tadi pergi monthly check up for preggy kat klinik kesihatan tanglin. doktor tanya2 pasal achondroplasia NEF. tiba2 tergerak nak tanya samada perlu atau tidak daftar as an OKU... and doctor said... YES. pergghhh... terkedu gak aku. apa pun aku yakin as an OKU, kebajikan derang diutamakan. insya-Allah... nanti laa aku prepare apa yang perlu sebab nyer nak regi pun kena ada surat doktor yang mengatakan NEF mmg penghidap sindrom tu. kena turun naik pej. kebajikan masyarakat laa pulak pas nih. aku ingat nak tanya jugak doktor di serdang masa appointment NEF nanti. kot laa depa kata tak payah plak ker kan... huhu... blurr laa beb... nak gak tau kriteria yang cemana nak kena regi OKU tu. aritu kawan alam maya aku, raja noor regi anak dia as OKU sebab masalah arthogyposis.. yelah tengok cam normal tapi bila dia move kaki ngan tangan baru org perasan yang dia punya pergerakan limited due to lack of muscle... ada jugak aku tanya2 dia how to register.
kalau aku bgtau hb, apa laa agak nyer reaksi dia... semalam sembang2 dengan mak tanya jugak if any of the relatives yang mmg ada sindrom nih. mak kata ada... sebelah arwah atok, ada dua orang mmg pendek paras pinggang kita jerk... uhukkkss... silang punya silang dapat laa kat anak aku... Allah punya kuasa beb. so totally from genetik laa nih... aku redha jerk, yang penting sihat dan IQ dia sama mcm kanak2 lain. dulu masa aku sekolah rendah ada jugak kawan yang katik. lelaki tapi kiut aper... :) adik betul2 special. (bukan sebab aku tak minum susu masa preggy wehh... uhukkss... )
***
Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM? |
Sebab utama adalah seperti berikut: | Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. | | Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. | | Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU. | | Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. | | Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan. | | Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. |
|
Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU? |
Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut: | OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. |
| Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta. |
| Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar. |
| Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran. |
|
|
|
Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan bantuan untuk OKU? |
Sebab utama adalah seperti berikut: | OKU boleh memohon samada melalui surat atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. |
| Bantuan-bantuan boleh dipohon oleh OKU adalah seperti Elaun Pekerja Cacat, Geran Pelancaran dan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan. |
| Bagi Bantuan Alat Sokongan/Tiruan, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, mendapatkan pengesahan dan syor daripada doktor serta mendapatkan sebutharga alat sokongan/tiruan tersebut dari pembekal-pembekal yang disenaraikan oleh JKM. |
| Bagi Geran Pelancaran, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, mempunyai kebolehan untuk menjalankan sesuatu projek ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, industri kecil, pertanian, penternakan dan sebagainya. |
| Bagi Elaun Pekerja Cacat, pemohon mestilah berdaftar dengan JKM, bekerja sendiri atau dengan majikan dan pendapatan mereka antara RM200 hingga RM400 sebulan atau berpendapatan kurang daripada RM500 sekeluarga. |
|
Bagaimana caranya memohon masuk ke institusi pemulihan untuk OKU? | Sebab utama adalah seperti berikut: | OKU boleh memohon samada melalui surat atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal. Syarat-syarat kemasukan ke Institusi Pemulihan OKU yang dipohon adalah seperti berikut:
| Bagi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, pemohon mestilah OKU anggota lelaki/perempuan yang berdaftar dengan JKM, berumur antara 14 hingga 40 tahun, mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya PMR bagi kursus bersijil dan tidak memerlukan syarat kelayakan akademik bagi kursus pra vokasional. |
| Bagi Taman Sinar Harapan (TSH), pemohon mestilah OKU akal yang berdaftar dengan JKM, melakukan pemeriksaan doktor dan memenuhi syarat-syarat lain berikut:
| TSH Kuala Kubu Bharu, Selangor, TSH Jitra, Kedah – OKU akal yang teruk, lelaki dan perempuan (tiada had umur). |
| TSH Tengku Ampuan Najihah, Seremban, TSH Cheras, Selangor, TSH Bukit Besar, Kuala Terengganu – kanak-kanak kurang upaya akal lelaki dan perempuan berusia di bawah 14 tahun yang memerlukan jagaan, perlindungan dan pemulihan. Berpotensi untuk dilatih dan boleh mengurus diri. |
| TSH Tampoi, Johor – OKU akal lelaki berusia 14 hingga 25 tahun, boleh menguruskan diri sendiri dan berpotensi untuk dilatih dalam aspek sosialisasi dan normalisasi. |
| TSH Jubli, Johor – OKU akal perempuan berusia 14 hingga 25 tahun boleh mengurus diri sendiri dan berpotensi untuk dilatih dalam aspek sosialisasi dan normalisasi. |
|
|
|
|
6 ulasan:
take care ye pau.
all the best. you are one strong lady!
yeah.. you take care.. let us know if there's anything we can do..
sis ana n yan
tima kasih atas keprihatinan. really appreciate ur concern :)
chilun.. take care n be strong...luv u...
betul Allah lebih mengetahui segala-galanya
Salam, ada hikmahnya disebalik anugerah tu kan,bibimie. Hari tu aku juga dah nak register adik aku as OKU sebab masalah kesihatan juga tapi hajat tu belum lagi kesampaian sebab nak kena balik Manjung, Perak dan ambil surat daripada dr. pakar kat sana sebab semua rekod ada kat Hospital tentera kat Naval base, Lumut.
Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan olheNYA untuk anak ko. AMIN.
p/s: Aku tahu kau kuat semangat
Salam bibimie, banyakkan bersabar yer, mungkin ada hikmah disebaliknya. You are strong lady dear.
Catat Ulasan