Halaman

Jumaat, Mac 27, 2009

Allah lebih tahu

"Sesuatu yang kita suka, belum tentu ia baik untuk kita. Bukankah Allah lebih tahu apa yang terbaik yang tidak kita ketahui? Teruskan memohon dan berdoa kepadaNya."

komen oleh pn. roza, wife kepada prof kamil. ternyata ada kebenarannya bila mana adik jatuh sakit aritu, disitu tersembunyi 1001 hikmah.

hb benti kije sebab boss tak bayar gaji. so masanya banyak yang senggang di samping kerja2 luar cari projek. bila adik warded, hb laa yang bertungkus lumus memastikan keperluan aku dan adik di spital dipenuhi. datang setiap hari dua kali kompem dia penat tapi kerana anak kesayangan semua itu tak jadi hal. aku yang runsing sebab perjalanan ulang alik ke rumah dan spital nak guna duit gak isi tabung minyak kete.

beberapa hari lepas adik warded, abg plak demam panas dan hb jugak laa yang bertungkus lumus menjaga abang di rumah. bibirnya pecah2 dan dalam mulutnya penuh ulcer. tak makan tak minum hingga tak bermaya tapi tak banyak yang hb bleh buat untuk paksa abg makan atau minum. akhirnya abg memilih untuk tidak makan dan tidak minum selama 3 hari. jika ada pun hanya 1-2oz susu sehari. aku percaya hb jugak laa orang yang paling letih menjaga karenah abg di saat2 aku di spital menjaga adik. walaupun letih, hb & abg tetap datang jenguk kami di spital. sedih betul tengok abg yang semakin kurus dan sering merengek kerana kesakitan atau mungkin juga lapar dan kehausan.

semasa di spital, keadaan adik ada kalanya sihat ada kalanya demam semula. doktor medical sarankan adik dirujuk ke pakar ENT dan paeds memandangkan adik sangat special kerana menghidapi sindrom Achondroplasia. walaupun kami mmg follow up 6 bulan sekali di ortho-paeds HKL berkenaan sindrom ni, doktor medical kata keperluan merujuk paeds dan ENT juga penting kerana sindrom ini melibatkan kegagalan pembentukan tulang yang sempurna dari kepala hingga hujung kaki. hari ke6 di spital, baru aku perasan yang kelenjar di bawah rahang adik membengkak. aku (mungkin doktor jugak) beranggapan adik demam nak tumbuh gigi dan radang gusi menyebabkan kelenjar adik membengkak. maka bermula hari ke-6 adik dirujuk pula ke doktor gigi. selepas beberapa kali rawatan menggosok gigi (menggunakan kapas), keadaan gusi adik semakin baik dan kelenjar yang membengkak tu mulai surut. alhamdulillah...

sesungguhnya setiap rencana Allah ada hikmahnya. hb tadek kerja, lebih banyak masa untuk aku dan adik di spital. kalau dia masih terikat dengan kerja mungkin tak dapat nak luangkan masa melayan adik. dah ler adik tu mmg manja dengan papanya.

kalau hb kerja dan abg demam, terpaksa bercuti lama. mana nak fikir tentang kerja, demam abang dan kami di spital. tentu tak keruan hidup dia.

kalau adik tak kena fit pagi ahad tu, aku tak kan tau keperluan merujuk paeds dan ENT. rujuk ortho-paeds untuk monitor perkembangan tumbesaran dia saja tapi rujuk ke paeds untuk perkembangan IQ adik. doktor medical kata adik mungkin akan hadapi masalah lambat bercakap, lambat tindakbalas motor dsb.

adik juga perlu dirujuk ke ENT bila aku bgtau hingus adik payah nak berhenti kadang2 berlanjutan sampai 2 bulan. ENT plak yang akan tengok jika ada kegagalan pertumbuhan tulang dalam tengkorak yang berkaitan yang mana mengakibatkan adik payah nak baik dari selesema.

sesungguhnya aku tak kesal dengan ujian yang Allah beri kerana disebaliknya ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Allah kurniakan kami pengalaman menangani fit. adik pulak bakal mendapat perhatian yang sewajarnya dari doktor paeds dan ENT. kalau tak kerana doktor medical yang prihatin sudah tentu adik tak mendapat rawatan yang sewajarnya. alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah.

walaupun ujian datang bertimpa, aku tetap yakin satu hari nanti Allah akan bagi ganjaran yang paling baik buat aku sekeluarga. doa aku, semoga fit yang Allah berikan pada adik menjadikan adik seorang yang istimewa.. mana lah tau jadi special mcm ady putra... hanya Allah yang maha mengetahui...

terima kasih jugak buat pn. roza atas komen ini. aku pun dah mula belajar melihat hikmah dalam setiap kejadian dan mendidik diri jadi lebih sabar dan bersyukur. alhamdulillah...

11 ulasan:

Unknown berkata...

Allah hanya menguji hambaNya yang mampu berdepan dengan ujian tersebut.

Semoga semuanya ok.

Unknown berkata...

sabar bibimie.. semoga adik akan sihat kembali.. insyaAllah

me_czar berkata...

Salam Bie..

Orang terpilih jer yang dapat ujian sebegini, tanda Allah sentiasa mengingati.

knv berkata...

pau,
anak sulung akak akmal faris pun masalah selsema yang berpanjangan. dari toddlers sampai umur 7 tahun.

rujuk dua tiga doktor. dua ENT. first ENT hampeh. bila pergi yang second ENT, dia suggest buat operation belakang tulang telinga.

7 jam operation. it turned out, infection belakang telinga dia dah kronik. sikit lagi nak sampai otak.

so it's good that you see the ENT quickly so that dia boleh buat apa yang patut.

benda2 macam ni memang kita tak jangka.

apa2pun allah yang lebih tau.

semoga semua selamat untuk pau dan family.

take care sis.

takbest berkata...

chilun, bukak facebook ko tadi baru perasan ko ader blog.. nak baca banyak tak sempat, baca yg latest, syahdu hati baca pasal NEF wp aku tak paham sgt penyakit dia tuh, aku bukak website yang ko link kan tu tapi sbb otak pon tak fokus tak berapa paham sangat.. nantilah aku baca semula..

seperti kate ko HIDUP MESTI TERUS aku doakan ko tabah menghadapi semua dugaan nih chilun.. Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan kita..

DMS MAB Syuhada berkata...

ye kak pau..hidup mesti terus... kkdg ujian tu jgk mengajar insan2 yg lain utk lebih menginsafi...bersyukur dan redha pada apa yg ada..take care sis... kita doakan abg n adik cpt2 sembuh dan baik spt sediakala..

mirah berkata...

salam k bibimie, kita pernah jumpa di SI gathering hari tu.

Moga terus tabah. Ujian Allah datang dalam pelbagai rupa, hanya untuk menguji sejauh mana iman kita.
Jaga diri juga.

Lin Chalo berkata...

Cik pau!! Wah sedihnye baca entry mu ini.. banyak2kan bersabar ye.. (saya tau cik pau mmg dah kuat bile baca entry ini).. mudah2an semuanya selamat.. amin...

Norulhuda Mohd Nor berkata...

bibimie; bone growth problem??? Last kite jumpa kat gath. s/alam aritu. Nampak semua mcm ok jer. Cekal sungguh. Ada ym tak? Nak ckp byk lg ni...

Fauziah berkata...

NEF sekali pandang mmg mcm normal. cuma cik doktor jerk yang akan perasan kelainan nyer. mungkin orang lain pun ada perasan tapi takut nak tegur sebab tak mau i kecik ati.

skang nih mmg banyak orang bertanya umur dia berapa... and orang akan surprise at the age of 1y6m ketinggian dia sama dengan baby umur 9/10 bulan yang baru pandai jalan.

ym kena blocked di opis. tapi just add laa yer... b_bianca@yahoo.com

Mommy Lyna berkata...

Lama xmai blog cikpau, teman bz pindah! Adoih!