Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara eksklusif dari saya dan jaringan saya (maipilihdotcom)dan TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.
Khamis, April 19, 2012
Kemalangan maut
teringat kat anak2 aku di taska. umur 3 tahun samalah dengan umur kak uda. 7 bulan tu lebih kurang mcm kimi yang kini masuk 4 bulan dan persamaannya ialah masih menyusu badan. skang nih stok susu pun dah slow. dulu sempat lagi bangun awal pagi utk pam. skang nih asal bangun jerk mmg ngam2 utk siap gi ofis. kimi pun dah makin membesar mesti nak minum lebih banyak lagi... hai hai hai... kena usaha keras sket buat stok. teringat bb yang kehilangan ibu mcm citer kat atas nih mmg meruntun hati sesangat. kalau meletakkan diri di situasi si kecil, mesti tercari2 kehangatan ibunya kan... iskss... bergenang dah air mata aku nih...
okehlah... salam takziah buat kuarga mangsa walaupun tak kenal siapa dia tapi aku mmg sedih laa dengar citer anak2 kecil kehilangan ibu/ayah... mcm masa adik aku meninggal eksiden tahun 2005 ada anak perempuan umur 9 bulan masa tu... iskss... ujian sungguh. dan sesungguhnya setiap ujian itu diturunkan buat mereka yang benar2 kuat utk menanggungnya... itulah janji Allah... semoga ada hikmah disebalik ujian tersebut... insya-Allah...
al-fatihah...
Isnin, April 02, 2012
Superwoman dalam rumahtangga
Isnin, Mac 26, 2012
Kesilapan ibu bapa
okeh abis citer hujung minggu rini nak share tentang kesilapan ibu bapa terhadap anak2. i believe sumer orang pun nak jadi ibu bapa terbaik untuk anak2 tapi ada ketikanya tindakan kita tu sebenarnya salah dan kurang sesuwai utk anak2. jom kita baca perkongsian yang saya petik dari blog ini
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah* Saidul (penghulu) istighfar* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)... * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:* menakutkan anak-anak dengan sekolah* menakutkan dengan tempat gelap* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun,)
Isnin, Mac 19, 2012
Petua menambat hati suami
ada sorang kawan fb berkongsi petua untuk isteri menambat hati suami. sebagai isteri kita cuba sedaya upaya menambat hati suami tapi berapa ramaiagaknya yang berusaha menambat hati isteri? untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan harapnya janganlah segala usaha itu di sebelah pihak sahaja. samalah2 kita memelihara ikatan perkahwinan agak bahagia berkekalan... jom baca beberapa PETUA yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda dalam usaha menambat/melembutkan hati suami:
1.Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
2.Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3.Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4.Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5.Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.
6.Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.
7.Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
8.Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira.
9.Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.
10.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11.Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
12.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
13.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
14.Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
15.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..
Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.
16.Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut suami dari semasa ke semasa.
Selasa, Mac 13, 2012
Proton Exora Bold Premium CVT
Senarai harga Proton Exora berbagai jenis :
1) Proton Exora 1.6 Standard MT – RM59,998.00 (CPS Manual)
2) Proton Exora Bold 1.6 Executive MT – RM70,998.00 (CPS Manual)
3) Proton Exora Bold 1.6 Executive AT – RM74,998.00 (CPS Automatik 4AT)
4) Proton Exora Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998.00 (CFE + CVT)
5) Proton Exora Prime – RM88,998.00 (CFE + CVT)

Khamis, Mac 08, 2012
Ahad, Mac 04, 2012
Mandi wajib

selamat pagi... rini sesaja nak citer pasal mandi wajib. dalam bersembang2 di fb tak lama dulu ada kawan kata dia tak tau pun kena mandi lepas bersalin tu. aku pun kalau orang tak bgtau, sama laa tak tau jugak... nak berumahtangga tapi tak cerdik. masa sekolah dulu ada belajar tapi disebabkan belajar main2 makanya tak ingat atau tak perasan apa yang cikgu ajar. sebagai mak2 dan bapak2 yang ada anak2... bila anak2 dah besar dan dah kawen wajib kita guide anak2 supaya tak jadi jahil bab2 gini. kang sia2 beribadat...
guide mandi wajib nih aku kopipes dari blog orang lain juga. alhamdulillah maklumat skang nih hanya dihujung jari. sebelum nih ada yang bgtau mandi wajib kena bersihkan bahagian dalam faraj. aku tak pernah dengar plak sebelum nih sebab seingat aku laa ada kebenaran utk mandi selepas azan kerana didahulukan bersahur. kes jimak masa bulan ramadhan laa nih... so kalau dah jolok sinun kira batal puasa laa pulakkan? aa... tu yang cari jugak info utk clearkan mana2 yang musykil. jom baca cara2 mandi wajib kopipes dari blog ustaz noramin.
Assalamualaikum ustaz...
Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..terima kasih..
Jawapannya
Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :
“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.
Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)
Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.
Perkara-perkara yang mewijibkan mandi
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi
Pertama :
Niat
Keluar mani atau keluar haid dan nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Kedua :
Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
Cara mandi
Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
lain2 posting tentang mandi wajib nih kat sini dan sini. yang dinyatakan ialah anggota fizikal dan tidak pulak cerita membasuh bahagian dalam faraj tu lah... maka terungkailah kemusykilan. yang penting menyampaikan air dicelah2an. sebab tu disuruh mencangkung sekali.
Isnin, Februari 27, 2012
Awat...?
Besarnya Pahala Seorang Ibu..
2) Setelah wanita itu melahirkan anaknya,maka terhapuslah segala dosa2nya ibarat seperti baru dilahirkan semula.
3) Setiap urat yg putus semasa melahirkan itu maka Allah beri pahala bagaikan orang yg menunaikan haji.
4) Setelah lahir bayi itu disusui,maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebajikan oleh Allah.
5) Seorang ibu yg menyusui bayinya sehingga tempoh dua thn,maka para malaikat dilangit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untuknya.
6) Apabila seorang ibu memberikan susunya kepada bayinya yg sedang menangis kelaparan,maka Allah memberikannya bersamaan setahun solat dan berpuasa.
7) Seorang ibu yg bersengkang mata pd waktu mlm kerana menjaga anaknya yg sakit,Allah memberinya pahala bagai memerdekakan 70 org hamba.
8) Seorang ibu yg menghiburkan hati anaknya,Allah memberinya 12 thn pahala beribadat.
Alhamdulillah... bersyukur kerana telah manjadi ibu kepada 4 orang anak.
Khamis, Februari 23, 2012
Jualan penghabisan stok!!!

stok yang ada pada saya... hehehe... dapatkan pasangan yang berikut...
1. ESP + Omega guard utk mengurangkan berat badan. (wink! wink!)
2. Meal shake + omega guard sebagai makanan tambahan utk anak2 anda.
dan
hubungi saya utk mendapatkan harga kedua2nya pada harga luarbiasa... wink! wink!
Selasa, Februari 21, 2012
mendidik anak bersolat
sebenarnya minat untuk bersolat nih kena pupuk dari kecil dan ibubapa sebagai role model kena laa tunjuk sikap yang baik terhadap tanggungjawab menunaikan solat iaitu solat diawal waktu. lepas nih tak boleh malas2. kena bersiap utk solat sebaik sahaja azan berkumandang supaya menjadi contoh pada anak2. tak sia2 juga aku hantar abg long dan kak ngah ke sekolah agama sri munawarah tu. at least derang dengar cakap cikgu. ada masanya kita pulak yang "disekolahkan"... huhuhu... mesti pada pandangan anak2, cikgu yang betul dan cikgu tau semuanya so bila kita cakap perkara yang betul pun pada dia mesti salah. tak per... masih boleh dibentuk.
hari nih ada orang share tentang cara mendidik anak bersolat. so aku pikir bagus share kat sini sebagai panduan ramai serta utk diri sendiri jugak... jom tengok... bleh klik pada gambar kat bawah tu yer...
lepas nih bleh buat jadual solat dan aktiviti lain dengan anak2. insya-Allah.. moga Allah permudahkan... aminnn...
Selasa, Februari 14, 2012
selamat kembali bertugas
okeh laa rini nak citer tentang solat sunat dhuha. sebenarnya buat time tergerak nak buat... tapi dah lelama buat, kalau tiba2 rasa malas nak buat rasa mcm tak best kalau sengaja tinggalkan. tak caya? try laa buat jangan tinggal walau sehari selama 44 hari... mesti lepas tu segan2 nak tinggalkan solat dhuha nih...
last week masa minggu terakhir bercuti ada dengar tentang solat sunat dhuha kat TV. mmg solat untuk buka pintu rezeki. rezeki dari apa2 segi laa.. kesihatan ker.. kejayaan ker... bukan terhad pada rezeki duit jerk laa... mungkin ada yang kata.. oohh... aku dah kerja kat situ laa rezeki aku. takkan takmo rezeki lain kot... moga dengan solat dhuha nih makin luas pintu rezeki kita such as naik pangkat... hari2 kawan belanja makan... nak balik naik bas ada orang bayarkan tambang... rezeki gak tu... dan rezeki yang paling best bila kita dapat bersedekah dan zakat lebih dari nilai yang biasa kita sumbangkan. alhamdulillah... semoga dapat sama2 kongsikan rezeki yang sedikit tu dan Allah kurniakan lagi rezeki yang lebih banyak... insya-Allah.
nih lah dia doa solat sunat dhuha....

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
amin... semoga kita sentiasa mengamalkan soalt sunat dhuha ini... insya-Allah.
Isnin, Januari 30, 2012
aktiviti mandi kolam
Selasa, Januari 10, 2012
M. Arief Hakimi dan tetamu tak diundang
hari nih nak citer tentang arief hakimi yang dah nak hampir sebulan umurnya. masih lagi dalam keadaan prolonged jaundice. asyik laa kena cucuk ambil darah tiap2 hari... tiap2 minggu. apa boleh buat... bersabar jerk lah... walaupun bersalinkan hakimi mudah tapi cabaran dalam pantang tu sukar laa jugak... dia tak meragam cuma bimbang dengan keadaan jaundice tu... ritu dah turun.. pastu naik semula... tu yang kena refer hospital. procedurnya ambil darah dan juga air kencing. kata misi kalau kencing kotor boleh jadi ada jangkitan kat pundi kencing ker... salur kencing ker... boleh jadi sebab jaundice tak kurang. kata misi lagi kalau lepas dapat result tu doktor tepon maka kena laa datang hospital utk diwarded... berdebar jugak laa tunggu result tu... sampai ke petang tunggu doktor tepon. malam pun tunggu jugak kot laa doktor ada hal tak sempat nak tepon petang tadi.. huhu.. bukan nak doakan bb kena warded cuma kalau tak teruk pun harap doktor tepon ler bagi redakan keresahan hati nih... hehehe... jumaat lepas masih ambil darah juga dan resultnya 8.8mg... dah turun dari yang sebelumnya. sebab tu kot doktor spital tak tepon. hari khamis nanti kena datang appointment di hospital dan jumaat akan cucuk lagi. hope semakin pulih... insya-Allah..
okeh... habis citer tentang arief hakimi. nak citer pasal tetamu tak diundang pulak. khamis minggu yang nak new year ritu... (erk... minggu yang final rajalawak mega tu ler... huhuhu...), hb ajak balik kg. katanya kepala berserabut dan nak rehat2kan minda. lagi pun nak tayang cicit baru kat nenek yut... katanya. ikutkan jerk lah... so malam new year ritu hb kuar ngan adik dia gi men snuker kot... dan balik jam 2.30 pagi. takde citer apa pun... sehinggalah dalam perjalanan balik kajang hari ahad tu, hb bg tau ada "tetamu" kat bawah pokok umbrella masa depa balik tu. pada sangkaan hb batang pokok so dia pun toleh... perasannya mcm somebody dengan rambut mengurai gitu. terdetik... eh... apakah? dan bila toleh lagi sekali benda tu tak ada... sah... ada tetamu datang. tapi hb tak bgtau kat adiknya. esok tu baru dia citer. nasib baik hb tak bgtau aku mlm tu sebab masa hb masuk bilik jenguk hakimi aku tersedar jugak laa... dan pokok umbrella tu dekat gak ngan bilik yang aku guna tu.. har har har... biasanya kalau aku nak buang air mmg turun sensorang jerk. lepas nih tak tau laa masih berani atau tidak. nak jerk suh FIL buat toilet dalam umah... huhuhu...
so citer aku tentang saka dan pewaris seterusnya tu seolah2 masih belum berakhir. terbaru yang aku dengar, adik ipar yang baru kawen ritu dah berbadan dua, juga mengalami gangguan mcm kakaknya waktu hamil dulu... ermm... complicated sungguh family nih. harapnya kami terjauh dari gangguan ghaib nih. yang penting solat jangan tinggal, mengaji dan basahkan lidah dengan zikir. itu jerk lah... hanya Allah jua yang maha melindungi dan Allah jua sebaik2 tempat utk bergantung dan meminta pertolongan... wallahuaklam..
Isnin, Januari 02, 2012
Selamat tahun baru 2012

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk mengecapi tahun baru... err.. kalau sampai umur tahun nih 35 tahun... huhuhu... kalau boleh dalam usia yang mcm nih kematangan pun seiring dengan usia. apa pun kena toleh ke belakang.. tengok apa yang dah berjaya dicapai dan rangka semula apa yang nak dicapai di masa akan datang. sebelum nih kengkonon mcm ada azam setiap kali tahun baru tapi mungkin tak bersungguh2 atau matlamat tak jelas... tu yang tak baper nak capai tu... harap2 nyer tidak lah hangat2 tahi ayam... semoga sentiasa bersemangat utk terus maju dan bersaing dengan orang2 lain esp dlm kerjaya opis dan biz.
Khamis, Disember 22, 2011
Selamat datang yang tersayang...

alhamdulillah...
Selasa, Disember 06, 2011
Siri akhir : Saka dan pewaris seterusnya
salam all
casa arina giveaway: I want this!
1. buat entry tajuk I WANT THIS! and
2. insert both images in your post.
3. list down 7 POINTS the reason why you want the above prize.
4. leave your link in the comment box
to answer all these:
1. Umur dah separuh umur Nabi SAW tapi takkan nak dok kat takuk tu jerk kan… kena laa tambah amalan2 lain utk tampung mana yang berlubang, takut2 dijemput sebelum cecah ke usia nabi… tak sempat plak nak buat bekalan ke alam abadi.
2. Tajuk “pesona” tu… mcm best sangat bunyinya… asyik sungguh… sungguh ker? Nak tau laa jugak…
3. Bangun juga sepertiga malam tapi selalu buat alasan utk mendirikan solat tahajud… paling2 buat pun solat taubat…. Tingin nak buat tahajud tapi mcm tak kompiden… erk… naper yer? Ker lom sampai seru?
4. Naper yer nak solat tahajud? Solat wajib pun tak khusyuk… bleh ker rasa nikmat tahajud yang mempesonakan tu?
5. Orang kata tahajud bleh buka pintu rezeki… ermm… harus cuba nih… tapi ikhlas ker nak buat tahajud? Atas rasa ikhlas sebagai hamba atau sebab nak meminta2? Tapi tak salah minta dengan Allah kan? Bukankah Allah sebaik2 tempat utk meminta2…?
6. Apa kelebihan al-mathurat nih ya? Dulu2 masa kat asrama selalu dengar kawan2 baca… naper tak terfikir nak join baca yer?
7. Kalau dapat 2 buku nih tentu sis KNV dapat kongsi pahala juga kan…? Bagus ler sis buat mcm nih… at least diam2 tanam saham utk akhirat…
Hoh… nasib baik 7 soalan jer… Erm… kalau tak buat, nak salahkan diri sendiri atau salahkan setan? Sebenarnya kalau nak seribu daya… tak nak seribu dalih kan? sendiri mau ingat...
Isnin, Disember 05, 2011
apo kono eh jang...?
semenjak dua menjak nih anak2 gilakan lagu apo kono eh jang gara2 persembahan abg long masa hari penutup tabika kemas ritu. penat juga nak melayan. kalau kat umah tu bleh laa pasang utube. kalau mintak nyanyi dalam kete terpaksa laa aku yang menjadi ally noor dan juga mastura... huhuu.. sekali sekala layan jugak laa kehendak budak nih... kadang dah penat nyanyi lagi ujang nih (sebab tak baper nak hapal) ajak plak derang nyanyi lagu cicak didinding atau lagu bangun pagi gosok gigi. kadang lagu tepuk amai2 suh sebut nama adik baru... mimi.. keh keh keh... okeh laa jom layan jap lagu apo kono eh jang..?
Ally Noor & Mastura
Apo Kono Eh Jang
( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai
( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih
( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko
( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah
( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam
( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu
( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...
( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...
( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh
( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kito mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu
( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan
( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo
( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti
( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah
( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...
( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih
( P: )
Apo kono eh jang...
*******
wokeh... lepas tu kita layan testimoni yang kebanyakannya tentang kecantikan kulit jer... jom baca di maipilihdotcom... :) sementara tu nak selit sikit promosi bulan nih ialah... jeng jeng jeng...

sila2lah email kepada saya di bibimie@gmail.com untuk mengetahui promosi2 dari maipilihdotcom utk bulan disember ini... sudi2kan...






