Halaman

Selasa, Mei 26, 2009

CT scan


ramai orang tertanya2 tentang entry sebelum ini... err... apa sebenarnya yang berlaku?

actually masa adik warded kena fit in march aritu (bleh tengok kat entry bulan march), i told the doctor that adik have achondroplasia syndrome (sindrom kerdil). menurut doktor, perlu buat ctscan untuk lihat excessive liquid in the head sebab kepala adik mmg besar tak padan dengan badan dia. nampak sangat dia baby achondro. kalau aku tak bgtau doktor pun awal2 lagi doktor dah bleh agak at one glance jerk... maklum laa doktor... dan achondro nih jarang2 berlaku so that doktor cepat spot tanpa diberitahu.

ctscan tu berlangsung pada 24 march dan follow-up dengan paeds is 22 may. giler lama gak tu... so berita yang aku dapat adalah seperti entry yang sebelum ini lah... i tot everything would be okeh tapi bila dengar doktor kata gitu mulalah kepala otak tu ligat jerk... fikir wat to do next n where to go seeking for help.... help in terms of sokongan or cadangan pun dah cukup baik.

aku sebenarnya tak leh nak imagine how to be in condition yang "tidak perlu risau" dengan statement yang doktor ucapkan tempohari. bila tengok adik cargas, can speak a little bit, able to climb the tv cabinet n sofa, helping me hanging wet clothes, hold the pencil n do the colouring on papers, sing ABC or twinkle little star song... dia sama mcm kanak2 biasa. doktor ada cakap jugak sel otak yang tak berkembang tu mungkin akan effect di kemudian hari so kena monitor perkembangan dia. aku rasa doktor pun tak tau sel yang tak berkembang tu effect to which part kot so that dia tak leh bg confirmation on that. secara amnya dia cuma kata in future akan effect bla bla bla... mcm tu jerk laa... huhu...

so the next step is ke pejabat kebajikan masyarakat dulu utk register OKU. untuk adik (yang bakal jadi kakak tak lama lagi), mama akan cuba usahakan yang terbaik untuk adik :) sayang selalu... muahss muahss muahss...

Isnin, Mei 25, 2009

jangan risau



"mak tak perlu risau... there is one part of the brain which is not well develop or might be not develop. tapi jangan risau sebab kita akan pantau dari semasa ke semasa dan ctscan bila perlu...."

itulah kata2 yang kuar dari mulut dr. paeds di hospital serdang last week about the result on the ctscan. tercengang2 aku bila mendengarkan betapa bersahaja pesanan ringkas doktor muda tu. as a mother, boleh ker condition "jangan risau" or "tak perlu risau" wujud dalam diri if the things is related to ur child's brain? oh man... aku dok tertanya2 the part which is not develop tu part apa yer sebenarnya? dan kalau laa boleh aku akan ikhtiarkan apa2 jua untuk stimulate the brain to develop seiring dengan peningkatan usia dia. harap2 aku boleh berada dalam condition yang "tidak merisaukan" so that i still can think what to do next. to adik... mama cuma mampu berdoa dan berharap semoga dijauhkan dari berlaku perkara2 yang buruk pada adik. semoga adik terus sihat dan kuat. mama luv u adik... muahss muahss muahss...

Selasa, Mei 19, 2009

sempoi... but i like

aku suka lagu nih... dok terfikir saper laa yang nyanyi lagu nih agaknya. samada kurang publisiti atau aku yang tak baca paper. lagu nih besh sebab mcm sempoi jerk. suara dia pun different. jenis2 mcm vokal meet uncle husein gitu. tup2 kuar kat melodi ahad lepas... budaknya mmg sempoi. pakai tudung men gitar... aisehh... cool beb. lagu2 dia yang lain aku tak pernah dengar lagi. kalau net dah sambung kat umah nanti aku dengar online jerk laa... hehehe...

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

***



PROFIL: Yuna (credit: Berita Harian)

  • Nama sebenar: Yunalis Zarai
  • Komersial: Yuna
  • Usia: 22 tahun
  • Tarikh lahir: 14 November 1986
  • Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
  • Hobi: Menonton filem
  • Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
  • Pendidikan: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
  • Emel: yunaroomrecords@gmail.com

    INFO: Pandangan Yuna

  • Bertudung: Menjadi sebahagian daripada tuntutan hidup dirinya dan akan kekal dengan cara begini
  • Pendidikan undang-undang: Kursus ini banyak mengajar dirinya bagaimana untuk serius dalam kehidupan kerana hampir sepanjang masa, dia mengakui tidak terlalu serius.
  • Indie: Artis ‘independent’ yang tidak terikat dengan sebarang label, yang menjayakan muzik secara sendiri (Do It Yourself) dan kebelakangan ini penerimaan terhadap terma ini sudah mula dipandang luas. Indie bukan sejenis jalur muzik, sebaliknya ia hanyalah kelompok atau budaya sesebuah perjuangan.
  • Dunia seni: Sangat rumit dan sukar difahami. Kena bekerja keras untuk betul-betul berjaya.

  • *** All the best for u Yuna ***

    Khamis, Mei 14, 2009

    doa dari sahabat

    thanx untuk yan atas doa yang dikirimkan. di saat2 aku down (akibat anasir2 yang kurang membina semangat) tiba2 aku dapat email dari dia. syarat email tu suh forward kepada 9 orang lagi tapi aku rasa nak tempek jerk kat blog so that aku dan pengunjung blog bleh tengok hari2 doa nih... heh heh... sesaper rasa nak copy tu amik la yer. thanx yan. i lap u... muahsss muahss muahss


    Ya Allah,
    The lady reading thi
    s is beautiful, classy and
    strong, and I love her.

    Help her live her life to the fullest.

    Please promote her and cause her to excel above her expectations.

    Help her shine in the darkest places where it is impossible to love.

    Protect her at all times, lift her up when she needs you the most,

    and

    let her know when she walks with you,

    She will always be safe.
    Amin Ya Rabbal Alamin
    Love you

    Selasa, Mei 12, 2009

    impianku

    to be a good wealth planner, i need to have this to do my job
























    sangat penting untuk aku bawa ke mana2 dan buat quotation on the spot serta menjimatkan masa untuk mengisi borang. quotation penting dalam industri insurans supaya dapat memberi benefit yang terbaik untuk client. sesetengah orang mempunyai kencenderungan yang berbeza untuk kepentingan masa depannya. dalam beberapa sales yang aku buat, ada yang nak benefit banyak untuk harga katil if warded, ada yang nak elaun hospital lebih dan ada yang nak duit sum covered lebih. bergantung jugak kepada umur dan premium yang dia mampu nak bayar. biasanya kalau nak duduk spital sebilik sorang, premium yang kena bayar is RM180++ sebulan. kalau tak mampu, dapat duduk sebilik empat katil jerk laa. atau pun untuk buat quotation prucash or retirement. untuk prucash, client perlu tau berapa saving yang dia kena buat in order to have RM1M in 20 years time. so aku tak leh nak nafikan kepentingan dan keperluan laptop nih dalam biz insurans. maka target sales aku mmg seperti entry sebelum nih. dengan sales RM150K bleh dapat bonus RM3K dan dengan duit bonus tu laa aku nak beli laptop. jangan dikenang laptop yang dicuri orang tempoh hari. cari duit n beli yang lain lepas tu jaga elok2 jangan sampai hilang. belajar dari kesilapan laa yer.

    semoga impianku tercapai. amin...

    Isnin, Mei 11, 2009

    RM150K


    huh... masih jauh.
    alhamdulillah close case hari jumaat lepas ada dua kes Takaful PruBSN dan 1 kes PruLady. total sale RM2879.

    from now on, sale yang masih perlu diusahakan ialah RM147121 untuk completekan target rm150K setahun. requirement for wealth planner is RM125K. kalau reach kat RM125K pun dah syukur alhamdulillah... bukan senang nak jadi wealth planner beb. banyak lagi yang aku perlu belajar. kena plak tengah preggy dan akan lalui fasa berpantang nanti... dah banyak hari tak kerja dah tu... ihikkss... tapi kalau aku usahakan dan kalau memang termaktub ada rezeki aku disitu.... insya-Allah ada laa ruang untuk aku membayar hutang piutang.

    alhamdulillah aku bersyukur ya Allah... hanya Engkau Maha Mendengar rintihan hambaMu.

    Jumaat, Mei 08, 2009

    aku suka


    aku suka nek bas gi kije skang nih. selain sampai awal, bleh duduk dan tido dalam bas. pagi nih belum kuar pekan kajang lagi aku dah lena. sedar2 bas dah berhenti di bawah landasan lrt pasar seni untuk menurunkan penumpang. huh... lena betul aku tido di sepanjang perjalanan. sebenarnya beberapa kali terperasan melentok liuk di bahu penumpang sebelah. maaf laa yer kak.. tidur saya tak lena malam tadi. bukan sebab menjalankan tugas di malam2 sunat tapi terpaksa berjaga malam ekoran anakanda demam akibat dicucuk setahun 6 bulan tempohari. harap2 adik segera sembuh sebab mama bimbang suhu adik mendadak panas di kala mama ketiduran tak sedar diri. sebolehnya mama tak mau lagi adik tinggal di spital. semoga Allah perkenankan doaku. aminnn...