Halaman

Selasa, Julai 22, 2008

terima kasih sayang


buat suami tersayang
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana
sudi memasak walaupun dalam keadaan penat
sudi melayan karenah walaupun dalam keadaan lelah
sudi mengemas rumah walaupun dalam keadaan susah payah

terima kasih sayang
kerana sama2 berkongsi kerja rumah
sejambak bunga khas untuk sayang walaupun di alam cyber
sekurang2nya tidak membazir beli bunga real
kemudian hari nanti layu jua akhirnya

didoakan semoga Allah kurniakan sayang
kesihatan yang baik
kesabaran yang tinggi
kreativiti yang seni
supaya sayang akan sentiasa berupaya
untuk memasak, melayan dan mengemas
tanpa rasa jemu dan malas

tak lupa juga
terima kasih dan syukur kepada Allah swt
kerana dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang hebat
alhamdulillah dikurniakan anak2 yang comel dan sihat

buat suami tersayang
di kesempatan ini juga ku susun 10 jari mohon ampun dan maaf
andai ada terkasar bahasa dan perilaku yang kurang sihat
sudi apalah kiranya memberi bimbingan dan nasihat
andai ada perkara2 yang kurang menyenangkan dan mendatangkan mudarat

buat suami tersayang
semoga Allah jua yang membalas budi baik sayang
aminn..

3 ulasan:

ruszia berkata...

sajak yg simple tapi jiwang..haa..haa..bertuah la penerima sajak ini!

anamiraa berkata...

bestnya dapat sajak camni. bila pulak laa.. lakiku nak cipta sajak 'isteriku'...hihihihihii!

arina berkata...

pau,
my blog been hacked during the weekend. now the new add is casa-arina.blogspot.com

(the previous turned to a PORNO site - jeezzz!)

thanks,
anamiraa