Halaman

Rabu, Ogos 10, 2011

Duit & Ramadhan - [iPad MySuperKids] Cabaran #2

hoho... arinih last day beb... satu entry jerk kot... huhu...
nak citer pasal duit ker nak citer pasal ramadhan? errmmm.... tulis apa yang terlintas jerk.

ramadhan kali nih abg long dah mula berpuasa. sebenonyer hb yang paksa2kan sampai tinggi2 suara. tapi hb kata dia gertak jerk sebenarnya biar dia belajar yang puasa nih bukan suka suki rasa lapar sket boleh buka puasa. aku just slowly cakap kalau tak tahan bgtau kot laa ada solution lain utk lengah2kan buka puasa tu dan jangan sekali2 curi2 minum air paip kat toilet ker apa ker. hujung minggu hari tu aku nampak dia suap nasi goreng pastu pi kunyah kat beranda. dah abis kunyah baru masuk rumah. aku diamkan aje. kendian tu baru aku tanya... makan ker? dia diam jerk buat muka bersalah. aku tak marah dia nak makan tapi kena jujur laa... sebab aku nampak apa dia buat. aku tak nak dia terbiasa menipu. hidup mesti jujur walaupun pahit. semalam dia betul2 puasa satu hari... hehehe... nak dekat2 buka tu asik laa merengek kelaparan. sikit masa jerk lagi nak berbuka. nasib baik ada citer upin & ipin. leka laa sekejap sampai ler dengar azan berkumandang... alhamdulillah...

dulu masa kecik2 aku start puasa masa darjah satu kot. tapi yang aku ingat puasa penuh start darjah dua. kira lambat laa jugak sebab hb kata dia start puasa mula umur mcm abg long nih ler 5 tahun. nangis2 lapar n ibu suh buka puasa tak mau pulak. nak jugak tahan puasa sambil nangis2 kelaparan tu... tak paham aku. aku plak pernah buka puasa sebab terliur tengok epal merah sebiji... hehehe... tapi masa tu kekecik laa... dah besar2 gini tak terliur derrr....

balik pada citer puasa penuh aku tu... ermm... arwah abah belikan jam tangan wa cakap luu... aku pun tak bajet akan dapat hadiah sempena puasa penuh tu. sepupu aku jeles tengok aku dapat jam. siap sebarkan dakyah yang aku kat sekolah ntah2 minum air ker... mana bapak aku nampak kan? ciss... ada ker patut buat cerita mcm tu. nasib baik arwah abah percaya kat anak dia nih. well... arwah abah tu sangat tidak berkomunikasi dengan anak2. kalau ada benda2 penting jerk baru dia berbunyi. nak ajak bergurau jauh sekali tapi jauh disudut hati dia mesti ler sayang kat anak2 kan. mungkin tu salah satu cara dia nak tunjukkan kasih sayang dia laa... sebenarnya mak ayah arwah abah (datuk nenek aku ler) meninggal sejak dia kecil so yang jaga masa tu kakak arwah abah yang ketiga. kena fahamlah orang yang kurang kasih sayang nih dia pun tak pandai nak tunjukkan kasih sayang dia tu cemana. kitorang mmg takut sket ngan arwah abah sebab dia garang. maklum ler cikgu mengaji lagi tu kan... mcm citer geng mengaji laa pulak... huhuhu... kalau nak banding dengan cara hb layan anak2 mmg beza laa... syukur anak2 aku dapat seorang ayah yang penyayang... huhu...

bulan ramadhan masa kecik2 dulu arwah abah suka juga pergi bazaar ramadhan. tak tunggu bazaar pun kalau pasar malam bukit chagar tu mmg arwah abah rajin pergi. dan yang paling selalu arwah beli ialah murtabak. masa kecik2 dulu murtabak tu rasanyer dah makanan mewah dah tu... tersangat laa sedapnya. biasanya makan sorang sekerat jerk sebab mahal... kitorangkan ramai... juadah berbuka puasa biasanya mak sediakan satu dua hidangan. yang jadi macam2 tu sebab jiran2 dok bertukar2 hidangan. paham jerk laa masa tu duduk barek polis. orang sebelah antar juadah. orang tingkat atas... orang tingkat bawah... sampai penuh meja makan. tak sempat nak balas pun ada... alamat sambung balas esok plak... takkan nak pulang mangkuk kosong.. tak molek laa pulak kan?



murtabak singapura

seingat aku, mak tak pergi terawikh. sebabnya masjid ngan barek aku tu jauh so abah jerk pergi nek motor. dan lagi plak mak aku tu amik upah menjahit. lepas2 sahur mmg mak tekun menjahit. biasanya kami nih tak sempat berbaju baru sebab mak sibuk siapkan tempahan. kadang2 pagi raya baru sempat siap... huhuhu... arwah angah pun gi masjid jugak tapi aku tak sure dia terawikh ker tidak tapi dia terlibat utk hidangan moreh dan kekemas basuh pinggan dan gelas lepas moreh tu. dah dekat2 nak raya tu arwah angh suka layan kitorang men bunga api. aku tak ingat plak saper beli... arwah abah ker atau arwah angah. berasap2 sampai masuk dalam rumah. sesak napas mak aku... huhuhu...

tu laa kenangan ramadhan waktu kekecik dulu. skang nih bila dah berkeluarga, didik anak2 pulak berpuasa. apa pun slowly kena laa latih dari kecil supaya derang faham. tahun depan nak latih kak ngah plak berpuasa. so aku nak citer pasal duit plak time ramadhan nih.

aku mula biz kecik2 selepas berumahtangga. idea nak meniaga tu timbul sebab nak menampung perbelanjaan kuarga sebenarnya. sebulan dua sebelum start ramadhan tu mmg dah sibuk planning nak meniaga apa. tahun pertama dan kedua tu aku meniaga kerepek. ia bermula seawal 2 minggu sebelum mula puasa sebab rata2 orang nak rasa sample kerepek dulu. ada laa dalam 14 jenis kerepek aku jual sampai aku sendiri pun naik pening. masa tu yang glamer kerepek kacang dhal. kalau tak ada stok kat pengeluar mmg cuak gak takut tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan nak2 kalau masa dah suntuk. tempat yang aku biasa amik kerepek di Azhar food di rengit. tahun kedua jual kerepek tu tak larat nak balik kg so angkat kat area banting tu jerk. banyak jugak pusat pengumpulan kerepek kat banting. harga lebih kurang tapi pilihan tak banyak mcm kat azhar food. yang best tu bila aku tanya bekalan kerepek ubi pedas basah, derang kata tak sampai lagi dari johor... cisss... amik kat johor juga rupanyer... huhuu... tahun ke tiga tu aku masih meniaga kerepek atas permintaan ramai walhal masa tu aku meniaga kerongsang laa pulak di bulan ramadhan.

tahun keempat tu aku meniaga tudung bawal dan kerongsang. tapi tudung bawal tu bukan yang first grade laa... gred dua tapi still in good quality. sambutan menggalakkan jugak. yang derang suka bila ada kombo tudung dan kerongsang so harga lebih murah berbanding pembelian berasingan. tahun lepas aku meniaga tudung jugak tapi yang orang pakai skang nih ler... aku try2 juga jual dengan kain pasang. biz tudung mmg laku ler dikalangan budak2 opis. walaupun jalan TAR tu dekat jerk ngan opis tapi sebab ada orang2 yang jenis malas nak jalan jejauh atau nak ronda2 jalan TAR tu, jalan mudah sekali beli ngan aku ler. kalau kat jalan TAR tu terlalu banyak tudung plak lagi payah derang nak pilih. nasib baik ada aku yang jual tudung nih. sua jerk depan derang... pilih apa yang ada jerk... huhuhu...

tahun keenam nih aku lambat sket start meniaga ramadhan. sampai mati kutu tak tau nak meniaga apa. nak meniaga tudung dah tak larat sebab skang dah pindah jauh sket dari jalan TAR so mcm amik masa plak nak ulang alik nanti. last2 aku pilih nak meniaga serunding ayam dan daging serta daging dendeng. serunding ayam ngan daging nih import dari kelantan. sedap pun sedap. daging dendeng hb yang masak plak sentiasa mendapat tempahan. kalau nak kira2, tempahan daging dendeng tu dah nak sama banyak dengan serunding yang aku beli secara borong tu padahal serunding aku tu separuh pun tak jalan lagi... cisss... tapi aku yakin laa.. dah dekat2 nak raya nanti baru laa derang akan tercari2 serunding nih. dah ler aku jual lebih murah dari harga pasaran. aku tengok semalam masa kuar berita, kat bazaar jalan TAR ada yang jual sekilo RM60 dan ada yang jual sekilo RM70. aku? sekilo RM55. kalau pos jerk jadi sama harga mcm kat Central Market... RM63... uhuhu...

so itulah serba sedikit citer tentang kenangan dibulan Ramadhan dan duit di bulan Ramadhan. sama2 ler kita ambil manfaat pahala di sepanjang bulan Ramadhan yang myulia ini. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu. insya-Allah.

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Almiraz & Halen dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Tiada ulasan: