Halaman

Selasa, Oktober 14, 2008

NORADZ K.O.

BNM serbu 4 syarikat

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.


***

Punah beb... aku dok melabur dalam Noradz tu juta2 gak laa... yang 1st nyer invest dah balik modal. yang 2nd nyer invest tu yang baru separuh jalan... banyak plak tu... nidah kena beku dengan BNM plak. aku pun heran gak pasal apa nak kena tahan dengan BNM. Noradz nyer biz nampak... cth : kete sewa, hotel coronade, perfileman... just like kita bagi share dalam syarikat tu... pastu dia bagi kita return... so apa yang tak kena? mungkin ada orang dengki kot... biasa laa tak bleh tengok orang senang. so apa plan yer? kalau duit noradz tadek mmg banyak benda yang sangkut. dah ler nak gi jepun lagi nih... harus aku tak pergi jenjalan. so for those yang bajet2 buah tangan dari jepun tu mintak mahap laa yer... mungkin aku gi jenjalan jerk... buah tangan tadek aa... sori... duit nak pakai... huhuhu... :)

13 ulasan:

arina berkata...

haaa? sungguh ka juta2 dah invest? apa dah jadi actually?

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

tak tau laa sis. kawan kata dia buat kutipan tu tak melalui security commision tu yang di kira skim cepat kaya tu... ntah ler tak paham sangat... huhuhu... so tengah cari lampu apa nak buat lepas nih. duit gaji lepas utk duit rumah ngan kete jerk nih.. ermm... tengah pk lagi nih..

arina berkata...

sabar la pau. doa banyak2. insyaallah di buka jalan penyelesaian.

err.. duit tu tak boleh dapat balik ke? kan BNM dah rampas kan? cuba tanya.

wani berkata...

hehe.. eden pun baru jek masuk buluh mas. sib baik tak bejuta. tapi duit beb.. isk.. buluh mas nye sistemlebey kurang cam noradz gak. cuma bisnes die mini mart utk brg IKS.
Dgr crite lawyer buluh mas dah saman BNM.katanya dakwaan derang fitnah. Tapi yg pasti duit den cam lebur begitu sahaja.. isk

Yan berkata...

i guess sbb depa takde lesen utk kutip duit dari orang ramai?

BillionDollar berkata...

salam,

kenapa kena serbu? jawapannya sebab dah ramai orang komplen, payment tak dapat, kalau dapat pun lambat. yang komplen bukan sorang dua.. tapi beratus-ratus orang.. mesti BNM kena ambil tindakan. Kalau tak ambil tindakan, akan dipersoalkan pulak?

dan alasan selepas di serbu, syarikat tidak berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti.. sebab mengambil deposit secara haram, melebihi jumlah yang ditetapkan oleh BNM...

kalau ikutkan, bukannya BNM tak nampak company nih dah tumbuh, mereka biar je depa buat duit dulu, takde komplen = takde tindakan...

apa pun, jenis pelaburan yang macam nih.. kena la hati-hati, bukan tak boleh buat duit, boleh tapi berapa banyak duit nak labur tu? fikir la sendiri.. berapa banyak anda sanggup hilang ?? itulah jumlahnya...

maaf kalau terkasar bahasa.

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

wani
buluhmas tu ada jugak pakcik2 belah hubby ajak masuk tapi mcm tak baper jelas biz nyer so kita tak jadi nak masuk. sikit2 pun duit gak tu wani. opismet i masuk yang eastana farm tu. no news lagi setakat nih.

cik yan
yang BNM datang tu sebab orang report tak dapat payment. bukan noradz tak bayar tapi ajen bawak lari duit. on BNM side mmg derang cakap tadek lesen kutip duit.

billiondollar
terima kasih atas nasihat anda. setiap pelaburan pasti ada risiko. pilihan antara berani dengan tidak sahaja. saya buat atas kehendak sendiri bukan sebab orang lain paksa2 dan saya sedar kerugian yang bakal ditanggung. yang penting saya tak akan mintak duit awak kalau terdesak sekali pun.

- S R R - berkata...

k pau,

mmg setiap pelaburan ada risiko, tapi kalau risikonya adalah duit dibawa lari ajen, tu kira one of the risks ke? itu x sepatutnya tergolong dlm benda2 berrisiko pun.

pd kita la kan, stp pelaburan / perniagaan adalah berisiko utk tidak balik modal / x untung. by right segala yg menjanjikan untung ni xde risikolah kiranya, sbb dah dijamin kan. kita rasa tu yg berebut2 masuk, sbb dah dijamin untung. masalah kena tipu lak timbul.

just my 2 cents.

p/s: baru terbaca ni hehe... have fun in nihon!

Tanpa Nama berkata...

ya ya betul tu betul.......hidup noradz.....

Tanpa Nama berkata...

noradz da ok da..BNM nk tolong..nie kes orang dengki nie..biase la..jgn riso, noradz tetap unggul...!

Tanpa Nama berkata...

SALAM.. EASTANA FARM PLAK MCM MANA TUAN? ADA SAPA2 LEH SHARE INFO? WLU PAHIT DITELAN JUA LH.. YG MANIS PUN BG TAU JG LA YEE

Tanpa Nama berkata...

bnm dh bleh lepaskn noradz..tapi dia nk gak duit noradz...org yg g repot tu mmg bodo..skang sume sangkut...dengki xmemasal...tp xpe...sbb noradz skang perlu byar denda 5 juta....pas setel byar tu duit dh bleh dpt balik...harap2 setel la cepat...

chilun @ cik pau @ bibimie berkata...

dgr citer bulan doblas ni nak settle... lama lg tuuu... hope leh dapat duit semula.. aminnn...