Halaman

Khamis, Ogos 04, 2011

Pelik tapi benar - misteri kehilangan suami Ibu Kauthar

aku dapat berita nih dari blog kak ana miraa dan blog mommy lyna. salwa tak close ngan aku tapi pernah kenal masa sama2 dok berkampung dalam forum susuibu.com. berita ini sedikit sebanyak mengundang rasa bingung dan tanda tanya. aku pun tak tau perumahan dia cemana sebab menurutnya hilang depan laman rumah. kalau perumahan biasa mesti ada pagar yang berkunci sebab kehilangannya pada jam 3 pagi. kalau rumah lot atau kawasan kampung ker nak cakap kena kidnap tu mungkin jugak laa sebab tadek pagar... sesiapa pun bleh melepasi depan rumah tepi dan segala celah. adakah mungkin telah diangkat ke langit di bulan yang mulia nih...? atau orang2 tua kata kena sorok antu tetek...? gila laa weh bulan puasa setan jin sumer kena rantai.... errkk... aku bukan nak buat lawak cerita UFO ker apa ker tapi orang kg hb pernah hilang ghaib macam tu aje masa pergi kebun atau menoreh getah mcm tu... aku pun tak berapa ingat ceritanya. yang tinggal elok berlipat baju yang beliau pakai pagi tu. so nak classify hilang ker.. mati kena baham rimau ker... tak tau apa citer. sampai skang nih ler tak jumpa. sampaikan derang buat andaian dah tinggal di alam bunian. itu tak dpt dipastikan sebab aku tadek contact dengan orang2 bunian nih so persoalan kehilangan pakcik tu tinggal mcm tu jerk laa... ini menyukarkan di pihak pej pendaftaran dan sebagainya sebab status tidak diketahui.... kalau tetiba ada undi dari orang yang hilang nih dah kira mcm pengundi hantu laa pulak kan...

okeh jangan citer panjang2. aku tingin gak dengar cerita sebenar dari mulut salwa tapi aku rasa tak nak ganggu dia tanya benda2 nih takut dia sedih, resah, bingung.. korang tau jerk laa mcm2 yang orang akan rasa bila ditimpa perkara tak diduga nih kan... aku rasa salwa pun dihujani dengan panggilan tepon kengkawan sedara mara sumer tu. takut dia tak cukup rest sebab nak ulang citer yang sama of coz berjejes air mata dan stress. masa aku terima berita kematian adik kesayangan tahun 2005 dulu pun... blank... tak tau nak buat apa2. nasib hb kuat semangat nak memandu balik jb. aku dah freeze masa tu berjalan pun mcm tak jejak bumi jerk rasanya. tapi itu cerita sah meninggal... ini cerita hilang lagi laa konkrit sikit tak bleh nak fikir pun. kalau laa kita di tempat salwa cemana? hilang kat pasaraya bleh lagi buat announcement kat information counter. harap2 dibulan yang mulia nih Allah bukakan hijab moga permudahkanlah, pertemukanlah dan pulangkanlah suami salwa ke pangkuan keluarga. kalau rasa nak tepon salwa ker jgn cakap lelama sebab manalah tau pihak pulis atau orang yang ada maklumat nak menyampaikan berita... call tepon salwa asik laa enggage jerk. moga kita sama2 doakan salwa kuat nak hadapi dugaan ini dan semoga selamat kembali ke pangkuan kuarga.

Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.




Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, isteri beliau mendapati pintu kereta terbuka dan suaminya sudah tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, suaminya masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.

Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) - 0126059997
Salwa (Isteri) - 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)

Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.



kes2 mcm nih biasanya melibatkan CSI. kot laa depa leh amik cap jari atau dapat kesan tapak kaki lebih dari seorang... hanya incik CSI jerk laa yang pakar nak buat siasatan. aku cuma terpengaruh dengan citer2 tv tu jerk... huhuh... alternatif lain, tak salah kalau nak tanya ahli psikik.... aa yer ker? orang yang ada ilmu dengan alam ghaib nih ler... ini berdasarkan pengalaman sebab arwah abah dulu ngubat orang so selalu gak orang datang mintak air jampi laa... berubat santau laa... apa laa.. ada satu hari tu orang taman depan datang rumah. dia kata anak dia hilang tak balik rumah. tapi aku tak sure masa tu dah 24 jam ker belum sebab kalau belum 24 jam tak leh report pulis kan? pastu arwah abah telek kira2 pakai jari dia jerk.. tak silapnya hilang dah dua hari kot... nak cakap tak sampai ati... tapi cakap jugak laa...


"rasanya budak nih dah mati..." sentap rasanya... berderau darah bapak budak tu. lepas dari tu yang aku tau dapat jumpa mayat budak tu kat sungai ker apa ntah. aku ingat2 lupa ceritanya. dia kuar dengan kengkawan 4-5 orang nak gi camping ker apa ntah... sendiri2 laa nih bukan ada cikgu ker apa ker... pastu samada dia tergelincir jatuh dalam sungai atau mmg bergurau tolak budak tu masuk sungai... budak2 tu sumer panik. tinggal mcm tu jerk laa kawan dia tu lemas dalam sungai... innalillahh...


kes lain motor hosmet aku hilang masa zaman belajar dulu. so aku tepon arwah abah kot laa dia bleh telek2... dia kata... "masih ada lagi kat kawasan situ. cari jerk laa...". gi cari jumpa gak kat blok depan tu jerk... tapi dia dah tanggal no plet, tempat kunci dah rosak... dan ada part yang dah kena umpil.


sampai skang nih makcik aku suka sangat tanya aku kalau dia lupa atau kehilangan barang. mintak aku tengok ler tu... dulu mmg arwah abah ada turunkan ilmu tu tapi sebab aku tak praktik dan tak sungguh2 nak amik jadi tak dapat feel laa ilmu tu.


okeh laa... moh kita sam2 panjatkan doa moga Allah permudahkanlah dan kembalikanlah mereka yang hilang nih kepangkuan keluarga. aminnn...

5 ulasan:

m-i-o berkata...

ada kawan masa kat universiti dulu pun pandai ilmu cari barang hilang ni. nanti bila dia kira-kira lepas tu dia akan cakap cthnya macam "ko cari kat arah utara".

ada jugak tanya kat dia macam mana dia telek tu. dia kata pakai ilmu geografi, matematik dan kalendar islam, bukan telek magic show.

iye ke?

Fauziah berkata...

yang arwah abah ajar dulu ikut kalendar islam. pastu kira ngan jari. kalau jatuhnya kiraan tu pada tapak tangan alamat barang hilang tu mmg takkan jumpa. mmg orang amik buat harta. kalau jatuh kat jari manis ker ek... tak ingat... ada kemungkinan orang yang jumpa barang kita tu baik hati dan nak pulangkan semula barang tu.

ilmu jodoh, ilmu nak elak kemalangan kala kuar umah, ilmu saper menang kalah masa bertanding pun ada arwah bagi. i jerk yang tak nak benda2 tu sumer takut rosak akidah. kang kebetulan jadi terasa hebat lak ngalahkan Tuhan. atau terlalu bersikap negatif mcm ilmu nak kuar rumah tu... alamat mmg tak kuar ler kalau asik dapat alamat tak baik jerk kan....

sebagai hambaNya, apa pun kita perlu doa pada Allah. mintak yang terbaik jerk laa... nak telek2 nih kang salah telek kita dah aniaya orang. so jangan buat pasal... kan kan kan...

SM@A berkata...

Salam ...

Alhamdulillah, dah jumpa dah.

Rina Rahamat berkata...

so x tahulah apa sebab ayah kauthar tetiba menghilang dr rumahnya ya..alhamdulillah dh jumpa..tp tula ktnya waktu ditemui beliau cam keliru..

pandai eh ayah u telek-telek gitu..rugilah u x praktikkan bebetul..yerla at least kalau ada kes budak hilang boleh juga membantu..sedih bila baca kisah org kehilangan anak sbb diculik tp polis x dpt trace dan selamatkan cepat..jumpa-jumpa dh x bernyawa..

Fauziah berkata...

Betty
tak berani nak angkat ilmu tu sebab tak bebetul menuntut. nanti tersalah tafsir susah juga. ramai yang tanya sebelum nih bab jodoh tu...rata2 tak tau nak pilih satu antara dua. i tak jamin laa u akan pilih yang terbaik... takut telahan i tu tak betul... maklum ler tak betul2 menuntut. sekadar memberi gambaran bleh laa... bleh dengar jangan percaya.... huhuhu...