. liar sebab tak ada pengawasan. masa tu sumer orang menyalahkan aku. aku pun tak paham kenapa sumer orang salahkan aku sedangkan tak tengok langsung kekangan yang aku hadapi masa tu. atau mungkin derang lupa, aku terlebih dulu dok kat kl 3 tahun sebelum S3 masuk nursing school. tadek pun berlaku benda2 tak betul walaupun tanpa pengawasan sesiapa. yang penting pandai jaga diri sendiri... so kalau sendiri yang terpeleot, jangan tuding jadi ke orang lain. masa tu mmg tadek saper nak backing aku sedangkan tanggungjawab amik berat hal S6 nih terletak atas bahu setiap orang... bukan aku sorang jerk. S6 sudah mabuk cinta so tak hirau adik beradik tak izin ker apa ker sebab hati dah suka... apa pun boleh. orang lain tetap tuding jari pada aku termasuk si suami orang itu sebab pada suatu hari kawan2 serumah S6 sudah halau dia kuar dari rumah. S6 bergaduh mulut agak nyer sebab dia nih mmg kepala angin sket so budak2 rumah tak suka dia kena halau. tadek tempat nak pergi si suami orang nih salahkan aku tak jaga S6 sampai kena halau. salah aku ker? dia yang bergaduh aku plak kena maki dengan si suami orang tu. S6 tak ada duit, si suami orang tu maki aku lagi kata tak amik berat tentang S6. masalah nyer dia tak pernah pun bgtau aku dia tak ada duit ker... apa ker... tiba2 aku kena maki dengan si suami orang tu... salah aku ker?

masa aku nak kawen S6 dengan si suami orang nih pun nak kawen jugak tapi tak tau nak nikah bila.. cadang nyer kalau buat di tahun yang sama, kenduri nyer serentak so bleh jimat dan tak penat. S6 tak contact langsung aku kata jadi nikah ker tidak walhal aku dah nak tempah kad jemputan. senyap manjang aku tempah jugak laa... tanpa letak nama dia takut dia tak jadi tapi nama ada... nanti orang tanya pulak... kad dah siap dan dah edar... tiba2 2 minggu sebelum majlis aku yg mmg kompem berlangsung dia kata nak menikah plak. mmg kawen koboi. nikah kat jawi jerk... B1 tak nak jadi wali padahal dok KL jerk so terpaksa laa dua orang warga emas nih bergegas amik bas dari JB ke KL nak walikan S6 menikah. mas kawen pun tak ada. sebut jerk tunai tapi S6 kuar duit dia sendiri maka dia dapat duit dia balik. duit mas kahwin rm80 pun tak ada, duit hantaran langsung laa tak ada. yang ada cuma tulisan atas sijil nikah tapi duit fizikal nyer tak ada. kes kad jemputan yg aku tempah tak ada nama dia kena marah plak dengan abah. salah aku ker? aku pun tak tau dia jadi menikah. tapi tak per... mmg aku yang salah agak nyer.

lepas aku kawen, B5 jadi arwah kerana eksiden beberapa hari selepas raya puasa. 2 bulan seminggu lepas tu, abah pun jadi arwah kena serangan jantung masa nak solat subuh. lepas abah jadi arwah, family jadi kucar kacir. B1 gila kuasa mentang2 waris lelaki sorang so semua keputusan kena ikut cakap dia. lupa agak nyer mak tu idup lagi so apa2 hal kena laa rujuk mak jugak. lepas kenduri arwah abah, B1 suh mak ikut balik KL dok ngan anak2 tak bleh dok sorang2 dalam tempoh edah. mak ikut aku balik rumah MIL kat muar sebelum esok tu teruskan perjalanan balik KL. tiba2 hati tua mak terasa mcm nak balik umah... tak bleh tinggalkan umah... esok pepagi tu aku n hb antar mak balik ke jb semula. aku tak kisah laa mak nak mintak bawak ke mana2 yang penting mak happy. aku cuma pesan jaga diri dan info kalau ada apa2 hal ker... bukan aku nak lepas tangan tak nak jaga orang tua tapi aku kena faham rasa hati tua nyer... mak mesti nak duduk rumah yang dia biasa dan senang dengan masyarakat sekeliling... B1 dapat tau aku antar mak balik ke jb... abis kena marah... sebab takmo dengar cakap dia yang mak mesti duduk dengan anak2. salah aku ker kalau aku cuma turutkan permintaan mak? salah aku ker kalau aku cuma nak gembirakan hati mak sedangkan mak sendiri mmg dah cakap takmo duduk dengan B1. salah aku ker? ada tak orang lain yang sensitif dengan kemahuan mak?

tahun silih berganti. S6 bergaduh laki bini, aku mmg takmo amik port. dulu2 kita dah larang dia nak jugak so kalau ada masalah apa2 ko settle sendiri jangan cari aku. sekali lagi aku kena basuh dengan S3 sebab tak amik tau hal S6... salah aku ke? kenapa aku mesti nak involve dengan masalah orang lain? S6 dengan penuh arrogant nyer tak pernah hormat aku sebagai kakak pun... naper plak aku nak kena amik tau hal dia? dia susah aku kena amik tau.. masa aku susah... sorang pun tadek peduli... kenapa? pasal aku tak pernah cerita dan aku tak mau susahkan orang dengan masalah aku... citer rumahtangga, settle sendiri laa.. tak perlu nak canang kat beradik dan mak bapak... tak perlu pun...

S3 sekali lagi mencabar sensitiviti aku... dia laa punca aku sensitif nih.. pastu dia nak mengata aku plak... pada suatu hari, cukai pintu/tanah sampai ke rumah mak. ada dua rumah so total cukai kena bayar adalah rm400 mcm tu. S3 sudah sms sumer beradik suh bayarkan kongsi2. suruh bayar tu takper lagi. tuduhan melampau nyer ialah... ko tak tau ker mak susah2 nih tak ada duit nak bayar cukai tanah. tak nak amik tau langsung susah mak nih... bla.. bla.. bla... sms dia panjang sebenar nyer tapi yang aku paling ingat ialah tuduhan seolah2 tak amik tau langsung susah senang mak nih hatta nak lempar duit tolong bayar duit cukai pun tak dak. agak nyer nak kata dia laa yang paling amik berat tu... aku reply dengan kira2 duit belanja bulanan. so dia ada detail berapa gaji aku dan apa2 yang aku belanjakan. total nyer adalah negatif... pastu dia mintak maaf pasal tak tau pun hidup aku susah masa tu dengan hb yang gaji nyer rm500 sebulan. dia ingat bila lulusan universiti kompem gaji besar boleh tanggung sumer belanja. so anytime mak nak pakai duit bleh mintak2 suka hati. aku rasa mak bukan susah tak ada duit. bohong laa kalau nak kata mak tak ada duit. hidup dia sorang.... pencen arwah abah ada rm400... larat ker nak abiskan sorang2? bukan ada hutang apa pun. insurans arwah B5 pun ada ribu riban sampai anak2 bleh pinjam... bohong sangat kalau rm400 nak bayar cukai pun tak ada...

nak sedapkan hati aku tepon mak tanya pasal cukai tanah tu... kata orang tua tu... aku kata susah aku nak gi membayar nyer.. saper nak membawak aku gi bayar kat pejabat tanah ni haa.. bukan susah tak ada duit nak bayar... dia yang pandai2 sms mintak duit orang lain plak nak bayarkan cukai nih. aku dah kata tak payah mintak duit. duit mak ada ni haa... sahhhh... sah B3 suka nak pandang serong kat orang lain. aku pun buat bodo jerk... bagaikan tak sensitip langsung dengan keadaan mak tu.
nak sedapkan hati S3, tahun nih selepuk aku bagi rm400 suh mak bayar cukai tanah. aku tanya jugak kat mak... ada ker S3 bayarkan ker atau kata nak bagi duit cukai... mak kata tadek pun... tahun sudah yang dia sibuk2 mintak adik beradik bayar pun bukan dia hulur bahagian dia pun. bunyi nyer mcm laa kalau kita tak bagi, dia nak bagi rm100 bahagian dia... tengok2 haram tak bagi sesen pun... saja nak buat orang lain panas jerk... tahun nih aku dah bagi rm400... tahun depan saper plak nak bayarkan rm400? amik laa giliran yer... tak kan aku lagi kot...

citer sensitif tak sensitif nih aku mmg bagi award kat S3 pasal dia sangat laa bengap sampai tak sensitif langsung dengan perasaan mak. the other house yang sudah jadi Sri Selesa Guesthouse tu sebenar nyer arwah abah mau jual sama itu S3 dengan harga yang murah atas sebab2 anak2 beranak dan tak mau bebankan dia sekeluarga. BIL mmg nak rumah tu dan dah berlagak mcm rumah dia. mak ada bg dia kunci rumah tu sebab kes S6 bergaduh laki bini so sudah tumpang rumah B1. maka ibu tua ini menjadi teman S6 selama sebulan lebih jugak laa kat rumah B1. mak mintak tlg S3 n BIL tengok2 Sri Selesa tu sebab derang paling dekat di seberang tambak berbanding aku kat kl jauh meredam. sebelum2 nih lagi depa nih ada kunci rumah tu... so datang mcm istana hinggap... tau2 dah singgah sana. at least bagitau laa nak datang tengok rumah sri selesa tu... kan belum tukar hak milik hatta belum setuju pun lagi nak beli so jangan laa buat mcm harta sendiri. dengan sendiri nyer beli tv 25inch letak kat situ kata nyer bleh lepak2 tengok tv. betul2 mcm istana hinggap laa nih pasal selalu gak weekend turun sana tapi tak singgah umah mak. tau2 dah balik seberang tambak jerk. tak per... lepak lagi. keputusan nak beli tak nak beli tu tergantung2... kalau nak beli uruskan kadar segera... tak nak beli kalu, mak nak buat Guesthouse. so ini S3 nak rumah nih tapi free pasal dia takmo kije. kalau kije pun sampai bila nak abis bayar rumah tu... dia nak dok umah abiskan masa dengan anak2 sebab last time dia kije kilang shift malam, anak2 tak terurus.

aku pun naik heran... anak2 dah besar... bukan nak kena pakaikan baju, kena cebokkan berak mcm anak2 aku yang masih belum berdaya buat sendiri nih. dia ada kemahiran menjahit tapi takmo amik tempahan... alasan malas nak ada komitmen... mak malas tunggu, terus jerk proceed jadi sri selesa guesthouse. tup2 BIL datang tengok2 dah ada katil, ada peti sejuk, meja makan, etc.... mcm2 plak dia kata... mcm tak kasi duduk jerk... ada sekali tu pintu tak leh bukak... kata jugak... mcm tak kasi masuk jerk... hahaha... sendiri mau ingat laa.. tu rumah ko ker rumah orang? sensitif laa sket... sila mintak kebenaran.... bila aku cakap gitu gini tegur perbuatan BIL mesti S3 melenting... datang nak tolong tengok rumah pun bising. ungkit sana ungkit sini... nak harap adik beradik lain dah laa tak nak amik tau... lagi satu tuduhan yang tak baper nak betul. kalau nak tuju ke B1 bleh gaduh ngan dia... tak payah gaduh ngan aku... dan lagi ayat2 gitu mcm nak kata dia sangat laa amik berat nyer tentang mak. dia tak dengar lagi mak cakap sendiri depan aku... S3 nih sibuk betul laa... asik sms jerk... aku nak buat kije lain pun payah asik nak menjawab dia jerk. abis duit tipon aku... S3 tak tau pun mak ada cakap2 gitu pasal dia rasa dia laa yang paling amik berat... hari2 antar sms yang sama... mak wat per tu?... tengahari antar lagi... wat per tu?... kalau aku pun busan.

so berbalik kepada isu... siapa sensitif... siapa tak sensitif?
aku mmg sensitif sejak S3 mulakan... KAU DAH SENSITIF SKRG sebenar nyer tak relevan... aku dah sensitif lama dulu tapi S3 tak perasan sbb tak sensitif pada aku. S3 tu yang tak pernah sensitif dengan keadaan orang lain esp. mak sebab bila dia buat hal mcm nih aku akan bertanya pada mak untuk tau kebenaran dan mak akan jadi pening... S3 masih lagi nak menyakitkan ati orang lain dan tak pernah berubah walaupun dia pernah buat perkara yang sama jugak tak lama dulu. tak sensitif terhadap kesilapan lalu. bawak2 laa tengok cermin wehhh... aku penat aa nak layan sms ko. lebih baik aku buat2 tak sensitif ker atau lebih baik aku buat2 sensitif supaya dia tak sms yang bukan2 takut aku sensitif... wekekeke...

so conclusion kepada haruskah aku.... ermm... apa yer?
a. maki
b. sepak terajang
c. buat tak tau
d. berdoa supaya aku bersabar

huhuhu.. rasa mcm nak pilih semua jawapan di atas...

permintaan buat S3: berlakulah adil terhadap semua pihak. jgn laa nak sandar atas bahu aku jerk... walaupun tak pernah dengar aku ada masalah, mmg aku sengaja sembunyikan supaya orang lain tak involve dalam masalah aku... please be sensitive to the others...

8 ulasan:

mast@work berkata...

panjang betul entry kali ni.. hehe..

biasa la tu cik pau, adat keluarga.. pahit kena telan, sayang pun kena telan juga..

sabar2 ye..

anamiraa berkata...

pau,

kak ana memang pakar kalau yang
"c. buat tak tau" ni..

hehehehe.. asal kita tak kacau orang sudahlah. tak boleh nak puaskan hati semua orang.

lagi satu yang paling penting untuk akak ialah hubungan kita dengan parents. kadangkala memang ada yang tersinggung perasaan. tapi sabar ajelah ye. tak worth it untuk diperpanjang2kan.

selamat bertenang!

ealyie berkata...

Salam perkenalan Cik Pau,
panjang entry nie.. walau apa pun betul la, Hidup Mesti Diteruskan...
:)

::zuraimah:: berkata...

cikpau....panjangnye luahan rasa... tp bila adik beradik mcm ni la kan..kenkadang ada jugak tersilap kata, tersilap pemahaman, tersilap rasa..

harapnye cikpau sabar2kan diri..cam mana pun tu kan keluarga kite juga..kene gak jumpe masa raya nanti..hehe

p/s teringat kisah MIL yg lebih kurang kisah cikpau gak la...sbaik dah baik balik...;)

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

mas n ealyie,

terpanjang sebab mmg nak lepas geram punya pasal. kalau korek2 ada lagi yang tak puas hati tapi malas nak edit.


sis ana n zuraimah,

mmg kita selama nih sabar jerk, malas bunyi konon mcm tak sencitip. tapi dah banyak kali sms tak tentu pasal gini... mula2 sms elok jerk... lelama tu balas punya balas jadi sakit hati. balas lagi jadi gaduh. tu yang malas nak layan sms dia tu. bila kita dah melenting dia mintak maaf laa kata dia yang salah... tup2 buat lagi... dan lagi dan lagi... mcm tak belajar dari kesilapan laa...

sis ana cakap tu mmg betul. kita buat baik dengan mak bukan sebab nak bertanding siapa paling baik antara beradik, jadi yang paling mak sayang dan paling dapat banyak pesaka. kalau boleh kita nak beri yang terbaik untuk mak just untuk dia happy di hari2 tua. dan kalau boleh kita nak bagi sama rasa antara mak dengan mak mertua. biasa nyer kalau i bg anything kat MIL, mak i pun akan dapat yang sama. mcm tu gak sebalik nyer, i cuba berlaku adil laa... tapi jadi juga cakap2. mcm laa kita nih nak membodek mak. susah laa kalau ada mindset mcm nih. sampai bila pun hidup tak senang.

so far dalam tempoh bertenang. cuma jangan dapat sms dari S3 lagi laa... last time fikirkan sangat pasal sms cukai tanah tu, terus demam seminggu... dah ler tengah preggy masa tu... huhh...

Mimie berkata...

memang panjang betul entry kali ni.. sgt2 bersimpati ngan awak.. apa pun, bawak2 le bersabar.. ingat satu je, kita buat semua tu utk beri yg terbaik pada mak kita especially bila dia dah kehilangan suami tercinta.. awak ni sebenarnya mmg anak yg baik dan terlalu bersabar..tak pe, allah bersama2 org yg benar..

hehehe..kalau nak buat pilihan? ikut emosi mmg nak pilih 2 atas tu...tapi be rasional, pilih la yg 2 bawah tu je..

apa pun, banyak2 bersabar..

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

mimie,
sobar itu ada had nyer... hihihi...

Min berkata...

waaaaaaaaaaaa panjang nyer citer...heheheh