Halaman

Selasa, Mac 03, 2009

terkena sekali lagi

ku sangka panas hingga ke petang, rupa nyer hujan di tengahari. setelah setahun setengah hb tadek kije tetap dan kehidupan kami dihurungi hutang, disember 2008 berakhirlah satu penantian. hb diterima bekerja di sebuah syarikat yang menjalankan jual beli serai. walau pun bergaji kecil tetapi sekurang2 nyer dapat laa menutup sesak di kala duit noradz pun tak tau hujung pangkal nyer... (rasa2 nyer mcm tak nampak bayang untuk dapat).

kesenangan tu tak lama laa jugak. gaji bulan disember dibayar pada tengah bulan januari manakala gaji januari sampai dihari aku menaip blog nih masih berbaki. gaji februari? aku rasa mmg tadek masa depan kalau nak berlama2an kat situ. silap2 buat kerja free. dia dapat biz kita dapat penat jerk. hb kata line tepon dah kena potong... api dah kena potong... itu pun boss suh datang pejabat gak kot laa ada benda2 apa nak settle. nak tunggu? saper nak tunggu dalam opis yang panas tak berkipas tu? mau tak bernapas. last2 hb balik jerk. bagus... bleh tlg kemas umah dan memasak. kalau nak ikutkan nih kali ke 3 hb kije tapi end up tak dibayar gaji.

di pendekkan citer, untuk keluar dari kesempitan yang dialami skang nih aku menapak selangkah lagi... hujung bulan nih aku akan menduduki exam untuk lesen insurans pulak. huhh... lesen unit trust ada tapi tak ada orang trust kat aku so tak jalan... insurans nih tak tau laa bleh jalan ker tidak. tapi mmg ada beza nyer antara unit trust n insurans. at least insurans nih lebih kepada bayaran yang menjaminkan perlindungan while unit trust nih bergantung kepada pasaran untung rugi (silap2 rugi teruk) dan nampak mcm agent sangat terkejar2 duit client. maklum lah... komisen.

masa mula2 dapat lesen aku mmg ada ajak kawan2 join just for epf scheme. bukan nak kena kuarkan modal selepuk pun. just amik a portion dari akaun 1 epf jerk. apa yang aku dapat ialah jawapan kira2 komisen yang bakal aku dapat nanti... huhuhu.. sungguh sadis. aku plak jujur... orang tanya komisen aku jawap laa rm20 setiap rm1K yang di labur... ada akauntan tak bertauliah pun tolong kira... kalau 10 orang.. rm200.. kalau seratus orang... rm2ooo... wah... banyak laa tu... tak per lah... tak interested nak join... huhuhuduh... benda nih bukan baru. kadang2 aku pun tak tau nak kelaskan samada dengki ker... atau mmg tak interested nak involved dalam UT... atau saja nak tau samada aku bleh kaya ker tidak dengan komisen rm20 tu. pada pendapat aku, orang mcm nih biasa nyer berfikiran... jgn ler kawan yang aku kenali (paling rapat) jadi kaya... kalau orang lain yang tak dikenali tak per... aku tak menyalahkan derang dan aku paham.. manusia nih mmg ada mcm2 jenis nyer dan species tak bleh tengok orang senang mmg laa teramat banyak. buat kawan2 yang sudi invest tu terima kasih laa kerana sedikit sebanyak komisen yang aku dapat tu membantu jugak di saat2 terdesak. dan aku harap akan terus kekal menginvest untuk mencapai matlamat kewangan yang diimpikan.

apa yang buat aku melangkah lagi sekali amik lesen ialah bila aku bukak mulut tentang insurans... tiba2 ada sorang senior terus menawarkan diri jadi customer. kata nyer... saya mmg cari investment unit trust tapi saya dah buat dengan adik si polan. awak amik laa exam insurans dulu. nanti kalau dah lulus datang kat saya, saya beli insurans dengan awak pulak. .. tiba2 rasa mcm nak gugur air mata.. adakah ini petanda satu lagi lubang rezeki yang bakal aku cuba? insya-Allah... semoga beroleh kejayaan dalam setiap usaha... aminnn...

10 ulasan:

MS berkata...

banyakkan bersabar. setiap dugaan ada hikmahnya.

Semoga segalanya d permudahkan.

me_czar berkata...

Bie..

Never thought u in such that position... Hope to know u better.

Semoga tabah yer..

Rezeki ada di mana-mana, cuma kita yang kena tingkatkan usaha.

hanieliza berkata...

salam..
kakliza doakan semoga usaha cikpau untuk tambah pendapatan keluarga berjaya..
InsyaAllah...

nice talking to U...

Fauziah berkata...

mama adib & myza
tima kasih kerana mendoakan.

kak liza
tima kasih sudi tepon. rasa mcm tak percaya jerk dapat call dari idola saya. nak melompat rasanyer. thanx juga atas kata2 semangat tu yer :)

Ina Hashim berkata...

bibimie...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...tabahkan hati...insyaAllah..akak doakan moga rezeki bibimie sekeluarga akan dimurahkan olehNYA

cysev3n berkata...

beb.. is it possible kalau aku dah buat EPF UT dengan ejen lain, then nak tukar ejen? saja suka2.. bley ke?

Fauziah berkata...

erm... boleh tu boleh tapi takut dia kecik ati. lagi pun 3 bln skali dia akan kutip n invest lagi... so not nice laa tu jerk... heheh..

Nusarina berkata...

ada hikmah diatas apa yg berlaku jie...mungkin hari ni bukan hari ko, tapi sapa tau esok lusa dan akan datang ko akan hidup lebih senang dengan berkat kesabaran dan usaha ko yg tak putus2 tuh..jangan sedih2 ini ujian dari Dia...usaha, doa dan tawakal..insyaAllah ko pasti berjaya...amin

knv berkata...

pau,
la ni gomen dah bukak banyak vacancy rasanya. dah try online borang SPA8?

hopefully sangkut la mana2.

all the best sis.

Fauziah berkata...

saripah,
aku okeh jerk.. sabar mmg bleh sabar sambil tu usaha gak cari duit lain. aku yakin ada hikmah disebalik semua nih dan aku tak putus asa usaha cara lain. thanx pah.

sis ana,
dah try send. hope bleh sangkut. n thanx for the doa. sis dah kat ausie ker nih? ker kat mana ek? lupa plak. heh heh..