Halaman

Isnin, Julai 04, 2011

1 biz setiap 1 kelahiran

tajuk mende laa nih... tapi saja jerk nak citer sempena amik tajuk cabaran #1 iPad MySuperKids by mommylyna tu kan... huhuhu..

aku meniaga bermula lepas kawen 6 tahun lepas... wah wah wah... baru jerk anniversary 2 julai ritu. makanyer dah 6 tahun laa bergelumang dengan dunia perniagaan. tak kira laa meniaga apa... layan jerk... yang aku bleh ingat mula2 lepas kawen dulu meniaga kerepek. walau pun penat tapi still enjoy sebab orang asyik datang beli dan kalau dah abis orang akan tanya. pantang betul laa kalau tanya barang tak ada... aa... tu yang jadi tak benti meniaga tu. so masa bulan puasa tahun pertama sebagai suami isteri tu pulun jual kerepek. angkut laa kerepek dari kampung dengan kereta kecil ku itu... so selalu laa balik kg menjenguk orang tua. walaupun untung tak seberapa malah lagi penat pun ada tapi puas ati dapat balik jumpa mak bapak. maklum ler baru2 kawen nih kadang mak bapak sebak, anak dia dah dibawa / dijaga orang lain... aha...



(gambar dari google)


syok2 meniaga kerepek tu preggy lg... tahun kedua tu aku malas nak buat sebab dah ada budak kecik mcm sibuk sikit dan mengandungkan kak ngah plak tu... tapi masih terdapat permintaan... untuk tidak menghampakan buat jugak laa jualan kerepek time bulan puasa tu. dalam dua tahun jugak laa meniaga kerepek. lepas tu pada tahun ke3, beralih pulak kepada meniaga kerongsang. boleh tahan jugak untungnya cuma ambil barang kena banyak... modal banyak jugak laa... siap pasang kaki lagi kat johor... huhuhu...

tahun ke4 tu meniaga tudung ngan kerongsang. wah... dah dipasang2kan pulak. alhamdulillah... mendapat sambutan laa jugak. preggy jugak lagi tu... huhuhu... asal preggy jerk mood meniaga mencanak2... preggy jerk mesti ada idea nak meniaga... pelik betul... jangan kuar anak2 mata duitan sudah ler... anak2 ada minat meniaga tak apa ler kan... huhuhu... tahun ke5 meniaga kain pasang dan ada jugak diganding dengan tudung dan kerongsang mana2 stok lama tu kan... alhamdulillah... sampai terberangan nak bukak kedai jual kain... hehehe... tapi biasa laa... kain ker tudung ker... meniaga nih mcm bermusim sikit... kalau nak raya tu mmg laa maju sket dari hari2 lain...

tahun ke6 nih... start biz sarapan pagi... pastu bulan puasa nih ura2 nak jual kerepek jugak lagi sebab ada permintaan ler... aku tak leh dengar orang mintak jual nih... mesti sibuk nak adakan... huhuhu... aritu ada jugak riki2 modal biz spring potato utk bazaar ramadhan dan kiosk kat stesen2 lrt.... tapi saper laa plak nak menjaganyakan... rasanya untuk bulan puasa nih hb dah nak prepare biz tempahan daging dendeng nyer tu. oleh kerana dah biasa meniaga walau pun kecil2an... kalau tak meniaga tu rasa tak best tau. lagi satu kalau tengah preggy nih mood nak meniaga tu lain macam sket... huhuhu...

(gambar dari google)
so kesimpulannya, kalau nak tau preggy ke tak preggy mmg dah bleh agak dari indicatornya iaitu sembelit & mood teruja nak meniaga.. ecehhh... hope minat nak meniaga nih dapat laa kat anak2. skang nih pun dah menunjukkan ciri2 mata duitan dan materialistik jugak anak2 aku nih...
abg long : nanti mama belikan... @ nanti abg belikan mama... @ nanti kalau dah besar abg nak beli...
kak ngah
: bayar bayar... bayar bayar...
kak uda
: nak uwet... nak uwet...

kita tunggu tahun depan... apa kata adik...? huhuhu... sekianlah sahaja cerita tentang 1 biz disetiap tahun perkahwinan... ehh... kena tukar tajuk plak ker? huhuhu... adioss...


“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang akan direviu oleh juri Adam Mohamad

3 ulasan:

Ina Hashim berkata...

wah bibimie....preggy lagi ye?tahniah!!!

Fauziah berkata...

huhu... yg #4. awak dah berapa ya?

nur berkata...

SEDAP LAK BACA NI.. MACAM MAKAN KEREPEK AJE.. GUDLAK DEAR..