Halaman

Khamis, Januari 13, 2011

kalau hati tak happy

minggu lalu, dek kerana tak mahu lagi berada dalam keadaan berserabut, aku mengambil keputusan untuk berhenti dari menjadi agen insurans. sempat laa merasa komisen selama setahun sentengah. ramai yang tertanya2 kenapa... nanti aku cerita... huhu.. ada satu perkongsian oleh anne yang aku nak tempek jgk isi2 pentingnya kat blog nih. entry tu seolah2 untuk aku yang sedang mengalami konflik ketika itu.

1. saya tak suka meeting...
as a part timer, miting boleh jadi suatu yang membebankan. lainlah halnya klu diri sendiri yang nak datang jumpa bos mintak nasihat ker apa ker... skang nih bleh buat conference jerk. memasing pakai laptop kan ada kamera. tak perlu nak sibuk2 redah jalan nak gi miting kat ofis. dulu masa awal2 aku dalam agensi *** aku datang seawal 9++ pagi. tapi orang lain datang kul 11... kul 12... bila dah ramai baru start miting. aku dah bosan menunggu. dah ler nak balik tu satu hal lagi nak tunggu public transport. akhirnya sampai rumah kul 3 petang. weekdays dah kuar kul 6.45 pagi balik rumah pukul 7 malam. ada pulak miting setiap hari isnin atau khamis pukul 8 - 10. aku pergi sekali jerk. dek kepenatan sampai rumah dah lewat sangat... tido lewat bangun lewat... terus aku tak gi dah. letihh...

2. Saya tak suka paksa orang. Jiwa saya suka ketenangan, gelak ketawa anak-anak. Adakala bila selalu pergi meeting, upline tanya....Biz macam mana? Saya rasa ia mengganggu ketenangan jiwa saya. Macam kena paksa buat biz. <-- ini kata anne... aku sangat setuju. tambahan lagi ramai yang sedia maklum banyak agen insurans yang memaksa client sign jerk proposal. maknanya terpaksa setuju beli polisi insurans... dulu cara aku sharing jerk. i try to educate people. terpulang samada derang nak sign up atau tidak. boleh fikir dulu. tapi bagi unit manager, penjualan mcm nih tak akan berjaya. sudah nyer miting tiap2 minggu asyik kena bambu jerk. open tak close... open tak close... open salah tak close pun salah. jangan memaksa dan jangan menipu... salah ker berpegang pada prinsip?

3. Shaklee adalah biz kita. Kita yang menggerakkannya bukan upline. Jika dahulu anda pernah join mana2 MLM , saya nak kalian tahu Shaklee is different. Kami tidak memaksa downline. <-- sebab tu laa aku cuba dan percaya ada benda lain lagi yang boleh buat duit selain daripada jual insurans. ini baru betul2 "my own bisnes".

4. Bukan buat Shaklee kerana upline tetapi kerana diri sendiri. Saya tak pernah amik tahu tentang pendapatan upline saya...sebab dia dapat atas usahanya sendiri. <-- setuju. tapi bila dapat tau upline dapat banyak tu banyak nih... rasa teruja.. kita pun mesti boleh dapat.

5. Elakkan sikap tuding menuding. Jika kita tudingkan ibu jari pada orang kononnya orang itu silap...ada 4 lagi jari yang menuding ke arah kita semula. Itu pentingnya muhasabah diri. Berjaya atau gagal kita adalah disebabkan dari sikap kita bukan orang lain.

6. Ahir kata. dalam dunia ni sentiasa ada ujian dan cubaan.... kena lalui dengan tenang dan tabah, Jangan cepat melatah. Sabar, sabar dan sabar. Ada hikmah di sebalik kejadian. Jika down, cuba amik wudhu' dan mengaji. Bacaan mengaji itu sendiri menjadi penawar terbaik hati manusia.Orang yang sabar dan istiqamah pasti menemui pintu kejayaan dengan izin ALLAH jua. Jangan sesekali putus harapan kerana ALLAH sentiasa ada untuk umat nabi Muhammad.

5 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

eh kena paksa2 ke?? en.papa pun part-timer jugak tapi sikit pun dia aka upline dia tak penah paksa.cuma dia bagi sokongan sahaja. takpenah pulak en.papa stress sbb benda2 ne. bila dia boleh pg dia pg, bila dia tak boleh join takde pulakla cakap apa2. org atas dia boleh kata cukup jaga dia.. siap nak bagi tiket free utk join apa2 tah.. then siap bagi hadiah utk anak2..ko join company mana pulak ne??

Fauziah berkata...

lain padang lain belalang. nasib aku tak okeh kot kena dengan manager yang ntah hapa2 ntah. sokong mmg sokong tapi dengan cara herdikan. close sikit marah... tak close lagi laa kena marah. ajar kita bersyukur walaupun sedikit... dia sendiri pun tak syukur.. cemana? kadang ajar aku suh tipu customer... alamak... tu yang failed tu.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

eh main herdik2 pulak.macamla dia bagikita makan..adus..mmg stress

takpe.insya allah rezeki ko kat tempat lain. tapi sayangkan ko dah amik exam susah2.

tapi en papa kata mmg ada company macam tue. tapi yg enpapa punya upline kata takleh buat macam tue kat partimer nanti diorang merajuk berenti..

ohhh yg buat en papa join salah satunya dia tak menipu & dah test 2/3 time dia tak suka tipu.hehe.kitaorg pun penah bdepan dgn agen yg menipu asalkan closed case. dosa kan??

Fauziah berkata...

support dengan cara menyindir, kutuk mmg tak bagi energy langsung. bukan takat tipu customer jerk... tipu suami pun dia ajar jugak... ader ker patut gitu. tembelang dia sudah pecah laa bila aku tau PA dia benti sebab kena tunjal kepala. tak leh laa nak kije dengan orang mcm nih.
tak kisah laa exam susah senang mahal murah. tadek rezeki kat sini... kat tempat lain insya-Allah ada. bukan dia yang tentukan rezeki aku... huhuh...